Macam Inilah Cara Layan LELAKI ANAK MAK. Mesti Suami Lagi Sayang!!

Lelaki anak emak? Alahai, pasti mencabar andai terpikat dengan lelaki anak emak bukan? Mana tidaknya, anda wanita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika mendepani lelaki anak emak ini.

Kebanyakan wanita sebolehnya mahu mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki anak emak. Namun andai hati sudah terpaut, pasti sukar untuk melepaskan si jejaka tambahan pula si dia memenuhi ciri-ciri suami idaman. Ketahui tip berdepan lelaki anak emak.

1. Kawal situasi

Lelaki anak emak ini mudah dikenali menerusi personalitinya. Jika sebelum menjalinkan hubungan, dia kerap bercerita soal ibunya, maka benarlah si dia anak emak. Usah bimbang, kerana jika anda bijak mengawal situasi, pasti tidak timbul masalah. Fahami rentaknya dan pasti suasana lebih mudah selepas anda berkahwin kelak.

2. Usah berkecil hati

Masalah bila bersama anak emak ini ialah apabila diri sering diperhatikan oleh si ibu mentua. Kadangkala si ibu lebih gemar mengadu perihal diri anda kepada suami. Jika ini terjadi, usah berang dan merajuk hati. Sebaiknya minta suami memberitahu ibunya untuk berterus terang langsung kepada anda. Tidak perlu anak menjadi orang tengah.

3. Positif

Bersikap positif sangat membantu saat berdepan dengan suami anak emak. Ini kerana walau apa pun tindakan suami dan ibunya, pasti bukan masalah besar buat anda. Bersabar dan berdoalah supaya anda dapat mengharungi masalah dengan tenang. Apabila anda berfikiran sedemikian, soal keutamaan dan kasih sayang bukan masalah lagi buat anda dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

4. Ambil hati

Meski teguran ibu mentua kadangkala menyinggung perasaan namun berlapang dada lah. Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri. Berusaha mengambil hatinya supaya dia lebih dekat dengan anda seperti membuat kejutan atau memberi wang saku.

sumber: Mingguan Wanita

Inilah Daun Yang Merupakan Racun Yang Ditakuti Jin Untuk Rawatan Santau Dan Sihir

Tahukah kalian bahawa ada daun yang merupakan ‘racun’ bagi bangsa jin? Daun ini in syaa Allah boleh digunakan untuk mengubati sihir dan gangguan jin, yakni daun bidara. Al-Quran menyebutkan daun bidara di beberapa ayat:

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri … “(QS. Al-Waqi’ah (56): 27-29)

“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.” (QS. Saba: 16)

Bagaimana cara menggunakan daun bidara untuk mengubati sihir atau gangguan jin?

Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu perubatan menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al-Ikhlas, al Falaq dan an Naas. (Lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).

Al Qurtubi menceritakan dari Wahab untuk mengubati Sihir:

“Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan air di ember (yang telah dibacakan ayat-ayat dan juga dicampur bidara ) dipakai untuk mandi, In syaa Allah akan hilang sihirnya. “” Dan diutamakan membaca Al Falaq, An Naas, juga ditambah ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan. “(Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek halaman 171)

Selain untuk mengubati sihir dan gangguan jin, daun bidara juga boleh dipergunakan untuk orang yang baru masuk Islam (mualaf), wanita haid yang bersuci, dan juga untuk memandikan jenazah:

1. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk mualaf

“Beliau masuk Islam, lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun sidr (daun bidara).” (HR. An Nasai no. 188, At Tirmidzi no. 605, Ahmad 5/61. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

2. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk wanita haid yang akan bersuci

‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haidh) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil sehelai kain yang telah dipalit dengan minyak kasturi lalu dia berbersih darinya. ” ‘Aisyah berkata,” Dia menyapukan tanah kepada bekas-bekas darah. “(H.R. Muslim no. 332 dari’ Aisyah)

3. Memandikan jenazah

“Mandikanlah dengan mengguyurkan air yang dicampur dengan daun bidara tiga kali, lima kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kafur barus (wewangian).” (HR. Bukhari no. 1253 dan Muslim no. 939).

sumber: sehinggit.com