TIPS PANTAS CARA MEMASAK UNTUK ANAK & KELUARGA SETIAP HARI

Assalamualaikum …
Harini nak share tips untuk konsisten memasak,cepat,efficient dan bekalkan makanan anak setiap hari 🙂

Alhamdulillah,sejak zaman study dekat uia hari2 masak untuk husband Mohd Fadzil,zaman houseman manage bekalkan anak bekal ke rumah pengasuh sampai sekarang walaupun takda periuk noxxa :p

Masa awal2 kahwin selalu husband complaint kite masak lambat,siap cakap mak saya masak sejam semua siap,ish time tu memang kecikkk ja hati ni rasa haha.ada ke compare kite dengan mak yang memang dah biasa buat catering and masak banyak2.rupanya ada tips,and memang menjadi !

Perasan tak,selalu nak masak ,waktu untuk prepare barang tu yang lama,nak kupas bawang,nak tumbuk lagi,nak bersihkan ayam lagi,nak potong sayur lagi.so bila jimatkan waktu prepare barang ni memang cepat sangat masa memasak .panas kuali ,masuk minyak campak2 dah siap

Apa yang nadya buat,satu hari dalam seminggu,selalunye beli barang dapur jumaat lepas balik kerja,bersihkan and setelkan semua terus,jangan beli barang mentah di hari busy,nanti jawabnye masukla ayam ikan ke freezer lepastu tak sempat kemas huu.poor prognosis

1.kenalpasti apa masakan yang selalu kita masak
-kalau nadya ni.mek klate,jadi serai ,limau sume2 tu banyak guna.so apa bahan yang kite selalu guna waktu masak ,kita aim waktu nak masak nanti semua dah ready,so senang .macam anak2 nadya suka sup,jadi memang selalu ada stok dada ayam potong dadu,carrot,potato,stok bawang dikisar semua

2.rancang menu seminggu
-jimat sikit belanja dapur bulanan .dan jimat masa nak pikir harini nak masak apa,pernah bangun pagi takda idea nak masak apa ,dah ambik masa berpikir2,ish bazir2  biasa nadya masak 2 menu untuk bekal anak.kalau letih sangat 1 menu pun jadi lah hehe

3.kerjasama suami
-kena mintak tolong suami jaga anak waktu nak prepare barang2 ni.alahai tak lama pun,bila selalu buat cepat ja prepare nye,kalau suami malas,suruh die yang prepare barang masak hehe.tapi pernah husband tolong basuhkan ayam lebih setengah jam,mak aih takpe lah bagi wife buatkan la

4.kena rajin dan usaha jadi rajin walaupun malas
Kena rajin,bagi nadya yang bekerja,bila tinggalkan anak dengan pengasuh ,perasaan lega sikit sebab nanti tak terfikir2 anak aku makan ape yer,dah makan ke belum,cukup ke makanan.masa zaman houseman ,salah satu terapi nak hilangkan stress bagi nadya bawak bekal makanan anak.ok mak mak sangat

Bila masak sendiri,kite tau ape kite masukkan,jadi free msg,free ajinamoto ..
Nadya bukan seorang yang pandai masak,rasa nak join kelas memasak ja,tapi bila masak anak cakap sedap hati pun rasa happy 🙂 harap dapat bagi manfaat dekat ibu2 yang ada kekangan masa tapi nak masak yang terbaik untuk anak dan suami.

Percayalah,air tangan ibu paling sedap,walaupun tak pandai masak sangat ,tapi masakan ibu anak akan ingat sampai bila2 teringat pulak nasi goreng telur ummi nadya ,simple tapi sebelum pergi sekolah hari2 makan ,sampai sekarang tu lah nasi grg plg best

Ape lagi,meh la ibu2 semua
Detail dekat gambar.tolong tag ibu2 yang nak masak setiap hari untuk anak 🙂 semoga bermanfaat









Credit: Nadya Sufia

Mudahnya nak buat SOS CHEEZY WEDGES! Jom Cuba!

Ok dh siap..pas ni bolehlah wat cheezy wedges bila2 masa je,xyah nak beli cheese powder bagai

Ok ni bahan2nya

Butter 1/2 ketol
Susu cair 1/2 tin
Tpg gandum 1sudu besar, bancuh dgn ckit air
Cheese 4 keping
1sudu kecik serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketol Kuib ayam
Garam

Cara2nya…
Cairkan butter,pastu masukkan susu cair,tepung gaul rata,kmudian masukkan cheese,kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam,kuib ayam,garam dan pewarna,kacau sebati..boleh tambah air kalo pekat.

Ok semoga berjaya

credit : NizSa Mi
#MAHN

Bukan lagi ‘Selfie ‘ tetapi ‘Swafoto’. Jom viralkan!

Rujukan Calon UPSR / PT3 /SPM:
Sila2 war-war kan.. 👍👍
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan “Swafoto” bagi perkataan “Selfie”yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Swafoto – gambar kendiri, berswafoto – mengambil gambar kendiri, menswafoto – perbuatan merakam gambar sendiri.

Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin ❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak✔

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul..

rps k.suriani

 

KANAK-KANAK tiga beradik dalam keadaan tidak terurus hanya makan nasi kuah kicap tinggal dalam sebuah bilik di rumah kedai

JKM selamatkan 3 beradik ditinggalkan ibu bapa

JOHOR BAHRU 5 Ogos – Tiga beradik yang ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus di sebuah rumah kedai di Jalan Susur Larkin Perdana 1, Larkin Perdana di sini diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kelmarin.

Difahamkan, dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia antara dua hingga enam tahun tinggal bersama ibu bapa mereka yang berasal dari Sabah serta seorang lagi adik berusia empat bulan.

Kisah tiga beradik itu menjadi tular dalam Facebook apabila seorang pengguna mendakwa kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam keadaan sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya makan nasi berlaukkan kicap.

Dakwa pengguna laman sosial itu, ibu kanak-kanak ber­ke­naan yang juga seorang mualaf bekerja di sebuah kilang di Ge­lang Patah, manakala bapanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak terbabit namun meninggalkan mereka dalam keadaan tidak terurus.

Pegawai Kebajikan Ma­sya­rakat Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, siasatan mendapati tiga beradik itu ditinggalkan di sebuah bilik sewa rumah kedai berkenaan tanpa pengawasan orang dewasa.

“Pelindung kanak-kanak JKM ke tempat tinggal mereka bersama anggota polis dari Balai Polis Larkin selepas menerima maklumat pada Rabu lalu.

“Pemerhatian kami juga men­­dapati mereka kekurangan makanan, pakaian dan penjagaan. Mereka juga melihat ke­adaan kanak-kanak yang di­biarkan tanpa pengawasan yang se­­wajarnya dan kes tersebut disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Seorang penghuni bilik sewa di rumah kedai berkenaan, Mohamad Faizul Mohamad, 34, berkata, nasib malang tiga beradik itu disedari seorang penyewa bilik sebelah apabila mendengar bunyi pinggan pecah dari bilik yang didiami kanak-kanak tersebut.

Curiga dengan keadaaan itu, penyewa bilik itu bergegas memberitahu dia dan isterinya, Intan Yasyirah Sumadi, 28, sebelum mereka memeriksa bilik berkenaan.

“Pintu bilik berkunci, nasib baik pembantu rumah sewa ada kunci pendua dan kami boleh masuk ke dalam serta amat terkejut apabila melihat keadaan tiga beradik ini ditinggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan tidak terurus.

“Mereka terbaring dalam keadaan lapar selain berbau busuk dipercayai tidak dimandikan selain mendapati mereka hanya makan nasi berlauk kicap,” katanya.

Mohamad Faizul memberitahu, keluarga berkenaan baru sahaja menyewa bilik tersebut sejak hujung bulan lalu.

“Mereka hidup dalam ke­adaan serba kekurangan, saya percaya mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak ada masalah,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia

Tidak endah Pantang Selepas Bersalin? Jangan! Ketahui Perkara Yang Dilarang Semasa Berpantang

Pantang Larang Selepas Bersalin

#1 Ibu Jari Tidak Boleh Terlanggar/Terantuk

Ibu-ibu perlu berjalan perlahan-lahan supaya ibu jari tidak terlanggar meja atau apa-apa yang keras. Jika terlanggar/terantuk, ibu boleh mengalami pendarahan yang banyak atau bentan.

#2 Elakkan Duduk Mencangkung

Duduk mencangkung semasa pantang boleh menyebabkan peranakan turun dan melemahkan otot-oto perut. Tidak kira ibu bersalin normal atau secara pembedahan.

Huh.. memang tak mungkin laaa kan nak duduk mencangkung ni. Tapi kalau orang yang tak kena jahit, maybe terasa biasa je nak mencangkung sebab takde luka jahitan. Walaubagaimana pun, ibu yang tak koyak dan tak perlu jahitan pun kenalah elak dari duduk mencangkung untuk mengembalikan kesihatan peranakan tu ya.

#3 Jangan Makan Ikan Keli atau Ikan Yang Berbisa

elakkan ikan keli semasa berpantang
Ikan keli adalah ikan yang mempunyai bisa. Ikan yang berbisa boleh menyebabkan turun darah atau bentan. Ikan haruan adalah ikan yang terbaik untuk dimakan untuk menyembuhkan luka lepas bersalin.

#4 Elakkan Makanan Berubi

Makanan jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu pencernaan dan perut terasa sakit atau kembung. Lebih-lebih lagi untuk yang menyusu kerana dikhuatiri bayo yang disusukan juga akan mengalami kembung perut.

#5 Elakkan Sayur-sayuran Sejuk

Contoh sayur-sayuran sejuk ialah kobis, petola, kangkung dan cili. Pengambilan sayur-sayuran ini boleh menyebabkan ibu kembung dan sakit-sakit badan seperti demam urat. Saya pernah termakan kobis goreng semasa berpantang anak pertama. Memang ‘seram sejuk’ dibuatnya…

Sumber : PaMa

Untuk ibu-ibu baru bersalin anak pertama, boleh ikut cara ni ya. Kalau nak eksperimen sendiri pun takde masalah tapi biarlah ibu tidak terseksa kesakitan semasa berpantang.

Kalau yang bersalin anak kedua atau ketiga…. mungkin dari pengalaman anak sebelumnya sudah tahu mana yang patut dan mana yang tak patut dibuat.

MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR – Ibu Bapa Wajib Tahu!

MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR

“Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap “kucing” bukan meow meow”

Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) dengan bangga dan yakin kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja

Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga macam skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap ‘kucing”, “mama”, atau “papa”. Jika kita terus ajar perkataan yang complex, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami lewat bercakap. Umpama umur 7 tahun diajar subjek darjah 6.

Untuk anak bawah setahun, saya pecahkan kepada 5 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,

TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)
1. Senyum
2. Buat bunyi “aaaa”, ‘eeee”..
3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya.
4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah).
5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.

Tips:
– Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur, pandang mata.
– Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi.
– Sikat dan usap rambut sambil menyusu.
– Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak utk melihat ke arah bunyi.
– Untuk yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dia nak.
– Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi tak payah sopan-sopan sangat

TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)
1. Ketawa mengeluarkan bunyi semasa bermain.
2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa “elien”
3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit).
4. Respon dan pandang ke arah bunyi.
5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi.
6. Fokus terhadap bunyi muzik.

Tips:
– Kerap ketawa bersama bayi.
– Kerap berbual. Bila anak sedang bercakap bahasa “elian”, angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap).
– Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza.
– Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi.
– Menyanyi sambil tepuk tangan.

TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN)
1. Cuba untuk mengikut bunyi.
2. Menyebut “bababa”, “mamamama” seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik.
3. Memahami arahan mudah seperti “datang sini”.
4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu.
5. Pergi ke arah bunyi.
6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata)
7. Menyebut perkataan pertama seperti “bye- bye”, “hai” atau “mama”.

Tips:
– Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda.
– Ulang-ulang dan ulang.
– Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku.
– Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk oral motor).
– Ajar “flying kiss” bersama dengan gerakan mulut dan tangan.
-Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut.
– Beri arahan sambil guna pergerakan badan.
– Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri “tatatata” atau “nananana” sebagai tanda kita berminat untuk mendengar.
– Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut.
– Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya “Ini kucing, bunyi kucing “meoww””.
– Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan.
– Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai.
– Jangan cakap pelat dengan anak

Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak. Ada yang mengadu dengan saya,

Client: “Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia”.

Saya: “Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?”

Client: “Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv”.

Jadi mana silapnya? Ok, anak bawah umur 1 tahun akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada ‘background” tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan. Anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan tidak patut (auditory filtering).

Sudah ada kajian pada awal tahun ini terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).

Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya

Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin. Saya ada menyediakan perkhidmatan OT di Selayang, sesiapa berminat boleh pm saya.

Kalau saya buat kelas merangsang perkembangan bayi untuk ibu bapa baru atau bakal ibu ada tak yang berminat? Kalau minat, boleh taip “Nak” dan nyatakan lokasi

Dialu-alukan untuk “Share”, “Follow”, “Like”, tag pasangan dan save page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif Occupational Therapist.

Terima kasih, semoga bermanfaat

Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja
Sumber: FB Maryam Jamadi