Menurut Psikologi, Tanda-Tanda Pasangan Bahagia Boleh Dilihat Menerusi 12 Bahasa Tubuh Ni…

Dengan hanya melihat gerak-geri tubuh, kita sebenarnya boleh menilik dan menilai kualiti hubungan sesebuah pasangan itu. Pakar psikologi juga bersetuju bahawa bahasa tubuh mampu menyampaikan sifat dan perasaan ikhlas seseorang terhadap sang kekasihnya secara tidak langsung. Tak perlu teragak-agak, jom Wanista rungkaikan satu-persatu bahasa tubuh bagaimanakah mampu mempamerkan atau menggambarkan sifat penyayang serta keghairahan yang tulen.

#1 Lelaki Gah

Lelaki yang menyilang kaki kala sedang duduk intim bersama kekasihnya boleh dianggap sebagai lelaki yang macho dan sedikit ego. Mereka adalah insan yang bijak membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung harap pada pendapat orang lain, termasuklah daripada kekasih sendiri.

Sumber: Brightside
Lihat wanita itu, hanya bahagian pinggang ke atas yang rapat dengan sisi lelaki manakala, tangan dan kakinya juga disilang menujukkan bahawa, dirinya sedang tertekan. Wanita itu tidak selesa berada bersama lelaki berkenaan.

#2 Pelindung

Bahasa tubuh klasik yang memperlihatkan posisi wanita memegang lengan lelaki seperti di dalam gambar menunjukkan bahawa wanita berkenaan amat bergantung harap pada lelaki berkenaan. Dia juga berasa selamat berada di samping wiranya.

Sumber: Brightside

Manakala lelaki yang berdiri pada kedudukan sedikit hadapan daripada wanita itu menyatakan betapa dia menguasi hubungan itu. Dia menunjukkan karakter seorang lelaki yang boleh dipercayai dan mampu bertanggungjawab dari segala segi.

#3 Mata ke Mata, Hati ke Hati

Di dunia ini ibarat mereka yang punya malah menganggap orang lain tidak wujud setiap kali mereka bersama. Dengan meletakkan kedudukan tangan seperti di dalam gambar terhadap wanita pujaannya adalah melambangkan sifat betapa dia sangat menjaga dan sanggup menjadi pelindung yang setia buat sang kekasih.

Sumber: Brightside
Dengan posisi ini juga, kedua-duanya akan berjalan seiringan membuatkan mereka dapat fokus terhadap satu sama lain. Ini adalah bahasa tubuh yang sering dipamerkan pasangan yang ideal. Mereka stabil dalam perhubungan.

#4 ‘Belangkas’

Bagi yang bukan beragama Islam, rata-rata lelakinya akan mendakap wanita dengan cara meletakkan tangan pada kedudukan pinggul, melebihi paras pinggang wanita.


Sumber: Brightside
Ianya mungkin dianggap sebagai subteks seksual walhal kata pakar, jika lelaki sanggup mempamerkan bahasa tubuh sebegitu lebih-lebih lagi di hadapan orang ramai, itu bermaksud dia mahu orang tahu bahawa wanita itu adalah miliknya seorang. Selagi boleh, dia mahu pasangan terus rapat dengannya.

#5 Saling Berpautan

Wanita akan memaut tangan pada bahu lelaki manakala lelaki pula akan merangkul pinggang wanita kesayangannya. Dalam keadaan lain, wanita juga suka merangkul pinggang lelaki.

Sumber: Brightside

Bahasa tubuh sebegini menandakan bahawasanya kedua-dua pasangan ini asyik dilamun cinta. Mereka saling memahami, stabil dan adil bersama!

Tiada sesiapa pun yang melebihi antara satu sama lain… jika salah seorangnya sedih, yang seorang lagi turut sama rasa sedih.

#6 Gaya Artis!

Pasangan-pasangan popular yang sering menjadi perhatian umum selalunya akan menggunakan bahasa tubuh ini.

Sumber: Brightside

Mereka suka diperhatikan orang dan gemar menunjuk-nunjuk kasih sayang di hadapan umum betapa megahnya kisah cinta mereka. Dalam keadaan lain, mereka sangat berkeyakinan.

Meskipun ramai beranggapan pasangan yang berpelukan sebegini suka ‘menunjuk-nunjuk’ akan tetapi, mereka sebenarnya selesa  dan masih sempurna bersama.

#7 The Lady Boss!

Bahasa tubuh memasukkan tangan ke dalam poket lazimnya bermaksud seseorang itu sedang malu atau cemas. Oleh itu, mana-mana lelaki yang berada di samping wanita sambil menyorokkan tangan di dalam saku, ia menandakan bahawa lelaki itu bukanlah ketua dalam sesebuah perhubungan berkenaan.


Sumber: Brightside

Cuba lihat wanita di dalam gambar, dia begitu yakin… berdiri pada kedudukan di hadapan sedikit daripada lelaki menunjukkan dirinya lebih berkuasa sebagai ketua.

#8 Sama-Sama

Sumber: Brightside
Posisi di mana wanita akan duduk di atas pangku kekasih.. adakalanya sambil melaga kepala. Ternyata, mereka yang secara spontan suka mempamerkan bahasa tubuh sebegini mungkin mempunyai… kehidupan seks yang baik.

Ia juga mempamerkan sifat wanita berkenaan yang sentiasa ingin dimanja dan dibelai.

#9 Hak!

Apabila lelaki merangkul wanita dengan rapat seperti di dalam gambar, dia sebenarnya cuba mempamerkan kenyataan bahawa wanita berkenaan adalah hak miliknya.

Sumber: Brightside
Namun, wanita yang memalingkan pinggulnya ke tepi sebegitu menandakan bahawa dia tidak selesa dan tidak suka dengan sifat lelaki yang gemar mengongkongnya!

#10 Ikatan Yang Utuh

Pasangan yang mempamerkan bahasa tubuh memegang tangan erat dapat menggambarkan bahawa mereka adalah pasangan yang sudah lama bersama.

Sumber: Brightside
Mereka faham dan serasi dengan perangai masing-masing. Sesungguhnya… pasangan seperti ini telah membuktikan bahawa mereka adalah merpati dua sejoli yang memiliki ikatan yang utuh.

#11 Saling Mengambil Berat

Apabila perempuan memalingkan kedudukan tubuhnya untuk menghadap ke lelaki, itu bermaksud dia inginkan perhatiannya serta mahu sentiasa dekat dengan pasangannya.

Sumber: Brightside
Lelaki yang membalas dengan merangkul kembali wanita kesayangan menandakan dia mampu memberi perhatian sepenuhnya buat kekasih hatinya itu.

#12 ‘Kau Milikku’

Apabila wanita meletakkan telapak tangan di bahagian dada lelaki, itu bermaksud dia mahu memberitahu orang secara halus yang lelaki tersebut adalah miliknya. Bahasa tubuh ini juga menyatakan bahawa wanita itu adalah jenis yang penyayang dan adakalanya romantik.

Sumber: Brightside
Korang dengan pasangan selalu bersentuhan macam mana bila dihadapan orang ramai?

Sumber: Wanista.com

LIKE PAGE >> Himpunan Tips dan Petua

11 Perbuatan Kecil Boleh Mengekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah seperti yang dipaparkan golongan elite atau artis. Bukan juga pada kepuasan di bilik tidur seperti yang diiklankan perniagaan ubat kuat.

Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan. Hentikan berharap pasangan anda berubah menjadi seperti yang anda harapkan. Mulakan perubahan tersebut dengan diri anda sendiri, hari ini.

#1. Menjaga Solat

Semua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.

Saling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.

#2. Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali

Anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.

Bagaimana pula pada pasangan anda? Tunjukkan penghargaan pada pasangan anda sekurang-kurangnya sehari sekali – walaupun anda merasakan perbuatan tersebut adalah tanggungjawabnya.

Ucapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.

Kata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.

#3. Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain

Tidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat. Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya.

Dan JANGAN sesekali merendahkan atau memperlekehkan dia walaupun dengan niat untuk bergurau.

#4. Belajar Untuk Meminta Sesuatu Dengan Lembut Dan Baik

Anda harap suami anda tidak lupa memasukkan baju kotor dalam bakul? Anda kempunan suatu makanan dan berharap isteri anda memasaknya? Anda mahu suami sama-sama membantu anda didapur?

Pastikan anda bertanya, berbanding menyuruh. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak suka disuruh. Begitu juga pasangan anda. Sebagai contoh, daripada berkata “Maknye, saya nak kopi”

Adalah lebih manis sekiranya anda berkata “Sayang, boleh awak buatkan kopi untuk saya?” Dua ayat yang membawa pada maksud dan hasil yang sama, tetapi ayat kedua kedengaran lebih mudah untuk dipenuhi. Lebih-lebih lagi disaat isteri anda baru lepas pulang dari kerja, penat dan terkial-kial menyediakan makan malam untuk keluarga.

Sebagai contoh lain, daripada berkata “Abang, sidaikan kain”. Adalah lebih manis sekiranya diganti dengan “Abang, boleh saya minta tolong awak sidaikan kain?” Sekiranya anda menjadi orang yang disuruh, mana antara dua ayat ini menjadi pilihan anda untuk melaksanakannya segera?

#5. Lakukan Sesuatu Untuk Si Dia Sama Seperti Yang Pernah Anda Lakukan Diawal Perkahwinan

Hantar bunga padanya ditempat kerja. Selitkan nota dalam beg kerjanya. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah ke kedai dan belikan coklat kegemarannya. Peluk si dia sekuatnya semasa dia merajuk. Puji ketampanannya dan penat lelahnya mencari rezeki untuk keluarga. Hantarkan mesej mengucapkan kata-kata rindu sewaktu di pejabat.

Sekali sekala, pergilah “berbulan madu” untuk mengeratkan hubungan. Perbuatan kecil ini bukan sahaja menggembirakan hati pasangan, ia juga boleh mengimbau balik kenangan manis bersama yang menautkan kasih anda padanya.

#6. Berusaha Memperbaiki Diri Menjadi Yang Lebih Baik Setiap Hari

Buktikan cinta anda dengan berusaha memperbaiki tabiat yang biasa anda lakukan, tetapi tidak disenangi pasangan. Sebagai contoh, sekiranya dia mahu anda kekal sihat dan mengempiskan perut, berusaha pergi ke gym atau mengayuh basikal setiap hari. Lebih bagus sekiranya anda melakukan aktiviti tersebut bersamanya.

Sekiranya pasangan anda seorang yang pembersih, hentikan membiarkan stokin kotor bersepah diatas lantai atau lupa memberus gigi setiap malam. Mengucapkan kata-kata sayang selalu ada baiknya, tetapi lebih baik sekiranya kasih sayang itu turut diluahkan dengan perbuatan.

#7. Belajar Untuk Mengabaikan Dan Tidak Terlalu Berkira

Suami terlupa menyidai tuala selepas mandi dan membiarkannya di atas katil? Isteri kelihatan selekeh dirumah? Rumah bersepah? Suami terlupa hari lahir anda? Kopi yang disediakan isteri terlalu pahit?

Benar ia sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi ia berlaku hampir setiap hari. Tapi! Tahan dahulu keinginan anda untuk merungut. Sebaliknya, cuba mengingatkan diri anda, “saya terima perkara yang tidak boleh saya ubah, dan saya terima seadanya kekurangan pasangan saya”

Sekiranya anda berlapang dada, anda pasti akan berasa lebih tenang menghadapi situasi ini. Jangan putus asa mengingatkan si dia. Pasangan anda akan lebih senang dan gembira memperbaiki dirinya demi anda.

#8. Setiap Hari, Bertanya “Bagaimana Hari Awak Harini?”

Pasangan anda mempunyai mesyurat penting yang perlu dia hadiri harini? Dia keluar makan tengah hari dengan rakan baik yang sudah 10 tahun tidak ditemui? Dia menghadiri temuduga kerja?

Berbual tentang perkara penting yang berlaku setiap hari adalah sama seperti berkongsi harapan dan impian bersama-sama. Anda membina persefahaman sesama pasangan dan hubungan yang baik. Anda turut membuatkan pasangan rasa diambil berat dan disayangi.

Tunjukkan padanya, setiap yang berlaku padanya adalah penting untuk anda.

#9. Lakukan Aktiviti Menarik Bersama-sama

Melakukan aktiviti menarik bersama-sama boleh mengeratkan lagi hubungan sesama pasangan. Anda juga boleh mencari dan mencipta aktiviti yang sama-sama diminati.

Berbanding asik mengeluh suami anda gemar berlingkar dihadapan televisyen dihujung minggu, apa kata anda mengajak suami anda sama-sama berbasikal di taman tasik di Putrajaya atau berjoging sambil menikmati matahari terbit sekiranya rumah anda berdekatan dengan pantai?

Sekiranya pasangan anda jenis gemar menghidangkan pelbagai alasan untuk menolak, anda perlu menjadi lebih kreatif untuk mengajaknya turut serta. Katakan padanya tiba-tiba ada rakan memberi tiket wayang secara percuma dan berharap si dia menemani.Pasangan anda pasti tidak kisah menghabiskan masa dengan anda walaupun perkara tersebut kurang dia gemari. Tetapi ingat! Anda juga perlu melakukan perkara yang sama. Meskipun anda tidak berminat ke stadium menonton perlawanan bola yang si dia gemari, sekali sekala tawarkan lah diri anda untuk menemani beliau.

Sekiranya suami anda sudi menemani anda membeli belah, anda harus bertimbang rasa dan membelek barangan yang perlu sahaja supaya dia tidak serik lagi untuk menemani anda. Asalkan anda dan pasangan gembira menghabiskan bersama, walau apa jua aktiviti tidak begitu penting.

Selain itu, melakukan projek bersama-sama juga antara cara efektif anda boleh menghabiskan masa bersama pasangan. Merancang parti hari jadi anak, melakukan bisnes online bersama-sama, berbincang interior design rumah baru anda, atau sekadar merangka perancangan masa depan anda.

#10. Peruntukkan Masa Untuk Diri Sendiri

Tidak semestinya apabila sudah berkahwin, masa anda mesti dihabiskan 100% bersama pasangan. Anda berhak untuk mempunyai masa untuk diri sendiri juga. Secara peribadi, saya percaya jika kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan juga memberi ruang pada pasangan anda untuk dirinya, ia akan lebih mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri.

Memanjat gunung, mengait, mempelajari alat muzik, memancing mahupun melakukan aktiviti lasak – tidak semua hobi boleh dikongsi bersama pasangan anda. Hobi anda itu membuatkan anda lebih unik dimata pasangan dan orang lain.

Peruntukkan sedikit masa untuk melakukan apa yang anda suka lakukan. Sesekali, keluarlah bersama rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa pasangan.

#11. Utamakan Rumahtangga Anda

Perkara paling utama yang patut anda berikan perhatian: Tidak kira apa jua hubungan anda dengan orang lain, pasangan anda mesti menjadi nombor satu dalam apa jua perkara. Dalam Islam juga, isteri mesti meletakkan suami sebagai orang paling penting dalam hidupnya, melebihi ibu bapanya dan ahli keluarganya sendiri.

Suami pula, mesti menzahirkan kasih sayangnya pada isteri, melebihi pada anak-anak. Selain daripada mengeratkan lagi kasih sayang, meletakkan pasangan kita ditempat teratas dalam hidup kita boleh memberi contoh yang baik pada anak-anak dan membolehkan anak-anak menghormati kita dan pasangan kita.

Sekiranya anda sudah berjanji untuk menemani isteri membeli belah, jangan membatalkannya semata-mata kerana rakan-rakan anda mengajak bermain tenis di saat akhir. Jika anda kerap melakukannya, isteri anda pasti akan sentiasa rasa tertipu dan tidak teruja dengan janji-janji anda lagi di masa hadapan sekaligus merenggangkan hubungan anda.

Walau apa pun kesibukan anda, utamakan masa berdua bersama pasangan. Bawa isteri ke candle light dinner di KL Tower, menonton wayang berdua, mengikut suami menonton perlawanan kriket yang diminatinya atau apa jua aktiviti asalkan masa anda diluangkan sedikit untuk pasangan anda.

Kesimpulan

Setiap insan yang berumahtangga pasti berharap semoga jodoh yang dikurniakan Allah kekal hingga ke hujung hayat. Kunci utama kebahagiaan anda dan pasangan adalah menjaga hubungan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga hubungan anda.

Namun, berdoa sahaja tidak memadai. Contohilah Sunnah Rasulullah dan para isteri dalam cara mereka menghidupkan kasih sayang sesama mereka. InshaAllah bahtera yang dilayari dapat diharungi bersama walau apa pun badai yang melanda hingga ke destinasi yang abadi – syurga.

Sumber: Bidadari.my

LIKE PAGE >> Himpunan Tips dan Petua

Sakit Pinggang Hilang Lepas Minum Air Rendaman NENAS BATU. Kaum Wanita WAJIB CUBA!

Sy nk cerita pengalaman sy minum air rendaman nenas batu ni.. sy rs smua WAJIB cuba ni..rugi sape xcuba tau ! slpas bersalin mmg sy skt sgt pinggang effect cntraction 19jam. Mkn jamu tp stay xhilang smpai beby 4bulan . mnum jamu2…berbulan sy menahan sakit badan, belakang sy. Bila nk bgn dari baring tuhan je tahu skt dia . pastu sy dpt tau psal NENAS BATU ni, then sy cuba..ya Allah kesannya sy rasa..sy x tipu sy sndiri rs, y skt slama ni jd hilang, angin bnyak keluar,kentut n yg paling best pinggang sy yg sakit tu hilang n terasa ringan ! Sy buat kerja dri pg smpai mlm sy baru perasan segar je rs . bdn ringan sgt .. Mmg sy saran kn sgt kaum wanita smua kne cuba . rugi xcuba . murah tahan setahun tauuu .. Lg bes berat makin turun amal nenas batu ni .. Alhamdulillah

Antara khasiatnya :

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih seperti dara..

10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.

11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.

12. Membuang toksin dalam badan.

13. Melancarkan perjalanan darah.

14. Mencantikkan bentuk badan

15. Menegangkan kulit

16. Kencing manis

Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah…

Bukan untuk pompuan aje, laki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali… bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur… selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan..

CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. keluarkan dan tapis sebarang sepihan kelopaknya. Airnya tahan selama 3 hari.

5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari. Pada minggu yang lain,renam lagi

6.Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun dan lebih. Bergantung pada kegunaan..

Info Via Cik Lieyn

LIKE PAGE >> Himpunan Tips dan Petua

7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Sampai 2 Hari

“Aik, aku baru masak nasi ni pagi tadi. Takkan belum malam lagi dah basi. Terpaksa buang semuanya, dahlah perut tengah berkeroncong ni. Silap teknik agaknya tadi. Apa petua masak nasi yang betul?”

Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya?

Dengan 7 petua masak nasi ini, anda juga boleh mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.

Foto Kredit: howtoremovethat.com
Foto Kredit: howtoremovethat.com

7 PETUA MASAK NASI SUPAYA TAK CEPAT BASI, BOLEH TAHAN LAMA

Berikut adalah petua masak nasi yang boleh dipraktikkan agar ia tahan lebih lama.

1. BASUH HINGGA BERSIH

Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.

Foto Kredit: leaf.tv
Foto Kredit: leaf.tv

2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.

Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

Foto Kredit: chowhound.com
Foto Kredit: chowhound.com

3. PERAHKAN LIMAU NIPIS

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.

Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

Foto Kredit: seriouseats.com
Foto Kredit: seriouseats.com

4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK

Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’. 

Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.

Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

Foto Kredit: siamsizzles.com
Foto Kredit: siamsizzles.com

5. MASUKKAN SECUBIT GARAM

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.

Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

hilangkan sakit gigi
Foto Kredit: phunukiueviet.com

6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR

Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudinmenyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

petua masak nasi
Foto Kredit: Puan Suaida Salehudin

7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI

Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.

Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

petua masak nasi

Foto Kredit: shutterstock.com

MUDAH BUKAN?

Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.

Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.

Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.

BACA JUGA…

5 Tips Masak Nasi Menggunakan Beras Basmathi, Agar Lembut & Peroi

Kita mungkin tak selalu menggunakan beras jenis basmathi kerana beras ini biasanya hanya digunakan untuk membuat menu istimewa seperti Nasi Minyak atau Nasi Arab. Beras ini lebih panjang, padat, dan sedap. Harganya pun tentulah lebih mahal.

Apabila menggunakan beras basmathi, cara memasaknya tidak sama dengan memasak beras biasa. Ramai yang mengeluh kerana hasil percubaan kali pertama menggunakan beras basmathi ‘kurang’ menjadi.

Jadi, bagaimana nak mendapatkan tekstur nasi yang lembut, berderai cantik, dan tidak berketul apabila menggunakan beras basmathi?

Ini perkongsian daripada Puan Zulfa, rakan blogger kami yang amat berpengalaman dalam bidang masakan. Jom ikuti selanjutnya daripada beliau.

tips masak beras basmathi
Perbezaan beras biasa (kiri) dengan beras basmathi (kanan). / Foto Kredit: en.wikipedia.org

5 TIPS MASAK NASI MENGGUNAKAN BERAS BASMATHI, BARU LEMBUT & PEROI

Saya belajar masak guna basmathi ni pun dari pengalaman memasaknya beratus-ratus kali. Sekali masak berkilo-kilo, dan biasanya saya masak atas dapur sebab tak ada periuk eletrik yang cukup besar utk masak nasi ini.

Untuk pelbagai menu nasi berperisa yang saya masak, saya suka menggunakan beras basmathi jenis Pusa 1121.

Mengikut pengalaman, beras ni tahan lasak, tak mudah patah apabila dikacau, dan harganya pun berpatutan. Tapi guna jenis lain pun boleh, asalkan anda mengamalkan tips masak beras basmathi yang saya kongsikan di bawah ini.

Foto Kredit: isaactan.net
Contoh beras basmathi jenama Pusa 1211. / Foto Kredit: isaactan.net

TIPS MASAK BERAS BASMATHI: LANGKAH DEMI LANGKAH

1. MENYEDIAKAN BERAS

Kalau nak nasi yang cantik dan memanjang pada kadar yang maksimum, beras basmathi ini memang kena rendam dulu. Kalau tak rendam nanti hasilnya nasi tak cukup lembut dan keras bila dah sejuk serta tak sepanjang yang dilihat didalam iklan produk.

  • Basuh beras hingga bersih.
  • Rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20 – 30 minit. (Merendam beras dengan garam ikut sumber dari timur tengah menghasilkan nasi yang lembut dan berderai). Selepas 20 – 30 minit, toskan airnya hingga kering.


Foto Kredit: kyharim.ru

2. SUKATAN BERAS : AIR

Tips masak beras basmathi yang elok, ianya perlu disukat betul-betul mengikut nisbah beras kepada air/cecair yang digunakan. Tak boleh main agak-agak.

Kalau terkurang air, nasi akan jadi keras terutamanya setelah sejuk dan kalau terlebih nasi akan jadi lembik dan melekat (tidak berderai).

Saya menggunakan nisbah 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan.

Nisbah ini saya gunakan untuk masak beras jenis Pusa, Kashmir dan Moghul.

Kalau nak lebihkan airnya pun pastikan nisbahnya tak lebih daripada nisbah ini, iaitu 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air.

Foto Kredit: bigapplecurry.com
Foto Kredit: bigapplecurry.com

3. PILIH KAEDAH MEMASAK

Kebiasaannya ada beberapa cara memasak nasi.

  • Kaedah menumis dahulu beras – Pastikan cecair yang dimasukkan berada pada suhu didih atau cukup panas untuk mengelakkan beras terendam lama dan menjadi  lembik dan mudah patah.
  • Kaedah didih air ikut sukatan – Pastikan air/cecair dididihkan terlebih dahulu mengikut sukatan. Setelah mendidih, tuangkan beras yang telah direndam dan ditos.
  • Kaedah didih air tanpa sukatan – Air dididihkan dalam kuantiti yang banyak (tanpa sukatan tertentu) dan rebus beras yang telah direndam hingga separuh atau 3/4 masak. Tos jangan terlalu kering atau tos kering dan renjiskan dengan susu atau santan (ikut keperluan resepi) masakkan kembali hingga nasi masak sepenuhnya. Sedikit cecair yang digunakan akan menghasilkan wap, yang akan membantu nasi masak sempurna selain mengelakkan nasi hangus dalam proses seterusnya.

Foto Kredit: leaf.tv
Foto Kredit: leaf.tv

4. SEMASA MEMASAK

Walau apa pun kaedah yang anda pilih di atas, ini tips masak beras basmathi yang perlu dititikberatkan.

Antaranya:

  • Pastikan mengacau beras yang sedang dimasak hanya apabila cecairnya masih banyak. Apabila cecairnya telah mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.
  • Sekiranya memasak menggunakan api dapur, pastikan api dapur dikecilkan setelah cecair kering dan periuk ditutup rapat untuk mengelakkan wap keluar.
  • Biarkan nasi yang telah masak selama 5 – 10 minit sebelum membuka tudung periuk dan mengareh/mengacau nasi.
  • Karih ketika nasi masih panas, sekiranya telah sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat. Tekstur nasi akan menjadi cantik dan berderai sebutir-sebutir dengan elok.
  • Karih nasi dari tepi periuk dan angkat ke tengah, lakukan dengan perlahan-lahan. Ini kerana, kalau kita buat kelam-kabut, nasi yang lembut akan mudah patah. Kalau ada sudip macam garpu besar lebih elok digunakan.

tips masak beras basmathi
Foto Kredit: myhalalkitchen.com

5. PANDUAN TAMBAHAN

  • Menggunakan pewarna – Jika menggunakan pewarna, titiskan pewarna apabila nasi dah mengering, dan biarkan jangan kacau lagi hingga nasi telah masak sepenuhnya. Kalau nak guna dua tiga pewarna berbeza pastikan jarakkan antara satu warna dengan yang lain.
  • Minyak – minyak tak termasuk dalam jumlah cecair yang digunakan untuk masak nasi.
  • Elak nasi patah – Jangan terlalu kacau masa masak guna basmathi ni terutama bila cecairnya dah kering. Nanti habis patah riuk beras tu.
  • Bekas penyukat – Gunakan penyukat yang sama untuk menyukat beras dan air/cecair.
  • Tanpa rice cooker – Kalau masak atas dapur, gunakan api yang besar masa airnya tengah banyak. Ini dapat memastikan nasinya tidak lembik atau terlebih kembang. Apabila air dah kering, barulah kecilkan apinya.

Foto Kredit: Blog Puan Zulfa
Foto Kredit: Blog Puan Zulfa

SELAMAT MENCUBA!

Dengan sedikit praktis, anda pasti dapat menghasilkan nasi yang lembut serta tekstur yang cantik dengan menggunakan beras basmathi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi anda keyakinan untuk memasak hidangan istimewa buat seisi keluarga.

Jadi, apa lagi. Jom kita cuba lakukan tips masak beras basmathi ini.

Sumber: Siraplimau

LIKE PAGE >> Himpunan Tips dan Petua

Andai Terpaksa Memilih Antara Dua, Siapa Yang Harus Ku Pilih?

Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya. Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?

Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.

Aisyah Ra berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan”

Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria atau petua dalam pemilihan pasangan hidup?
Antara lain Nabi SAW bersabda:

“Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.“ Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.

Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya.

Begitu juga bagi lelaki. Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.

Kenapa agama yang menjadi keutamaan?

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamupasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.”(Surah al-Rum, ayat 21)

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan. Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Agama yang membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa.”

Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas. Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.

Bagi saya apabila seorang lelaki ataupun wanita yang ada pegangan agama, maka sebenarnya agama itu yang mencorak hidupnya. Akhlaknya akan menjadi baik, dia akan lebih bertangungjawab, menjadi lebih tabah dan sabar. Sebab semua nilai-nilai ini di tekankan dalam agama.

Di dalam Islam, wanita ada hak untuk memilih bakal suaminya. Tanggapan bahawa wanita tiada hak memilih bakal suaminya adalah salah. Dalam hal ini Abu Hurairah ra pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

“Seorang wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta pertimbangan dan seorang gadis perawan tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta persetujuan.“ Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sejarah ada banyak kisah wanita mempertahankan hak memilih suami. Antaranya ialah kisah Khansa binti Khidam yang mengadu kepada Rasulullah SAW mahu dikahwinkan oleh bapanya, pada hal dia tidak suka. Rasulullah SAW telah menolak keinginan bapa Khansa. (Riwayat Bukhari).

Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan Bukhari, seorang bekas hamba bernama Barirah mempertahankan haknya tidak mahu berkahwin dengan Mughis meski pun disokong oleh Nabi SAW. Apabila ditanya oleh Nabi SAW, Barirah bertanya kembali: Wahai Rasulullah, apakah ini perintah buatku? Nabi SAW menjawab: Aku sekadar memberi syafaat. Lantas mendengarnya, Barirah menolak peminangan Mughis dan Rasulullah SAW menerima keputusannya.

Malah ada berlaku dalam sejarah kisah wanita yang memilih lelaki (Rasulullah SAW) dan menawarkan diri untuk jadi isteri kepada baginda. Apabila wanita itu melihat Rasulullah SAW tidak memutuskan sesuatu terhadap tawarannya itu, lantas dia duduk – (Riwayat Bukhari Muslim). Diamnya Nabi SAW bererti tindakan wanita itu tidak dihalang. Begitu juga dengan wahyu yang masih turun waktu itu.

Berbalik kepada soalan. Lelaki yang baik hati, orang yang paling faham tentang diri tapi kurang agamanya. Bagi saya perlu jelas di sini tentang istilah kurang agamanya. Kita sebagai manusia hanya boleh menilai dari luarannya belaka, tapi soal amalannya, ibadahnya, imannya hanya Allah yang tahu. Saya kira soal agama bukan di lihat berapa surah yang dihafal, berapa kitab sudah di bedahnya. Tapi nilai-nilai kebaikan pada diri itu juga agamanya.

Bagi saya kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seoranglelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya. (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepadalelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata:
“Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk
“Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik…”(an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Dalam memilih pasangan hidup dapat diatasi dengan beberapa tips berikut ini,

1. pilihlah kerana agamanya,

2. kenali dengan cara menanyakan kepada orang yang paling dekat dengannya dan dapat kita percaya,

3. letakkan niat pada tempat yang benar, kerana segala perbuatan memerlukan dan sangat dipengaruhi niat,

4. solat istikharah untuk mohon petunjuk kepada Allah juga patut dilakukan,

5. apabila semua ini telah dilakukan, maka pasrahkan diri kepada Allah SWT akan keputusan-Nya, jangan keluh kesah, kerana itu tidak akan pernah menyelesaikan masalah

Masalah jodoh hanya Allah yang tahu, siapa pasangan kita sebenarnya, itulah rahsia Allah. Kita hanya diminta untuk berusaha, dan Allah-lah penentunya, terkadang Dia menentukan pilihan-Nya itu diluar dugaan dan jangkaan kita sebagai seorang manusia, tapi itulah ketentuan Allah. Jika memang harus menerima kenyataan di luar kehendak kita, maka ingatlah untuk tidak sembarangan memberikan cinta kepada siapapun, kerana kadar cinta kita kepada Allah harus lebih tinggi dari itu semua. Yang terbaik menurut Allah, itulah yang paling utama.

Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.

Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Selamat berjuang akhi, selamat berjuang ukhti. Mulailah dengan bismillah dan niat yang benar, insyaAllah, redha-Nya akan selalu menghampiri, dan semoga Allah selalu memudahkan urusan kita semua. Wa’allahualam

SIHAT 8 Petua Merawat Bisul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala!

“Patutlah perit, nak berjalan pun susah, terasa sakit menyengat. Ada bisul rupanya! Kalau ada nanah, bolehkah pecahkan guna jarum peniti? Apa langkah rawatan bisul yang sebenar ya?”

Eh jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh.

Manakala nanah yang mengalir dari bisul pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan.

Habis tu takkan nak biarkan saja? Kadang-kadang bisul ini pula timbul di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Atas kepala, celah punggung, ketiak, dalam telinga, hidung, dan sebagainya. Mana selesa kalau dibiar lama-lama!

petua merawat bisul
Foto Kredit: totkaz.com

BAGAIMANA LANGKAH RAWATAN BISUL YANG SEBENAR?

1. TUAM DENGAN TUALA PANAS

Petua merawat bisul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada bisul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari.

Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

petua merawat bisul
Foto Kredit: wisegeek.org

2. JANGAN SESEKALI PECAHKAN BISUL

Memang geram tengok nanah yang berkumpul dalam bisul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang nanah.

Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan bisul kering semula.

petua merawat bisul
Foto Kredit: ohtuleth.ee

3. CUCI DENGAN SABUN ANTIBAKTERIA

Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah.

Kemudian kesat hingga kering.

petua merawat bisul

4. SAPU KRIM ANTIBAKTERIA

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

petua merawat bisul

5. JAGA KEBERSIHAN DIRI

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

petua merawat bisul

7. RAWAT LUKA DENGAN SEGERA

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

petua merawat bisul
Foto Kredit: bonnelogia.com

8. ELAK DUDUK TERLALU LAMA

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

petua merawat bisul

BISUL AKAN CEPAT MENGECUT DENGAN RAWATAN YANG BETUL

Lakukan petua merawat bisul yang mudah ini setiap hari hingga bisul kering sepenuhnya.

Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut.

Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.

BACA JUGA…

Cepat Berpeluh? Atasinya dengan 7 Cara Ini

Anda cepat berpeluh?

Lebih-lebih lagi bila anda ‘stress’ ataupun panik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluh dengan banyak hingga timbul rasa malu untuk bertemu dengan orang.

BAU BADAN PUN TERJEJAS!

Sudahlah berpeluh, badan juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain badan, kaki turut akan terkesan hingga timbul rasa tidak selesa dan bau busuk.

Jadi, adakah cara untuk atasi masalah kuat berpeluh?

Kawan baik perempuan
Foto Kredit: huffingtonpost.com

7 CARA ATASI MASALAH CEPAT BERPELUH

1. TUKAR KEPADA DEODORAN ‘HIGHER-STRENGTH’ ATAUPUN ‘ANTI-PERSPIRANTS’

Cari deodoran yang berlabel ‘higher-strength’ atau ‘anti-perspirants’.

Ia menghalang proses perpeluhan berlaku di kawasan yang mudah mengeluarkan bau busuk dan kurang menyenangkan.

2. GUNA DEODORAN PADA WAKTU MALAM

Jika anda biasa guna deodoran pada waktu siang, amalkan juga menggunanya pada waktu malam.

Menurut seorang Profesor Dermatology dari Universiti St. Louis, apabila mengguna deodoran pada waktu malam, kandungan aktif dalam deodoran akan meresap dengan lebih cepat pada kawasan yang cepat berpeluh dan menghalang perpeluhan berlaku dengan banyak.

Kini terdapat pelbagai kemajuan dalam produk deodoran. Cuba dapatkan yang paling serasi dengan anda.

3. PILIH BAJU JENIS KAPAS

Persediaan perempuan
Foto Kredit: hijablook.com

Seeloknya pakai baju daripada bahan kapas (‘cotton’) setiap kali keluar.

Ini kerana ia bersifat ‘breathable’, iaitu boleh menyerap peluh dan tidak panas.

Amat sesuai untuk cuaca di Malaysia, terutamanya bagi kulit yang sering berpeluh.

Bagi yang bertudung, janganlah memilih material yang panas untuk nampak cantik. Ringkaskan gaya dan kurangkan juga bilangan lilitannya kerana ia boleh menyebabkan bau yang tidak enak di bahagian kepala.

4. KERAP TUKAR STOKIN

Berpantang rumah mertua
Foto Kredit: oshesakura.blogspot.my

Jika anda kuat berpeluh, digalakkan kerap menukar stokin agar kaki sentiasa dalam keadaan kering.

Anginkan kasut atau jemurkannya sebentar setiap kali selepas digunakan. Jika perlu, beli 2 pasang kasut supaya anda dapat lebih kerap memberi pengudaraan dan menggantinya.

5. ELAK MAKANAN PEDAS

Tempat menarik di Johor
Foto Kredit: microscopasia.com

Apabila anda makan makanan pedas, ia menggalakkan lagi anda berpeluh. Jika anda kerap mengambil makanan yang kuat rasanya seperti bawang dan petai, ia juga boleh mempengaruhi bau badan anda.

Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut, lebih-lebih lagi semasa makan di luar atau di tempat yang panas.

Kalau teringin, nikmati sajian sedemikian di rumah supaya anda lebih selesa.

6. LATIH UNTUK TANGANI ‘STRESS’

‘Stress’ boleh menyebabkan anda kuat berpeluh. Semakin anda ‘stress’, semakin banyak anda berpeluh.

Oleh itu, belajar tenangkan diri dengan menarik nafas panjang dan membuat persediaan awal dalam setiap urusan harian.

7. GUNA SABUN MANDI ANTIBAKTERIA

Amalkan guna sabun mandi antibakteria kerana ia boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Lebih elok kalau anda dapat mandi dengan kerap supaya badan lebih segar dan selesa.

Seminggu sekali, gunakan ‘scrub‘ untuk membersihkan semua daki dan kotoran yang terlekat pada badan.

Badan cepat berpeluh
Foto Kredit: cnnturk.com

TAMPIL LEBIH YAKIN

Kalau peluh tiada lagi, anda akan semakin yakin dengan penampilan diri masing-masing. Imej anda amat penting, lebih-lebih lagi apabila anda selalu berhadapan dengan orang ramai dalam tugasan harian.

Ambil langkah pencegahan sebelum masalah menjadi lebih serius. Ia mampu membawa kepada masalah kesihatan mental dan juga fizikal. Oleh itu, jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang tindakan!

6 Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus. Confirm Berkesan!

CARA DIET YANG BETUL UNTUK KURUS

Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan semamangnya sesuatu yang wajar tetapi agak susah pada setiap sudut. Untuk memulakan sesuatu yang baru, cabaran yang besar perlu dihadapi terutamanya untuk mengamalkan sesuatu yang baru dan meninggalkan tabiat yang lama. Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah untuk berterusan dalam mengamalkan diet tersebut kerana tiada faedahnya jika anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 30 kg tetapi selepas sebulan, anda dapati berat anda bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda jika anda tidak mencuba. Yang penting, kena cuba turunkan berat badan secara konsisten.

1. BELAJAR TENTANG NUTRISI

Langkah utama dalam berdiet adalah pengetahuan mengenai nutrisi dan keperluan badan anda. Anda perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan dan yang paling penting adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi. Nisbah karbohidrat perlulah lebih kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

2. TIMBULKAN RASA SERONOK

Untuk merasa diet adalah sesuatu yang menyeronokkan, anda boleh menyediakan hidangan dalam bentuk yang digemari seperti memakan buah-buahan bersama sos buah-buahan. Dengan cara ini, anda merasa seronok dan boleh memupuk rasa gembira berdiet. Adalah perlu diingat sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi bagi setiap orang adalah berbeza. Diet bagi orang yang mempunyai sistem metabolisma yang tinggi adalah berbeza dengan orang yang bermotabolisma rendah. Begitu juga dengan jantina. Jika perlu, dapatkan nasihat dari pakar nutrisi mengenai pelan pemakanan sihat yang sesuai untuk anda.

3. PERLAHAN-LAHAN, JANGAN DRASTIK

Cara diet yang betul

Foto Kredit: www.playbuzz.com

Ini cara diet yang betul, tetapi selalunya selalunya diabaikan oleh ramai orang. Dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem badan, anda perlulah melakukan secara perlahan-lahan dan berterusan. Jangan mengubah diet anda secara drastik! Anda sedang cuba melatih diri untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Berikan diri anda masa. Sistem badan manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output melalui otak secara natural mengikut keadaan badan.

Sebagai contoh, anda bekerja sebagai staff pentadbiran dan anda kebiasaannya memerlukan 5 pinggan nasi sehari. Jika anda mengubah diet dengan mengambil hanya 2 pinggan nasi, badan anda secara automatik akan mengurangkan kadar metabolisma dan anda akan merasa sangat letih walaupun hanya duduk di dalam pejabat. Badan anda cuba menyimpan tenaga mengikut kadar 5 pinggan nasi jadi tenaga yang dikeluarkan menjadi sangat sedikit dan anda akan kelesuan sepanjang hari. Keadaan ini juga tetap akan berlaku walaupun anda mengurangkan kadar pengambilan hidangan secara sederhana tetapi kesannya lebih ringan.

4. SETKAN OBJEKTIF

Seterusnya, cara diet yang betul ialah kena sertakan matlamat atau objektif. Matlamat tersebut perlulah realistik dan boleh dicapai. Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu. Kalau sekarang 70 kg, setkan dalam minda, berapa target berat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, ingin hilangkan 10 kg. Dari 70 kg ke 60 kg. Selagi tidak sampai, perlu terus berusaha dan jangan patah hati.

5. CARI MOTIVASI DAN INSPIRASI

Tips mengurangkan berat badan

Foto Kredit: gutcritters.com

Cara diet yang betul bukan pada makanan semata-mata. Kena ada pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai objektif yang sama. Dalam pengamalan diet yang betul, anda memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan mengamalkan diet bersama anda. Boleh jadi ahli keluarga anda, mahupun rakan-rakan terdekat anda. Mereka boleh menjadi sumber inspirasi dan memberikan kata-kata semangat untuk anda mengamalkan diet yang betul secara berterusan terutama apabila keadaan menjadi semakin susah.

6. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Amalan pemakanan yang betul hanyalah sebahagian dari diet yang betul. Aktiviti fizikal dan senaman merupakan sebahagian dari diet. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk membantu anda membakar kalori, meningkatkan imbangan dan koordinasi serta mengurangkan stres. Sebelum mencuba aktiviti fizikal yang berat, mintalah nasihat dari doktor. Bawa bersama pelan pemakanan anda supaya aktiviti fizikal yang diamalkan sesuai dengan keadaan badan dan tidak memudaratkannya.

AKHIR KATA

Pengamalan diet yang betul bermula dengan pengambilan pemakanan pada nisbah yang betul. Untuk mengamalkan diet yang betul secara berterusan, anda perlulah bersederhana dan perlahan-lahan mengurangkan pengambilan pemakanan. Sokongan insan terdekat mampu memberikan inspirasi untuk anda meneruskan diet dan aktiviti fizikal dapat menambahbaik keadaan badan anda disamping dapat mengurangkan stres.

Berbanggalah jika anda mempunyai cita-cita untuk mengamalkan diet. Tetapi amalkanlah diet yang betul supaya matlamat dapat dicapai dan di akhirnya, anda dapat merasa kebahagiaan sebenar. Kami tidak kata tidak boleh guna produk seperti Herbalife atau Shaklee. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.

Bagaimana dengan anda? Ada tips diet yang betul yang pernah anda amalkan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

BACA JUGA…

5 Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten

Selalu kita dengar, ada orang yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Katanya, boleh sampai 10kg dalam masa seminggu? Benar atau mengarut?

Fikirkan begini, lebih cepat untuk turun, lebih cepat naik. Bukankah teorinya begitu? Benar. Jawapannya, lebih baik turun sedikit demi sedikit, tetapi konsisten. Orang kata, kena selalu istiqamah.

Mengikut statistik, penduduk Malaysia adalah di kalangan yang paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ada yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan; ada yang berjaya tetapi lebih ramai yang telah gagal.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menurunkan berat badan, yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk.

1. JAUHI MAKANAN SEGERA

Ini cara menurunkan berat badan yang paling penting sekali. Pertama sekali, kurangkan makan makanan ringan (fast food) atau junk food. Disebabkan terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak, kita sering makan luar di restoran. Kualiti makanan yang rendah adalah faktor utama ramai di antara kita yang mempunyai berat berlebihan.

Oleh itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah hentikan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera yang sudah tentunya menghidangkan makanan yang tidak sihat.

2. KURANGKAN GULA

Kedua, cara menurunkan berat badan yang amat penting ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. kurangkan makanan dan minuman bergula. Pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Mulai hari ini, usah tambah gula atau susu ke dalam minuman.

Jika sebelum ini anda sering membancuh air teh susu, apa kata anda amalkan meminum teh o atau campur sedikit limau supaya ia jadi teh o limau. Limau memang dikenali sebagai ‘pemotong lemak’ dan seringkali diminum selepas makan bagi mengurangkan lemak.

3. PASTIKAN BERSARAPAN PAGI

Ketiga, cara menurunkan berat badan secara konsisten ialah amalkan mengambil sarapan pagi yang berat. Namun, perlu mengikut kalori yang betul. Mengikut kajian pakar, sarapan adalah waktu kita sepatutnya makan dengan kuantiti paling banyak, diikuti makanan tengahari yang sederhana dan makan malam yang sedikit sahaja.

Anda boleh mula dengan memakan roti atau bijirin sebagai sarapan anda supaya perut anda akan penuh dan membuat anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu tengah hari. Tidak salah untuk memakan nasi pada waktu tengah hari asalkan pada malam hari, anda makan sedikit sahaja, seperti beberapa potong buah supaya anda boleh tidur dengan perut yang terisi.

4. PASTIKAN SELALU BERSENAM

Cara menurunkan berat badan yang seterusnya ialah dengan melakukan aktiviti fizikal. Selain jaga kalori, bersenam adalah salah satu cara menurunkan berat badan dan terbukti berkesan. Setelah anda jaga tahap pemakanan anda, tiba masanya untuk menurunkan berat badan dengan lebih konsisten. Mula dengan bersenam ringan seperti jogging di waktu pagi atau pergi ke gym seminggu tiga kali untuk mengangkat berat dan membina otot anda. Otot yang terbina dapat membakar lemak secara pasif, walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sekalipun.

Jika anda seorang yang suka menonton televisyen, selain dari hanya duduk sahaja dan menonton rancangan kegemaran anda; apa kata anda baring dan lakukan sedikit senaman untuk beberapa minit sehingga berpeluh. Disebabkan anda sedang ‘berehat’, anda tidak rasa seperti anda sedang memaksa badan anda untuk bekerja.

5. CARI PARTNER

Cara menurukan berat badan yang terakhir ini adalah yang sangat penting. Selain bersenam dan jaga makan, ini cara menurunkan berat badan yang paling penting. Akhir sekali, pastikan anda mempunyai rakan yang mempunyai impian yang sama dengan anda iaitu bersama-sama berazam untuk menurunkan berat badan.

Dengan ada rakan baik ini, masing-masing akan saling membantu bagi mencapai cita-cita dan sekiranya salah seorang dari anda berasa tidak bermaya, pastikan anda berikan kata-kata perangsang bagi membakar semangat kembali dan kembali ke landasan yang betul.

AKHIR KATA

Apa pun cara untuk menurunkan berat badan yang anda gunakan, hanya anda sendiri yang boleh pastikan anda sampai ke matlamat anda. Kementerian Kesihatan juga banyak beri informasi tentang pengurusan berat badan, seperti pengiraan BMI.

Anda boleh gunakan sistem ganjaran kepada diri anda sendiri yakni, setiap kali anda capai sasaran anda; manjakan diri sendiri dengan membeli hadiah bagi memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi. Yang paling penting, pastikan anda mengikut cara diet yang betul. Barulah dapat turunkan berat badan.

Semoga berjaya!

Jangan Pandang Remeh Masalah Keputihan. Ini 9 Cara Berkesan Merawatnya

“Eeee tak selesanya dan rasa melekit dengan masalah keputihan keluar dua tiga hari ni. Ada bau pulak tu. Aduhai, kena tukar ‘panty liner’ bila sampai ofis. Harap-harap tak berbau, malu kalau kawan-kawan ofis tegur.”

Normal ke keputihan ini?

Ia adalah perkara biasa yang berlaku pada semua wanita yang sudah akil baligh. Lebih tepat lagi, keputihan adalah satu cara semula jadi yang dilakukan oleh badan untuk membersihkan alat sulit daripada bakteria secara tak langsung menyihatkannya.

Biasanya ia tidak berbau dan meninggalkan kesan cairan berwarna putih pada pantieslebih-lebih jika wanita itu aktif, sedang menunggu hari untuk period, hamil dan terlalu stress.

Namun, ia tidak normal jika ia keluar dengan banyak, berbau busuk, kenyal, melekit, menyebabkan gatal pada sekitar alat sulit dan ada yang berwarna selain daripada putih. Keadaan ini dipanggil Leucorrhoea.

Jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah keputihan. Anda boleh cuba 9 cara di bawah:

Foto Kredit: magasinetliv.dk

Foto Kredit: magasinetliv.dk

9 CARA SEMULAJADI MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN

Masalah Leucorrhoea boleh diatasi dengan:

1. PISANG

Sama ada dimakan mentah bersama susu dan madu setiap pagi atau goreng bersama sayur-sayuran.

Pisang amat baik untuk kesihatan

Pisang amat baik untuk kesihatan dalaman wanita

2. JUS DAUN BUAH DELIMA

Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama lada hitam dan setengah gelas air. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu.

masalah keputihan
Foto Kredit: pieceofeden.blogspot.my

3. SERBUK HALIA

Rebus dua sudu serbuk halia bersama 250ml air hingga air menjadi setengah cawan. Amalkan minum selama tiga minggu.

masalah keputihan

Foto Kredit: blog.doctoroz.com

4. CAMPURAN JUS DAUN BASIL DAN MADU

Rebus daun basil dan ambil jusnya. Sebelum minum, letak sedikit madu setiap pagi dan malam selama dua minggu.

Daun ini juga terdapat dalam bentuk serbuk yang telah dipek di pasaran. Ia mirip dengan ‘oregano’ yang boleh didapati dalam botol seperti lada sulah.

mengatasi masalah keputihan
Foto Kredit: fitgirlcode.com

5. SERBUK TAWAS

Bersifat sebagai antiseptik semulajadi, garam galian berupa kristal ini berkesan merawat semua jangkitan berkaitan dengan alat sulit.

Campurkan sedikit air pada serbuk tawas dan lalukan pada tempat yang gatal.

Tawas juga boleh digunakan sebagai deodoran dan skrub untuk menghilangkan bau badan.

tawas atasi masalah keputihan

Foto Kredit: all-abou-teverything.blogspot.my

6. BENDI

Ia mengurangkan pengeluaran keputihan. Cuci 100gram bendi dan potong kecil-kecil. Masukkan dua cawan air dalam periuk dan rebus bendi selama 20 minit atau sehingga air menjadi separuh. Tapis dan bahagikan pada tiga bahagian. Minum satu bahagian bersama sedikit madu, tiga kali sehari.

Biasa-biasakan makan sayur bendi

Biasa-biasakan makan sayur bendi

7. KANJI

Ambil sedikit air daripada nasi yang sedang ditanak dan minum. Selain mengatasi masalah keputihan, ia juga boleh menghilangkan penyakit berkaitan dengan perut.

air nasi masalah keputihan
Foto Kredit: pinterest.com

8. BIJI HALBA / DAUN BUAH JAMBU

Rebus dua sudu biji halba /daun buah jambu dalam seliter air selama 30 minit. Tapis dan biarkan sejuk serta bilas pada alat sulit.

Biji halba. / Foto Kredit: bbcgoodfood.com

Biji halba. / Foto Kredit: bbcgoodfood.com

9. CUKA EPAL

Cuka epal atau ‘apple cider’ mengembalikan kestabilan pH dalam badan dan menghilangkan bau busuk.

Campurkan dua sudu cuka dalam segelas air dan minum setiap hari.

sakit gastrik apple cider

Foto Kredit: popsugar.com.au

MASALAH KEPUTIHAN YANG BERTERUSAN BOLEH MENJADI LEBIH TERUK

Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat letih, kurang bertenaga, turun berat badan dan demam.

Jika anda kerap kencing, ia juga adalah salah satu simptom. Segera berjumpa doktor untuk kenal pasti jenis jangkitan yang anda hadapi.