Dah Banyak Aku Berdoa, Tapi Allah Tak Makbulkan. Kenapa?

Secara umumnya, kita semua mengetahui bahawa manusia diciptakan daripada setitis air mani yang kotor. Itulah yang dikatakan tarafnya seorang hamba yang hina dan tiada apa-apa di sisi Allah.

Namun, walau ia nampak jijik dan kotor, Allah terus mengangkat darjat kita sebagai hamba sewaktu menciptakan manusia pertama yakni Nabi Adam. Allah menempatkan Nabi Adam di singgahsana yang paling mulia iaitu di syurgaNya.

Walaupun pada mulanya malaikat membantah dengan idea untuk menciptakan manusia, tetapi atas rahmat dan kasih sayang Allah yang tiada tara, Allah berpegang teguh untuk menciptakan manusia, seraya berkata kepada malaikat,

“Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah 2:50)

Selepas terciptanya Nabi Adam, Allah memerintahkan kesemua makhluk untuk bersujud kepada Nabi Adam sebagai tanda penghormatan dan memuliakan.

Kesemua makhluk sujud kecuali iblis. Fitrahnya sikap iblis yang sentiasa membantah, melakukan perkara yang mungkar, melanggar suruhan Allah dan yang paling utama bersungguh-sungguh iblis meminta kepada ALLAH untuk terus menyesatkan manusia sehingga hari kiamat, di dalam surah al-Hijr dan surah Sad,

Ya Tuhanku(kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan,”

Walaupun seburuk-buruk sifat sang iblis, ada perasaan kagum dan pengajaran yang perlu kita lihat dan ambil di sebalik doa yang dituturkan oleh iblis.

Iblis berdoa dan meminta pada ALLAH supaya diberi penangguhan waktu untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kebangkitan. Bukankah berdoa dan memohon sesuatu itu selayaknya buat kita manusia yang bertaraf hamba?

Jika kita sebagai manusia masih lagi sombong dan bersikap sambil lewa dalam berdoa, jadi siapa yang lebih baik perbuatannya, kita atau iblis?

Usai solat terus melipat sejadah dan mengerjakan urusan yang lain tanpa sempat berdoa. Melihat hidangan tersedia untuk dimakan, terus menyuap masuk ke dalam mulut tanpa sempat untuk berdoa,.

Atau yang lebih memudaratkan lagi apabila kita langsung tiada hati untuk berdoa dan meminta pada Allah.

Saidina Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: “Aku tidak pernah mengkhuatirkan atau risau apakah doaku akan dimakbulkan oleh Allah atau tidak, kerana setiap kali Allah mengilhamkan hambaNya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak untuk memberi karunia. Yang aku khawatirkan adalah jika aku tidak berdoa lagi.”

Ini adalah perkara yang paling kita risaukan jika kita tiada lagi hati dan perasaan untuk berdoa.

Cuba kita lihat, iblis sendiri sudah pun mengetahui kedudukannya kelak di dalam neraka, tetapi masih mahu meminta kepada Allah.

Perkataan “Ya Tuhanku” pada permohonannya jelas menunjukkan iblis mengakui bahawa Allah itu Tuhannya.

Apa bezanya iblis dengan kita, jika kita sebagai manusia lalai dalam mengerjakan solat, lupa untuk berzikir, membiarkan al-Quran sepi dan berhabuk, sombong untuk meminta dan berdoa, lantas langsung tiada nama Allah di bibir kita?

Jadi siapa yang lebih mulia, kita atau iblis? Walaupun iblis sama sekali tidak mengetahui sama ada doanya akan dimakbulkan tetapi iblis tetap meminta kepada Allah.

Maka, sebagai manusia dan hamba seharusnya kita membandingkan diri kita dengan iblis. Permohonan dan permintaan sang iblis, Allah kabulkan.

Tetapi kita masih malas untuk berdoa, malas untuk menadah tangan dengan rendah diri untuk meminta, malah masih ragu-ragu dengan Allah sama ada akan dikabulkan doa atau tidak.

“Dah berkurun aku berdoa, tapi Allah tak makbulkan pun doa aku.”

“Aku rasa Allah tak dengar doa aku, so tak payah dah lah aku berdoa.”

“Aku ni banyak dosa, mesti Allah tak nak makbulkan doa aku.”

“Penatlah doa, tapi sama je, tak ada apa pun.”

Ini antara dialog seorang manusia yang masih tidak meletakkan dirinya sebagai seorang hamba, yang masih bersangka-sangka dengan Allah, yang masih tidak yakin bahawa Allah Maha memakbulkan doa.

Surah Sad, surah ke 38 ayat 79 dan 80 ada berbunyi,

Iblis: “Ya Tuhanku, tangguhkanlah aku sampai pada hari mereka (manusia) dibangkitkan.”

Allah: “Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberi penangguhan, sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).”

Ayat ini begitu jelas dan terang sekali, Allah memakbulkan doa dan permintaan iblis yang dilaknat.

Justeru itu kita sebagai manusia seharusnya bersungguh-sungguh dan lebih kuat doanya berbanding iblis.

Kita haruslah yakin bahawa setiap doa dan permintaan kita akan Allah kabulkan. Sematkan di dalam hati kita bahawa sedangkan iblis adalah makhluk yang akan memenuhi neraka jahanam pun Allah perkenankan permintaannya, inikan pula kita manusia yang beriman pada Allah.

Allah Taala berfirman di dalam ayatNya berbunyi,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah sesungguhnya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu.”

Allah sendiri sudah berjanji akan mengabulkan doa. Siapa lagi yang setia mengotakan janji melainkan Allah? Tetapi Allah beritahu lagi bahawa untuk diperkenankan doa, ada syaratnya iaitu,

“Maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu dan  hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (Surah Al-baqarah, ayat ke 186)

Itulah perbezaan manusia dan iblis, tatkala Allah ingin mengabulkan doa dan permintaan.

Kita sangat mulia di sisi Allah, kerana itu Allah mensyaratkan supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dan keimanan kepadaNya, supaya dengan lebih mudah untuk Dia memberi apa yang kita pintakan dan memberi sebelum kita pohonkan.

Jadinya di dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia dan barakah ini, seharusnya kita memperbanyakkan lagi doa.

Tidak lalai dan leka dalam memohon apa yang terbaik buat diri kita. Yakinlah bahawa setiap doa yang kita impikan dan kita harapkan Allah akan memakbulkannya.

Sama ada cepat atau lambat, hanya Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik pada setiap hambaNya.

Ramadhan adalah bulan tarbiah, bulan didikan kepada kita untuk meletakkan doa sebagai prioriti pada setiap masa terutamanya minit-minit terakhir sebelum waktu berbuka, supaya di bulan seterusnya kita sudah bersedia dan merasakan kepentingan untuk berdoa di mana sahaja kita berada dan pada bila-bila masa sahaja.

Jangan pernah berputus asa dalam meminta, jangan pernah bersangka buruk dengan Allah.

Mohonlah dan minta sahaja apa yang dihajati kerana Allah Maha Mendengar dan Allah akan berasa sangat malu apabila kita sebagai hamba menadah tangan meminta kepadaNya dan Dia tidak memberi apa-apa.

Seperti di dalam hadith yang berbunyi,

“Dia malu apabila seorang hamba mengangkat kedua tangannya kepada-Nya dan Dia mengembalikan keduanya dalam keadaan kosong tak mendapatkan apa-apa.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Bukankah doa itu senjata orang mukmin? Senjata yang sangat penting buat kita semua.

Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita menyenaraikan sebanyak doa yang kita ingin minta pada Allah, kerana Allah itu sangat menantikan doa-doa daripada kita semua.

Dia senantiasa tertunggu-tunggu kehadiran doa kita. Dia sangat kasih kepada hambaNya yang tidak kenal erti putus asa dalam berdoa, walaupun masih tidak diperkenankan lagi.

“Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan untukmu’.” (Surah Al-Ghafir 40:60)

Nahh!!!!

Anda masih ragu-ragu dan tidak yakin?

Ambillah masa bersendiri dan muhasabah, renung kembali berapa banyak Allah sudah memberi apa yang kita inginkan, termasuklah rezeki kesihatan, pekerjaan, keluarga, pembelajaran,

Tetapi dek kerana satu permintaan kita masih Allah hold, dan pending, kita terus bersangka buruk dengan Allah.

Jadinya tepuk dada tanya iman,

“Adakah aku golongan yang bersungguh-sungguh dalam berdoa?”

“Adakah aku yakin dan bersangka baik dengan Allah?”

“Adakah aku ikhlas untuk meminta pada Allah?”

Ambil masa dan muhasabah, kita golongan yang mana. Selamat berpuasa dan kencangkan lagi doa anda kepada Dia, Tuhan kita yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sumber: iLuvislam

Apabila Merasa Kesempitan Hidup, Ingatlah 9 Ayat Ini

Apabila kita menerima sesuatu dari orang yang kita sayang, kita rasa gembira. Rasa excited yang amat. Malah ada yang melompat-lompat. Tanda keterujaan.

Allah menurunkan surat cinta-Nya kepada kita. Disampaikan oleh Rasulullah (baca selawat). Lalu apakah perasaan kita tatkala membaca surat cinta ini?

Seorang guru beritahu anak muridnya,
“Apabila kamu memikirkan sesuatu, bukalah Al-Quran. Secara rawak. Lihat ayat yang kamu nampak. Kamu akan menemui sesuatu”.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi 9 ayat Al-Quran yang memberi inspirasi. Menguatkan semangat dan tekad. Bagi meneruskan perjuangan dakwah. Bantu kami sebar luaskan perkongsian ini.

9 Ayat Inspirasi Dari Al-Quran

Dan Sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Baqarah: 155)

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(Surah Al-Baqarah: 172)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah: 5-6)

Barangsiapa berhijarah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
(Surah An-Nisa’: 100)

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
(Surah At-Talaq: 2-3)

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Surah Saba’: 39)

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Ra’d: 11)

Allah maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang maha kuat  lagi maha perkasa.
(Surah Asy-Syura: 19)

Sumber: iLuvislam

Baru Berusia Enam Bulan, Tapi Dah Ada 400,000 Pengikut. HEBAT!

KUALA LUMPUR: Pada usia enam bulan, anak aktor Shaheizy Sam, iaitu Syeriv Samheizy sudah bergelar Instafamous, apabila meraih hampir 400,000 pengikut.

Putera kesayangan Sam dan isterinya, Syatilla Melvin ini pantas menambat hati netizen dengan keletah dan wajah comel dalam akaun bergambar dan video Instagram.

Tidak hairanlah, akaun Instagram @syerivsamheizy mengumpul peminat baharu yang mahu mengikuti perkembangan dan kehidupan hariannya.

Syeriv pantas meraih populariti sama seperti anak selebriti, antaranya Yusuf Iskandar, Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana dan Noah Ismail Wong.

Bertanya Sam mengenai tumpuan netizen terhadap anaknya itu, bintang Pinjamkan Hatiku itu memberitahu, perkara itu bukanlah masalah besar, malah tidak menghalang jika Syeriv mengikuti jejak sebagai insan seni.

“Istilah terlalu terdedah atau ‘over exposed’ itu bersifat subjektif. Mungkin dilahirkan dalam keluarga seni, mahu atau tidak, anak saya perlu melaluinya.

“Saya lihat semua ini memudahkan dia jika mahu memilih kerjaya dalam dunia komersial. Saya restu jika dia nak jadi apa sekalipun apabila besar nanti, termasuklah artis.

“Cuma saya akan mengajarnya, nak jadi apa sekalipun, tak boleh main-main. Kena fokus dan betul-betul. Kita tak tahu, nanti zamannya apabila sudah besar akan jadi lain dan barangkali, lebih mencabar daripada apa yang dilalui saya dan ibunya,” katanya yang sedang rancak melunaskan baki penggambaran filem Polis Evo 2 ketika ini.

Tambah Sam, kewujudan Instagram untuk Syeriv itu sebenarnya lebih kepada menjadikan akaun media sosial itu diari yang memaparkan setiap rutin harian si kecil.

“Kalau ada yang lihat saya buat Instagram untuk anak itu secara langsung mendedahkan dirinya kepada dunia komersial, mungkin hanya persepsi. Tapi, sebab pertama saya wujudkan akaun itu untuk mendokumentasi perjalanan hidupnya dari kecil hingga dewasa.

“Saya akan gembira kalau ibu bapa saya sendiri buat benda yang sama. Tapi, zaman dulu macam mana pula. Secara tak langsung, apa yang dikongsi di laman itu menjadi bukti kepada anak bagaimana kami menjaganya. Ia boleh jadi rangsangan kepadanya apabila besar nanti menjaga ibu bapanya pula.

“Memandangkan dia anak selebriti, jadi apa yang dimuat naik barangkali akan difikir bersifat komersial,” katanya.

Amalan Rendam Kaki Dgn Air Yg Di Campur Dgn Sedikit Ais Dapat Melegakan Ketegangan Otot Dan Dapat Mengelakkan Dari Gangguan Jin!

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Jika angin Tak di buang dalam badan boleh mengakibatkan bisa seluruh sendi badan.Ada Masa jadi susah tidur malam..

Sebelum ini Saya Ada share #Rendam kaki dalam ais.Sy share semula agar bermafaat pada mereka yang memerlukan..

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn Air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari #GangguanJin..

Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yg sukar tidur malam baik jika di amalkan..

Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini..

Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yg di rendam..Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus..Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda..

Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu..

Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita..
Cuba la ..

Sy setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur pasti akan rendam..
Amalkan sebelum rendam kaki baca

#Al_Fatihah7x
#AlI_khlas7x
#Dan_selawat7x

Cuba la kesan nya amat memberangsangakn..

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan..

Kesan Gangguan makhluk halus..
=Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais
=Lenguh kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki

Sekiranya anda ada kesan ini nasihat sy dapatkan rawatan islam berhampiran …

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.Semua atas izin Allah..

Baik Juga anda amalkan Mandi Ais seperti yang Saya sendiri share artikel sebelum ini….
Siapa yang Tak tahan Mandi ais boleh la Cara di atas..

Moga bermafaat pada mereka yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

Sumber:
Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

15 tanda isteri atau girlfriend anda seorang yang awesome

Kalau anda sedang bercinta, sudah berkahwin ataupun masih tercari-cari wanita idaman, bolehlah baca artikel ini. Kalau si dia memenuhi tanda-tanda dalam senarai ini, pegang hati dia kuat-kuat dan jangan lepaskan sampai bila-bila!

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool

Tak dapat penuhi kesemua 15 ciri pun, dapat yang ada 3 – 4 ciri pun dah syukur Alhamdulillah. Jom baca:

#1 Dia meminati benda yang sama

Susah nak jumpa wanita yang meminati perkara yang sama seperti lelaki, apatah lagi kalau wanita itu jenis ‘gegirl’ yang amat. Cukuplah sekadar berkongsi hobi yang sama seperti suka menonton wayang, menyertai marathon atau jalan-jalan cari makan.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 2

Tapi kalau anda boleh jumpa wanita rare yang ambil tahu pasal ranking EPL, bermain game MMO, suka baca komik, tonton cerita sains fiksyen atau action, layan lagu genre yang anda minati, pakar pasal dunia motor/kereta seperti anda dan pada masa yang sama tahu masak makanan kegemaran anda, maka anda mungkin dah berjumpa dengan soulmate sejati. Jaga si dia baik-baik!

#2 Dia tak pernah ganggu kerja anda

Sekiranya teman wanita anda benar-benar memahami jadual harian anda, si dia tak akan sibuk-sibuk mesej atau cuba menelefon anda setiap 5 minit. Itu tanda-tanda teman wanita yang clingy dan asyik nak berkepit dengan anda.

girlfriend isteri wanita clingy

Adakalanya anda perlu bekerja sehingga lewat malam kerana inginkan kenaikan pangkat yang telah ditunggu sekian lama. Jika pasangan anda tidak cemburu, tidak syak wasangka terhadap anda kerana pulang lewat dan sentiasa menyokong usaha gigih anda di tempat kerja, maka mungkin si dialah wanita dunia akhirat buat anda.

#3 Dia sentiasa beritahu kenapa dia bad mood

Kebiasaannya wanita suka menyimpan perasaan taknak luahkan kepada pasangan. Mereka fikir orang lelaki ni mempunyai kuasa psikik boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka. Tahu-tahu saja dah tarik muka masam dan tak mahu balas mesej.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool3

Anda sangat bertuah sekiranya mendapat pasangan yang boleh memberitahu dengan jujur kenapa dia bersikap dingin ataupun kenapa dia berasa marah dengan anda. Inilah yang dikatakan komunikasi paling berkesan.

#4 Dia menerima anda seadanya

Ada sesetengah wanita yang mengejar rupa, harta, pangkat dan tahap populariti dalam memilih pasangan. Namun, tiada satu pun nilai yang dikejar ini boleh berkekalan sampai bila-bila.

Jika si dia boleh menerima segala baik dan buruk anda, sanggup susah senang bersama-sama anda, insya Allah anda akan kekal bahagia bersamanya. Orang putih kata “through thick and thin.”

#5 Dia tidak cuba mengubah anda

Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia sempurna dalam dunia. Tapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 4

Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang ataupun telah ‘tertambah’ sedikit berat badan tapi si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.

#6 Dia yakin dengan tubuh badan sendiri

Ramai wanita yang merungut mahu diet dan menguruskan badan menjadi seperti seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin dah 8 tahun azam itu masih belum tercapai.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 5

Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan daun saja setiap hari.

#7 Dia seorang pendengar setia

Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 6

Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai ‘mengajar’ anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ni!

#8 Dia sangat ‘click’ dengan anda

Apabila anda bersembang dengannya, anda sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool phoebe mike friends

Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.

#9 Dia bersikap terbuka tentang dirinya

Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome coolboleh berbincang secara terbuka

Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayanginya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya.

Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insya Allah hubungan anda berdua boleh kekal lama.

#10 Anda sentiasa terhibur dan seronok bersamanya

Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.

#11 Dia tidak tanya soalan ‘membunuh’

Ada sesetengah wanita suka bertanya soalan ‘membunuh’ seperti “Saya gemuk tak?” ataupun “Nak pakai baju yang ini ataupun yang ini?” Kadangkala anda berasa tersepit tidak tahu nak jawab apa. Maklumlah, orang perempuan ini agak unpredictable. Kalau jawab A salah, jawab B pun salah.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool tak tanya soalan membunuh saya gemuk tak pakai baju ni

Pokok pangkalnya, ini berbalik kepada poin #6. Wanita yang yakin dengan diri sendiri sebenarnya tidak perlukan pendapat anda pun tentang apa yang dipakai. Malah, dia yang akan bantu pilihkan padanan baju dan kasut yang sesuai untuk anda. Kalau dapat wanita begini, she’s a keeper, dude!

#12 Dia tidak clingy dan sibuk nak jadi belangkas

Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.

dia suka melepak bersama rakan anda

#13 Dia suka berjumpa ahli keluarga dan kawan-kawan anda

Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.

#14 Dia pandai buat surprise untuk anda

Kebiasaannya kaum wanita sahaja yang selalu mengharapkan lelaki nak buat kejutan romantik untuk mereka. Nak bunga di pejabat, nak cincin dalam cawan, nak surprise party, nak kunci kereta dalam kasut.

surprise

Tapi kalau anda dapat isteri atau girlfriend yang suka beri kejutan kepada anda dan tahu jenis hadiah kejutan yang anda minati, si dia boleh mengelakkan kebosanan dalam perhubungan.

Contohnya, isteri tiba-tiba ajak anda keluar makan nasi kandar tengah malam buta, ataupun si dia dalam diam kumpul duit belikan sport rim yang anda idam-idamkan selama 3 tahun. Haa, bertuah kan?

#15 Dia tak kuat membebel

Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter.

tak kuat membebel

Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ni, alangkah bahagianya hidup, kan?

10 tips perhubungan yang sihat dan berkekalan

Dalam zaman sekarang, susah nak dapat tahu sama ada hubungan percintaan dan perkahwinan kita akan berkekalan till jannah atau tidak. Walaupun rasa disayangi, namun kadang-kadang terbit rasa ingin tahu sama ada si dia merupakan pasangan sehidup semati atau tidak.

tips hubungan sihat 13

Mari kita lihat 10 tanda jelas bahawa anda tak perlu risau dengan perhubungan anda. Kalau ada tanda-tanda ini dalam perhubungan, si dia sememangnya diciptakan untuk anda!

#1 Sikap saling memahami

Kebiasaannya masa bercinta memang selalunya indah. Bau kentut si dia pun anda rasa wangi. Tapi bila dah masuk ke alam perkahwinan, sebenarnya lebih banyak perkara tentang satu sama lain yang masih belum diketahui dan perlu dihadam dengan toleransi.

Sebagai contoh, katakanlah anda seorang yang sangat sibuk bekerja dan perlu kerap meninggalkan pasangan kerana keluar outstation. Anda takut sangat kalau ia boleh menyebabkan pergaduhan atau perang dingin. Jika pasangan anda benar-benar memahami dan tahan dengan situasi ini, maka anda tak perlulah risau.

tips hubungan sihat

Selain itu sikap memahami juga penting dalam memenuhi sesuatu matlamat perhubungan. Contohnya, nak pilih nama anak, nak beli rumah di kawasan mana ataupun giliran balik beraya di mana. Kadang-kadang kalau pasangan tak bersefahaman, benda simple seperti nak keluar makan di mana pun boleh bawa bergaduh.

#2 Tidak main-main

Anda berada dalam perhubungan yang sihat sekiranya anda dan pasangan tidak main-main. Main-main di sini bukanlah bermakna anda main kejar-kejar ataupun main PS4, tetapi perangai keji seperti saja-saja selalu buat pasangan cemburu ataupun suka provoke untuk bangkitkan kemarahan.

Kalau pasangan anda ada tabiat buruk seperti ini, mungkin dia bukanlah calon yang sesuai. Ada juga kemungkinan bahawa si dia tak ada hati pun dekat anda tetapi taknak jadi orang jahat yang meminta clash. Jadi, jalan keluar mudah ialah dengan saja-saja cucuk anda supaya andalah yang minta akhiri perhubungan dulu.

tips hubungan sihat 6

Manakala main-main yang bagus untuk perhubungan pula adalah seperti usik-mengusik, bergurau senda dan membuat lawak jenaka dengan tujuan menghiburkan pasangan. Yang itu okey!

#3 Komunikasi

Yang ini rasanya tak perlu diterangkan dengan panjang lebar. Boleh kata semua orang tahu komunikasi adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan.

Kalau awal-awal percintaan pun pasangan dah kantoi menipu dan banyak menyimpan rahsia, berkemungkinan besar perhubungan itu tak akan tahan lama. Pastikan pasangan anda sentiasa jujur dan menyampaikan semua perkara kepada anda dengan jelas.

tips hubungan sihat

Sekiranya timbul rasa tak puas hati ataupun berlaku konflik, kedua-dua anda boleh duduk berbincang dengan aman dan tenteram. Itu barulah tanda perhubungan mantap. Anda pun tak adalah susah-payah nak main teka-teka apa yang ada dalam fikiran masing-masing.

Salah satu cara mudah bagi pasangan yang dah berkahwin untuk cepat mengatasi konflik ialah dengan solat berjemaah bersama-sama. Kalau anda sentiasa amalkan solat berjemaah di rumah dengan pasangan, insya Allah kekal bahagia. Ini disebabkan setiap kali lepas solat, isteri akan salam cium tangan suami minta maaf. Terus berdamai tak jadi muka masam. Sweet kan?

#4 Tidak mengharapkan kesempurnaan

Kalau anda harap pasangan anda menjadi seperti malaikat, mungkin anda tak sesuai untuk si dia. Anda perlu faham bahawa manusia sering melakukan kesilapan dari semasa ke semasa. Tiada siapa dalam dunia ini yang sempurna.

tips hubungan sihat 3

Jadi, anda perlu belajar menyayangi dan menerima segala kekurangan yang ada pada pasangan. Terima si dia seadanya dengan sepenuh hati, barulah anda boleh melangkah lebih jauh dalam perhubungan. Ingat, nobody’s perfect!

#5 Beri ruang dan privasi

Masa mula-mula bercinta memanglah nak jadi belangkas. Kalau boleh mahu berkepit 24 jam. Apabila dah merasai alam perkahwinan, lama-lama anda akan mula sedar bahawa setiap orang sebenarnya memerlukan masa peribadi untuk diri sendiri.

tips hubungan sihat 10

Mungkin anda atau pasangan mahu pergi mengembara backpacking bersama rakan-rakan atau keluar bermain futsal sebulan sekali. Jika ada permintaan begini, sekali-sekala biarkanlah. Ia mungkin dapat membantu perhubungan menjadi lebih erat kerana anda akan merindui pasangan semasa ketiadaan mereka.

#6 Bijak mengatasi konflik

Perhubungan mana yang tidak dilanda badai? Mestilah anda pernah bergaduh sekurang-kurangnya sekali. Kalau anda dapat melepasi setiap konflik dengan mudah, itu mungkin salah satu tanda perhubungan anda sangat sihat.

Kalau anda atau pasangan sering mengugut untuk berpisah atau melarikan diri daripada masalah, besar kemungkinan itu bukanlah perhubungan yang baik untuk anda.

tips hubungan sihat 7

#7 Mesra dan menerima keluarga masing-masing

Orang selalu kata, kalau mengahwini pasangan, anda sebenarnya ‘berkahwin’ dengan seluruh ahli keluarganya sekali. Kalau kedua-duanya mampu menerima kelebihan dan kekurangan keluarga masing-masing seadanya, insya Allah perhubungan anda akan berkekalan.

tips hubungan sihat 9

Sekiranya ibu bapa anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan, mungkin anda boleh selidik dengan lebih mendalam. Selalunya bila kita bercinta, mata pun jadi buta sebab nampak yang indah belaka. Maka, adakalanya pandangan orang lain boleh membantu dalam membuat penilaian. Jangan cepat melenting.

#8 Sentiasa menyokong impian masing-masing

Kalau pasangan anda sentiasa menyokong tindakan, impian dan cita-cita anda, anda sedang berada dalam perhubungan yang sempurna. Anda perlu tahu bahawa wujud ramai manusia yang tak reti nak beri sokongan moral langsung.

tips hubungan sihat 2

Contohnya, pasangan yang sering memperlekehkan impian anda nak kurus. Sepatutnya sebagai pasangan yang supportive, si dia belanjalah anda keahlian gym selama setahun ataupun ajak bersenam bersama-sama. Barulah sehati sejiwa.

#9 Saling menghormati

Sebagaimana anda ingin diberikan penghormatan oleh pasangan, begitu jugalah sebaliknya. Kedua-dua anda dan pasangan perlu sentiasa saling menghormati. Walaupun adakalanya anda tidak sependapat, namun toleransi dan sikap memahami perlu wujud dari kedua-dua belah pihak.

tips hubungan sihat 11

Contohnya anda memang 100% tidak bersetuju apabila suami menukar warna kereta menjadi merah jambu siap dengan sticker Hello Kitty besar lagi. Tapi anda masih perlu hormat dan menerima keputusannya kerana itu adalah warna dan karakter kartun yang paling digemarinya, walaupun si dia gagah dan berbadan sado. Maka, si isteri tak perlu tarik muka sampai muncung panjang sedepa ok?

#10 Tidak membiarkan rasa cinta itu padam

Percintaan dan perkahwinan sebenarnya adalah suatu perhubungan yang memerlukan usaha keras. Ia bukanlah seperti hubungan kekeluargaan di mana ia tidak akan terputus walaupun sudah lama tidak bersua muka. Rasa sayang dan cinta boleh menjadi semakin pudar sekiranya tidak disemai dari hari ke hari.

Setiap pasangan perlu ungkapkan rasa rindu dan sayang terhadap pasangan. Kalau jalan bersama membeli sayur di pasar, pimpinlah tangan isteri. Kebanyakan suami sekarang suka benar berjalan laju 10 batu di depan, sedangkan si isteri ditinggalkan terkontang-kanting di belakang bersama anak-anak. Tak romantik langsung.

tips hubungan sihat 4

Jika anda dan pasangan sudah mendirikan rumah tangga berbelas atau berpuluh tahun namun masih lagi mengekalkan elemen surprise dalam kehidupan dan sentiasa membuat pasangan berasa istimewa, maka insya Allah anda akan kekal bersama till jannah.

Jangan surprise isteri dengan membawa pulang isteri muda sudahlah. Kami tak jamin apa yang bakal terjadi kepada anda.

Sumber: Iluminasi

6 Perkara Yang Biasanya Diwarisi Anak-Anak Melalui Genetik Bapa

zain saidin dan anak perempuannya aaisyah

Kedua-dua ibu bapa mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam menurunkan kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar untuk diwarisi anak-anak melalui bapa.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 perkara yang diwarisi anak melalui bapa.

1. Masalah jantung

penyakit jantung koronari

Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.

2. Kesihatan mental

kanak kanak adhd

Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mentak kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.

Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia. “Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.

3. Senyuman

awal ashaari dan anaknya

Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.

“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.

Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.

4. Ketidaksuburan

persenyawaan in vitro disebabkan oleh ketidaksuburan

Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..

Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.

Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.

5. Jantina anak

Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.

6. Mata bayi

bayi bermata biru

Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.

10 Jenama Kenderaan Paling Laris Di Malaysia. #1 Paling Banyak Atas Jalanraya

kereta wak doyok dan safiey ilias

Anda pandu kereta jenama apa? Dan mengapa anda memilih kereta yang anda miliki sekarang? Setiap individu mempunyai citarasa dan kehendak sendiri dalam membeli kereta idaman.

Antara faktor-faktor pemilihan dalam membeli kereta termasuklah harga, jenama, kualiti, kos penyelenggaraan, kos bahan api dan juga harga jual semula. Di Malaysia, kebanyakan pembeli lebih cenderung untuk memilih kereta dengan harga mampu milik dan kos bahan api yang rendah.

Buktinya anda boleh lihat sendiri di jalan kereta-kereta yang bernilai kurang daripada RM100,000 lebih banyak. iluminasi.com ingin berkongsi 10 jenama kereta yang paling laris di Malaysia.

Nota: Jumlah unit jualan adalah sehingga Ogos 2017.

10. Kia

kia rio

Dengan jualan sebanyak 2,934 unit, jenama Kia berada di tangga ke-10 kereta pilihan rakyat Malaysia. Pengedar rasmi jenama dari Korea Selatan ini adalah Naza Kia Malaysia. Antara sebab Kia menjadi pilihan adalah rekabentuk yang sangat menarik, dan juga harga yang tidak terlalu mahal.

Model-model Kia yang popular di Malaysia termasuklah Rio, Sportage, Cerato, Optima, Sorento dan Picanto. Model Kia Rio hatchback generasi ketiga yang dikuasakan oleh enjin 1.4 MPI DOHC dengan D-CVVT baru sahaja dilancarkan pada Julai 2017, dengan harga RM79,888 tanpa insurans.

Menurut Pengarah Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, sambutan daripada rakyat Malaysia semakin mengalakkan dan dibuktikan dengan peningkatan jualan sebanyak 14.4% berbanding tahun 2016.

9. Volkswagen

volkswagen polo

Sekali pandang, pasti jatuh hati dengan kereta keluaran Volkswagen. Jadi, tak hairanlah jika jenama yang berasal dari Jerman ini mampu berada dalam senarai ini. Sehingga kini jualan oleh Volkswagen mencecah 3,164 unit seluruh Malaysia, iaitu 1.12% daripada jumlah jualan kenderaan penumpang di Malaysia.

Walaupun harganya tidaklah begitu murah, namun masih menjadi pilihan. Ia adalah kerana kualiti dan gaya yang dibawa oleh kereta jenama ini sangat eksklusif. Volkswagen mempertaruhkan model-modelnya yang membuatkan ramai orang telan air liur seperti Passat, Polo dan juga Jetta.

Volkswagen juga merupakan pengeluar kereta paling laris di dunia bagi tahun 2017, mengalahkan Toyota.

8. Mazda

mazda 6 627

Berada di tangga ke-8 adalah jenama yang berasal dari Jepun, iaitu Mazda. Jenama ini merupakan antara jenama terawal yang berada di pasaran Malaysia, dan sudah sememangnya sudah menjadi serasi di Malaysia. Tak dapat disangkal lagi model yang dikeluarkan oleh Mazda sangatlah futuristik dan menarik.

Mazda juga terkenal dengan penggunaan bahan api yang jimat, di samping pengeluaran gas karbon dioksida yang sangat rendah yang mana bagus untuk persekitaran. Perkhidmatan selepas jualan juga merupakan satu fokus utama Mazda dalam mengekalkan prestasi jualan di masa hadapan.

Sebanyak 686 unit terjual dalam bula Julai sahaja menjadikan jualan sehingga ini adalah sebanyak 6,122 unit. Jualan bagi tahun 2016 melebihi 12,000 unit.

7. BMW

bmw i8

Antara jenama kereta yang sangat eksklusif dan mahal, tetapi masih banyak dilihat berada di atas jalan raya di sekitar Malaysia, adalah BMW. BMW mempunyai kelas tersendiri di mana pemiliknya sememangnya datang dari golongan kelas atasan.

Kos penyelenggaraan yang agak mahal membuatkan ia tidak kurang popular dalam kalangan golongan bawahan namun tidak membuatkan ia berada di tangga corot dari segi jualan. Model BMW paling murah setakat ini adalah BMW 118i Sport Hatchback dengan harga RM176,800 manakala model paling mahal tak lain tak bukan iaitu BMW i8 dengan harga RM1,188,800 seunit (termasuk GST).

Jualan BMW sehingga ini adalah sebanyak 6,631 unit dan bagi tahun 2016 pula, jualan keseluruhan mencecah 9,000 unit.

6. Mercedes Benz

mercedes amg

Jenama terkemuka ini berada di tangga ke-6 dengan jualan sehingga kini mencecah 7,845 unit. Purata sebanyak 980 unit terjual setiap bulan. Jumlah jualan pada tahun lalu adalah 10,859 unit, bermakna Mercedes harus menjual sebanyak 3,014 unit lagi untuk baki 4 bulan tahun 2017.

Walaubagaimanapun, peratusan pasaran Mercedez di Malaysia hanyalah 1.8%, pada tahun lalu.

5. Nissan

nissan gtrr

Biasanya, jenama Jepun seperti Nissan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia memberikan nilai kepada setiap wang yang dikeluarkan. Selain daripada harga yang berpatutan, Nissan adalah satu jenama yang sangat dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Antara sebab utamanya adalah kerana Nissan sering menerima anugerah dan pengiktirafan, termasuklah AutoPacific’s Vehicle Satisfaction Awards, 2016 Best 2-Row SUV for Families” dan “2016 Best Cars for the Money”.

Di Malaysia, model Nissan yang paling popular adalah Almera. Dengan harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM68,5000 dan penggunaan bahan api yang efisyen iaitu 14.9 kilometer bagi setiap liter, ia dikatakan sebagai model yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Jualan Nissan adalah sebanyak 14,060 unit, lebih daripada dua kali ganda jualan BMW.

4. Toyota

toyota chr

Mustahil bagi jenama ini jika tidak disenaraikan dalam senarai ini. Mengapa? Ia kerana Toyota adalah pengeluar kereta ke-2 terlaris di seluruh dunia pada tahun 2016, dan juga merupakan pengeluar paling laris di 49 buah negara di seluruh dunia.

Jumlah jualan Toyota adalah sebanyak 31,426 unit, merangkumi 9.1% daripada jualan keseluruhan di Malaysia. Toyota menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah kerana kebolehpercayaannya, ketahanan dan juga nilai jualan semula yang tinggi.

Toyota Vios adalah model yang paling popular di Malaysia.

3. Proton

proton iriz 658

Proton, jenama keluaran Malaysia berada di tangga ke-3 senarai ini dengan jualan sebanyak 51,799 unit, 15% daripada jumlah jualan keseluruhan. Memang tak dinafikan Proton menjadi pilihan rakyat Malaysia disebabkan banyak faktor.

Dan faktor yang paling utama adalah harga yang murah, barang ganti yang mudah dicari dan juga pengunaan bahan api yang sangat efisyen. Proton menjadi pilihan tak mengira kelas dan peringkat umur. Model keluaran proton yang popular di Malaysia termasuklah Saga, Iriz dan Persona.

2. Honda

honda crv

Honda adalah jenama kedua paling laris di Malaysia, dan jenama asing nombor satu pilihan rakyat Malaysia. Dan penulis pasti semua pembaca bersetuju dengan kenyataan ini, yang mana telah dibuktikan dengan jumlah unit jualan oleh Honda. Pada tahun 2016, jumlah jualan keseluruhan oleh Honda berada di tangga ke-2 iaitu sebanyak 91,830 unit.

Model-model keluaran Honda adalah satu kombinasi lengkap yang sangat dicari-cari oleh pengguna iaitu harga berpatutan dan juga nilai jualan semula yang tinggi, serta antara jenama dengan penggunaan bahan api terendah. Dan faktor yang paling membuatkan pembeli tidak fikir panjang, adalah rekabentuk yang tak pernah mengecewakan.

Honda Civic dan Honda City adalah model yang paling popular di Malaysia. Jualan Honda mencecah 70,836 unit, 20.5% daripada jumlah jualan kenderaan bukan komersial di Malaysia.

1. Perodua

perodua myvi 2017

Dan seperti yang anda sudah jangkakan, jenama kenderaan yang berada di tangga pertama dengan jualan tertinggi, adalah jenama tempatan iaitu Perodua. Perodua sememangnya tidak dapat ditandingi oleh jenama lain lebih-lebih lagi oleh Proton.

Walaupun kedua-dua jenama Malaysia ini bersaing secara sihat, namun Perodua mempunyai kelas tersendiri berbanding Proton. Jumlah jualan sehingga Ogos 2017 adalah sebanyak 137,225 unit, hampir dua kali ganda jualan pencabar terdekat, Honda.

Model-model keluaran popular Perodua seperti Myvi dan Axia yang sangat berjaya dan menjadi pilihan, dilihat menenggelamkan model keluaran Proton. Antara bukti mudah yang anda boleh lihat adalah anda akan terjumpa dengan kedua-dua model ini ke mana sahaja anda pergi. Itu menunjukkan jenama Perodua sangat berjaya dalam pasaran Malaysia.

Perodua Myvi adalah model paling banyak di atas jalan di Malaysia, manakala Perodua Axia pula mendapat tempat disebabkan harga yang murah, rekabentuk yang menggiurkan serta penggunaan bahan minyak paling efisyen di Malaysia.

Jualan oleh Perodua pada tahun 2016 adalah sebanyak 207,110 unit iaitu 35.7% daripada jumlah jualan kenderaan di Malaysia.

Rujukan:

1. Paultan [1] [2]

6 Bidang Pendidikan Paling Ramai Graduan Menganggur di Malaysia

iluminasi graduan tiada pekerjaan7

Menteri Pendidikan Tinggi mengumumkan satu statistik yang agak menakutkan. Seramai 54,103 orang graduan yang telah menamatkan pengajian gagal mendapatkan peluang pekerjaan. Jumlah tersebut merangkumi 22.7 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan yang habis pengajian pada tahun lepas.

Walaupun begitu, tahukah anda graduan berkemahiran apa yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan ini? Berikut adalah 6 bidang kemahiran yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Pengurusan perniagaan/Pengajian perniagaan

iluminasi graduan tiada pekerjaan 642

Kebanyakan kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran. Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional. Semasa melalui kursus, graduan telah pun disediakan ilmu dalam bidang pengurusan, perakaunan, kewangan, pemasaran, ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi cabang lain.

2. Sains Gunaan

iluminasi graduan tiada pekerjaan2

Program Sains Gunaan sebenarnya cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana ini merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik. Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk. Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.

3. Pengurusan Sumber Manusia

iluminasi graduan tiada pekerjaan3

Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan. Kita semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

4. Perakaunan

iluminasi graduan tiada pekerjaan4

Jawatan Akauntan adalah satu bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai. Memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti perbankan atau perniagaan. Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

5. Seni

iluminasi graduan tiada pekerjaan5

Tidak ada perincian kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi kami merasakan melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain. Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.

6. Sains Sosial

iluminasi graduan tiada pekerjaan6

Sains sosial meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi, sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup. Kekurangan keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal.

Sebagai maklumat tambahan, bukan sahaja di Malaysia mengalami masalah ini. Di Australia juga, masalah graduan sains yang menamatkan pengajian tanpa mendapat peluang pekerjaan juga berlaku.

Di negara-negara United Kingdom juga dilaporkan, hampir 50 ribu graduan dalam pelbagai bidang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan kelulusan pendidikan tinggi, seperti pekerja kilang, penghantar barang dan pekerja am. Daripada keseluruhan jumlah graduan pada tahun 2016, 14 ribu graduan langsung tidak bekerja.

Jelaslah, fenomena ini bukan sekadar berlaku di negara kita, tetapi juga di negara-negara lain. Saya pasti KPT mempunyai idea untuk menangani permasalahan ini namun persoalannya – adakah pendidikan tinggi patut dibentuk oleh kehendak industri yang akan menempatkan graduan-graduan ini selepas tamat belajar atau pendidikan tinggi sepatutnya mencorakkan industri yang akan dibentuk dalam negara?

Sumber: Iluminasi

16 Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia. Yang LAST PALING GANAS!

Mungkin ramai yang tidak tahu yang negara kita juga terdapat pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik. Namun, kebanyakan tempat ini terletak di kawasan luar bandar dan wujud sekian lama sejak beberapa dekad lalu. Kami sediakan senarai 10 nama tempat-tempat ini yang pasti bakal buat anda tak kering gusi.

1. Kampung Bogel, Terengganu

kampung bogel terengganu

Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, penduduk masih lagi memanggil dengan nama lamanya. Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.

2. Desa Temu Jodoh, Johor

desa temu jodoh

Tempat ini dinamakan bersempena majlis perkahwinan yang diadakan secara serentak pada tahun 1978. Ia melibatkan 24 pasangan suami isteri, dimana majoriti daripada mereka merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka sekitar 30 tahun lepas dan pada mulanya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.

Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah dibina berhampiran kampung ini. Sekolah tersebut telah melahirkan barisan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional, serta ada yang turut bergelar usahawan muda yang disegani.

3. Kampung Imam Lapar, Terengganu

kampung imam lapar

Terdapat kisah mengatakan dua pedagang datang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan. Mereka mendapati seorang imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Para pedagang itu kemudiannya difahamkan memberitahu imam itu yang mereka sedang lapar, tetapi dia sebaliknya terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya. Terdapat kemungkinan peristiwa itu diceritakan kepada orang lain sehingga tercetusnya nama sebegitu.

4. Jalan Microwave Station, Sabah

jalan microwave station

Jika anda sedang memandu di jalan raya sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan, jangan terkejut apabila melihat papan tanda jalan raya yang pastinya membuat anda ketawa terbahak-bahak iaitu Jalan Microwave Station, Jalan TV Station dan  Jalan Ke Tangki Air. Jalan Microwave Station dikatakan dinamakan sebegitu kerana ia menghala ke menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit berhampiran.

5. Kampung Baru Jumpa, Sabah

kampung baru jumpa

Terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang majoriti penghuninya ialah masyarakat etnik Lundayeh, ia kini merupakan sebuah kampung yang maju serta terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

6. Kampung Atas Tol, Terengganu

kampung atas tol

Mengikut kisah orang dahulu, penduduk di sini pernah tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, antaranya di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air.

Tanah gersang yang tidak mempunyai nama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan ‘Atas Tol’ pada tahun 1924 semasa penasihat British yang pertama, Humpreys buat julung kalinya memperkenalkan sistem daerah.

7. Felda New Zealand, Pahang

felda new zealand

Juga dikenali sebagai Kampung New Zealand, ia adalah sebuah petempatan FELDA yang terletak 10 km dari bandar Maran. Ya, tanah rancangan ini dinamakan bersempena negara New Zealand. Perkampungan ini mendapat sumbangan dari kerajaan New Zealand. Malah, juruukur yang terlibat dalam pelan pembukaan kampung ini turut berasal dari New Zealand.

8. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

kampung penajis

Kampung Penajis terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Namun, nama asal kampung ini sebenarnya ialah Kampung Penajuh yang diambil bersempena nama peneroka kampung ini, Datuk Najuh.

Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan ‘Tajeh’ berasal dari suku kata ‘Taj’ yang bermaksud mahkota. Terdapat kemungkinan yang ‘Penajeh’ bermaksud si pemakai mahkota atau mereka yang ditabalkan.

9. Mambang Di Awan, Perak

mambang di awan

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, tempat tersebut mula disebut sebagai Mambang Di Awan kerana wujudnya mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

Terdapat juga cerita mengatakan sekumpulan pelombong bijih timah ternampak bidadari di awan ketika sedang berehat setelah penat bekerja sehari suntuk. Nama asalnya ialah Batang Tonggang.

10. Kampung Seronok, Pulau Pinang

kampung seronok

Kisah disebalik nama tempat ini ialah apabila seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan kerap datang ke kampung ini dan berpeluang menghadiri majlis keramaian yang diadakan pada setiap tahun. Beliau amat tertarik dengan cara hidup penduduknya dan memberikan nama Kampung Seronok pada tahun 1946.

11. Batak Rabit, Perak

batak rabit

Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak. Terletak berhampiran bandar Teluk Intan, namanya diambil bersempena tentera upahan Batak dari daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.

Sekarang ianya ialah sebuah perkampungan nelayan kecil, didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera. Ia juga dikenali sebagai syurga udang galah bagi penggemar aktiviti memancing.

12. Kampung Dada Kering, Pahang

kampung dada kering

Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong yang terdapat di kampung ini, tapak-tapak perlombongan berkenaan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Malah, kampung ini pernah menjadi lombong emas. Namun, deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong tersebut telah ditutup.

13. Kota Sarang Semut, Kedah

kota sarang semut

Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan menjadikan bandar ini kurang dikenali, kecuali bagi mereka yang masih lebih suka mengembara dengan cara lama. Untuk mengimbangi kerugian tersebut, nama bandar Kota Sarang Semut telah diletakkan di papan tanda lebuhraya yang menandakan jalan keluar terdekat.

Cerita disebalik nama kawasan ini ialah terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini bersama sekumpulan lelaki dan seekor gajah. Si semut kononnya telah menangis simpati kerana takutkan busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu dan didengari oleh Raja Sulaiman. Rombongannya diberi amaran agar tidak memusnahkan busut berkenaan.

14. Batang Melaka, Melaka

batang melaka 731

Batang Melaka merupakan sebuah mukim dalam daerah Jasin, Melaka. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil, sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Terletak di tengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan, pekan ini dianggap sebagai sebuah pekan koboi yang masih tidak banyak berubah sejak tahun 1960-an.

15. Batang Berjuntai, Selangor

batang berjuntai

Biarpun kini dikenali sebagai Bestari Jaya, nama Batang Berjuntai masih menjadi bualan ramai. Mengikut penduduk setempat, ia berasal daripada sebatang pokok besar yang memiliki dahan berjuntai. Akan tetapi, terdapat juga versi lain asal-usul nama tempat itu.

Oleh kerana membawa maksud yang kurang sopan, nama Batang Berjuntai telahpun diubah beberapa kali, iaitu Berjuntai Bestari dan Bestari Jaya. Namun, golongan yang lebih berusia masih memanggilnya dengan nama Batang Berjuntai.

16. Menggatal

menggatal

Menggatal merupakan sebuah bandar kecil dan sub-daerah yang terletak di Daerah Kota Kinabalu, Pantai Barat Sabah. Nama pekan ini diambil bersempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan buah dimana ianya boleh menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Pada asalnya, ia dipanggil Mangga Gatal, tetapi lama-kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi Menggatal.

Tambahan Gambar

nama kampung pelik di malaysia kampung cinta manis

kampung cinta manis

nama kampung pelik di malaysia kampung tanpa wayar

kampung tanpa wayar

nama kampung pelik di malaysia kampung ketek

kampung tetek

nama tempat pelik di malaysia pi mampos

p. mampos