Anak genius pun dilabel Orang Kurang Upaya??

Anak genius pun dilabel Orang Kurang Upaya??
==================================

Kami baru saja habis mesyuarat di Unit Bimbingan kanak-kanak dan Remaja. Cerita yang saya nak bawakan hari ini adalah berkaitan pelajar dengan kebolehan luar biasa.

Danny adalah anak lelaki, kembarnya pula Lenny adalah perempuan (bukan nama sebenar). Comel sangat mereka ni. Berusia baru 4 tahun 6 bulan. Danny mempunyai perkembangan pertuturan yang agak lewat. Masa mana dia belajar bercakap pun ibu ayahnya tidak pasti tapi tiba-tiba sebut perkataan yang betul.

Pada usia 2 tahun Danny sudah boleh mengenal huruf, dia sangat meminati nombor. di mana-mana ada nombor ianya akan menarik perhatian Danny. Dia akan mengatur nombor dan membuat aktiviti dengan nombor. dia menulis nombor di kertas dan dapat menulis nombor dalam gandaan 3 dengan cepat, begitu juga dengan lisan. perkiraannya pantas. Namun dia memegang pensil dengan cara yang salah iaitu cara genggaman.

Semasa sesi di klinik ayahnya menguji dengan soalan matematik, juga dapat dijawab tanpa melihat ada aktiviti mengira dalam jawapannya. semuanya dengan kiraan di minda saja. Namun dia mempunyai kekurangan dari segi komunikasi berkesan dan agak pelat. Danny memahami arahan. Bila berkomunikasi dia tidak memandang wajah saya. Kadang-kadang kedengaran bahasa “German” yang tidak kita fahami.

Bila Danny teruja dia akan menggerakkan kedua-dua tangannya dengan satu gaya yang tersendiri berulang-ulang kali.

Mengikut klasifikasi DSM 5 (Diagnostic and Statistical Manual) Danny termasuk dalam kategori autisma.

Danny saya rujukkan ke unit jurupulih carakerja untuk membantu memperbaiki cara memegang pensil dan aktiviti yang berkaitan selari dengan penilaian dari jurupulih carakerja. Danny juga akan meneruskan rawatan di unit pertuturan untuk membantu kebolehan komunikasi berkesan. Ini bukan masalah besar kerana itu memang standard rawatan di sini, namun saya membawa ibu dan bapanya berbincang tentang masa depan anak ini.

Antara perkara yang saya bincangkan dengan ayah dan ibunya adalah bila anak ini masuk ke sekolah nanti, dia mungkin akan mengalami masalah kerana dia bosan dengan pembelajaran matematik dalam darjah satu kerana dia telah jauh lebih advance. Maka dia mungkin akan menunjukkan kebosanannya di dalam kelas dengan membuat aktiviti lain, mengganggu pelajar lain, keluar kelas atau mungkin juga tidak mahu ke sekolah.

Anak ini mungkin akan dianggap sebagai disruptif dan mengganggu pelajar lain, tidak minat dalam pelajaran atau mungkin bermasalah disiplin. Maka seperti lazimnya anak ini mungkin akan dihantar kepada pakar psikiatri untuk penilaian dan penempatan di Program Pendidikan Khas Integrasi kerana guru-guru sudah tidak mampu menanganinya di dalam kelas.

Mengikut hukum di Malaysia yang masih menggunakan model “medikal’ anak ini pastinya perlu didaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana istilah ini sungguh tidak tepat. Dan hanya dengan pasport status OKU dia boleh dibenarkan masuk ke dalam sistem pendidikan khas. Ini termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, jadi memang sukar untuk diubah kecuali ada perubahan dalam akta. Saya juga berbincang dengan ibu bapanya tentang pendaftaran OKU. Itu adalah hak mereka samada untuk mendaftar atau tidak. Kelebihan dan kekurangan dan bagaimana kita boleh ‘bermain’ dengan sistem semuanya saya bincangkan secara telus.

Persoalannya:

1. Perlukan anak genius seperti Danny didaftarkan sebagai OKU? (saya tidak memanggil anak dengan autisma sebagai ‘pesakit’ kerana mereka bukan pesakit! dalam spektrum autisma ada yang mempunyai keupayaan intelek yang lebih tinggi dari pelajar yang tipikal… hmmm tak adil kan kita label mereka OKU!).

2. Di manakah patut pelajar yang extraordinary ini boleh belajar? di mana fasiliti yang menyediakan kemudahan untuk anak ini? Ha… tolong jawab. Pening emak ayah anak ini meng”google’ mencari tempat yang sesuai. saya pun tidak dapat nak bantu banyak kerana saya juga kekurangan maklumat tentang penempatan pelajar genius seperti ini.

Kenapa saya timbulkan isu ini? sebab saya mahu pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam pembinaan polisi pendidikan negara memikirkan pilihan pendidikan untuk pelajar-pelajar super genius. Ada ramai pelajar begini di Malaysia, namun tidak terserlah sangat kisah mereka.

Juga supaya selain Tadika atau Permata Kurnia, akan wujud pula tadika untuk genius (takut lah pulak lepas ni emak ayah rasa anak-anak mereka supergenius dan tak mahu hantar dah ke sekolah biasa… masalah pula). Well inilah antara perkara yang perlu difikirkan untuk kita setanding dengan negara maju.

Melabel pelajar dengan keperluan khas sebagai orang kurang upaya sangat menyedihkan, kerana jika kita menggunakan model ‘sosial’ tidak ada lagi isu simpati dan kesian kepada mereka, tetapi isu “apa kita boleh lakukan agar mereka hidup seperti orang lain’, bukan simpati, bantu dan asingkan mereka.

Pengalaman semasa tinggal di Australia, laluan kerusi roda di mana-mana. Laluan dari rumah ke supemarket, rata dan tiada bonggol atau lubang, untuk memastikan kelicinan perjalan kerusi roda. Bas pun boleh ‘lowered’ untuk mereka yang berkerusi roda menaiki bas dengan selesa. Laluan antara rak di supermarket cukup luas untuk laluan kerusi roda. barang-barang boleh dicapai dengan mudah. Mereka boleh berbelanja sendiri tanpa bantuan orang lain. mereka berdikari sebab kemudahan cukup bagus.

Di sekolah pula telah tersedia laluan yang sesuai, tandas diubahsuai untuk kegunaan mereka, tiada halangan untuk mereka ke mana-mana dengan kerusi roda, melintas jalan ada laluan zebra, pemandu pula sangat mematuhi undang-undang jalan raya. 10 kaki dari lampu isyarat dah berhenti, orang belum sampai ke laluan zebra, kereta dah berhenti. Sungguh selamat terasa bila berjalan.

Lain pula kisahnya di Malaysia. lampu merah pun kita langgar, laluan zebra kita tak nampak dan hampir melanggar mereka yang melintas, pejalan kaki pula yang terpaksa alert, kereta akan berhenti ke tidak di laluan zebra. kalau tidak berhati-hati begitu, ada kemungkinan kita dilanggar.

Berbalik kepada kisah Danny dan anak genius, tuan puan ada idea?? Mari kita brainstorm dan bantu mereka. Mungkin di KL ada institusi yang boleh membantu, tapi di negeri lain di daerah lain yang mungkin terpencil memang sah tiada. boleh ke kalau Dr Norzila nak cadangkan isu ini dibincangkan demi anak-anak genius?

Anak dengan keperluan khas vs anak genius… di mana titik temunya, dan apakah perbezaan mereka dari segi kemudahan dan sokongan dalam sistem pendidikan?

Dengan izin ayahnya saya kongsikan rakaman Danny dan aktivitinya.

baca di blog; https://norzilazakaria.blogspot.com/2017/08/anak-genius-pun-kena-label-orang-kurang.html

Sumber: fb Dr. Norzila Zakaria

Thailand Sekat Hajat Malaysia Buru ‘Ibu’ Pingat Emas di Shah Alam


Pemain Malaysia, Muhammad Adib Zainudin (kanan) menenangkan Haziq yang kecewa selepas menjaringkan gol sendiri pada final bola sepak KL2017 di Shah Alam malam tadi. Foto oleh Abdul Razak Latif

SHAH ALAM – Cerita Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 seakan berulang apabila skuad negara tewas tipis 0-1 pada final bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dalam aksi itu, skuad negara turun mempamerkan persembahan agresif dengan melancarkan menerusi percubaan tepat pertama menerusi Muhammad Jefri Muhammad Firdaus Chew seawal minit ke-12.

Thailand bagaimanapun mendahului perlawanan hasil gol sendiri penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli yang tertumbuk bola ke gawang sendiri hasil hantaran pemain pertahanan pasukan lawan, Sasalak Haiprakhon pada ke-28.

Bersambung di separuh masa kedua perlawanan, Thailand dilihat tampak selesa memberikan tekanan kepada kubu pertahanan pasukan negara selepas memiliki kelebihan jaringan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan di Shah Alam sekali gus menyaksikan Thailand berjaya mempertahankan pingat emas tiga kali berturut-turut bermula edisi 2013 lalu.

Sumber: Kosmo Online

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS THAILAND FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA 2017

Siaran langsung Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan akhir (final) bola sepak Sukan SEA 2017 akan disiarkan secara live streaming pada hari Selasa 29 Ogos bermula jam 8.45 malam.

Venue perlawanan adalah di Stadium Shah Alam. Harga tiket bermula RM21.20 termasuk GST.

Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir semalam, manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama.

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Sukan SEA 2017

siaran langsung malaysia thailand sukan sea 2017

Bagi anda yang tak sempat mendapatkan tiket perlawanan akhir ini, anda boleh menonton siaran langsung Malaysia vs Thailand secara live streaming (link akan dikemaskini kemudian) atau boleh juga tonton di Astro Arena saluran 801.

Berikut merupakan warna jersi pasukan Malaysia dan Thailand untuk final bola sepak Sukan SEA 2017seperti yang dikongsikan Football Association of Malaysia (Official).

keputusan malaysia thailand sukan sea 2017

Berikut senarai akhir 20 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membarisi skuad Projek Sukan SEA 2017 menghadapi saingan acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos 2017.

  1. AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK – TENGAH
  2. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM – PENJAGA GOL
  3. SYAFIQ AHMAD – PENYERANG
  4. ARIFF FARHAN MD ISA – PERTAHANAN
  5. AKHYAR RASHID – PENYERANG
  6. JAFRI FIRDAUS CHEW – PENYERANG
  7. SYAMER KUTTY ABBA – TENGAH
  8. S KUMAAHRAN – PENYERANG
  9. HAZIQ NADZLI – PENJAGA GOL
  10. SAFAWI RASID – PENYERANG
  11. ADIB ZAINUDIN – PERTAHANAN
  12. N THANABALAN – PENYERANG
  13. ADAM NOR AZLIN – PERTAHANAN
  14. SYAHMI SAFARI – SAYAP
  15. MATTHEW DAVIES – SAYAP
  16. NOR AZAM ABDUL AZIH – TENGAH
  17. DANIAL AMIER NORHISHAM – TENGAH
  18. IRFAN ZAKARIA – PERTAHANAN
  19. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI – PERTAHANAN
  20. SYAZWAN ANDIK ISHAK – SAYAP

sumber: http://www.negaraku.co/

10 Petua Lama Untuk Jaga Dapur Kita. Jom Kongsi!

Petua lama jangan dilupa. Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.

Mengharumkan dapur

Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.

02E33623

Membersihkan minyak goreng

Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.

Cooking pancake mix into frying pan

Membersihkan kesan hangus

Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.

Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar

Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.

Elak semut di dalam gula

Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.

spices and brown sugar

Pisau mesin pengisar kembali tajam

Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.

Menghilangkan kesan minyak di dapur

Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.

Mengelakkan kuali melekat

Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.

Menghalau tikus

Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.

Menghalau lalat

Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.

sumber: JELITA

Nak Diet Tapi Nafsu Makan Kuat? Ikut 10 Tips Ni

1. Makan setiap 3-4 jam!
Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora.

2. Minum air sepanjang hari.
Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori – jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda!

3. Senaman memang berkesan.
Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape.

4. Adakah anda stress?
Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My adice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress …jangan layan!

5. Elakkan gula substitute
Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati.

6. Adakah anda bosan?
Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah … sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!

7. Adalah anda cukup tidur?
Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.

8. Buah Epal
Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buah-buahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.

9. Kosongkan peti sejuk.
Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang “baik” untuk anda.

10. Tunggu!
Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan beredar. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari.

Sumber: Kevin Zahri

 

7 Tabiat Buruk Sering Dilakukan Rakyat Malaysia. #4 Paling Sakit Hati

Tahukah hangpa? Ada 7 perkara yang hangpa buleh buat untuk jadi ahli sorga di negara sendiri. Sekiranya hangpa mematuhi 7 perkara ini, ceritakan pada tuhan nanti bila hangpa mati, insyaAllah pahala hangpa tak sia-sia.

1. Resit bank

Pertama. Ini adalah bank. Bila hangpa tekan duit, kalau hangpa rasa tangan hangpa tak bleh nak kawal dari buang resit merata-rata, hangpa tekan button “NO” bila atm tanya hangpa “do you need receipt?”.

Tahukah hangpa bahawa dalam setiap bank disediakan tong sampah? Tong sampah tu kalau bukan untuk buang resit, adakah untuk sumbat kepala hangpa dalam tu? Bila atm tak sediakan resit, hangpa maki atm poharam, tapi bila dia bagi resit hangpa buang merata pulak. Plis, hindarilah perangai seperti ini.

P/s : kepada pihak bank, slain sediakan resit, tolong sediakan tisu bagi mereka-mereka yang sedih tengok baki dalam acc masing-masing.

 

2. Guna tandas

Kedua. Untuk jadi rakyat yang bertamadun, bila hangpa masuk tandas awam, cubalah beberapa teknik ini. Nescaya hangpa dah berjaya 10% menyelamatkan diri hangpa dari jadi rokyat yang zalim terhadap orang lain

bila hangpa dah berak, tolong flush sampai hilang segala sisa2 najis hangpa. Tak payah nak buat surprise sangat kat orang seterusnya.

hangpa nampak tak tempat sangkut paip getah tu? Lepas guna paip getah, sangkut la balik awat hangpa ingat toilet tu toilet pak hangpa?

Kalau takmau sangkut lain kali bawak getah paip sendiri la masuk public toilet. Bila takdak getah paip hangpa bising, dah ada getah paip hangpa buat perangai beruk pulak masing-masing tak reti sangkut balik kat tempat sangkut tu

 

3. Parking

Ketiga, parking. In case hangpa belum tau, kat semua parking dalam malaysia ni takdak cop nama hangpa. Jadi kalau nak parking, parking lah macam orang bertamadun. Sekiranya hangpa nampak ada sesiapa yang parking macam ni, hangpa tempek la k****m dan tulis besaq2, “please don’t b***d”.

 

4. Signal

Ini adalah signal ye tuan- tuan dan puan-puan. Setakat ni Hogwarts belum ada plan nak bina sekolah kat sini. Jadi hangpa jangan ingat kami semua ni ahli sihir bleh baca hangpa nak kona kiri ka kanan.

Plus, masa hangpa beli kereta dulu, signal takdak pun juai asing-asing. Jadi apa salahnya hangpa gunakan signal bila nak kona.

Selain tu, yang takmau masuk simpang tak payah la bagi signal wei, penat dok tunggu bila hang nak masuk simpang last-last tak masuk-masuk pon dejei betui.

 

5. Meja makan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirohmati sekalian, hangpa bila pi makan kat kedai makan, bawak-bawak la susun pinggan hangpa bagi kemas-kemas. Keja hangpa buleh pulak nak mudah, keja orang hangpa takmau mudahkan.

Walaupun hangpa bayaq, tapi tak bermakna hangpa tak boleh bertolak ansur. Tak cantek la macam ni. Bagi yang tak pernah keja kedai

makan hangpa taktau la betapa penatnya nak kutip pinggan mangkuk ni.

Sekali sekala buang la perangai tak baik tu, susun pinggan mangkuk hangpa sendiri, bukan susah pon. Sekiranya hangpa jumpak manusia yang jenis susun pinggan bila makan kat kedai ni, ngoratlah beliau untuk dijadikan pasangan hidup.

 

6. Pasar malam

Ni satu lagi. Hangpa nak buat pasar malam ka, hangpa nak buat perarakan ka perayaan ka, hangpa jangan lupa diri pulak. Untuk pengetahuan hangpa, kedai-kedai runcit di negara kita ni ada juai “plastik sampah”, dan kat merata ceruk negara kita ni ada “tong sampah”.

Sekiranya hangpa tak pernah guna dua benda magic ni, hangpa kena cuba. Kalau hangpa tak percaya hangpa try la. Mesti sampah-sampah ni semua hilang dan bersih. Hangpa tak percaya hangpa cuba try test tengok

Selain tu, hangpa kena jadikan tabiat, bila ada sampah kecik dengan hangpa walaupun plastik coklat, simpan dulu dalam poket, atau dalam beg. Balik rumah atau bila hangpa jumpa tong sampah, baru buang. InsyaAllah malaikat sebelah kanan duk puji hangpa 24 jam.

 

7. Pengangkutan awam

Akhir sekali, ni bukan benda baru. Kepada memakcik kakak-kakak, abang-abang, dalam LRT ka, MRT ka, any public transport ka, hangpa kena ingat satu saja. Ingatlah bahawa tuhan tak bagi hangpa cacat, hangpa cuma dikurniakan pungkok satu saja berserta dua kepingan daging.

Jadi plastik-plastik hangpa, beg-beg hangpa semua tak perlukan tempat duduk ya. Bagilah orang lain pun merasa duduk sebelah hangpa, toksah dok buat prangai tamak sangat, nak kawai tempat kat hangpa sorang.

Begitulah 7 cara untuk hangpa menjadi rokyat yang berguna kepada negara. Sekiranya hangpa nampak ada manusia-manusia yang melanggar etika-etika ni, jangan malu jangan segan, jentik saja dahi beliau dan tunjuklah posting ni kepada beliau. Terima kasih.

Sumber khairul yoi

Atlet Asia Tenggara Paling Hot di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Dalam kerancakan pentas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, atlet tempatan yang beraksi cemerlang menjadi tumpuan dan sanjungan warga kita. Kita sudah kenal siapa yang cantik dan kacak di gelanggang sendiri, kini temasya serantau ini bakal melabuhkan tirai dan EH! himpun pula atlet dari negara-negara jiran Asia Tenggara yang turut memukau dengan ketampanan dan keanggunansetanding bakat sukan masing-masing. Inilah antara barisan putera dan puteri (ya dua dari mereka memang dari keluarga diraja pun) harapan negara yang telah memberikan yang terbaik berbekal usaha gigih serta sokongan padu penyokong di tanah air mereka.

Sumber: EH!

ZurinJundi, Wedding Planner Dari Neraka Ditangkap Kerana Menipu, Ini Jawapan Pemilik.

Kisah ZurinJundi Wedding Planner yang dikatakan menipu pelanggan viral di laman sosial kini. Apa taknya, dalam satu kes pelanggan tu, dia dikatakan dah ambil duit, tapi makanan katering tak sampai-sampai malah pelamin pula dibuat macam reban ayam.

Apa yang lagi mengecewakan adalah sikapnya yang seperti acuh tak acuh dalam menyelesaikan masalah pelanggannya.

Apa yang lebih mengejutkan, menurut sumber, seramai 7 pasangan telahpun menjadi mangsa kepada ZurinJundi Wedding Planner ini.

Ikuti luahan pelanggan yang telah menjadi mangsa kepada ZurinJundi Wedding Planner di bawah.

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka Akhirnya Ditangkap Dan Ini Penjelasannya

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

Rakaman perbualan dengan pemilik ZurinJundi, Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

Report polis yang telah dibuat terhadap ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka.

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

Antara gambar bukti ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka aniaya pelanggan yang telah tular di media sosial.

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

ZurinJundi Wedding Planner Dari Neraka

Terbaharu, pelanggan yang didakwa teraniaya telahpun berjaya ‘menangkap’ pemilik ZurinJundi Wedding Planner dan anda saksikan sendiri penjelasan darinya.

Kesimpulan

Mohon semua bakal pengantin berhati-hati dengan Wedding Planner. Kerana, kisah sebegini bukan hanya sekali dilaporkan. Pastikan anda menempah Wedding Planner yang dipercayai dan mempunyai rekod servis yang tidak pernah mengecewakan.

Pemilik ZurinJundi Wedding Planner Akhirnya Ditahan Polis

ZurinJundi Wedding Planner Akhirnya Ditangkap Polis

Sumber: blogmazeer