5 Kereta Bertembung Dengan Sebuah Kereta Dipandu Secara Melawan Arus di Penang.

22July2017/Penang

KEPALA BATAS: Beberapa pemandu kenderaan mengalami kecederaan selepas 5 kereta bertembung dengan sebuah kereta dipandu secara melawan arus di Kilometer 116 dan 123.4 menghala utara di Lebuhraya Utara Selatan di Bertam di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, pemandu kereta jenis Volkswagen yang melawan arus turut mengalami kecederaan patah tangan kanan manakala pemandu yang lain cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB).

Bagaimanapun, seorang penunggang motosikal Naim Halidan, 30, yang berada di laluan bertentangan maut selepas dia terjatuh ke dalam longkang di tengah pembahagi jalan ketika cuba menyeberangi lebuh raya itu bagi memberi bantuan kepada mangsa kemalangan berkenaan.accident-1

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta Volkswagen berkenaan yang sedang memandu dari arah Butterworth ke Sungai Petani, Kedah secara tiba-tiba membuat pusingan U di laluan yang sama di Kilometer 116 lebuh raya tersebut.

Beliau berkata tindakan lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu telah mengundang padah apabila kenderaannya bertembung dengan 3 kereta lain di lokasi berkenaan.

“Lelaki itu tidak berhenti di situ malah terus memandu sebelum keretanya sekali lagi melanggar 2 kereta lain di Kilometer 124.3,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.accident-2

Azmi berkata semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kerosakan teruk dan dipercayai suspek memandu laju semasa kejadian itu.

Katanya, mayat lelaki yang terjatuh ke dalam longkang turut dibawa ke HKB untuk bedah siasat.

“Polis akan menjalankan ujian dadah dan alkohol ke atas pemandu kereta Volkswagen itu bagi siasatan lanjut serta kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan merbahaya,” katanya.

Kemalangan itu merupakan kejadian ke-2 melibatkan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Pulau Pinang.

Dalam kejadian pertama pada 14 Mac lepas, seorang juruteknik kilang terbunuh selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan Proton Gen 2 dipandu seorang wanita secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth, di Permatang Pauh.

sumber: Info Roadblock Jpj/polis

Petua Lama Dari Bahan Dapur Legakan Sakit Tekak, Salah Satunya Guna Kayu Manis Ceylon

Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.

Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.

Bahan Dapur

1 ulas bawang putih diketuk
2 Halia sebesar ibu jari diketuk
1 sudu besar halba
1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
7 helai daun pudina
Madu
Secubit Garam bukit
1 hirisan lemon
Air 450ml

Cara Membuat

1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih

2. Tutup api

3. Tapis masukkan dalam cawan

4. Perah 1 hirisan lemon

5. Masukkan 1 sudu besar madu

6. Masukkan secubit garam bukit

7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan
Amalkan

Minum sehari 2 kali.

In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.

“Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”

Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Sumber: Mingguan Wanita

20 Trik Kegunaan Ubat Gigi- Rugi Kalau Tak Cuba

Selain untuk tujuan membersihkan gigi anda, ubat gigi juga mempunyai kegunaan lain yang jarang dipraktikkan. Berikut, 20 penyelesaian mudah dan cepat hanya dengan menggunakan ubat gigi:

1. Mengilatkan kuku

Gosokkan ubat gigi pada permukaan kuku anda dengan menggunakan kain kapas selama 1-2 minit dan bilas dengan air bersih. Kuku anda bukan sekadar kilat, tetapi berbau segar.

2. Mengilatkan barang perak

Barang perak sama ada sebagai aksesori diri mahupun perhiasan di rumah akan mula pudar. Ini kerana tindak balas bahan terhadap iklim persekitarannya. Untuk mengembalikan kilauan pada barang perak anda, gosokkan  ubat gigi dengan menggunakan kain yang dibasahkan sedikit sehingga mencapai keputusan yang anda inginkan,. Bilas barang tersebut dan lap dengan kain kapas sehingga ia betul-betul kering sebelum digunakan semula.

3. Mengilatkan lampu kereta

Kereta bila dah mencapai usia lebih 5 tahun, penutup lampu pun akan mula kusam disebabkan terdedah kepada cahaya matahari kerap. Ada yang mengambil keputusan untuk hantar ke tempat mencuci kereta untuk tujuan dikilat. Kalau dah sepasang lampu tu harganya paling murah pun RM 40. Sebenarnya, hanya dengan modal tidak lebih RM 10, anda boleh kilatkan semula lampu kereta anda dengan menggunakan ubat gigi. Lakukan kaedah seperti anda mengilatkan barang perak. Ulang beberapa kali untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

4. Mengilatkan kekunci piano

Kekunci piano apabila kerap digunakan mesti ada kesan kuning-kuning tue kan? Nak hilangkannya, anda hanya perlu guna ubat gigi dan gosokkan pada permukaan kekunci piano. Kemudian bilas bersama kain bersih yang telah dibasahkan dengan air suam.

5. Mengilatkan kasut kulit

Esok ada temuduga, kasut kulit masih tidak dikilatkan. Cari pengilat kasut pulak dah habis. Dah larut malam ni semua kedai dah tutup. Penyelesaiannya adalah gunakan ubat gigi. Gosok ubat gigi dengan menggunakan berus gigi lembut. Selesai mengosok, lap kasut dengan menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan air suam untuk hasil super kilat.

6. Googles renang berkabus

Elak dari googles anda berkabus. Kaedaan ini pasti mengganggu pemandangan anda ketika menikmati pemandangan di dasar laut. Mengatasi masalah ini, cuci cermin googles anda dengan menggunakan ubat gigi. Hasil cucian, satu lapisan film bakal terbentuk dan mengelak dari cermin googles anda kusam. Ia sama seperti hasil anda mengosok gigi, satu lapisan akan mencegah kehadiran cavity.

7. Hilangkan water spot

Kebiasaanya permukaan meja mesti mengalami masalah ini terutamanya yang terdedah kepada cuaca luar. Ia merupakan tindak balas air membentuk lapisan kapur. Macam-macam kaedah telah dilakukan untuk membersihkannya. Penyelesaian paling mudah, gunakan ubat gigi seperti mana anda letakkan pada barang perak untuk tujuan mengilat.

8. Hilang kesan dakwat pada baju

Tiada siapa sukakan kesan dakwat pada baju. Silap-silap baju tersebut terus tidak digunakan lagi. Perkara ini kerap berlaku kepada lelaki yang suka letak pen pada poket hadapan kemeja dan ia amat sukar di tanggalkan. Cara mudah untuk menanggalkan kesan dakwat tersebut adalah dengan membasahkan sedikit bahagian yang terkena dakwat dan letakkan ubat gigi pada bahagian tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga ia mengering. Jika perlu, biarkan semalaman pun tak menjadi masalah. Dah kering, basuh macam biasa sahaja. Tapi kaedah ini hanya sesuai pada pakaian yang baru terkena dakwat. Kalau yang dah lama-lama tue susah sikit.

9. Tanggalkan kesan pewarna rambut

Bersihkan tuala yang anda gunakan dari kesan pewarna rambut seperti mana dilakukan untuk tujuan menghilangkan kesan dakwat pada baju.

10. Melegakan kesan gigitan nyamuk

Untuk mengurangkan kesan iritasi pada bahagian yang digigit nyamuk, sapukan sedikit ubat gigi pada benjolan tersebut dan biarkan sehingga lega.

11. Atasi jerawat

Ramai telah membuktikan bahawa dengan menggunakan ubat gigi yang dibiarkan semalaman mampu menghilangkan masalah jerawat. Letakkan ubat gigi pada tempat-tempat jerawat sahaja tau..

12. Bersihkan seterika

Seterika yang dah lama tu mesti tapaknya meninggalkan pelbagai kesan kotoran. Paling tidak, kekuningan kan? Dengan menggunakan ubat gigi seperti yang dilakukan pada barang perak, seterika anda kelihatan seakan baru.

13. Bersihkan skrin telefon

Untuk mendapatkan paparan lebih jelas seperti baru di beli, gosok ubat gigi pada skrin telefon anda dan cuci dengan kain bersih yang telah dibasahkan sedikit

14. Hilangkan bau busuk pada kasut

Kasut dah lama dan kerap dipakai mesti tak lari dari bau yang kurang menyenangkan. Ramai mengambil langkah untuk melakukan cucian. Cucian dengan menggunakan ubat gigi lebih berkesan untuk menyingkirkan bau kasut berbanding sabun.

15. Hilangkan kesan kotoran pada karpet

Tidak perlu cemas jika ada air kopi atau kuah berminyak tumpah pada karpet anda. hanya perlu ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada permukaan karpet yang terkena tumpahan. Biarkan ia mengering semalaman dan cuci dengan air bersih.

16. Mencuci tangan

Ubat gigi bukan sekadar boleh membersihkan gigi anda. Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak seperti berkebun, penggunaan ubat gigi untuk tujuan membersihkan tangan usai berkebun lebih berkesan berbanding menggunakan sabun.

.17. Hilangkan kotoran dan bau thermos

Bekas thermos yang kerap di gunakan lama-kelamaan akan meninggalkan kesan kekuningan pada permukaan dalam di samping bau yang kurang enak. Gunakan ubat gigi sebagai gantian kepada sabun untuk mencuci thermos. Bukan sekadar bersih, thermos akan berbau segar.

18. CD dan DVD calar

Kesan calar halus pada CD atau DVD anda mesti mengganggu ketika ia dimainkan. Untuk hilangkan kesan calar tersebut, gosok sedikit ubat gigi dengan menggunakan napkin secara perlahan-lahan dan dan lap dengan kain bersih.

19. Calar pada kereta

Untuk menghilangkan kesan calar pada kereta, lakukan kaedah yang sma seperti menghilangkan calar pada CD.

20. Tampal poster

Ya betul, anda boleh gunakan ubat gigi untuk menampal poster pada dinding. Letakkan sedikit ubat gigi pada penjuru poster dan lekatkan terus pada dinding. Dengan kaedah ini, ia mempu mengatasi korosakkan pada dinding anda jika menggunakan pelekat lain.

kredit: Impiana

5 Tips Memilih AYAM SEGAR yang semua orang PERLU TAHU!

Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.

Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.

Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.

Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.

Lima tips memilih ayam segar.

1. Warna ayam.

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.

Kredit: FB RuQayyah Muhd

Gambar 19 Kegagalan Pereka Bangang Yang Paling ‘Fail’

Ada kalanya, kita boleh pejamkan sebelah mata untuk beberapa jenis kesalahan yang kita lihat dalam kehidupan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kesalahan yang tidak dapat kita maafkan kerana ianya terang-terangan mereka yang melakukan kesalahan itu memang seorang yang bangang.

#1. Bila barangan diletakkan di tempat yang salah

 

#2. Buat kerja biarlah ikhlas

 

#3. Cara terkini kapitalis memaksimakan keuntungan mereka

#4. Macam mana nak guna sambil cas?

#5. Bila kau tertidur semasa mengira

#6. Laluan yang benar adalah di atas rumput

#7. Ini bukanlah vandalisma ye

#8. Kerusi yang bukan direka untuk diduduk

#9. Bila kau fail subjek Geografi

#10. Memang SI4L

#11. Yang guna font besar-besar tu dah kenapa?

#12. Avocado abah kau!!

#13. Bila kon sudah menjadi tukun

#14. CCTV dummy

#15. Bawa bikini sendiri

#16. Bila kau sukakan privasi

#17. Ada longkang tapi tak boleh pakai

#18. Bukan sekolah biasa, mungkin sekolah seni pertahankan diri

#19. Kasihan Pikachu

kredit: internet

JENIS-JENIS Basikal yang kita tahu FUNGSI SEBENAR!

Mungkin bagi kita, pasti berfikir basikal hanyalah sebuah kenderaan ringan, memliki 2 roda depan dan belakang, terdapat pengayuh dan hendal (handel yang di’Melayu’kan’. Namun pada hakikatnya, terdapat banyak jenis basikal basikal yang terdapat di pasaran seluruh dunia. Mengetahui jenis-jenis basikal amat penting supaya kita mengetahui fungsi dan tujuan sebenar basikal tersebut digunakan. Artikel ini menerangkan beberapa jenis basikal yang popular di seluruh dunia, dan boleh juga membantu anda membuat pilihan, yang mana satukah sesuai untuk anda.

 
Mountain Bike
Road bike – Basikal jalanraya yang biasanya ditunggang di atas jalanraya sahaja kerana tayarnya yang kecil dan kurang bunga (bunga tayar tau bukan bunga ros) . Mereka yang serius biasanya mempunyai basikal jenis ini yang berharga ratusan ringgit sehinggalah puluhan ribu ringgit. Biasanya mempunyai sehingga 22 gear.
Cruiser Bike
Cruiser bike– Basikal jenis ini biasanya ditunggang secara santai di kawasan pantai dan taman  rekreasi. Ada juga yang menunggang basikal ini di jalan biasa kerana bentuknya yang unik mengundang mata-mata yang memandang..
Hybrid Bike
Hibrid bike– Basikal hybrid adalah kacukan di antara basikal gunung dan basikal jalanraya. Pengendaliannya seperti basikal gunung tetapi mempunyai tayar dan kerangka seperti basikal jalan raya.
BMX Bike
BMX bike– Basikal ini popular pada zaman kita kecil dan sehingga kini masih lagi menjadi pilihan kepada sebahagian peminat basikal. Jika anda tidak tahu, BMX merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan peringkat olimpik dan ditunggang oleh kanak-kanak dan dewasa.
City Bike
City bike – Bentuk basikal ini ada pelbagai tetapi dikenali dengan panggilan basikal makcik-makcik kerana kerangkanya santai dan mempunyai kelajuan sederhana . Basikal ini juga biasanya ada raga atau bakul dibahagian depan. Jenis ini sudah membanjiri Negara kita kebanyakannya diimport dari Jepun sebagai besi buruk. Tapi dijual dengan harga ratusan ringgit. Pandai diaorang buat duit eh?
Foldie Bike
Foldie bike– Basikal lipat! Jenis ini juga popular di kalangan peminat basikal kerana ia boleh dilipat dan senang dibawa ke mana-mana. Tayarnya biasa kecil dan nipis. Walaupun kecil harga nya boleh mencapai harga basikal tayar besar juga.

Sumber : Selangor Insider

Semakan jadual penerbangan haji menerusi aplikasi THiJARI

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah haji kini boleh membuat semakan jadual penerbangan masing-masing menerusi aplikasi THiJARI 2.0 yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata,

perkhidmatan itu satu daripada penambahbaikan aplikasi THiJARI yang pertama kali dilancarkan pada 2014.

Selain semakan jadual penerbangan, beliau berkata, pendeposit TH juga boleh mendapatkan nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan di kaunter cawangan TH berdekatan menerusi perkhidmatan MyQ TH, dibawah aplikasi yang sama.

“Aplikasi THiJARI 2.0 yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store secara percuma akan memudahkan pendeposit kita yang melebihi sembilan juta membuat pelbagai urusan dengan TH hanya di hujung jari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Majlis Sambutan Aidilfitri TH di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Azeez berkata, aplikasi berkenaan turut membolehkan pendeposit menyemak status pendaftaran dan tawaran haji, mengemas kini akaun, pendaftaran serta semakan keahlian kelab TaHa, informasi berkaitan TH, direktori, berita terkini, promosi dan e-majalah. – Bernama

sumber: Kosmo Online

10 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia

Lumrah berumahtangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika.

Pasangan mana yang tidak bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

Petua rumahtangga bahagia

Rumahtangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.

Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri.

10 Petua Rumahtangga Bahagia

1. Tiada rahsia

Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang.

Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan.

Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut,

“abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..”

Kan cari nahas tu..!

2. Hargai pasangan, terima kekurangan

Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika.

Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan! 😀

Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah.

Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa.

Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

3. Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua

Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua.

Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka.

Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.

4. Berkongsi pinggan & berus gigi

Ini petua kebahagiaan yang paling mudah, murah dan menjimatkan untuk dilaksanakan.

Bagi penggeli atau yang terlalu pembersih, anda mungkin perlukan sedikit masa. Yang penting anda ada usaha ke arah pelaksanaan amalan ini.

Jika anda tanya doktor di manakah logiknya, mungkin mereka akan jawab pemindahan enzim yang berlaku akan membentuk keserasian dalam hubungan suami isteri.

Jika anda tanya doktor falsafah, mungkin mereka akan jawab suatu usaha ke arah keserasian akan membuka keserasian lain.

Jika anda tanya saya, pengalaman memaksa saya untuk bersetuju dengan petua ini! ^_^

5. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama

Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus.

“Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…”

Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu.

Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.

6. Tekankan dhuha setiap hari

Dhuha itu bersifat melapangkan. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari dan lihat kelapangan yang anda rasai.

Bukan sekali atau dua kali, tapi buatlah banyak kali, sehingga anda rasa ia adalah suatu kemestian. Jika tak buat, anda akan rasa gelisah dan tak senang duduk.

7. Wajibkan baca Quran setiap hari

Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten.

Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak.

8. Mohon doa ibu bapa & mertua

Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga.

Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.

9. Sentiasa sihat & bertenaga

Pastikan pasangan dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang dan elakkan makan makanan segera, dalam tin, pes, makanan ringan dan sebagainya.

Selain itu, amalkan juga makan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya makan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan folik asid.

Aktiviti seperti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan anda. Apabila tubuh badan sihat, maka kita pun akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga.

10. Seimbangkan keperluan seks

Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.

Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

Ada juga yang tidur berasingan dengan alasan nak tidurkan anak, tetapi turut sama tertidur. Ada juga yang tidur berasingan sebab isteri sudah monopouse dan pelbagai alasan lagi.

Alasan-alasan itu boleh mengundang keruntuhan dalam rumah tangga. Seharusnya semakin lama berumah tangga, semakin lebih menghargai pasangan. Ibarat kata orang desa, muda cara muda, tua cara tua.. 😀

Untuk pasangan yang kehangatan hubungan intim kian hambar, boleh amalkan Set Suami Isteri yang terdiri daripada Zinc Complex, Vitamin E, Alfalfa Complex dan Gla Complex. InsyaAllah puas hati!

Sumber: soleh.net

Cara Kesan Peranakan Jatuh, Punca Dan Cara Merawat

Cara Kesan Peranakan Jatuh. Masalah peranakan jatuh
Adalah Sangat merbahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari.
Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan di sebabkan nature of work mereka.
Pramugari dan atlet yang masih anak dara pun ada. Ini kerana pramugari perlu angkat barang berat di kabin dan Atlet yg melompat-lompat ni senang jatuh peranakan mereka.
Tahukan anda  peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil,  peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

Antara Simptom Peranakan Jatuh

  1. Rasa berat disekitar kawasan ari2. Rasa ada benda je yg bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dkt area pembukaan faraj tu.
  2. Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
  3. Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yangg keluar.
  4. Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
  5. Sakit pinggan yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.
  6. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
  7. peha dan betis rasa kebas-kebas.
Jika anda mengalami simptom di atas, si sini terdapat 2 cara untuk anda kesan peranakan/rahim jatuh:

Cara Kesan Peranakan Jatuh 1

Kedudukan Baring
Letakkan ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.
Kedudukan Mencangkung
Semasa memasukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.

Cara Kesan Peranakan Jatuh 2

  1. baring lurus. jangan gunakan bantal.
  2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
  3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
  7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm… peranakan anda dan jatuh!!
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya‘ prolapse’. Di antaranya adalah seperti berikut:
 
i) Faktor Baka
Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.

 
ii) Exercise
Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.


iii) Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.

iv) Menopaus
Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.


v) Ketumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.
 
Rawatan dan Pencegahan Jatuh Peranakan / Rahim
Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:
 
i) Jaga kesihatan dan kawal berat badan
Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.
ii) Amalan exercise
Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.
Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.

iii) Exercise kemut atau ‘grip’

Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.
 
Alat PSX

Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini. Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj. Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya. Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter. Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj. Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.
 
Pembedahan
Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair – lihat tajuk ‘Pembedahan’). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse’nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.
Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair). Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau ‘physiotherapy’ dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.
Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing. Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.
Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.
Kegunaan Pessary
Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini digelar dengan nama ‘Ring pessary’. Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.

Cara Betul Buat CUCUR UDANG Bagi RANGUP

Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandi’ minyak.

Ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.

Bahan-bahan:

500gm tepung gandum

1 biji telur

1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam

Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)

1 sudu kecil garam

Sedikit serbuk kunyit

200gm taugeh

1 pokok kucai

2 biji cili merah | dihiris nipis

Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.

3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.

4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.

5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.

6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

 

RAHSIA MASAK CUCUR

1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.

3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

Sumber : Mingguan Wanita