Wahai Suami, Ini 50 Tips Keluarga Bahagia Dalam Islam – Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

JADILAH SUAMI TERBAIK, ADA 50 TIPS KELUARGA BAHAGIA DALAM ISLAM

Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Titik mulanya, hubungan antara suami isteri mestilah baik, baru rumahtangga bahagia. Mari kita lihat perkongsian Dr Fadzilah Kamsah tentang tips untuk keluarga bahagia menurut Islam.

Doa ibu sangat mustajab
Doakan pasangan kita

1. PASANG NIAT DAN BERDOA UNTUK MENJADI SUAMI TERBAIK

Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. BERSYUKUR KERANA MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP.

Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Apa Hukum Suami / Lelaki Mengaku Bujang / Duda?
Kena romantik dengan isteri

3. SUAMI MITHALI MENJADI KEBANGGAAN ISTERI.

Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

Suami perlu beri perhatian yang lebih pada isteri

4. SETIAP HARI PULANG DENGAN SENYUM DAN BERSEMANGAT.

Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Telefon Isteri, Bukan Sekadar SMS Sahaja
Telefon isteri, bukan sekadar SMS sahaja

5. PASTIKAN ANDA ADA MASA UNTUK BERBUAL DENGAN ISTERI SETIAP HARI.

Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. TELEFON ISTERI ATAUPUN HANTAR SMS.

Sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Kenali 3 Tanda-tanda Anak 'Hyperactive' Dan 7 Cara Menangani Dan Mengatasi Anak ADHD Ini
Bergurau dengan anak-anak

7. HIBURKAN HATI ISTERI ANDA DENGAN BERCERITA, BUAT LAWAK ATAU GURAUAN YANG MESRA.

Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Luahkan perasaan dalam kereta
Ambil peluang keemasan bergurau dalam kereta

8. PASTIKAN ANDA BERGURAU SENDA DENGAN ISTERI.

Bergurau selalu di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. AMALKAN MAKAN BERSAMA SETIAP HARI.

Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. AJAK ISTERI MANDI BERSAMA SEKALI SEKALA.

Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. AMALKAN MESYUARAT KELUARGA SEKERAP YANG MUNGKIN.

Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. BANTU ISTERI MELAKUKAN KERJA RUMAH.

Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. PASTIKAN PENAMPILAN ANDA ANGGUN, KEMAS, BERSIH, WANGI, SIHAT DAN CERIA.

Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. DIDIK ISTERI DENGAN MEMBERI NASIHAT DAN PERINGATAN SECARA HIKMAH.

Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. BERIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI MENGIKUT KEPERLUAN KELUARGA DAN KEMAMPUAN SUAMI.

Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. JADIKAN PENAWAR HATI KEPADA ISTERI.

Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. SENTIASA TAAT KEPADA SEMUA PERINTAH ALLAH.

Suami kena pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. SUAMI MITHALI SENTIASA MENYIMPAN RAHSIA ISTERI.

Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. MULIAKAN KELUARGA ISTERI SEPERTI KELUARGA SENDIRI.

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. BENTUK SIFAT CEMBURU YANG POSITIF.

Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. JADILAH SUAMI YANG PEMAAF.

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. TEGUR KESILAPAN ISTERI DENGAN HIKMAH DAN KASIH SAYANG.

Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. JADIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI MODEL.

Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. MENDAHULUKAN KEPERLUAN ISTERI DARIPADA ORANG LAIN.

Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

Suami perlu berjemaah di masjid/surau

25. AJAK ISTERI DIRIKAN SEMBAHYANG DAN IBADAH LAIN.

Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. CINTAI ISTERI SEPENUH HATI.

Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. SENTIASA BERUBAH SECARA POSITIF.

Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. PAMER KEPRIHATIAN YANG TINGGI TERHADAP KELUARGA.

Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. PAMER KEMATANGAN YANG TINGGI.

Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. MEMULIAKAN SEMUA PEREMPUAN BUKAN SEKADAR ISTERINYA.

Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. BENTUK BEBERAPA SIFAT WANITA YANG TERPILIH DALAM DIRI SUAMI.

Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. MAHIR DALAM MENGURUSKAN KELUARGA.

Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. MEMBAIKI DIRI SECARA BERTERUSAN.

Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. JADI CONTOH ATAU MODEL TERBAIK UNTUK KELUARGA.

Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. JADIKAN DIRI ANDA PENDORONG DAN MOTIVATOR BERKESAN UNUTK KELUARGA.

Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. TINGKATKAN ILMU BERKENAAN AGAMA.

Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. SENTIASA MENEGAKKAN KEBENARAN.

Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. BERTINDAK TEGAS DAN LEMAH LEMBUT MENGIKUT SITUASI.

Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. LATIH DIRI MEMUJI DAN MENGHARGAI ISTERI.

Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. CARI PELUANG UNTUK BERTINDAK ROMANTIS TERHADAP ISTERI.

Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. FAHAMI YANG ISTERI INGIN SELALU DI SISI SUAMI.

Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. BENTUK KERJASAMA YANG MANTAP DENGAN ISTERI.

Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. NILAI DIRI DARIPADA KACA MATA ISTERI.

Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. APABILA SUAMI MELAYAN ISTERI SEPERTI MANA DIA MELAYAN KAWAN, PASTI ISTERI BAHAGIA.

Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. SUAMI WAJAR BELAJAR JADI MENGIKUT SETIA.

Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. BUAT UNDANG-UNDANG DALAM RUMAH TANGGA.

Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. LATIH GERAK BATIN ANDA SUPAYA SERASI DENGAN GERAK BATIN ISTERI.

Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. PIMPIN ISTERI DENGAN NASIHAT DAN KASIH SAYANG.

Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. SEIMBANGKAN HIDUP DENGAN SEMPURNA.

Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

Urus stress dan tekanan antara suami isteri

50. URUS STRESS DENGAN SEMPURNA SUPAYA KELUARGA TIDAK TERJEJAS.

Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

5 Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin

“Faris, nanti lepas kahwin kau ajaklah isteri duduk dengan Mak Ayah ni. Rumah ni kan besar, semua barang dah ada. Lagipun nanti sunyi je bila tak ada orang…”

Pilihan untuk tinggal bersama ibu bapa bagi pasangan yang baru kahwin mungkin dilihat sebagai sesuatu yang memudahkan. Dapat jimat bayar rumah sewa, semua barang keperluan pun dah sedia ada. Tak payah susah-susah lagi nak beli dapur masak, perabot, katil, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, fikirkan sehabis-habisnya sebelum anda bertindak membawa pasangan tinggal serumah dengan ibu bapa atau mentua. Berikut adalah antara cabaran yang perlu anda hadapi, terutamanya bagi yang baru berkahwin.

5 SEBAB JANGAN DUDUK SERUMAH DENGAN MENTUA ATAU MAK AYAH LEPAS BERKAHWIN

1. Kurang Privasi

Kehidupan anda selepas berkahwin tidak lagi sama seperti kehidupan zaman bujang dahulu. Walaupun ada yang dah bertahun kenal dengan pasangan, tinggal serumah dengan mereka tentunya akan meninggalkan perasaan yang berbeza berbanding semasa bercinta dahulu. Bila dah tinggal serumah, biasanya hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati.

Pada awal perkahwinan ini jugalah anda perlu banyak berkomunikasi antara satu sama lain dengan telus dan saling bertolak-ansur. Namun jika ia semua berlaku di rumah sendiri, ia lebih mudah diatasi kerana anda punya ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan pasangan dengan lebih mendalam.

memikat hati mertua

2. Tak Dapat Belajar Berdikari

Orang kata, selagi kita belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah kita belum benar-benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar kita erti tanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati apabila menumpang di rumah orang.

Setua mana pun usia kita, ibu bapa akan selalu melihat anak mereka sebagai ‘anak kecil’. Mereka akan selalu risaukan kita dan mahu cuba memberi pertolongan kepada kita. Oleh itu, kuranglah peluang untuk anda melihat dan menerokai ‘dunia sebenar’ di luar sana,

3. Isu Aurat

Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja.

Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.

4. Sukar Membuat Keputusan

Rasa serba-salah akan sentiasa membelenggu diri apabila ada keputusan yang perlu dibuat – sama ada nak dahulukan ibu ayah / mentua atau pasangan.

Kadang-kadang, kita pun tak perasan bahawa tindakan kita ada menyakitkan hati mereka atau buat salah seorang daripada mereka rasa tersinggung. Situasi ini tentunya sukar dan akan menjadikan anda mudah stres. Pening kepala, tak tahu nak buat apa!

5. Senang Berlaku Salah Faham

Hanya dengan cara jelingan mata, bahasa tubuh, dan gerak-geri, salah faham boleh berlaku antara ahli di dalam rumah. Sekalipun tiada sebarang maksud atau mesej yang ditujukan, begitulah mudahnya salah faham boleh berlaku.

Walaupun hubungan dengan semua memang baik, namun ia sedikit sebanyak membuatkan pergerakan anda rasa tidak bebas dan sering diperhati.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU AYAH TETAP TIDAK DILUPAKAN

Pertimbangkan prioriti atau keutamaan anda dalam membuat keputusan untuk bawa pasangan tinggal serumah dengan ibu ayah atau mentua. Bukannya mahu melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga ibu ayah, tapi fikirkan semula adakah kita yang menjaga mereka atau sebaliknya?

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup anda di rumah berasingan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.

Apapun, sekiranya keadaan betul-betul memerlukan anda untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.

Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur sesama anda. Mudah-mudahan, semuanya elok-elok saja

6 AYAT TERSIRAT SEORANG ISTERI YANG ENCIK SUAMI SUSAH NAK FAHAM

“Ish, tak faham aku dia nih. Tadi cakap lain, sekarang cakap lain. Lepas tu tak pasal-pasal nak tarik muka masam. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Buat relaks sajalah…”

Pernah dengar tak istilah Men Are From Mars Women Are From Venus? Kata kiasan yang juga tajuk buku terkenal yang ditulis oleh Dr John Gray ini menggambarkan betapa berbezanya pemikiran seorang perempuan berbanding dengan lelaki.

Secara keseluruhannya, ahli psikologi mendapati perbezaan lelaki dan perempuan bukan saja dapat diperhatikan daripada gaya pemikiran, cara pengurusan diri, tetapi juga cara percakapan.

Ini adalah 6 ayat yang paling selalu disalah erti oleh seorang lelaki. Jom ketahui maksud sebenarnya.

perbezaan lelaki dan perempuan

Foto kredit: mcmemos.com

Perbezaan lelaki dan perempuan memang banyak. Antara yang paling kerap berlaku salah faham adalah apabila isteri menggunakan ayat tersirat ini.

1. “TAK TAHULAH NAK MASAK APA HARI INI”

Ada masanya isteri akan SMS atau Whatsapp cakap begini kan? Jangan buat-buat tak tahu, inilah sebenarnya ajakan untuk makan di luar. Mungkin mereka dah jemu dengan air tangan sendiri, bahan dapur tak cukup, penat melayan anak-anak atau memang dah kering idea dan tak ada semangat nak memasak.

Jadi, tak payah susah-susah nak perah otak atau bagi idea pelik untuk memasak. Ajak saja isteri dan anak makan di luar, mesti isteri suka!

Foto Kredit: gemini.no

Foto Kredit: gemini.no

2. “ANAK TAK TIDUR SEHARIAN TADI”

Bila isteri cakap anak tak dapat tidur, maksudnya seharian dia melayan karenah si kecil dan tak dapat buat kerja lain.

Jadi, jangan ‘expect’ rumah anda cantik tersusun, baju dah bergosok, makanan semua dah terhidang, dan sebagainya apabila balik kerja nanti. Sebaliknya, kalau ada masa lebih, tolonglah mana-mana kerja rumah yang patut.

tips ibu muda
goodhousekeeping.com

3. “KAN SERONOK KALAU…”

Ayat ini sebenarnya tak memerlukan sebarang jawapan pun daripada pihak suami. Isteri sebenarnya sedang memerhatikan reaksi anda dari atas sampai ke bawah. Bagi yang masih tak faham, ia sebenarnya adalah satu bentuk ‘permintaan’ atau ‘arahan’.

Contohnya kalau isteri cakap, “Kan seronok kalau dapat pergi berurut.” Ini maksudnya anda kena urut dia sekarang. Kalau malas, bawalah dia ke spa atau tempat urut yang sesuai.

Selepas berpelukan, saling urut suami isteri pula

4. “OK”

Dalam apa jua keadaan, lelaki akan menggunakan perkataan ‘ok’ apabila semuanya baik. Tiada masalah.

Tapi, bagi seorang perempuan, kalau anda jawab ‘OK’, mesti mereka tak puas hati lebih-lebih lagi kalau mereka dah bercakap atau tanya soalan panjang lebar.

Kalau dia pula yang menghantarnya pada anda, mungkin ia bermaksud ‘Entahlah’, ‘Tak pasti’ atau ‘Tak ok’. Jadi, cepat-cepatlah tanya kalau ada masalah.

Ayat ‘okay’ atau ‘ok, fine’ ini juga paling selalu digunakan apabila seorang perempuan dah malas nak bertekak. Maksudnya, ‘Tolong diam. Apapun, kau tetap salah.’

Foto Kredit: miriamposner.com
Foto Kredit: miriamposner.com

5. “SUKA HATILAH”

Kalau dah beri persetujuan maksudnya bolehlah buatkan. Apa lagi? Jom!

Ops, jangan salah anggap, sebenarnya bagi kebanyakan kes, ini sebenarnya ayat mencabar. Walaupun gayanya macam pasrah, tapi kalau berani, buat. Siaplah bila balik nanti.

Foto Kredit: egaga.pl
Foto Kredit: egaga.pl

 6. “SAYA TAK APA-APA”

Kalau perempuan cakap ‘tak ada apa-apa’, maksudnya ada memang sesuatu. Tapi, sifat semulajadi wanita memang suka main teka-teki. Mereka ‘expect’ suami patut tahu sendiri. Bagi suami pula, setidak-tidaknya pun, tunjukkanlah sedikit rasa bersalah kalau anda tak tahu nak cakap apa.

Tapi, jangan sesekali buat tak tahu, terutamanya kalau mereka sedang menangis. Pergilah peluk mereka dan pegang tangan mereka. Mesti isteri akan beritahu apa yang berlaku apabila berasa lebih tenang nanti.

Foto Kredit: http://www.whitsundayprofessionalcounselling.com
Foto Kredit: whitsundayprofessionalcounselling.com

PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Sebenarnya, banyak lagi perbezaan lelaki dan perempuan yang kita boleh lihat. Tentulah bukan semua wanita berfikiran begini, namun secara umumnya memang ramai wanita yang lebih suka berkias berbanding lelaki yang lebih ‘lurus’ apabila menuturkan ayat.

Walaubagaimanapun, ini semua adalah keindahan yang dijadikan oleh Tuhan dalam menciptakan 2 makhluk berbeza sebagai pasangan yang saling melengkapi. Maka, perbezaan lelaki dan perempuan patut diraikan dengan cara bertolak-ansur dan saling menghormati. Inilah yang akan menjadikan perkahwinan bertambah manis dan berkekalan. Betul tak?

Wahai Isteri, Berhenti Sebut 9 Ayat Ini Kepada Suami

Anda pernah tak alami keadaan di mana tiba-tiba suami diam dan taknak cakap apa-apa? Tiba-tiba moodnya berubah?

Mungkin anda tak perasan dan ambil ringan, tapi itu mungkin tanda suami anda “merajuk“, menyampah dan terasa dengan kata-kata anda. Alah, biasalah kita perempuan ini… Kadang bila penat sangat atau sudah malas nak melayan kerenah semua orang, nanti mulut kita terlepas cakap ayat yang tak sepatutnya!

Oleh itu, mari kita sama-sama elak daripada menyebut 9 ayat berikut, agar perkahwinan kita lebih tenang dan bahagia, ya? 9 ayat isteri patut berhenti cakap pada suami

1 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”

Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah directsangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!

2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”

Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!

3 – “Saya gemuk.”

Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!

4 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”

Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.

Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!

5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”

Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.

6 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”

Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-samacara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.

Jangan asyik nak check macam mana dia jaga anak setiap masa. Insyaallah, mereka akan jaga anak dengan elok (tapi gaya seorang lelaki lah). Janji anak tak terdedah pada bahaya!

7 – “Awak tak pernah…”

Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.

8 – “Bila nak dapat kerja?”

Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.

9 – “Tak ada apa-apa.”

Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!

Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.

Sumber: The Asian Parent

Kredit: Khalifah Media

Di saat kita sibuk mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik

Assalamualaikum

Manusia itu berubah hati

Mulanya aku menafikan, tetapi akhirnya aku sendiri terpaksa mengakui. Bahawa hati mampu berubah walau sekelip mata.

Secepat lintasan cahaya,
secepat mawar berkembang.

Apa yang buatkan matanya tertarik dan hati berdegup dengan kencang.
Ada sesetengah akan lebih memilih untuk bertahan dan setia,
Ada yang di uji dengan perasaan sendiri,
ada yang ingin “test” market mereka,

Semuanya semata kerana kecantikan dan keindahan yang sementara. Tak salah untuk mencari yang lebih baik. Tak salah jika ingin mendapatkan lebih baik andai kamu belum mempunyai pasangan dalam hidupmu.

Tetapi andai telah berjanji, andai telah memulakan perhubungan,maka jagalah pertahankanlah.

Kerana antara tugas syaitan adalah untuk memutuskan silaturahim yang telah terbina, membiarkan kita terjerumus ke lembah kemaksiatan dan mengoda iman kita dengan sirna kecantikan yang sementara.

Ada juga manusia sifatnya suka pada sempurna dari di matanya. Suka yang cantik-cantik setandingan dengannya. Hakikatnya sempurna itu bukan sifat kita.

“Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (QS an-Nahl :60).

Artinya: Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai sifat kesempurnaan yang mutlak (tidak terbatas) dari semua segi.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “(Sifat-sifat) maha sempurna adalah milik Allah, bahkan Dia memiliki (sifat-sifat) yang kesempurnaannya mencapai puncak yang paling tinggi, sehingga tidak ada satu kesempurnaanpun yang tidak ada padanya celaan/kekurangan kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala berhak memilikinya pada diri-Nya yang maha suci”.

Kesempurnaan itu milik ALLAH.

Di saat kita sibuk mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik.
Kehilangan kerana keeogaan yang inginkan mengikut apa jua senarai list yang kita mahukan. Hakikatnya kita akan bertemu yang sama atau bertentang sikap dan perangai kita kerana ianya buatkan kita saling melengkapi.

Bila dia sudah kehilang rasa yang di inginkan itu, maka dia akan datang kepada kita .Saat itu hanya hatilah yang mampu membekalkan rasa. Andai sudah tawar hatinya jangan harap dia kembali.

Sebab itu kita kena kembali kepada conteks cinta yang lebih terperinci.Benar sekarang ini memang zaman moden, zaman penuh cabaran , tapi kena istiqamah dalam setiap apa yang kita buat. dan yang paling penting cintai seseorang itu kerana ALLAH, maka ALLAH akan lindungi hubungan itu dan sentiasa di bawah keredhaannya. Bila kamu menjaga adab dan pergaulan kamu berdua maka ALLAH akan hantarkan malaikat untuk melindungi kamu juga. Bercinta tu tak salah tapi bercintalah berlandaskan cinta kerana ALLAH ,maka cinta kita tak akan di persiakan. Dan bila kita kecewa sebab tak setia percayalah ALLAH ada perancangan yang lagi baik dan berikan seseorang yang lebih baik untuk kita.