Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbalik dirempuh, kereta dilarikan

HULU SELANGOR: Sebuah bas terbalik selepas dirempuh dari belakang oleh kereta dari arah Tanjung Malim menghala ke Lembah Beringin di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.35 pagi itu, semua enam orang penumpang dan pemandu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berusia 27 hingga 30 tahun terselamat.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata kereta Proton Perdana yang bergerak bersama-sama bas berkenaan dan berhenti untuk memberi bantuan kecemasan dilarikan seorang lelaki.

Keadaan bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbalik setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan. – Foto ihsan Bomba

“Menurut mangsa, kereta terbabit dilarikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sek 379A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Salah seorang penumpang dalam bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang cedera akibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan. – Foto ihsan Bomba

Sumber : Berita Harian

‘Aku akan halang hang sampai tol’ – Bezza halang Honda City dari memotong

IPOH, PERAK – Viral video sebuah kereta Honda City dipercayai ‘dibuli’ oleh pemandu kereta Perodua Bezza berwarna biru yang enggan memberinya laluan untuk memotong.

Video yang dimuat naik di sebuah group Facebook menyatakan kejadian itu berlaku pada jam 7.41 pagi tadi di mana pemandu wanita berkenaan enggan memberi laluan. Namun, tidak dinyatakan apa punca awal kejadian itu berlaku.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 39 saat menunjukkan, pemandu Honda City berkenaan cuba memotong kereta tersebut di lebuh raya dua lorong, tetapi dengan sengaja dihalang oleh pemandu kereta biru terbabit.

Menurut perbualan yang dirakam video itu, seorang wanita mendakwa pemandu kereta terbabit berkata dia akan menghalang mereka sampai ke tol.

“Dia kata, aku akan halang hang sampai tol. Nampak, perangai? Dia yang kurang ajar,” katanya yang juga difahamkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu terbabit, pemandu Honda City itu kemudian membunyikan hon berpanjangan sebelum berjaya memotong kereta terbabit.

Salah seorang penumpang dilihat cuba merakam wajah pemandu terbabit dari dekat, namun tidak dapat dirakam dengan jelas. Malah pemandunya sempat menunjukkan isyarat jari tengah pada perakam video berkenaan.

Meskipun video tersebut viral di media sosial, netizen juga mendesak individu berkenaan menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, selain menunggu pemandu wanita berkenaan tampil memberikan penjelasannya.

sumber: The Reporter

27 CIPTAAN KREATIF HASIL DARIPADA BARANG BUANGAN DAN TERPAKAI YANG AWESOME!

Benarlah pepatah seni mengatakan “Sampah baginya adalah harta karun bagiku”, Haaaa… hebat tak pepatah tu. Jangan hasilnya lagi sampah, udoh le. Kat bawah ni aku nak kasi tunjuk kat korang supaya sel-sel otak korang berhubung dan menjadi kreatif dalam kadar segera dengan mendapatkan idea daripada barang-barang terbuang dan terpakai. At least stor korang tak dipenuhi ngan sampah kan.

Sumber : Dump A Day

PENTING! Senarai Keperluan Ibu Bersalin dan Bayi Baru Lahir

Sungguhpun kebanyakan wanita biasanya akan melalui tanda-tanda kelahiran yang jelas, sebaiknya anda sudah mempersiapkan barangan keperluan bersalin di dalam sebyah beg khas seawal 1 bulan sebelum tarikh ‘due date’.

Letakkan terus beg ini di dalam kereta supaya mudah dibawa bersama pada bila-bila masa.

Supaya memudahkan urusan anda dan pihak hospital.
Dan juga memudahkan suami agar tidak perlu berulang-alik untuk mengambil barang yang tertinggal.

Mari kita semak senarai barang keperluan bersalin yang patut disediakan.

Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

buku merah ibu mengandung

1. Buku merah (Buku Laporan kehamilan)

Buku ini sangat penting untuk pihak hospital membuat semakan. Di dalamnya ada laporan kesihatan pemeriksaan ibu sepanjang proses mengandung. Malah digalakkan buku ini diletakkan dalam handbag supaya senang diambil.

contoh kad pengenalan

2. Kad Pengenalan Diri

Kad pengenalan ibu diperlukan bagi proses pendaftaran. Selain daripada meletakkannya di dalam bag, berikan kepada suami. Supaya suami tidak tercari-cari.

tuala

3. Tuala Mandi dan Tuala Muka 1-2 helai

Digalakkan menyediakan tuala muka bagi mengelap peluh semasa proses meneran. Meskipun bilik bersalin dilengkapi penghawa dingin, namun ianya tidak terasa semasa melahirkan anak.

Contoh maternity pad

4. Maternity Pad

Pada ini lain dari yang lain. Bukan seperti kebiasaan semasa haid. Maternity pad lebih tebal dan mempunyai daya serapan lebih banyak. Ini bagi menyerap darah yang keluar dengan banyak selepas proses melahirkan anak.
seluar bersalin mamapride

5. Seluar Bersalin Mamapride

Bagi melindungi peha, betis dan lutut semasa bersalin, gunakan seluar bersalin Mamapride. Seluar ini selamat digunakan dan sudah digunakan di lebih 90 buah hospital seluruh Malaysia.

6. Baju Persalinan dan Tudung

Pakaian yang digunakan semasa bersalin mungkin akan kotor kerana terkena darah atau air ketuban yang pecah. Jadi sediakan pakaian persalinan supaya ibu selesa.

toiletries

7. Toiletries

Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, selipar tandas dan segala kelengkapan harian yang biasa digunakan. Seeloknya cari pek kecil atau pek travel supaya senang dibawa.

sarung lengan

8. Sarung Lengan (Arm Sock)

Sarung tangan ini untuk dipakai di dalam wad selepas bersalin. Kebiasaannya wad bersalin menerima ramai pengujung lelaki dan wanita. Jadi sarung tangan digunakan bagi melindungi aurat lengan daripada terdedah.
stokin dan sweater

9. Stokin dan Sweater

Petua orang tua-tua menyarankan ibu yang baru bersalin supaya mamakai stokin. Elak masuk angin. Jadi pilih stokin yang sesuai. Bawa 1 atau 2 pasang. Ibu-ibu juga digalakkan memakai sweater atau jaket tebal.
kain batik

10. Kain Batik

Kain batik boleh dipakai di dalam wad. Pun begitu perlu dapatkan kepastian dengan hospital. Biasanya, hospital mahukan ibu-ibu memakai uniform yang mereka berikan. Apa-apa pun tidak salah untuk bawa 1-2 helai. Sebagai backup.
nursing bra

11. Seluar Dalam dan Nursing Bra

Selepas bersalin, ibu dan anak akan diletakkan di bawah pemerhatian. Hanya selepas selesai kesemua proses pemeriksaan, baharulah ibu dan anak dibenarkan pulang. Jadi sediakan pada jumlah sesuai untuk 1-2 hari.
kurma

12. Kurma

Kurma merupakan makanan yang memberikan tenaga pantas. Siapkan kurma dalam plastik kecil atau bekas kecil. Dalam 3-5 biji. Kurma boleh dimakan sebagai energi tambahan kepada ibu.

13. Air Zam Zam atau Air Mineral

Proses bersalin melibatkan tenaga yang banyak. Ibu akan kehausan lantaran banyak berpeluh. Bawa air mineral dan letakkan ditempat yang senang dicapai.

14. Plastik

Plastik ini digunakan bagi mengisi baju dan seluar yang kotor akibat terkena darah. Juga bagi mengisi uri yang keluar selepas melahirkan anak.

15. Lain-Lain

Telefon bimbit, charger, bantal, jam, duit dan lain-lain. Download checklist di bawah dan tandakan. Supaya tidak ada yang tertinggal.

Barang Keperluan  Untuk Bayi

baju newborn

1. Baju Newborn

Bawa baju persalinan bayi. Semak tag baju. Pastikan saiznya newborn. Baju newborn sangat kecil. Sesuai untuk bayi baru lahir. Disarankan untuk bawa baju lengan panjang. Bawa pada jumlah 3-4 pasang.

2. Tuala Bayi

Tuala kecil untuk mandikan bayi. Cari tuala yang lembut dan menyerap air.

barut bayi

3. Kain Barut

Kain barut digunakan untuk membalut perut bayi. Petua orang tua menyarankan begini supaya perut bayi tidak masuk angin.

lampin bayi baru lahir

4. Lampin Bayi

Sama seperti baju. Bawa lampin untuk newborn. Ada beza antara lampin newborn dan lampin biasa selain daripada saiznya. Lampin newborn ada ruang untuk tidak menutup tali pusat yang belum tercabut.

cara-bedung-bayi-yang-betul

5. Kain Bedung

Kain bedung bayi diperlukan untuk membalut bayi. Begini bayi dapat tidur dengan selesa dan nyenyak. Bawa 2-4 helai.
mitten dan booties

6. Mitten, Booties dan Topi

Ada ibu suka pakaikan anak dengan sarung tangan, kaki dan topi. Bagi mengelakkan bayi baru lahir kesejukkan dan bagi menghalan bayi mencakar mukanya sendiri.
tisu lembap

7. Tisu Lembap

Bawa tisu lembap 1 pek. Pilih yang bebas alkohol dan tidak ada bahan kimian. Seeloknya beli yang water-based. Tisu lembap digunakan untuk membersihkan bayi semasa menukar lampin.

8. Peralatan Mandi

Shampoo bayi, bedak, sikat. Bagi bayi wangi-wangi gitu. Letakkan dalam satu bag khas. Supaya tidak bercampur dengan barangan lain dan senang diambil.

9. Minyak

Bawa minyak sebagai persediaan. Kebiasaannya minyak ini disapukan kepada bayi. Ada yang suka guna minyak telon. Ada yang suka guna minyak Yuyi. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

sumber: mamapride.com

Senaman Yang Disarankan Untuk IBU HAMIL. Mari Lakukan!

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.

1. Berjalan
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.

2. Renang
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.

3. Kelas senaman air
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

4. Yoga dan regangan
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.

5. Pilates
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis – dikenali dalam Pilates sebagai “teras stabil” atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”, dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.

6. Senaman angkat berat
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.

7. Tarian
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

8. Aerobik berimpak rendah dan Fitball
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

semoga bermanfaat

sumber: mamapride.com.my

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Selamatkan Anak Dari Ketagihan Gajet

18MP_LONELY_KID_1655903e

1. MENGURANGI KEMAMPUAN INTERAKSI SOSIAL
-Dengan gajet, anak akan bermain seorang sendiri. Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The New York Times, penulis buku iBrain:Surviving the Technological Alteration of the Modern Mind dan Direktur Longevity Center di Universitas California, Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teknologi, akan mengurangi interaksi dan mengganggu keterampilan komunikasi.

2yzjyuq

2. PENURUNAN PERKEMBANGAN OTAK
-Pada lima tahun pertama hidupnya, otak anak berkembang sangat pesat. Studi menunjukkan bahwa terlalu banyak gadget akan memengaruhi fungsi otak dan menyebabkan anak menjadi kurang perhatian terhadap lingkungan sekitar. Anak juga akan mengalami keterlambatan kognitif, gangguan proses belajar, peningkatan impulsif, dan penurunan kemampuan mengawal diri. Ahli parenting menyarankan orang tua untuk mengajak anak bernyanyi, membaca, dan berbicara dengan anak-anak mereka daripada membiarkannya bermain gajet.

6ed7d722bbca3696c29c1db0c90ce9c7

3. OBESITI
-.Kanak-kanak yang terlalu lama bermain dengan gajet daripada bermain di taman permainan, tidak dapat membakar kalori di tubuhnya. Satu dari tiga anak Amerika mengalami obesiti yang dapat menyebabkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, dan stroke. Ibubapa harus mendorong anak-anak mereka untuk bermain di luar rumah dan harus memahami bahawa ada banyak manfaat bermain seperti berjalan, berlari, dan melompat.

Angry-kid

4. TEMPERAMENTAL
– Cuba sesekali perhatikan tingkah laku anak yang berinteraksi dengan alat berjam – jam lamanya . Apakah anak anda menjadi agresif ? Tantrum adalah bentuk paling umum dari agresif di kalangan kanak-kanak kecil . Sikap agresif dan tantrum merupakan akibat dari paparan alat . Semasa proses pembesran mereka, anak – anak yang ketagihan game lebih mungkin untuk tidak mematuhi Ibu bapanya.

cellphones

5. RADIASI
-Kajian yang dilakukan Universiti Leeds di Nottingham dan Universiti Manchester and Institute of Cancer Research di London , United Kingdom , menyatakan bahawa saraf anak masih berkembang dan tengkorak tipis membuat anak terdedah diserang radiasi dari telefon bimbit . Penggunaan telefon bimbit berhampiran kepala anak dikhuatiri akan menghancurkan sel otak kanak-kanak kecil .

images (1)

6. MEROSAKKAN PENGLIHATAN MATA
-Tumpuan yang terlalu lama di skrin komputer boleh merosakkan mata . Para ahli mengatakan , penglihatan yang baik diperoleh jika menatap benda dari jarak yang berbeza . Kajian menunjukkan bahawa anak – anak yang ketagihan bermain game komputer lebih mungkin mengalami gangguan pada mata mereka .

Sticky-Sand-Sensory-Bin-2

7. TIADA “MOTOR SKILL” DAN “SENSOR SKILL”
-Zaman sekarang, anak-anak hanya dapat bermain pasir, buih, rumput dan play-doh hanya di ipad sahaja.Ini sangat tidak bagus untuk pembangunan diri atau ‘child development’ akan terbantut. Mereka tidak dapat merasa dan bau benda yang sebenar.Biarkan anak menyentuh dengan menggunakan tangan sendiri .Ia dapat meransang ‘motor skills’ dan ‘sensory skills’.

stockvault-sulky-and-angry-young-kid-on-the-couch178276

8. KURANG MINAT BERMAIN DI ALAM TERBUKA
-Gajet ‘ membunuh ‘ perkembangan anak . Mereka sepatutnya keluar rumah , berjalan di taman , dan bersosial dengan kanak-kanak lain . Bukan hanya tinggal di rumah dan bermain dengan gajet . Beberapa orang tua tidak menyedari bahawa anak mereka terasing dari alam , tumbuhan , haiwan , tasik , dan langit . Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola , melompat , berlari , dan bernyanyi .dengan kata lain, anak harus aktif bergerak untuk merangsang perkembangan saraf motorik .

Dengan mengetahui kesan buruk penggunaan gajet berlebihan pada anak-anak , jadi anda boleh mula mengurangkan penggunaan gajet mulai dari sekarang . Anak – anak perlu berinteraksi dengan rakan sebaya , dengan keluarganya , dan dengan alam .

Alam telah menyediakan segala kebaikan untuk anak-anak . Melalui pelbagai aktiviti yangmenyeronokkan , si kecil akan memperoleh pengalaman melayari dunia bersama ibu bapa

sumber: mamapride.com.my

Diet Tetapi Berat Susah Turun Statik dan Naik Mendadak. Kenapa?

Ramai orang dan termasuk diri saya sendiri mengalami masalah bila diet atkins iaitu berat susah turun dan berat turun kemudian statik. Kenapa boleh jadi macam itu? Sedangkan diet clean, betul-betul dah follow induction diet atkins. Ini diet atkins tak berkesan ! Eh, sabar abang, kakak, adik. Cuba lihat dulu macam mana gaya hidup anda sebelum buat kenyataan.

Berdasarkan hasil kajian saya sendiri iaitu saya timbang dan saya lihat bagaimana dengan gaya hidup A (dua minggu) dan B (dua minggu) dan C (1 minggu). Iaitu total masa yang saya perlukan untuk buat artikel ini adalah 1 bulan 1 minggu.

GAYA HIDUP A iaitu Berat susah turun walaupun diet Atkins

Berat Susah Turun

Ramai orang bila sebut diet atkins dalam fikiran mereka adalah “OK, Diet tak makan nasi dan Roti. Yang lain semua boleh makan“. Kemudian saya Diet Atkins dan “minum air cuma sehari 1.5liter mana boleh minum banyak nanti muntah, meloya” dan “Saya setiap hari stress dengan kerja. Tidur pula tak tentu. Sehari kira-kira 3 – 4jam je tidur”. Kenapa berat susah turun? Apa yang tidak kena dengan GAYA HIDUP A saya.

Kesilapan Gaya Hidup A

  • Tidak faham Apa Itu Diet Atkins
  • Air yang tidak mencukupi
  • Tidur yang tidak teratur
  • Gaya hidup yang stress

Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup A

  • Jika mahu diet atkins anda perlu faham betul-betul apa itu diet atkins dan macam mana nak buat. Boleh rujuk artikel di bahagian Diet Atkins. Jika sudah baca dan tak jelas maka bolehlah anda hubungi saya bertanya. Atau jenis banyak duit nak mudah nak senang anda boleh beli ebook berbahasa melayu iaitu boleh ebook atkins.
  • Nak diet, air perlu cukup. Macam mana nak tahu cukup ke tak? Sila rujuk Berapa banyak air perlu sehari
  • Tidur adalah amat penting untuk kesihatan dan mengurangkan berat badan. Jika anda kurang tidur membuatkan anda makan lebih banyak dan mempengaruhi berat badan iaituberat susah turun dan bertambah.
  • Elakkan gaya hidup stress. Cuba untuk tenang dalam semua keadaan.
    Gaya hidup yang stress boleh memberi kesan negatif terhadap hormon, membuat anda lapar dan mencegah anda daripada kehilangan berat badan.

GAYA HIDUP B iaitu Berat turun dan statik walaupun sudah sebulan

Berat Statik

Saya pengamal diet atkins sudah dua bulan. Kenapa masa mula-mula diet atkins berat turun kemain laju. Iaitu sebulan pertama 10kg. Kemudian sebulan lepas tu berat saya statik je. Makan rasanya sama je clean diet cuma ada gula sikit. Kemudian workout saya tak buat sebab tiada masa.

Kesilapan Gaya Hidup B

  • Makan/Minum Gula
  • Tidak workout/senaman
  • Tidak tahu defisit kalori

Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup A

  • Cuba kaji semula berapa banyak karbohidrat anda boleh tengok di rujukan menu diet atkins
  • Tolong jangan cheat walaupun sikit. Kerana itu mempengaruhi berat anda.
  • Abang, Kakak ingat Pemakanan cuma 80% dan workout adalah 20%. Jadi bawa-bawalah workout ye. InshaAllah mulakan dengan cardio, intervel, atau jogging kalau rasa belum mampu boleh walking sehari 3km atau lebih. Ini membantu berat statik anda untuk turun. InshaAllah
  • Disini sudah perlu bermula untuk anda lihat berapa banyak kalori anda masuk. (Saya pasti ramai tak setuju tetapi ini adalah pandangan saya)

GAYA HIDUP C iaitu Berat turun dan Naik mendadak.

Berat Naik Mendadak

Saya berjaya turunkan berat badan 15kg dalam masa dua bulan. Saya diet clean, saya workout tapi seminggu hari tu saya outstation dan bekerja di luar kawasan. Saya tak boleh diet maka saya cheatlah dalam masa seminggu. Makan kek, makan nasi, makan semua yang mana gaya hidup lama saya masa berat 100kg. Kenapa berat saya memula turun dan sekarang naik mendadak 5kg pula itu.

Kesilapan Gaya Hidup C

  • Cheat
  • Berat 85 kg tetapi gaya makan macam 100kg

Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup C

  • Jangan cheat selagi belum capai berat badan ideal
  • Jika berat 85kg tolong hidup gaya hidup 85kg bukan 100kg

Pengajaran Daripada Gaya Hidup A, B dan C

Gaya Hidup A, B dan C adalah bukan reka-rekaan semata tetapi apa yang saya buat berdasarkan pengalaman saya. Jika anda nak berdiet Atkins apa yang perlu anda buat adalah anda perlu Disiplin, Tukar Cara Berfikir, Tekad, Usaha dan yang paling penting Doa Untuk Kurus.

sumber: Prof Hariz

Jangan Lagi Beli Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Berikut

Berikut antara spesifikasi yang tidak relevan lagi pada telefon pintar sekarang.

1.Jangan beli telefon pintar dengan RAM dibawah 2GB

Ini kerana peranti dengan RAM dibawah 2GB tidak mampu lagi untuk menjalankan aplikasi daripada playstore dengan sempurna. Apatah lagi untuk menjalankan aplikasi secara “multitasking”, perantianda juga akan kerap berlakunya masalah “hang”.

2.Jangan beli telefon pintar dengan OS Android dibawah versi “Marshmallow”

Adalah sangat penting untuk memastikan OS Android adalah yang terkini, sekurang-kurangnya Marshmallow. Ini kerana sistem operasi yang lama seperti Kitkat, Lolipop dan sebagainya adalah tidak lagi mendapat sokongan kemaskini dan tidak serasi dengan kebanyakan aplikasi yang disediakan oleh playstore.

3.Jangan beli telefon pintar “low-end” dari jenama terkenal

Harga untuk telefon daripada jenama terkenal sememangnya adalah mahal walaupun dengan spesifikasi yang rendah. Dengan harga tersebut anda sudah mampu memiliki peranti berspesifikasi tinggi daripada jenama pertengahan yang lain seperti meizu, oppo, vivo, one plus dan lain-lain.

4.Jangan beli telefon pintar dengan harga melebihi RM2800

Menurut pandangan kami, harga peranti Android dengan harga melebihi RM2800 adalah agak keterlaluan. Untuk mendapatkan telefon dengan spesifikasi yang mantap dan tinggi cukup sahaja degngan bajet RM1800. Tindakan membeli perantiAndroid dengan harga hampir tiga ribu adalah sangat membazir dan pada pendapat kami  ianya disebabkan oleh pengaruh persekitaran semasa sahaja.

5.Jangan beli telefon pintar terpakai yang berusia lebih daripada 3 tahun.

Selain daripada sistem operasi yang ketinggalan zaman, usia perkakasan dalaman juga akan mudah rosak oleh kerana usia peranti yang boleh dikatakan agak “tua”, semakin lama usia perantisemakin berkurangan kemampuannya untuk beroperasi dengan baik.

Itu sahaja 5 tips daripada kami, harap dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat. Semoga bermanfaat.

Korang Rasa Gambar Ni Photoshop? Korang Silap! (23 GAMBAR)

1. Budak ni bukannye jalan atas air, tapi diambil secara kebetulan bila budak ni terjun dari papan anjal tu.

2. Budak ni sama gak macam gambar kat atas ni. Mana de orang naik basikal atas air dowh

3. Mesti korang ingat gambar serigala ni orang edit kasi panjang kaki dia kan? Padahal kaki dia memang panjang macam tu, dan spesies serigala ni namanya Maned Wolf. Serius dowh

4. Ala, ni lagi senang. Pernah sekali magician terkenal buat macam ni tapi aku tak ingat nama dia. Magician orang Jepun tapi dok kat Amerika tu, ape ke namanye. Sebenarnye tangan sebenar dia disorok disebalik baju dan tangan palsu tu dicipta khas untuk menampung badannye.

5. Ni bukan gambar orang edit pakai warp tools kat photoshop tau. Ni memang betul. Landasan keretapi ni jadi macamni sebab gempa bumi yang berlaku kat New Zealand pada suatu masa dulu.

6. Ni bukan patung Barbie ataupun robot buatan Jepun tau. Ni memang manusia betul, orang panggil dia ni Human Barbie. Nama betul dia aku tak tau, tapi rasanya korang tau kot. Dia ni banyak berabis duit untuk pembedahan supaya muka dia sebiji macam patung Barbie. Kesian muka cantik tapi kurang siuman.

7. Ni bukan gambar lawak orang copy paste pastu letak kapal terbang ni atas jalan raya k. Gambar ni memang real tapi cuba korang tengok betul-betul sebenarnye kapal terbang ni bukan jalan kat atas jalan raya, tapi tengah nak landing kat landasan dia kat depan tu je. Kapal terbang memang akan lalu tengah-tengah diantara flyover tu masa nak landing. Tapi kalau silap landing ni, mau kene semua kereta kat bawah tu, perghhh..ngeri plak.

8. Kapal ni bukan terbalik sebab accident k. Kapal tu memang sengaja orang buat terbalik macamtu sebab nak photoshoot untuk iklan minyak wangi Hugo Boss.

9. Ni bukan kepala Ghost Rider tau. Ni adalah lava gunung berapi yang cair dan mengalir ke dalam laut. Secara kebetulan je ni lava tu bentuk dia macam Ghost Rider plak.

10. Rasanya korang tau kamera trick ni.

11. Ni bukan lukisan k. Ni adalah orang ‘Tarp’ orang putih panggil iaitu sejenis kanvas untuk buat khemah yang kalis air. Tarp ni membaluti bangunan yang dalam proses pengubahsuaian. Tak caya, cer tengok betul-betul bahagian bawah, ade kedut-kedut sikit.

12. Ni rasanya takde aneh sangat kot sebab pokok ni memang rupa dia macam ni disebabkan keadan cuaca yang ekstrem.

13. Agak seram kalau aku berada kat situ. Mesti korang ingat sotong kurita kan? Padahal rumpai laut tu. Banyak gila.

14.  Pahal tetibe ade pizzahut setepek kat atas bumi ni? Padahal pizza ni ade angkasawan yang bawak ke angkasa.

15. Ni bukan kucing kerek yang cat muka dia sendiri, tapi kucing ni memang warna dia macamtu. Sama gak ngan mata dia. Bukan pakai contact lens tau, takde masa nak pakai contact lens kata meow tersebut.

16. Ni bukan kertas jatuh dari atas langit, tapi hasil seni arca oleh Neil Dawson di New Zealand.

17. Bukan Son Goku mahupun Ultraman yang buat ni, tetapi hanyalah installation art.

18. Yang ni memang aneh dan awesome sebab ianya terhasil disebabkan arah ombak yang bertentangan yang menghasilkannya.

19. Takde sape penggal kepala dia, ni badan dia elastik sangat.

20. Mamat ni lapar sangat kot sampai makan signboard tu. Hehehe, bukanla, padahal memang strategi dan idea iklan yang bijak dan kreatif.

21.  Ni bukan gambar tangkap kat dalam studio, ni adalah garam mineral yang terdapat di kawasan pantai di Bolivia. Ianya seperti cermin dan dapat memantulkan imej.

22. Ni bukan gambar yang diwarnakan kat Photoshop, tetapi salah sebuah karya seni illusi oleh Felice Varini.

23. Percayalah, ni hanya kamera trick. Korang pun tau kan. Blok yang sebelah kanan tak bersambung pun sebenarnye.

Sumber : Viralnova