‘Saya tidak izinkan pihak hospital beri sebarang suntikan (vaksin) terhadap bayi kami’

PUTRAJAYA – Viral di media sosial surat yang ditulis oleh seorang lelaki yang meminta pihak hospital tidak mengenakan sebarang suntikan (vaksin) terhadap bayi mereka, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Gambar surat yang dimuat naik oleh jururawat lelaki, Anwari Hamzah, pada 28 Oktober lalu telah disukai 1,100+ dan dikongsi 1,150 kali oleh pengguna Facebook.

Berdasarkan surat bertarikh 26 Ogos 2017 itu, bapa kepada bayi meminta pihak hospital mengecualikan bayi mereka dari sebarang suntikan vaksi dengan alasan takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap mereka kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna.

“Saya tidak mengizinkan sebarang suntikan dikenakan terhadap bayi kami. Tiada sebarang alasan melainkan bayi ini pada zahirnya anak kami akan tetapi pada hakikatnya adalah Hamba Allah, Ciptaan Allah dan milik Allah.

“Kami amat takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap kami dunia akhirat kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna sehingga perlu kepada bahan-bahan tambahan ciptaan makhluk-makhluk yang zalim lagi jahil,” tulisnya.

Kesal dengan ayat yang digunakan lelaki itu, ‘zalim lagi jahil’, Anwari tampil memberikan pandangannya.

“Mula-mula aku baca, aku tak adalah kisah sangat. Bad parenting, lepas itu tunggang agama bagai rodeo, dah terbiasa aku baca.

“Tapi bila sampai part “makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil”, aku dah triggered. WTH? Kalau kami ini pengamal kesihatan moden dicerca sebagai “makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil”, apa tujuan dia datang ke hospital sebenarnya?

“Dalam surat kata tak nak disuntik sebab takut dituduh tak yakin anaknya dicipta sempurna.  Habis datang hospital untuk apa? Tak yakin ke dengan kesempurnaan anak itu sampai sanggup datang ke tempat “makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil” bertugas, yakni hospital?

“Sampai dia sanggup datang kepada “makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil” untuk dapatkan ‘confirmation’ yang anak dia sempurna, kenapa? Bukankah kami ini agen Dajjal, 33rd degree Freemasonry, ahli Kaballah dan sebagainya?

“Ironi. Hang datang hospital untuk dirawat lepastu hang cerca staff hospital sebagai zalim dan jahil. Adakah dia ni dulu pernah terjatuh dan terhantuk kepala sampai membesar dengan sebegini bodohnya?

“Persoalan paling penting, adakah kami ni “makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil”, atau dialah sebenarnya yang ZALIM DAN JAHIL dengan menidakkan hak anaknya untuk hidup sihat? Sekian,” tulis Anwari.

Meskipun ramai yang bersetuju dengan jururawat berkenaan, ada segelintir netizen yang mula mempertikaikan tindakannya mendedahkan surat itu tidak berintegriti walaupun tidak mendedahkan nama pasangan berkenaan.

“Kasihan ibu bapa ini. Tiada integriti dalam staff kesihatan yang memviralkan surat parents berkenaan untuk dibodoh-bodohkan oleh mereka. Cuma pelik bin ajaib, bila pula doktor di Malaysia ini jadi pencipta vaksin sampai terasa sangat digelar zalim dan jahil?” kata Zulaikha Zafirah.

Sumber: The Reporter

10 Perkara Dalam Budget 2018 Yang Jadi Bualan Hangat Netizen

Berakhirlah sudah pembentangan Bajet 2018 oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sebentar tadi. Banyak perkara yang diumumkan oleh pihak kerajaan dalam bajet tahun hadapan.

Bajet 2018 akan memperuntukkan RM280.25b, menyaksikan pertambahan peruntukan RM20 billion berbanding RM260.8b peruntukan Bajet 2017. Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Budget 2018. Teks ucapan penuh untuk Bajet 2018 boleh dibaca di sini.

1. Pulau Pangkor kini diiktiraf pulau bebas cukai

Selepas Labuan,Tioman dan Langkawi, Pulau Pangkor juga kini bergelar pulau bebas cukai. Namun, ianya tidak termasuk untuk produk seperti minuman keras,rokok, dan kenderaan bermotor. Barangan yang selain daripada ini sahaja dikecualikan daripada cukai seperti barangan keperluan asas.

2. Tabung ADAM50

View image on Twitter

Setiap anak yang lahir bermula dari tahun 1 Januari 2018 akan mempunyai akaun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di mana nilai RM200 akan dimasukkan terus dalam bentuk Amanah Saham.

3. Bantuan Baucar Buku dikembalikan

Kad debit KADS1M menggantikan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun ini dan nampaknya Bantuan Baucar Buku akan kembali untuk tahun hadapan. Satu langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi minat membaca kepada siswa dan siswi.

4. Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 2018

View image on Twitter

Ianya satu berita baik buat peminjam PTPTN untuk melangsaikan pinjaman mereka pada kadar segera. Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN juga dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan ketika ini.

5. Tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari

View image on Twitter

Buat para ibu yang bakal bersalin yang bekerja di sektor swasta. Jika sebelum ini hanya 60 hari, selepas ini cuti bersalin akan selari dengan para ibu yang bekerja di sektor awam iaitu 90 hari.

6. Pemansuhan kutipan tol di 4 lokasi

View image on Twitter

Ini berita paling mengembirakan terutamanya buat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang. Adakah pemansuhan kutipan tol ini bersifat sementara atau pun kekal?

7. Flesibiliti waktu bekerja untuk pekerja kerajaan

View image on Twitter

8. Ibu mengandung lebih 5 bulan boleh pulang awal sejam

View image on Twitter

Kalau suami juga bekerja di sektor awam, suami juga boleh pulang awal sejam seperti isteri.

9. ‘Bonus’ buat penjawat awam bernilai RM1,500 dan RM750 buat pesara

View image on Twitter

10. Pengambilan pembantu rumah secara terus tanpa melalui agen

Tiada lagi kes ditipu agen pembantu rumah kerana selepas ini, anda boleh berurusan secara terus daripada 9 negara sumber.

Anda ada sebarang komen tentang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi? Boleh berkongsi pandangan anda di ruangan komen.

Sumber: The Vocket

LAGI MENARIK….

Kutipan Tol Sungai Rasau Dan Batu Tiga Akan Dimansuhkan Bermula Tahun Hadapan

Khabar gembira buat anda yang sentiasa melalui tol Sungai Rasau dan tol Batu Tiga. Melalui Pembetangan Bajet 2018, antara yang menarik perhatian umum adalah keputusan kerajaan untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga dan Shah Alam mulai 1 Januari 2018.

Ianya satu berita yang boleh dikatakan mengejutkan dan nyata mengembirakan penduduk Shah Alam dan Klang. Mana tidaknya, hampir setiap pagi dua kawasan tol ini pasti akan dibanjiri dengan kereta yang menuju ke Kuala Lumpur. Tanpa dua tol ini, ianya pasti akan menjimatkan perbelanjaan seharian penduduk yang tinggal di Shah Alam dan Klang.

Dua lagi kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor turut anak dimansuhkan. Adakah ini antara berita gembira yang anda mahu dengar untuk Bajet 2018 ini?

Sumber: The Vocket

‘Beauty with brain’ – Kisah inspirasi gadis UiTM viral di media sosial

Sesuatu kejayaan tidak akan mudah tercapai tanpa usaha dan pengorbanan. Banyak cara untuk berjaya, namun terpulang pada diri kita sama ada memilih untuk berjaya atau separuh berjaya atau belajar sekadar cukup syarat asal ada status masuk universiti.
BEAUTY WITH BRAIN

  • Anugerah Naib Canselor
  • Anugerah Pelajar Terbaik Pengurusan Hartanah
  • Anugerah Pencapaian Terbaik 4 Semester

INSPIRING THREAD 2017

Untuk setiap kejayaan akan ada cerita di sebalik tabir. Susah payah itu orang bukannya tahu. Yang orang nampak hanya kita sarung selempang gah masa majlis konvo. Padahal pengorbanan kita itu bukan main dahsyat lagi. Allah saja yang tahu.

Ini adalah kisah Aina Fazlen, student UiTM Seri Iskandar.

Kakak ini adalah senior aku. Kami belajar dalam Kursus Diploma Pengurusan Hartanah. Tujuan aku berkongsi tentang kejayaan Kak Faz ini sebab akur asa cerita tentang kejayaan ini wajar dikongsi. Kita bagi ruang sedikit untuk thread motivasi.

Aku tahu ramai yang nak dengar sendiri dari budak-budak konvo yang dapat award, macam mana cara mereka menguruskan kehidupan agar dapat mengimbangi kehidupan sosial dan akademik. Lebih excited, Kak Faz ini jenis hijabistilister yang mementingkan imej dan tidak mengenepikan akademik.

Secara jujurnya, ini yang aku kagum sebenarnya. She manage to balance beauty management and score paling max in academic. Bukan semua orang mampu buat begitu. Like some other people rather mengabaikan buku sebab sibuk pakai face mask highlighter so on.

Kak Faz ini aku dok perhatikan saja dia masa aku pertama kali jaga booth jual karipap pagi-pagi. Dia memang jenis suka dress up yang on point. Sangat stylish and posh. Kebetulan pula, classmate aku rapat dengan Kak Faz.

Classmate inilah yang menceritakan tentang Kak Faz ini jenis perempuan yang sangat rajin dan selalu membantu kalau student junior perlukan bantuan tutoring. Dia selalu bagi past year questions pada junior. Siap buatkan modul berserta jawapan lagi agar junior senang rujuk. Terharu, kan?

Berbalik kepada kisah selepas SPM, Kak Faz dilema sikit dalam pemilihan kursus untuk sambung di universiti. Dia nak belajar perubatan tetapi tiada rezeki. Dia nak sangat tetapi dia terspoil SPM. Dia dapat UPU TESL di UPSI, tetapi hati kata tak mahu. Sudahnya, Kak Faz applylah second intake UiTM.

Diploma Pengurusan Hartanah adalah pilihan pertama Kak Faz. Cabarannya di sini bila netizen padang rendah pada golongan second intake. Second intake ini kononnya tak figure out life lagi. Konon had no clue nak jadi apa. Bazir setengah tahun kan.

“I nak masa convo, I pakai selempang and make my parents proud,” itu saja yang Kak Faz fokuskan. Bila dah tekad begitu, Kak Faz pun buatlah cliche tampal gambar parents di dinding bilik UiTM. Letak kata-kata semangat.

Bezanya di sini, Kak Faz memang betul-betul tatap gambar parents untuk dapatkan semangat. Bukan bazir letak gambar passport parent tapi end up pandang pun tidak. Semangat belajar ke laut tak timbul-timbul. Mahal tau sekeping RM1.20.

Masa orang tidur, masa itulah Kak Faz bangun study. Aku selalu bangun jam 4 pagi, ingatkan itu dah cukup awal. Rupanya Kak Faz jauh lebih canggih dari aku. Dia study jam 3 pagi gais. Perit tu sementara tapi bila dah biasa, semua dipermudahkan.

Cabaran kedua pula, Kak Faz ini ada satu penyakit yang dia saja tahu penderitaannya macam mana. Orang yang tak rasa, tak tahu. Dia setiap sem ada sakit perut yang extreme. Sakit punya sakit, sampailah masa sem 5, dia kena operate. Ambulans datang UiTM ambil dan bawa dia pergi ke Hospital Lumut. Masa itu tengah final exam. Punyalah tragedi.<

A day after operation, Kak Faz jawab exam dengan masih pakai ward punya tag. Bila cerita pasal sakit perut ini, bukan yang sikit-sikit tetapi yang cukup untuk merosakkan beberapa minggu sebelum exam. Jadinya, persediaan exam jadi merosotolah.

Kawan Kak Faz yang tolong bacakan buku untuk Kak Faz. Kak Faz dengar sambil tanya-tanya untuk faham. Adalah juga ciri-birit sampai paper Building Kak Faz tak baca apa-apa langsung. Asyik menjenguk tandas dan mood belajar hilang sebab tak selesa.

Tak payah sengih sangat, korang pun pernah cirit birit leleh. Tapi bila Allah itu nak membantu, bila Dhuha menunjukkan functionnya, dengan izin Allah, Kak Faz dapat score A+.

Sebenarnya untuk berjaya bukannya susah. Ada dah tersedia caranya. Yang susahnya bila kita memilih untuk ikut semua atau hanya beberapa perkara sahaja. Diri kita yang tahu apa kemampuan dan pengorbanan yang kita boleh buat. Cara yang berjaya ini cliche sangat gais. Tetapi ramai yang degil. Ramai yang nak sacrifice sikit tetapi mahukan hasil yang besar. Amal tips yang hanya nafsu kata okay. Tips keagamaan pandang sepi. So itulah gais.

Boleh follow Kak Faz. Jangan malu-malu untuk follow dia di Twitter dan Instagram.

Sumber: @Silly_Boney

Kredit: The Reporter

Apakah Anda Semua Tahu Berapa CC Yang Di Pertarungkan Di MotoGP, Moto2 Dan Moto3 ?

Pasti Ramai Yang Tertanya2 Apakah Beza MotoGP, Moto2 Dan Moto3 ?

MotoGP – 1000CC, DOHC 4 Silinder Prototype

Moto2 – 600CC, DOHC V4, Spek Massal

Moto3 – 250CC, DOHC V2, Spek Massal

Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu


MOTOGP ialah Kejohanan Dunia Grand Prix (GP) perlumbaan motosikal perdana yang terdiri daripada 18 siri perlumbaan dan berlangsung dalam litar khas di lebih 12 negara pelbagai benua serta mendapat liputan media seluruh dunia. Perlumbaan motosikal paling berprestij ini disertai barisan pelumba paling berkemahiran dunia daripada pelbagai kewarganegaraan yang menunggang jentera buatan nama-nama besar dalam arena permotoran antarabangsa seperti Aprilia, Ducati, Honda, Suzuki dan Yamaha.

MotoGP ditubuhkan sebagai Kejohanan Dunia oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) pada 1949 dan juga merupakan kejohanan permotoran tertua di dunia membabitkan tiga kelas perlumbaan yang berentap dalam litar khas pada hujung minggu. Kejohanan terdahulu digelarkan sebagai 500cc sebelum diubah kepada peraturan teknikal baharu pada 2002 dengan menampilkan jentera 4-lejang dan kapasiti enjin ditingkatkan kepada 990cc, dan akhirnya dikenali sebagai MotoGP.

PINDAAN PERATURAN

Bermula 2007, peraturan perlumbaan dipinda lagi dengan mengehadkan kapasiti enjin kepada 800cc, dan sekali lagi pada 2012 apabila sesaran enjin maksimum ditetapkan kepada 1,000cc. MotoGP ditadbir oleh pemilik hak komersil, Dorna Sports di bawah pemantauan FIM sejak 1992.

Sepanjang berlangsung sejak 1949, MotoGP sememangnya menyimpan pelbagai sejarah dengan Itali, Britain, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Australia menjadi antara negara paling banyak melahirkan bakat pelumba dunia yang mencatatkan kejayaan perlumbaan dan gelaran juara tertinggi.

Selain kelas perdana yang disebut sebagai MotoGP, ada dua kategori enjin berkapasiti kecil yang dipertandingkan dalam MotoGP , iaitu Kejohanan Dunia Moto3 (terdahulu dikenali 125cc) dan Moto2 (250cc) yang juga ada perlumbaan sendiri pada setiap GP. Ini bermakna, ada tiga juara daripada tiga kategori berbeza akan dinobatkan bagi setiap musim.

HUJUNG MINGGU PERLUMBAAN

motogp-germany-2016
Pada hujung minggu GP, ketiga-tiga kategori MotoGP dipertandingkan bersama:

1. Moto3

Kelas 4-lejang, 250cc, silinder-tunggal menggantikan kategori GP 125cc pada 2012. Umur maksimum pelumba ialah 28 tahun (25 tahun bagi pelumba wild-card atau pertama kali bertanding), manakala usia minimum 16 tahun, kecuali jika pelumba itu juara Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Repsol Moto3.

2. Moto2

Kelas Moto2 menggantikan kategori 250cc sejak 2010. Honda ialah satu-satunya pembekal enjin, manakala Dunlop menyediakan tayar. Motosikal yang dipertandingkan dikuasakan enjin 600cc, 4-lejang dan berkuasa kira-kira 140hp. Namun, rekabentuk dan pembinaan casis ialah bebas mengikut sekatan peraturan teknikal FIM GP.

Kerangka utama, lengan ayun (swingarm), tangki minyak, tempat duduk, dan fairing/kerja badan daripada motosikal non-prototaip (contohnya, siri pengeluaran berasaskan standard atas jalan raya umum) mungkin tidak digunakan. Umur minimum pelumba, 16 tahun.

3. MotoGP

Ujian muktamad atau perlumbaan paling tinggi bagi barisan pelumba motosikal paling berbakat dunia dengan kapasiti enjin maksimum, 1,000cc, 4-lejang dan umur minimum pelumba, 18 tahun. Dalam acara tertentu, beberapa imbuhan tambahan diberikan seperti Piala Rookies MotoGP Red Bull dan Piala Bakat Asia Shell Advance Asia, iaitu inisiatif khas yang bertujuan mencari bintang MotoGP masa depan dari seluruh dunia.

Acara MotoGP mengambil masa tiga hari dengan dua hari pertama membabitkan sesi latihan dan kelayakan bagi setiap kelas, manakala hari ketiga ialah hari perlumbaan.

KELAYAKAN MOTOGP

grid-motogp
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ada tiga sesi Latihan Bebas selama 45 minit, di mana perlumbaan kebiasaannya berlangsung pagi dan tengah hari Jumaat, serta pagi Sabtu. Catatan masa dalam sesi tersebut (Latihan Bebas) akan dikira untuk pusingan Kelayakan dengan gabungan keputusan akan menentukan sama ada seseorang pelumba itu layak menyertai Q1 atau Q2.

Q1 terdiri daripada pelumba dengan catatan masa terbaik ke-11 dan ke bawah yang akan mengharungi sesi perlumbaan 15 minit. Sepanjang tempoh itu, pelumba akan mendapat insentif untuk layak ke pusingan Q2, di mana dua pelumba terpantas Q1 layak bertanding.

Sesi 15 minit pusingan Q2 inilah yang akan menentukan posisi grid 12 pelumba pada hari perlumbaan final nanti. Pelumba selain dua terpantas Q1 akan mengambil posisi grid 13 dan ke bawah berdasarkan kedudukan dalam Q1.

PERUBAHAN TIDAK DIJANGKA

Sebagai memenuhi sebarang perubahan tidak dijangka atau pelarasan diperlukan, Latihan Bebas 4 (FP4) berlangsung dalam masa 30 minit yang diadakan sebelum dua sesi Kelayakan (Q1 dan Q2). Bagaimanapun, catatan masa FP4 tidak akan dikira sebagai masa Kelayakan. Ini bermakna:

  • Tiga sesi Latihan Bebas sedia ada tidak akan berubah, tetapi gabungan masa daripada sesi itu akan menentukan penyertaan pelumba dalam final latihan kelayakan.
  • 10 pelumba terpantas akan dipilih berlumba dalam Kelayakan 2 (Q2).
  • Semua pelumba lain akan mengambil bahagian dalam Kelayakan 1 (Q1).
  • 2 pelumba terpantas Q1 akan berlumba dalam Q2, menjadikan total pelumba ialah 12 orang yang mewakili 12 grid pertama.
  • Pelumba selain 2 terpantas Q1 akan mengambil posisi grid ke-13 dan ke bawahberdasarkan catatan masa masing-masing dalam Q1.

Selepas sesi pemanasan setiap kategori pada hari perlumbaan, secara tradisi kategori paling kecil, iaitu Moto3 terlebih dahulu memulakan perlumbaan sebelum disusuli kelas Moto2 dan MotoGP. Bagaimanapun, ia masih menjadi subjek yang boleh diubah.

Panjang litar berbeza mengikut negara penganjur antara 95-130km, di mana perlumbaan biasanya berakhir antara 40-45 minit. Tidak seperti Formula Satu (F1), hentian-pit (pit-stop) dalam MotoGP sangat jarang digunakan walaupun dibenarkan. Fungsi hentian-pit hanya betul-betul berguna jika cuaca berubah, di mana pelumba masuk ke laluan pit untuk menukar jentera yang dipadankan dengan spesifikasi tayar tertentu (khas MotoGP sahaja).

SUMBER: MotoGP.com

Inti Pati Ekonomi Bajet 2018 Untuk Yang Tak Mengikuti Bajet 2018 Semalam

Inti pati ekonomi Bajet 2018

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).

Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017.

Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018.

Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 bilion pada 2017.

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

*Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.

*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

* Peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.

*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.

*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.

*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya sebelum Aidilfitri.

*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. – BERNAMA

Suami seronok like gambar wanita (cantik/seksi) lain, suami seperti itu sebenarnya tak hormat isteri

Kebiasaannya, hubungan rumah tangga hanya hangat di peringkat awal. Namun bila lama kelamaan, ada segelintir suami yang mulai bosan melihat isterinya setiap hari. Ditambah pula dengan ahli group WhatsApp yang entah apa-apa, sering menghantar gambar wanita cantik/seksi membuatkan si suami merasakan isterinya semakin banyak kekurangan.

Nampak remeh, tetapi perkara-perkara kecil sebegini boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan ‘hasutan-hasutan’ kecil ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya perpisahan. Jadi, mahukan anda terus melukai hati pasangan anda? Berubah sementara masa ada masa. Semoga perkongsian dari Akhtar Syamir ini bermanfaat.
ISK!! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.

Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.

Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.

“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.

“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.

“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.

Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.

Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.

“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami

Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?

“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.

Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….

Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.

Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.

Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.

Sumber: Akhtar Syamir

Kredit : The Reporter

Tengah anak aku syok ‘berenang’ di lautan bola-bola tu, aku perhati ada 4 Orang Nepal. Diorang pegang smartphone, sambil senyum ketawa sesama mereka, aku dah mulai syak. Rupa-rupanya….

Lama dah tulis stori ni, tapi sebab sibuk Road Tour haritu, jadi peram sajalah. Ikutkan hati, memang aku nak ‘reveal’ sekor-sekor muka mereka ni. Tapi, sebab dah peram stori ni kan. Jadi emosi jadi stabil sikit.

Haritu aku sempat bawa isteri dan anak pergi bermain di indoor playground, dalam pasaraya.

Tengah anak aku syok ‘berenang’ di lautan bola-bola tu, aku perhati ada 4 sekawan lelaki. Orang Nepal. Tak jauh pun dari tempat aku duduk. Kira bertentangan je tu.

Mula tu aku tak perasan sangat. Tapi, bila aku tengok diorang pegang smartphone, sambil senyum ketawa sesama mereka, aku dah mulai syak.

Dari jauh, aku tertanya-tanya, apalah 4 orang ni tengah buat agaknya. Bila aku tengok gaya mereka pegang phone tu.. Tiba-tiba terdetik kat hati,

Oi, dia rakam anak aku tengah main oi.

“Yang… yang…” Aku panggil isteri aku sedikit perlahan.

Isteri aku toleh.

“Bawa Amin masuk main ke situ. Tersorok sikit.”

Mula tu isteri aku macam tak faham sangat ‘signal’ aku tu. Bila aku geleng sikit je kepala, jadi dia fahamlah yang aku tengah buat isyarat ‘AWAS.’ (biasa ni suami isteri fahamlah isyarat kalau dalam bahaya ni).

Cepat-cepat wife aku angkat Amin, dia bawa masuk ke dalam sikit. Terlindung dari 4 sekawan ni.

Aku cuba taknak nampak hiruk-pikuk sangat. Sebab aku nak “tangkap depa ni hidup-hidup”. Aku nak pergi confrant depan-depan.

4 Nepal ni macam dah perasan anak aku dah tak ada kat luar. Salah seorang pun macam dah cam aku perasan aktivitinya, dia ajak geng dia blah dari situ.

Dalam tenang, aku berjalan laju-laju ke arah mereka, kejar dari belakang.

Mereka pun perasan aku kejar dari belakang, jadi mereka pun macam nak cepatkan berjalan juga.

Bila aku rasa depa macam nak lari tu, aku cepat-cepat jerit, “Tunggu! Tunggu! STOP! STOP!”

Mereka berhenti.

Aku bawa mereka ke satu sudut. Sudut barang elektronik.

“Sini semua!”

Mereka pun berdiri empat-empat depan aku. Rapat ke meja pameran yang di depan kami.

Aku tengok muka sorang-sorang. Badan tegap-tegap tu. Aku ni dah lah tinggi. 4 Nepal ni lagi tinggi dari aku.

Ada jugak wife aku tanya lepas tu, “Berani betul, Abang. Ayang pulak yang cuak bila Abang berani sangat.”

Aku pun tak tahu apasal aku berani sangat masa tu. Mungkin logik aku berkata, kalau depa nak lanyak aku kat situ, mesti tak selamat punya. Tengah pasaraya kot. Nak lari mana diorang?

“Sekarang, bawa keluar semua IC!” Wah gaya aku dah macam Gerak Khas.

Mereka buat-buat tak faham Bahasa Melayu. Aku lantakkan aje.

“IC! IC! Mana? IC Merah! Semua keluar IC letak depan sini! Sekarang!”

Ada salah seorang tu, macam jelaskan sesuatu pada kawan-kawannya.

Tak sampai 1 minit. Semua IC Merah depan mata aku. Aku tahu benda ni nama iKad, tapi aku pun tahu juga depa ni mana tahu pebenda MyKad. Kalau IC tu dia fahamlah.

Aku pun ‘snap’ satu per satu. Ni antara satu teknik aku nak ‘menyamar’ jadi polis, tanpa aku mengaku polis. Aku pun jenis pakai baju ‘tuck-in’ sikat tepi, mungkin sebab tu depa ingat aku ni polis kot.

“Ni ada 3 keping je! Mana lagi satu? Dia ni punya IC mana?”

– Err… “Bos, ini worang baru saja sampai.. IC belum ada.” Kawan dia terketar-ketar jelaskan pada aku. Eh boleh pulak dia cakap Melayu, tadi buat-buat blur.

“Passport mana? Passport!!”

– “Err.. dia tak bawa juga…”

Kau tunggu. Passport pun sampai tak bawa. IC merah lagi tak ada. Kau tunggu…

Jadi aku pun ambil gambar muka dia yang tak ada IC Merah tu. Senang masuk report polis nanti.

“Sekarang, keluarkan fon! Semua! Letak fon atas ni!”

2 daripadanya seluk poket, keluar fon Nokia 3310. Ada lagi spesis fon tu di zaman ni. Ok, yang 2 ni aku tak kacau.

Seorang lagi keluarkan Samsung dia. Aku suruh dia unlock screen. Aku buka Gallery. Aku scroll balik satu-satu koleksi video dan gambar dalam tu.

YA ALLAH!!!!

Gila kau! BANYAK GILA GAMBAR/VIDEO kanak-kanak lain kat dalam tu.

Terkejut gila oi! Kebanyakannya anak-anak Cina dalam tu. Naik lenguh aku nak scroll.

Aku perasan video-video tu pun macam diambil curi-curi. Ada budak yang bermain di taman permainan. Ada yang diambil masa anak tu dok dalam troli, mak dia tengah ambil barang di rak kedai. MACAM-MACAM OI!

Makcik Cikkak oi. Tengah shopping tak perasan ke anak awak kena snap dengan ‘buaya’ ni???

Depan mereka ni, aku delete satu-satu, semua fail kanak-kanak ni.

Sambil tangan kiri aku pegang Oppo sendiri, tangan kanan aku mendelete satu-satu. Aku buat macam tu, sebab aku nak simpan bukti.

Aku belek lagi, dan lagi. Darah menSIRAP dah ni.

“GAMBAR ANAK AKU MANA? MANA? Kau dah delete ke?”

Suara aku dah sedikit keras. Aku scroll satu-satu sambil delete gambar video anak orang lain dalam tu.

– “Err… tak ada bos. Tak ada.” Dah gelabah seorang lagi.

“Tadi aku nampak ada 2 smartphone! Kau keluarkan satu lagi! Tak keluar 1 lagi, kau semua jangan balik!”

Dengan begitu lambatnya, yang seorang lagi dok seluk poket dia, lalu keluarkan fon dia.

Nampak macam baru dibeli, mungkin dia takut aku hempaskan ke lantai, yalah sebab baru beli kot.

Atau… jeng-jeng-jeng….

YES!!!! Sangkaan aku tepat sekali.

Sekali bukak galeri, terus video anak aku terpampang depan tu. Memang jadi perasmi lah video anak aku dalam smartphone baru kau ye. Ada 3 rakaman dia buat, aktiviti anak aku bermain di playground tadi dengan gembiranya.

“Sori bos… Sori… Kami tak tahu sini tak boleh snap budak.”

&*%$# aku mencarut dalam hati bila dia cakap macam tu.

“Bukan sini saja! SATU DUNIA! You pergi mana-mana, jangan ambil gambar/video anak orang lain!”

Lepas tu semua 4 sekawan tu, aku suruh balik. Kita serah pada polis nak buat apa. Alamat semua ada tu dalam IC Merah dia.

***
Dunia sekeliling kita ni makin menakutkan. Kita tak tahu dengan siapa kita hidup.

Kita pun tak tahu mungkin ada seorang dua ‘Buaya’ Pedofil yang duduk berjiran di sebelah kita. Ada yang suci. Ada yang popular. Terpelajar. Terhormat. Biasa-biasa. Muka kruk. Muka baik. Gemuk. Kurus.

‘Buaya’ Pedofilia tidak berwajah.

Pedofilia = Spesis minat seksual terhadap kanak-kanak (aku kena jelaskan ni, sebab ada lagi yang tak faham/)

Kau ingat, mereka ni dah berjauhan dengan anak isteri di negara lain, bertahun-tahun, takkan lah tak ‘dahaga’?

Lagi perkara yang paling kita takutkan, adalah yang satu ni.

NO-SENSE (dengan Nonsense, maksudnya jauh).

Masa aku perhati 4 sekawan ni dok merekod video budak-budak bermain, aku perasan ada juga jenis mak ayah yang jadi macam NO-SENSE.

Ada yang biar saja anaknya bermain, sambil tengok fon masing-masing.

Ada juga jenis yang FOKUS jaga anaknya bermain saja, sampai lupa nak perhati dunia sekeliling. Selamat ke tak? Takkan tak perasan ada sekumpulan lelaki asing sedang rekod video anak kau?

Ada juga mak ayah yang perasan 4 lelaki ni rekod, tapi entah macam mana, macam NO-SENSE. Tak ada apa-apa rasa nak curiga.

Benda NO-SENSE ni, antara perkara yang selalu aku pesan kat isteri aku. Walau aku sendiri pun kadang-kadang takut dengan nasihat aku sendiri.

NO-SENSE ni maksudnya ‘Tiada-Deria’. Hampir sama maksud dengan ‘Leka’.

Kita terlalu fokus pada SATU perkara, sampai kita terlepas pandang apa yang berlaku di sekeliling kita.

Ada yang panggil benda ni Ignorance. Ada juga yang sebut Tiada-Pedulisme. Entahlah banyak istilah dicipta untuk ini.

Kenapa aku sangat takut dengan NO-SENSE ni?

Sebab, bila berlakunya no-sense, tanpa sedar kita akan hilang KEBERANIAN secara tiba-tiba.

Ada tu boleh sampai tahap ‘blank’, ‘blur’ atau rasa biasa saja. Tu yang ramai ‘buaya’ kaut untung dengan Gores dan Menang. Macam hypno lah dia buat. Mangsa jadi ‘blank’ masa rantai gelang kena bukak.

Kita kadang tak berani nak bersuara, atau bertindak, bila mana sesuatu perbuatan jahat tu tak terkena kat batang hidung kita sendiri.

Kenapa boleh macam ni?

Puncanya mudah je. Sebab benda NO-SENSE biasanya ni tak mencabar status-quo / prinsip hidup kita, jadi kita pun rasa tak berbaloi untuk ‘fight’.

Yalah, setakat rakam video saja, jenayahnya belum berlaku lagi, kan? Tapi, motif rakaman tu, ada orang persoalkan tak?

Inilah bahayanya No-sense.

Kalau di Jepun, orang panggil budaya ni ‘Mokunin’ [黙認] – ada 2 perkataan di situ, Moku [黙] berdiam + Nin [認] Dosa.

Kalau dari istilah, maksud Mokunin = Mendiamkan dosa-dosa. Kalau ikut kamus, Mokunin = [silent] approval, atau toleration. (murniiii sangatttt maksud dia ni kan).

Contoh, di Jepun, budaya Mokunin berlaku pada situasi orang Jepun ‘potong que’ bila berbaris panjang, seperti di stesen, kaunter dll.

Orang Jepun tak akan marah-marah, kalau ada orang ‘potong que’ kerana ia JARANG berlaku. Dan bukan satu jenayah pun. Lagipun, mereka taknak ada masalah lanjut kalau yang potong que tu seorang ‘yakuza.’

Tapi, Jepun tu dah negara jenayah paling sedikit di dunia, lainlah ceritanya.

Cuma bagi aku, budaya Mokunin ni lebih menakutkan jika di Malaysia.

Ibaratnya, manusia ni macam dah lupa peranan ‘Nahi Mungkar’.

Atau TERLALU POSITIF, bersangka baik, sampai jadikan kita semakin No-sense atau Mokunin? Entahlah.

Paling aku geram, ada 1 staf playground tu memang nampak perbuatan 4 sekawan merekod tu.

Dia duduk saja, tanpa buat apa-apa, tak report superior ke apa. Kalau ikutkan, dialah patutnya orang pertama yang bertindak tadi.

Aku pergi kat dia, “Dik, awak nampak, kan, mereka tu sedang rekod video budak-budak ni?”

Dia angguk.

“Jadi, kenapa tak pergi halang? Tak report supervisor ke, sekuriti ke apa?”

Dia jawab, “Saya pun serba salah, bang. Saya ingatkan tak berlaku apa-apa.”

Adui. Memang lah dik, benda BELUM berlaku, mana nak tahu. Sense tu, sense, mana? <<<Ni aku cakap dalam hati aje lah.

“Lain kali, awak kena alert. Pesan benda ni pada bos dan staf awak juga. Dapat pahala tau benda ni…” Aku pun mulalah membebel.

Jadi, saya nak bertanya pada anda semua…

Mokunin ni pernah berlaku tak dalam hidup kita?

p/s: Mohon panjangkan peringatan saya ni pada saudara terdekat. Nak copy-paste pun silakan. Tak payah kredit pun takpe. Kali ni saya bagi free.

p/s lagi: Mak ayah, termasuk makcik Bawang yang share ni, aku bukan nak takut-takutkan ekau. Aku nak kita semua ni ada SENSE. dan jadi BERANI. Susah ka jadi berani?

Sumber: FB Al Irfan Jani

 

TERBONGKAR! Ini merupakan hak-hak anda sekiranya ditahan polis. Orang Malaysia wajib tahu!

1. Apabila diberhentikan polis

1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam

Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau

1.2 KAD KUASA POLIS

Warna Merah :
Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak
mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:
Warna Biru:
Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.

Warna Kuning:
Polis yang berpangkat dibawah Inspektor

Warna Putih:
Polis Simpanan

 

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada
pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis

Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tersebut.

2. Apabila disoal oleh polis

2.1 Pengenalan anda

Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

 

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain

Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
• apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan

Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

3. Soaljawap oleh polis tanpa penahanan

 

3.1 Kenyataan saksi/112

Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi

Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian.

Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis** untuk meminta anda bekerjasama.

3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112

Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan.

Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda

Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solan soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peribadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.

Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.

4. Penahanan oleh polis

4.1 Apabila ditahan tanya, “mengapa saya ditahan?”

Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan

Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.

4.3 Tanya – “Ke balai mana encik hendak membawa saya?”

Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.

Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat Bantuan Guaman.

Maklumkan mereka:-

• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.

4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. Hak-hak anda ketika dalam tahanan

5.1 Hak untuk menghubungi Peguam

Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian

Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan Persendirian

Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan

• Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari.
• Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera.
• Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda

• Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan.
• Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin.
• Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam

 

sumber: ohmymedia

PEROKOK DIKECUALIKAN DARIPADA BR1M!

Menjelang Bajet 2018 esok, aktivis juga mahu harga rokok dinaikkan hingga RM50 sekotak.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang giat melawan industri tembakau berkata golongan perokok perlu dikecualikan daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pertubuhan Tindakan Wanita Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia berkata ia kerana perokok perlu mula memberi keutamaan kepada perkara asas.
“Jika miskin tidak mampu beli ikan dengan harga RM10.00 sekilogram untuk ahli keluarga, kenapa boleh membazir beli rokok yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata presidennya, Datuk Hatijah Ayob, kepada FMT.

Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket, dan terdapat ura-ura harga rokok akan dinaikkan pada pembentangan Bajet 2018 esok.

Image result for najib bajet 2018

Pada Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan diperluaskan kepada 7 juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion ringgit.

Bantuan tunai RM1,200 diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, dan RM450 kepada golongan bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

Hatijah turut menyokong sebarang cadangan menaikkan harga rokok, dan berkata ia boleh menghalang kanak-kanak, remaja dan golongan miskin tegar daripada membelinya.

“Golongan ini mudah untuk menjadi penagih terhadap nikotin jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
“Dari rokok, para remaja dan belia akan mula ingin mengambil dadah, hingga menyebabkan berlaku masalah sosial seperti masalah disiplin, seks rambang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 ringgit sekotak dalam Bajet 2018, sekaligus menjadikan ia barangan mahal dan tidak mampu dibeli remaja dan belia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15% menjelang 2025 dan kepada kurang 5% pada 2045, sejajar dengan usaha menjadikan negara bebas asap rokok.

 

sumber:FMT

Baca selanjutnya……………

“Anehnya Pembangkang ni… Mereka Mahu Mansuhkan GST Yang Menjana RM41 BILION” -Najib

Image result for najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai pihak termasuk pembangkang yang menjadikan GST sebagai salah satu sumber serangan utama terhadap kerajaan mendakwa ia adalah cukai baharu dan dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan kepada kerajaan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja berjaya mengelakkan Malaysia mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2014, tetapi menjadikan ekonomi negara terus berkembang.

Kata Najib, GST adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna atau perniagaan.

“Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

“Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27 peratus hingga 24 peratus. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah turun, daripada 28 peratus pada tahun 2008 kepada 24 peratus sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

“(Malah) Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan.

“Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai,” katanya dalam entri bertajuk ‘Ke Arah Malaysia Yang Lebih Kuat dan Berdaya Saing’ menerusi blognya najibrazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baharu tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram serta mengurangkan tindakan mengelak cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

Beliau berkata, banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut jejak Malaysiasejak pelaksanaan GST pada tahun 2015 manakala semua Negara Kerjasama Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu – akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

“Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya enam peratus, jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

“Kebanyakan negara – lebih daripada 160 di seluruh dunia – telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing.

“Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST, tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama Najib berkata, kerajaan sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah dan inilah sebabnya kerajaan mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

“Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan, tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada penerima.

“Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

“Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

“Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mapan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6 peratus daripada jumlah belanjawan negara.

“Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan pendapatannya daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41 peratus kepada pendapatan kerajaan pada tahun 2009.

“Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui ketika banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

“Kita berjaya dalam hal ini dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6 peratus daripada hasil kerajaan pada tahun ini. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

“Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk. Bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita.” – Najib.

Sumber–BHarian Online

Tiada Lagi Drama Semasa Beri Bayi Makan Ubat Dengan Helah Ibu Ini! SILA SHARE

Tiada ibu bapa yang suka bayi mereka sakit. Terlalu banyak sebab mengapa.

Salah satunya tentulah drama yang akan terjadi setiap kali hendak beri mereka makan ubat.

Selalunya, hasil drama beri bayi makan ubat akan berakhir dengan:

  • bayi mengetap mulut dengan kuat
  • bayi menangis sekuat hati seperti dipukul
  • bayi menjerit sekuat hati seperti nampak hantu
  • bayi menggoncang kepala dengan marah
  • ubat tertumpah
  • mereka memuntahkan ubat

Tapi, seorang ibu telah mengongsikan helah yang bijak. Dan sukacita untuk saya kongsikan dengan anda semua helah ini.

Lihatlah, penyelamat dari terpaksa berdrama semasa memberi bayi anda makan ubat…

3 langkah untuk beri bayi makan ubat, bebas drama!

Perkongsian Helena Lee di laman sosial Facebook ini untuk bayi lelakinya, Alfie yang tidak sihat. Beliau dipetik menulis:

****

UNTUK SEMUA IBU-IBU…

Selama 24 jam saya bergelut nak beri Alfie makan calpol, ini berakhir dengan Alfie berlumuran ubat itu dan Alfie kemudiannya ludah ia ke arah saya!!!!

Kemudian saya teringat melihat helah ini..

Tiada setitik ubat pun yang terbazir dan tiada drama air mata!

Bagaimana saya buat? Jom semak langkah di bawah.

****

Langkah 1: Masukkan penyuntik ubat (syringe) ke dalam puting kegemaran bayi

Langkah 2: Masukkan kuantiti ubat yang sepatutnya

Langkah 3: Lihat bayi anda minum ubat bagaikan juara!

Tara…. Mudah bukan? Namun ini hanya berkesan jika bayi anda sudah biasa puting botol susu. Jom kita cuba bila kita ingin beri ubat pada mereka nanti, ya!

Adakah anda ada helah untuk mengelakkan drama semasa beri ubat kepada bayi anda? Kongsikan dengan kami, jom!

Sumber: theAsianParent Singapore dan Facebook Helena Lee

LAGI YANG MENARIK…

Gambar Anak Kepada Gadis Melayu Yang Kahwin Dengan Lelaki Sweeden Buat Ramai Yang Jatuh Hati

Baru – baru ini viral tentang cahaya mata kepada gadis melayu yang berkahwin dengan lelaki Sweden yang diberi nama Dhuhaa Sophea. Ramai yang mengatakan dan percaya anak hasil perkahwinan campur mempunyai wajah yang cantik serta menarik malah mereka dikatakan lebih cerdik daripada kanak – kanak biasa.

Jom lihat gambar Dhuhaa Sophea yang sememangnya bikin anda geram!