6 Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus. Confirm Berkesan!

Cara diet yang betul

CARA DIET YANG BETUL UNTUK KURUS

Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan semamangnya sesuatu yang wajar tetapi agak susah pada setiap sudut. Untuk memulakan sesuatu yang baru, cabaran yang besar perlu dihadapi terutamanya untuk mengamalkan sesuatu yang baru dan meninggalkan tabiat yang lama. Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah untuk berterusan dalam mengamalkan diet tersebut kerana tiada faedahnya jika anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 30 kg tetapi selepas sebulan, anda dapati berat anda bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda jika anda tidak mencuba. Yang penting, kena cuba turunkan berat badan secara konsisten.

1. BELAJAR TENTANG NUTRISI

Langkah utama dalam berdiet adalah pengetahuan mengenai nutrisi dan keperluan badan anda. Anda perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan dan yang paling penting adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi. Nisbah karbohidrat perlulah lebih kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

2. TIMBULKAN RASA SERONOK

Untuk merasa diet adalah sesuatu yang menyeronokkan, anda boleh menyediakan hidangan dalam bentuk yang digemari seperti memakan buah-buahan bersama sos buah-buahan. Dengan cara ini, anda merasa seronok dan boleh memupuk rasa gembira berdiet. Adalah perlu diingat sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi bagi setiap orang adalah berbeza. Diet bagi orang yang mempunyai sistem metabolisma yang tinggi adalah berbeza dengan orang yang bermotabolisma rendah. Begitu juga dengan jantina. Jika perlu, dapatkan nasihat dari pakar nutrisi mengenai pelan pemakanan sihat yang sesuai untuk anda.

3. PERLAHAN-LAHAN, JANGAN DRASTIK

Cara diet yang betul

Foto Kredit: www.playbuzz.com

Ini cara diet yang betul, tetapi selalunya selalunya diabaikan oleh ramai orang. Dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem badan, anda perlulah melakukan secara perlahan-lahan dan berterusan. Jangan mengubah diet anda secara drastik! Anda sedang cuba melatih diri untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Berikan diri anda masa. Sistem badan manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output melalui otak secara natural mengikut keadaan badan.

Sebagai contoh, anda bekerja sebagai staff pentadbiran dan anda kebiasaannya memerlukan 5 pinggan nasi sehari. Jika anda mengubah diet dengan mengambil hanya 2 pinggan nasi, badan anda secara automatik akan mengurangkan kadar metabolisma dan anda akan merasa sangat letih walaupun hanya duduk di dalam pejabat. Badan anda cuba menyimpan tenaga mengikut kadar 5 pinggan nasi jadi tenaga yang dikeluarkan menjadi sangat sedikit dan anda akan kelesuan sepanjang hari. Keadaan ini juga tetap akan berlaku walaupun anda mengurangkan kadar pengambilan hidangan secara sederhana tetapi kesannya lebih ringan.

4. SETKAN OBJEKTIF

Seterusnya, cara diet yang betul ialah kena sertakan matlamat atau objektif. Matlamat tersebut perlulah realistik dan boleh dicapai. Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu. Kalau sekarang 70 kg, setkan dalam minda, berapa target berat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, ingin hilangkan 10 kg. Dari 70 kg ke 60 kg. Selagi tidak sampai, perlu terus berusaha dan jangan patah hati.

5. CARI MOTIVASI DAN INSPIRASI

Tips mengurangkan berat badan

Foto Kredit: gutcritters.com

Cara diet yang betul bukan pada makanan semata-mata. Kena ada pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai objektif yang sama. Dalam pengamalan diet yang betul, anda memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan mengamalkan diet bersama anda. Boleh jadi ahli keluarga anda, mahupun rakan-rakan terdekat anda. Mereka boleh menjadi sumber inspirasi dan memberikan kata-kata semangat untuk anda mengamalkan diet yang betul secara berterusan terutama apabila keadaan menjadi semakin susah.

6. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Amalan pemakanan yang betul hanyalah sebahagian dari diet yang betul. Aktiviti fizikal dan senaman merupakan sebahagian dari diet. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk membantu anda membakar kalori, meningkatkan imbangan dan koordinasi serta mengurangkan stres. Sebelum mencuba aktiviti fizikal yang berat, mintalah nasihat dari doktor. Bawa bersama pelan pemakanan anda supaya aktiviti fizikal yang diamalkan sesuai dengan keadaan badan dan tidak memudaratkannya.

AKHIR KATA

Pengamalan diet yang betul bermula dengan pengambilan pemakanan pada nisbah yang betul. Untuk mengamalkan diet yang betul secara berterusan, anda perlulah bersederhana dan perlahan-lahan mengurangkan pengambilan pemakanan. Sokongan insan terdekat mampu memberikan inspirasi untuk anda meneruskan diet dan aktiviti fizikal dapat menambahbaik keadaan badan anda disamping dapat mengurangkan stres.

Berbanggalah jika anda mempunyai cita-cita untuk mengamalkan diet. Tetapi amalkanlah diet yang betul supaya matlamat dapat dicapai dan di akhirnya, anda dapat merasa kebahagiaan sebenar. Kami tidak kata tidak boleh guna produk seperti Herbalife atau Shaklee. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.

Bagaimana dengan anda? Ada tips diet yang betul yang pernah anda amalkan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

BACA JUGA…

5 Cara Menurunkan Berat Badan Secara Konsisten

Selalu kita dengar, ada orang yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Katanya, boleh sampai 10kg dalam masa seminggu? Benar atau mengarut?

Fikirkan begini, lebih cepat untuk turun, lebih cepat naik. Bukankah teorinya begitu? Benar. Jawapannya, lebih baik turun sedikit demi sedikit, tetapi konsisten. Orang kata, kena selalu istiqamah.

Mengikut statistik, penduduk Malaysia adalah di kalangan yang paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ada yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan; ada yang berjaya tetapi lebih ramai yang telah gagal.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menurunkan berat badan, yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk.

1. JAUHI MAKANAN SEGERA

Ini cara menurunkan berat badan yang paling penting sekali. Pertama sekali, kurangkan makan makanan ringan (fast food) atau junk food. Disebabkan terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak, kita sering makan luar di restoran. Kualiti makanan yang rendah adalah faktor utama ramai di antara kita yang mempunyai berat berlebihan.

Oleh itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah hentikan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera yang sudah tentunya menghidangkan makanan yang tidak sihat.

2. KURANGKAN GULA

Kedua, cara menurunkan berat badan yang amat penting ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. kurangkan makanan dan minuman bergula. Pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Mulai hari ini, usah tambah gula atau susu ke dalam minuman.

Jika sebelum ini anda sering membancuh air teh susu, apa kata anda amalkan meminum teh o atau campur sedikit limau supaya ia jadi teh o limau. Limau memang dikenali sebagai ‘pemotong lemak’ dan seringkali diminum selepas makan bagi mengurangkan lemak.

3. PASTIKAN BERSARAPAN PAGI

Ketiga, cara menurunkan berat badan secara konsisten ialah amalkan mengambil sarapan pagi yang berat. Namun, perlu mengikut kalori yang betul. Mengikut kajian pakar, sarapan adalah waktu kita sepatutnya makan dengan kuantiti paling banyak, diikuti makanan tengahari yang sederhana dan makan malam yang sedikit sahaja.

Anda boleh mula dengan memakan roti atau bijirin sebagai sarapan anda supaya perut anda akan penuh dan membuat anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu tengah hari. Tidak salah untuk memakan nasi pada waktu tengah hari asalkan pada malam hari, anda makan sedikit sahaja, seperti beberapa potong buah supaya anda boleh tidur dengan perut yang terisi.

4. PASTIKAN SELALU BERSENAM

Cara menurunkan berat badan yang seterusnya ialah dengan melakukan aktiviti fizikal. Selain jaga kalori, bersenam adalah salah satu cara menurunkan berat badan dan terbukti berkesan. Setelah anda jaga tahap pemakanan anda, tiba masanya untuk menurunkan berat badan dengan lebih konsisten. Mula dengan bersenam ringan seperti jogging di waktu pagi atau pergi ke gym seminggu tiga kali untuk mengangkat berat dan membina otot anda. Otot yang terbina dapat membakar lemak secara pasif, walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sekalipun.

Jika anda seorang yang suka menonton televisyen, selain dari hanya duduk sahaja dan menonton rancangan kegemaran anda; apa kata anda baring dan lakukan sedikit senaman untuk beberapa minit sehingga berpeluh. Disebabkan anda sedang ‘berehat’, anda tidak rasa seperti anda sedang memaksa badan anda untuk bekerja.

5. CARI PARTNER

Cara menurukan berat badan yang terakhir ini adalah yang sangat penting. Selain bersenam dan jaga makan, ini cara menurunkan berat badan yang paling penting. Akhir sekali, pastikan anda mempunyai rakan yang mempunyai impian yang sama dengan anda iaitu bersama-sama berazam untuk menurunkan berat badan.

Dengan ada rakan baik ini, masing-masing akan saling membantu bagi mencapai cita-cita dan sekiranya salah seorang dari anda berasa tidak bermaya, pastikan anda berikan kata-kata perangsang bagi membakar semangat kembali dan kembali ke landasan yang betul.

AKHIR KATA

Apa pun cara untuk menurunkan berat badan yang anda gunakan, hanya anda sendiri yang boleh pastikan anda sampai ke matlamat anda. Kementerian Kesihatan juga banyak beri informasi tentang pengurusan berat badan, seperti pengiraan BMI.

Anda boleh gunakan sistem ganjaran kepada diri anda sendiri yakni, setiap kali anda capai sasaran anda; manjakan diri sendiri dengan membeli hadiah bagi memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi. Yang paling penting, pastikan anda mengikut cara diet yang betul. Barulah dapat turunkan berat badan.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *