5 Senaman Ringkas Dapat Hilangkan Lemak Di Belakang Bahu

Pernah tak anda rasa sukar nak pakai pakaian yang selama ini biasa anda pakai, rasa seperti tersangkut di bahagian belakang badan atau sendat semacam. Kesukaran memakai pakaian dan rasa tidak selesa bila mengerakkan bahu anda ke depan dan ke belakang mungkin berpunca dari lemak yang tersimpan di bahagian belakang badan anda.

Sememangnya tidak selesa betul tak? Jadi mesti anda sekarang sedang berusaha untuk menghilangkan lemak di belakang anda terutama di bahagian belakang bahu yang selalu mengganggu pemakaian anda.

Ini  beberapa latihan yang paling mudah tetapi berkesan untuk belakang badan anda yang boleh dilakukan di mana saja – walaupun di pejabat anda. Semua yang anda perlukan untuk mula bersenam adalah dinding!

Kepala dan Leher

Berdiri di dinding dan tekan belakang badan anda ke dalamnya, bermula dari tulang belakang anda. Tekan tulang belakang anda ke dinding terlebih dahulu, kemudian lengkungkan punggung atas anda, supaya ia tidak menyentuh dinding. Perlahan-lahan tolak badan anda ke dinding. Bengkokkan leher anda ke depan dan meregangkan bahagian atas kepala anda ke arah siling. Jangan tundukkan dagu anda terlalu dekat dengan tulang kolar anda kerana anda perlu merasakan sedikit tegangan leher semasa sesi latihan ini.

Tulang Belakang Atas

5 senaman ringkas hilangkan lemak di belakang bahu

Berdiri di dinding dan letakkan lengan anda sebaris dengan dinding. Tolak siku anda ke belakang perlahan – lahan sehingga menyentuh dinding. Jangan biarkan bahu anda bergerak kehadapan atau kebelakang ketikan senaman ini.

Bahu

5 senaman ringkas hilangkan lemak di belakang bahu

Tolak punggung anda ke dinding. Perlahan tarik bahu kiri anda dari dinding dengan menolak bilah bahu anda ke dinding. Ulangi bahu kanan.

Kawasan Tulang Belakang

5 senaman ringkas hilangkan lemak di belakang bahu

Tekan punggung anda di dinding atau di atas kerusi. Tolak tulang belakang anda ke dinding dan lenturkan sedikit lutut anda. Tolak bahagian bawah belakang anda ke dinding dengan membongkok sedikit serta mengetatkan otot perut anda.

Luruskan satu kaki anda perlahan – lahan pada satu masa, dan pastikan punggung bawah anda ditekan rapat ke dinding.  Untuk lebih banyak renggangan Luruskan kaki anda, letakkan tangan anda pada pinggul dan tekan sedikit ke bawah.

Nota: Jika anda merasa sakit atau rasa tidak selesa di bahagian belakang anda, berhenti melakukan latihan ini.

Tulang Punggung

5 senaman ringkas hilangkan lemak di belakang bahu

Diri bersandar dengan punggung pada dinding dan jarakkan kaki anda sekitar 35-40 cm dari dinding. Perlahan-lahan mula menekan punggung anda kea rah dinding dengan membengkokkan lutut sehingga tahap yang selesa. Punggung bawah anda harus ditekan ke dinding dan anda tidak boleh merasa tidak selesa ketika melakukan latihan ini. Ulangi latihan beberapa 1kali.

Kredit Brightside

 

Sumber: Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *