Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk Dan Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Kenapa? Ini Sebabnya Buat Kita Tidak Tidur Malam!!

Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh. Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci.Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.

Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang.Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian Sinki mesti bersih.

Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

Tonton Video Ini

Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini.Berikut antara perkongsian beliau;

Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.

Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi..
Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon..

Tapi, tetiba ada yang reminder semula..
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..

Ruginya selama ni tak buat sungguh2..
Bukan tak basuh pinggan,
Cuma ikut mood…bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang x basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh…
Allah, tu la ambil ringan je..

Bila dah tahu,
Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.
Macam2 rasa ada.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu…aku xsengaja…

Nabi suruh pasti bersebab.
Pasti hikmahnya besar.

Lepas dah tahu,
Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.

Rupanya betul..
Bila dah settle kerja ni,
Lapang dada rasa.
Nak bergolek pon tak bersalah.
Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.

Pada satu sudut lain,
Jin pon xturun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main xda sebab bersih je rumah kita.

Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.

Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu.
Ampuni daku andai terculas lagi..
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.

Sumber: Adamhawa.my

Rupa-rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri. Sangat Bahaya Kesan Kepada Lelaki. Kongsikan

Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau berkata,“Siapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”

Dari Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara perubatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat kepada sebahagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpancut ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana keadaan tempat dan waktu yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesihatan. Orang terdahulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air secara mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong kecil dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpancut. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelain selain dari penyebab batu karang.

Sesungguhnya banyak siksa kubur dikeranakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi) Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.

Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Demikian hikmahnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Salam melarang kencing berdiri.Sehingga Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasalam sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di kamar mandi berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam:

Buang air secara mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat). Agar kotoran boleh keluar segera sehingga tidak menjadi penyebab kencing batu maupun lemah syahwat.

Menggunakan alas kaki. Menurut penelitian di Amerika di dalam bilik mandi ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui telapak kaki orang yang ada di bilik mandi tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, kabur semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik mandi, jangan di dalam bilik mandi, kerana semakin kotor, lembab dan tak mengenai saranan kebersihan.

Masuk bilik mandi dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk bilik mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

Beristinja’ dengan air dan dengan tangan kiri. Beristinja’ (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinja’ juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

Jangan merancang/merencanakan sesuatu di bilik mandi. Nabi sangat melarang merencanakan atau membuat suatu rencana/idea/inspirasi di dalam bilik mandi, kerana bilik mandi adalah markasnya syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik mandi:

“Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”. Kerana dikhuatirkan rencana/idea/inspirasi yang didapat berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudharat/keburukannya.

Begitu juga setelah keluar bilik mandi, baca istighfar dan doa keluar bilik mandi. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, masa sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merencanakan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang lain.

Disunnahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik mandi apabila hajat sudah selesai, bukan bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau Quran.

Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi qiblat, apabila lubang bilik mandi menghadap qiblat hendaknya ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik mandi maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik mandi beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Sunatkan Anak Umur 3 Bulan — Pengalaman Dan Tips Penjagaan Khatan Anak Semasa Bayi

Alang-alang musim cuti sekolah yang memang sinonim dengan musim berkhatan atau sunat, saya nak share sikit pengalaman dan info sharing mengkhatankan bayi lelaki kami sewaktu dia berusia 3-4 bulan. Mungkin ibu dan bapa semua bolehlah prepare apa yang patut ya kalau nak sunatkan baby.

Kenapa sunat waktu bayi?

Well, ini sebenarnya papa Aayiz punya choice nak sunatkan Aayiz sewaktu bayi sebab dia tahu betapa lecehnya bersunat bila dah besar, kena pantang makan, proses healing yang lama dan juga kita sebagai ibubapa yang letih nak menjaga hihi. Tapi tulah, orang kata kalau bersunat masa bayi ni, nanti tak ada pengalaman bersunat bila dah besar… macam budak-budak lain.

Proses bersunat

Kena call dan tanya mana-mana klinik dan hospital yang buat khatan bayi ni sebab tak semua tempat ada. Setakat ni di area kami Kajang, Bangi, ada dua tempat pilihan swasta iaitu di Klinik Assalam Bangi dan juga Hospital Islam Az-Zahrah Bangi.

Kos rawatan khatan

Kos rawatan untuk khatan bayi / sunat ni lebih kurang RM250 – RM400. Kami punya di Hospital Az-Zahrah Bangi ni dalam RM399 tak silap, semua sekali termasuk ubat tahan sakit. Tapi kenalah booking time dan slot dulu ya puan-puan.

Info : Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) No.6, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor Darul Ehsan Phone: 603-8921 2525. Fax: 603-8921 2677.

Proses sunat bayi ni tak lama pun, lebih kurang 10-20 minit je. Selepas mendaftar, kita tunggu giliran dalam 30 minit dan Ibu dan bapa dibenarkan masuk menemani bayi dan boleh ambil gambar. Cuma papa dia yang tak berapa nak kuat tengok, kita okay lagi tapi ada at 1 point tak boleh tahan bila tengok Aayiz menangis bila doktor start inject bius dan potong bird dia..huhu.

Selepas bersunat | Proses penjagaan

  1. Selepas bersunat tu, bius akan bertahan sekitar 2 jam je tau, jadi bayi akan mula rasa sakit sikit. So selepas menyusu bayi, boleh berikan sedikit ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh hospital dan biarkan bayi tidur. Proses healing sunat bayi ni akan ambil masa paling lama  7 hari. Tapi Aayiz ni dalam 2-3 hari dah okay.
  2. Proses penjagaan mudah je sebab bayi lagi, tak ada pantang makan. Jadi hanya perlu diberikan susu badan atau formula sahaja. Selain itu, memang normal bayi akan menangis sepanjang malam pertama selepas bersunat.. yelah bayi pun manusia, dan faham sikit rasa sakit tu tau. Jadi ibu bapa kena main peranan iaitu BERSABAR ya. Masa ni, ada terdetik menyesal dalam hati kenapalah sunatkan Aayiz awal hahaha. Yelah sebab kesian tengok dia sakit semalaman. Tapi lepas 4-5 hari tu, rasa lega sangat dah selesai buat apa yang patut untuk Aayiz.
  3. Pujuk anak dan berada di samping anak kalau boleh sepanjang malam. Kalau boleh elakkan letak baby dalam baby carrier yang kendong macam Boba tu, supaya kemaluan tidak terhimpit tau. Dalam stroller pun kami tak letak, sebab takut tersepit. So sepanjang seminggu Aayiz bersunat tu, saya memang berkorban tak keluar rumah tengokkan Aayiz setiap hari supaya dia betul-betul sembuh dan tak ada infection lain.
  4. Lampin perlu ditukar setiap 2 jam supaya luka berkhatan bersih dan tidak lembap. Ia juga perlu dibersihkan sekerap mungkin sampailah gegelang di sekeliling kemaluan bayi tertanggal.
  5. Dan paling penting, tak perlu pakaikan lampin bayi ketat-ketat. Cukuplah ia agak longgar, takpe kalau bocor pun boleh cuci. Asalkan bayi kita selesa.
  6. Memandangkan Aayiz masa ni masih berbedung lagi, kami mengambil keputusan untuk tidak bedung Aayiz selepas bersunat.. sampailah sekarang, dia tidur lebih lena. Masuk je hari ketiga, baby dah mula ceria sikit dan tak meragam sangat.
  7. Cukup 5 hari, gelang di sekeliling kemaluan pun dah tertanggal, Aayiz pun tidur tak perlu bedung dan dia dah ceria balik. Alhamdulillah seluruh proses berjalan lancar.

 

Tips buat para ibu bapa yang nak sunatkan anak semasa bayi, anda perlu bersabar dan rajin jaga kebersihan bayi, itu sahaja. Tapi tak susah mana pun sebenarnya. Sekarang dah tak perlu fikir nak kejar Aayiz satu kampung kalau dia bersunat time dah besar. Haha. Semoga bermanfaat!

Sumber: http://theaidasue.com

Pekerjaan 7 Artis Sebelum Menjadi Popular!! –Mesti Terkejut Bila Tahu Apa Kerja Aaron Aziz Dan Nora Danish!!

Bukan senang untuk berjaya. Mereka bermula seperti kita semua juga, bekerja seperti manusia biasa. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

1.AARON AZIZ.

Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni. Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

2.DATO’ SITI NURHALIZA.

Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu.

Penyanyi lagu Cindai ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun.Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.

3. REMY ISHAK

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya. Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

4.NABIL

Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan. Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.

5. ADIBAH NOOR

Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995. Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

6.NORA DANISH

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon.

Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.

7. DATUK YUSOF HASLAM.

Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Sumber: thecoverage.my

Pekerjaan 7 Artis Sebelum Menjadi Popular!! –Mesti Terkejut Bila Tahu Apa Kerja Aaron Aziz Dan Nora Danish!!

Bukan senang untuk berjaya. Mereka bermula seperti kita semua juga, bekerja seperti manusia biasa. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

1.AARON AZIZ.

Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni. Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

2.DATO’ SITI NURHALIZA.

Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu.

Penyanyi lagu Cindai ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun.Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.

3. REMY ISHAK

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya. Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

4.NABIL

Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan. Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.

5. ADIBAH NOOR

Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995. Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

6.NORA DANISH

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon.

Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.

7. DATUK YUSOF HASLAM.

Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Sumber: thecoverage.my

‘Betulkah Tidak Boleh Tidur Selepas Subuh?’ – Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti” adalah antara ayat kata yang selalu kita dengar. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh.

Yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi sebenarnya tiada larangan tidur selepas subuh seperti yang diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ini:-

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.

Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏

Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.

Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan sahih.

Begitu juga dengan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.

Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.

Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan amalannya.[1]

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.

Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.

Kesimpulan

Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan menghidupkan waktu selepas subuh.

Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:

“Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.[3]

Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

10 Petanda Bahawa Si Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat istikharah dan tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: ILuvIslam

10 Perubahan Ini Bakal Anda Lalui Saat Bertemu Jodoh Yang Sejati

Setiap orang ada impian untuk bertemu jodoh, bercinta dan berakhir dengan sebuah perkahwinan bahagia. Saat bersama dengannya, pasti tidak pernah merasakan kekurangan. Kesamaan anda dan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan membahagiakan walaupun ada ketikanya dilontarkan masalah serta ujian. Tanpa anda sedar jodoh akan mengubah perilaku anda menjadi orang yang berbeza. Berikut merupakan perubahan-perubahan yang bakal anda lalui apabila bertemu jodoh yang tepat.

1. Mula melihat kehidupan dalam perspektif berbeza

Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.

 

2. Orang lain tidak lagi menjadi perhatian anda

Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.

 

3. Rasa semakin yakin dan tidak ragu-ragu dengan hubungan ini

Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.

 

4. Lakukan perkara baharu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini

Benarlah cinta mengubah segalanya. Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan perkara baharu yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.

 

5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri

Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan. Jika sebelum ini kuku pun jarang potong dan dibiarkan kotor namun kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.

 

6. Ada hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling

Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda sudah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling anda.

 

7. Menjadi penyelesai masalah yang baik

Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.

 

8. Berkongsi rahsia diri kepada pasangan

Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda nanti.

 

9. Membayangkan masa depan bersamanya

Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.

 

10. Hasrat kenalkan pasangan dengan orang tua

Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.

Sumber : BaitulJannah

‘Semoga Tuhan Murahkan Rezekinya’ – Netizen Tersentuh Melihat Kegigihan Si Penjual Aiskrim Ini

Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu perkara yang luar biasa.

Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi.

“Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya,” katanya.

Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali.

“Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini.” – Marwenddy Enddy

“Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya.” – Cik Zah Azizah

Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya.” – Jamlos Sanip

Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari pekerjaan.

Sumber: The Reporter

7 Tips Mudah Untuk Melatih Anak Anda Solat Subuh

Riak Babah Yaya menyampaikan ‘seru’nya:

“Mama, lepas ni, ajar Yaya solat Subuh”.

Riak wajahnya serius. Saya tahu, mesti suami serius tentang hal ni.

“Ok” jawab saya pendek. Tapi dalam hati tertanya-tanya ‘ok ke Yaya solat Subuh. Nak ke dia? ke dia akan merengek-rengek, tak mahu solat?’

Sebab di fikiran saya solat subuh lain dari solat-solat yang lain. Sebab waktunyakan awal macam tu. Nak ke anak solat bila diminta? Ye lah, dia baru nak masuk 6 tahun. Untuk bangun tidur pun perlu dipujuk-pujuk baru mood dia ok.

Dalam tertanya-tanya tu, saya lakukan juga. Tapi perkara pertama yang saya lakukan ialah beritahu yaya ‘kenapa dia kena solat subuh’.

Solat belum suruh lagi, tapi cerita dulu. Saya ingat lagi, kata Yaya:

“Tapi kan Yaya dah sembahyang magrib, isyak, sembahyang kat sekolah (zohor/asar)”

Saya jawab simple je:

“Sembahyang ada lima Yaya: Magrib, Isyak, Zohor, Asar, and Subuh. Sebab kita nak ingat Allah. Allah suka kalau kita solat semua. Nanti Allah pun akan ingat kita, sayang kita laaaagi banyak, protect kita dari orang jahat, bagi kita present, bagi kita happy. Yaya nak tak Allah sayang yaya macam tu?”

Anak ni senang je. Bila kita dah umpan dia dengan benda benda yang best tu, mudah je dia jawab “Nak”

“OK, kalau yaya nak, esok Yaya start solat subuh ek. Solat dengan mama. Lepas mandi kita take wuduk and solat.” Saya memberi gambaran bagaimana rutinnya paginya akan berubah esok.”

“Nanti mama ajak Yaya solat subuh Yaya jangan nangis ek. Kita solat happy-happy ok. Sebab yaya kan nak Allah sayang Yaya, betul tak?” Ayat ni penting supaya dia kena ‘alert’ yang esok dia tak boleh merengek, tak boleh nangis bila di ajak solat.

“Ok mama” jawapannya, bunyik macam ok. Tapi saya debar untuk tahu macamana ragamnya esok hari bila sampai waktu utk solat subuh tu.

Masha Allah, sejujurnya saya benar-benar terperanjat. Saya sangkakan dia mula nak merengek, mula nak culas, tapi dia follow apa yang mama suruh buat: mandi, take wuduk, pakai baju sekolah, pakai telekung, solat dengan mama. Siap berzikir lepas solat. Kemudian baru doa.

Takde merengek, takde nak buat hati mama panas. Gayanya tu macam dah biasa solat subuh.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana memasukkan nur-Mu dalam hati anakku. Sudah beberapa hari ini kami solat subuh bersama.

Ia memberi saya kefahaman baru. Yang anak walaupun kecil sebenarnya tidak sukar untuk mula belajar beribadah. Walaupun untuk solat subuh yang dugaannya lebih hebat.

Mengikut pengalaman saya yang kecil ini, saya rumuskan begini. Untuk mudah melatih anak kecil solat subuh:

#1 Biasakan Dulu Anak Solat Yang Lebih Mudah

Yaya bermula dengan solat maghrib. Ia diwajibkan setiap hari sampai dia sudah terbiasa dengan rutin itu. Sehingga dia tahu, solat itu ‘part of her daily life’.

Pada peringkat awal saya tak minta dia solat semua. Hanya maghrib. Sebab saya taknak anak rasa terbeban sampai tak suka dengan ‘solat’. Bayangkanlah, tak pernah solat tetiba kena solat 5 waktu.

#2 Sambung Pula Dengan Solat Yang Lain Sekiranya Sudah Terbiasa

Bila anak sudah ada idea dan biasa dengan solat, sambung pula dengan solat lain yang juga mudah: solat isyak. solat zohor dan asar. Insha Allah bab ini tidak sukar.

#3 Terangkan Kepada Anak Anda Sebab Solat Subuh

Untuk solat subuh, berikan anak kefahaman dulu kenapa dia perlu bangun pagi dan solat subuh. Apa yang anak akan dapat bila dia melakukannya. Apa kaitan solat subuh dengan hariannya.

#4 Solat Bersama Sama Anak

Bila anak dah faham ‘the why factor’, ajak anak solat bersama-sama kita. Nyatakan stepnya satu persatu: mandi, take wuduk, etc. Sebab ini adalah pengalaman pertama anak. Jadi step perlu jelas untuk mereka.

#5 Puji Anak

Bila anak memberikan kerjasama yang baik, wajib puji mereka. Siap peluk siap cium bagai. Biar anak tahu yang kita semakin sayang dia bila dia suka solat.

Kalau anak menunjukkan aksi ‘liat’, beri mereka galakan. Anak boleh buat, cuma maybe mereka tak biasa lagi. Tak faham lagi. Sebab ia adalah perkara baru untuk mereka. Jadi tugas kita ialah teruskan mengajak dengan memberi galakan.

Puji perubahan kecil yang mereka lakukan.

#6 Consistency Itu Penting

Ajak anak solat subuh setiap hari walaupun hari tu kita dah lambat. Walaupun kita perlu keluar lebih cepat. Supaya anak faham, solat subuh ni mesti dilakukan setiap hari, sama macam dia mesti makan, tidur.

Walaupun terkejar-kejar waktu, lakukan dengan cara yang bahagia. Supaya anak nampak solat subuh ni best. Ada zikir. Zikirlah seronok seronok, happy-happy, walaupun dalam hati ‘alamak, dah lambat sikit’. Anak akan nampak ia best sama macam mereka happy kalau dapat main di playground.

#7 Berdoa Kepada Allah

Kita mak ayah cuba yang terbaik, tapi kita pun tahu hidayah ni dari Allah. Yang buka hati anak untuk suka solat adalah Allah. Jadi kita serah kepadaNya. Selepas solat, saya akan doa, antaranya:

“O Allah, thank you bagi anak mama suka solat subuh. Please help yaya untuk bangun happy, solat subuh happy everyday. Thank you Allah”

dan ia sengaja di nyatakan dengan jelas supaya anak dengar dan dia juga meng-amin-kannya.

“We do the best, nanti tahulah Allah uruskan the rest”

Saya yakin ibu bapa lain juga punya pengalaman atau tips masing-masing dalam hal ini. Yang dikongsikan di sini hanya berdasarkan pengalaman saya meminta yaya solat subuh dan alhamdulillah, dia solat dengan gembira.

Jika anda juga punya pengalaman dan tips, mohon share kan juga semoga kita semua boleh mendapat manfaat dari nya. Mudah-mudahan Tuhan membantu kita semua mendidik anak-anak, dan menjadikan mereka manusia luar biasa: yang dalam hatinya ingat Tuhan, yang luarannya juga hebat sebagai khalifahNya.