6 AYAT TERSIRAT SEORANG ISTERI YANG ENCIK SUAMI SUSAH NAK FAHAM

“Ish, tak faham aku dia nih. Tadi cakap lain, sekarang cakap lain. Lepas tu tak pasal-pasal nak tarik muka masam. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Buat relaks sajalah…”

Pernah dengar tak istilah Men Are From Mars Women Are From Venus? Kata kiasan yang juga tajuk buku terkenal yang ditulis oleh Dr John Gray ini menggambarkan betapa berbezanya pemikiran seorang perempuan berbanding dengan lelaki.

Secara keseluruhannya, ahli psikologi mendapati perbezaan lelaki dan perempuan bukan saja dapat diperhatikan daripada gaya pemikiran, cara pengurusan diri, tetapi juga cara percakapan.

Ini adalah 6 ayat yang paling selalu disalah erti oleh seorang lelaki. Jom ketahui maksud sebenarnya.

perbezaan lelaki dan perempuan

Foto kredit: mcmemos.com

Perbezaan lelaki dan perempuan memang banyak. Antara yang paling kerap berlaku salah faham adalah apabila isteri menggunakan ayat tersirat ini.

1. “TAK TAHULAH NAK MASAK APA HARI INI”

Ada masanya isteri akan SMS atau Whatsapp cakap begini kan? Jangan buat-buat tak tahu, inilah sebenarnya ajakan untuk makan di luar. Mungkin mereka dah jemu dengan air tangan sendiri, bahan dapur tak cukup, penat melayan anak-anak atau memang dah kering idea dan tak ada semangat nak memasak.

Jadi, tak payah susah-susah nak perah otak atau bagi idea pelik untuk memasak. Ajak saja isteri dan anak makan di luar, mesti isteri suka!

Foto Kredit: gemini.no

Foto Kredit: gemini.no

2. “ANAK TAK TIDUR SEHARIAN TADI”

Bila isteri cakap anak tak dapat tidur, maksudnya seharian dia melayan karenah si kecil dan tak dapat buat kerja lain.

Jadi, jangan ‘expect’ rumah anda cantik tersusun, baju dah bergosok, makanan semua dah terhidang, dan sebagainya apabila balik kerja nanti. Sebaliknya, kalau ada masa lebih, tolonglah mana-mana kerja rumah yang patut.

tips ibu muda
goodhousekeeping.com

3. “KAN SERONOK KALAU…”

Ayat ini sebenarnya tak memerlukan sebarang jawapan pun daripada pihak suami. Isteri sebenarnya sedang memerhatikan reaksi anda dari atas sampai ke bawah. Bagi yang masih tak faham, ia sebenarnya adalah satu bentuk ‘permintaan’ atau ‘arahan’.

Contohnya kalau isteri cakap, “Kan seronok kalau dapat pergi berurut.” Ini maksudnya anda kena urut dia sekarang. Kalau malas, bawalah dia ke spa atau tempat urut yang sesuai.

Selepas berpelukan, saling urut suami isteri pula

4. “OK”

Dalam apa jua keadaan, lelaki akan menggunakan perkataan ‘ok’ apabila semuanya baik. Tiada masalah.

Tapi, bagi seorang perempuan, kalau anda jawab ‘OK’, mesti mereka tak puas hati lebih-lebih lagi kalau mereka dah bercakap atau tanya soalan panjang lebar.

Kalau dia pula yang menghantarnya pada anda, mungkin ia bermaksud ‘Entahlah’, ‘Tak pasti’ atau ‘Tak ok’. Jadi, cepat-cepatlah tanya kalau ada masalah.

Ayat ‘okay’ atau ‘ok, fine’ ini juga paling selalu digunakan apabila seorang perempuan dah malas nak bertekak. Maksudnya, ‘Tolong diam. Apapun, kau tetap salah.’

Foto Kredit: miriamposner.com
Foto Kredit: miriamposner.com

5. “SUKA HATILAH”

Kalau dah beri persetujuan maksudnya bolehlah buatkan. Apa lagi? Jom!

Ops, jangan salah anggap, sebenarnya bagi kebanyakan kes, ini sebenarnya ayat mencabar. Walaupun gayanya macam pasrah, tapi kalau berani, buat. Siaplah bila balik nanti.

Foto Kredit: egaga.pl
Foto Kredit: egaga.pl

 6. “SAYA TAK APA-APA”

Kalau perempuan cakap ‘tak ada apa-apa’, maksudnya ada memang sesuatu. Tapi, sifat semulajadi wanita memang suka main teka-teki. Mereka ‘expect’ suami patut tahu sendiri. Bagi suami pula, setidak-tidaknya pun, tunjukkanlah sedikit rasa bersalah kalau anda tak tahu nak cakap apa.

Tapi, jangan sesekali buat tak tahu, terutamanya kalau mereka sedang menangis. Pergilah peluk mereka dan pegang tangan mereka. Mesti isteri akan beritahu apa yang berlaku apabila berasa lebih tenang nanti.

Foto Kredit: http://www.whitsundayprofessionalcounselling.com
Foto Kredit: whitsundayprofessionalcounselling.com

PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Sebenarnya, banyak lagi perbezaan lelaki dan perempuan yang kita boleh lihat. Tentulah bukan semua wanita berfikiran begini, namun secara umumnya memang ramai wanita yang lebih suka berkias berbanding lelaki yang lebih ‘lurus’ apabila menuturkan ayat.

Walaubagaimanapun, ini semua adalah keindahan yang dijadikan oleh Tuhan dalam menciptakan 2 makhluk berbeza sebagai pasangan yang saling melengkapi. Maka, perbezaan lelaki dan perempuan patut diraikan dengan cara bertolak-ansur dan saling menghormati. Inilah yang akan menjadikan perkahwinan bertambah manis dan berkekalan. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *