Ketika Atas Katil, Ustaz Pandang Sambil GELENG Kepala. Bila Tanya Ayah. Ini JAWAPANNYA

Lumrah rumah tangga memang akan bergolak. Sedangkan lidah kan tergigit inikan pula suami isteri. Tapi dalam kisah yang nak kami Khalifah Mail Online nak kongsikan ni adalah berkaitan pasangan suami isteri yang sudah kahwin tidak mendapat zuriat. Bila check dengan ustaz, rupa-rupanya ada yang dengki. Ikuti kisah ini yang dipetik dari IIUM.

Sudah 5 Tahun Kahwin Tiada Zuriat

Nama aku Intan. Aku dengan suami sudah 5 tahun hidup berdua, jadi akhir tahun lepas kami berdua memutuskan untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je.

Ketika Atas Katil, Ustaz Pandang Sambil GELENG Kepala. Bila Tanya Ayah. Ini JAWAPANNYA

Orang kata, 5 tahun pertama memang dugaannya berat, aku tidak menafikannya. Lumrah kehidupan rumah tangga, ibarat lautan, ada pasang surutnya. Macam itulah kehidupan kami.

Tapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini, aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana, yang mana aku tidak pasti apa, dan naluri isteri itu jarang sekali salah.

Kisahnya bermula bila aku kerap sakit, macam-macam penyakit, pergi ke klinik, doktor tidak dapat kesan, rujuk ke hospital dan jawapan masih sama. Jadi dalam setahun tu kira banyak kali aku kena masuk wad sebab doktor nak jalankan pelbagai test untuk mencari punca sakit aku tetapi akhirnya, tidak jumpa.

Dan ketika itu juga aku dengan suami aku kerap bergaduh, tidak boleh langsung jumpa dan dalam tempoh aku masuk wad seminggu tu, hari pertama je dia datang, hari lain langsung tidak datang, tanya khabar pun tidak. Hanya ayah aku jela jadi peneman setia, datang bawa makan and teman aku sehari dua kali (2 kali waktu melawat), kadang ayah datang bawa mak, kadang mak mertua yang datang teman (lepas dia balik kerja), tapi suami? Senyap macam tu je.

Ayah Datang Dengan Ustaz

Hingga la suatu hari, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. Aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.

Sampai je kat katil aku, aku tengok muka ustaz tu berkerut. Sekejap-sekejap dia geleng kepala. Pastu dia ajak ayah aku entah kemana, bincang berdua. Dalam 10 minit macam tu, ayah datang ke katil, ayah suruh aku minta kebenaran doktor keluarkan aku hari itu jugak. Tapi doktor tidak bagi, esoknya baru doktor benarkan aku pulang.

Esoknya, dalam pukul 5 baru aku dapat balik, pesakit yang dibenarkan balik pun agak ramai haritu, hari Jumaat lagi, jadi biasa la kalau lambat.

Jadi lepas discharged, ayah terus bawa aku ke rumah ustaz, dia suruh aku duduk membelakangkan dia, dia minta izin untuk sentuh belakang aku, dia letak ibu jari kat tulang belakang, terus dia Ruqyahkan aku.

Sepanjang dia Ruqyahkan aku, badan aku rasa macam ada benda bergerak sebelah kanan, panas lagi. Tiba- tiba aku rasa nak menangis, nak marah, semua aku rasa dalam satu masa. Tapi ustaz tu pesan, jangan ikutkan hati, istighfar banyak- banyak. Selesai dia Ruqyah, dia suruh aku pandang dia. Dia kata,

“Adik, apa ustaz nak kata ni, ada dengar baik baik, apa ustaz tanya, jawab elok- elok. Kalau rasa nak marah, tahan marah tu. Boleh?”

Hasil “SCAN” Ustaz

Aku angguk.”Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian, jadi dia datangkan amarah dan derita antara kalian. Deritanya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami.”

Masa tu aku rasa macam nak gila. Ayah aku suruh aku bertenang, dengar dulu apa ustaz nak kata. Ustaz tu sambung..”Mengenai zuriat, 5 tahun kahwin masih tiada zuriat, pergi ke hospital buat pemeriksaan apa semua, doktor kata tiada masalah. Tapi pernah tak cuba rawatan Islam?”

Aku geleng kepala.”Zuriat ni dik, orang selalu kata, kalau dah lama kahwin tiada zuriat, masih belum ada rezeki, kan? Pergi buat pemeriksaan hospital, suami isteri tiada masalah, doktor kata normal.

“Tapi jujur ustaz kata, bila dah cuba cara rawatan moden, tapi tak jumpa punca masalah, cuba rawatan Islam. Tak salah cuba. Kadang kita tak tahu apa yang menghalang kita dari mengandung, entah-entah ada jin yang menumpang badan kita, kita tahu? Doktor pun tak tahu.

“Jadi tak salah cuba rawatan Islam, dalam Al- Quran pun menggalakkan kita berubat menggunakan ayat- ayat Al- Quran kan? *aku angguk

“Baiklah, adik ni, bukan tak boleh mengandung, boleh, tapi ada satu je masalah. Masalahnya, adik ni dah terkena ‘buatan’ orang.

“Ada seorang lelaki yang sayang pada adik, bukan suami adik ye, seorang kenalan, adik tolak dia, jadi dia tak boleh terima. Dia dendam.

“Pada dia, kalau dia tak boleh dapat adik, tiada yang boleh dapat. Jadi dia bagi adik penyakit, salah satunya *dia tunjuk lengan aku*, hanya ni yang adik boleh nampak dengan mata kasar.

“Bila jumpa doktor, doktor kata alergik, makan ubat, sapu ubat, tapi masih tak hilang. Betul tak? Dia nak suami adik rasa geli/ jijik dengan adik dan akhirnya ceraikan adik.

Suami Pun Kena Buatan Orang Juga

“Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk jarum.

“Mula dengan berkawan, lama- lama jadi rapat. Jumpa selalu. Kat situ dia mula bagi suami adik makan. Bila suami adik makan makanan yang dia bagi, suami adik akan jadi ingat kat dia je.

“Kemudian dia sapu minyak kat badan suami adik. Tak perlu banyak, secalit je. Masa bergurau- gurau tu, dia usik suami adik dia calit sikit je. Apa jadi lepas tu?

“Suami adik akan selalu ingat kat dia, sayang kat dia, cinta kat dia. Bila suami tengok adik, dia jadi benci, menyampah. Itu yang asyik gaduh je. Rumah tangga jadi panas. Dia asapkan suami adik hari- hari supaya suami adik benci adik.

“Tapi adik kena ingat, yang suami adik sayang adik, dia jadi macam ni sebab apa perempuan tu buat, suami adik hidup dalam keadaan dikawal oleh perempuan tu. Suami adik bukan baru kena, lama dah. Cuma adik perasan atau tidak je.”

Betul, aku perasan sebenarnya. Tapi aku bersangka baik, mungkin ujian dari Allah semata-mata nak ukur tahap kesabaran, kesetiaan dan kekuatan kami mempertahankan ‘masjid’ yang kami bina.

Serius, aku tak sangka selama bertahun yang kami asyik ‘panas’ dan ‘sakit’ ni, rupanya angkara orang benci, dengki, apa lagi ? Entah. Aku sendiri tak percaya dengan benda- benda ilmu hitam ni. Dulu bila aku dengar orang kena buatan orang, aku macam, “eleh, tah iye ke tidak kena buatan orang, entah- entah saja je cari perhatian.”

Dan sekarang bila kena kat diri sendiri, baru aku sedar betapa tingginya langit tu. Aku termakan kata- kata aku sendiri.

Ayah aku duduk sebelah diam je, sesekali dia usap belakang aku. Yang aku menangis je; empangan pecah, mengalir je air mata aku ni.

Sesekali aku senyum kelat bila kenangkan selama ni aku ingat suami aku yang jahat, rupanya aku yang jahat sebab berfikiran buruk terhadap suami sendiri. Ustaz tu sambung..

“Nanti malam, balik rumah, ajak suami duduk, pastu cerita dia apa yang ustaz cerita tadi. Esok ke lusa ke, bawa dia jumpa ustaz. Ustaz buat apa yang ustaz mampu. Boleh?”

Mula Berbincang Dengan Suami

Aku angguk je. Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan apa berlaku.

Bila kenangkan balik, lama dah kami hidup macam tu. Dia mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan aku. Lama aku makan hati. Ajak borak atau walaupun makan bersama pun tak nak, dah macam orang asing dah kami.

Dulu tidur dia selalu peluk, yelah, hidup berduakan. Tapi sekarang, dia di utara, aku di barat. Sedih. Lepas dah siap- siap semua, aku duduk bersila di sebelah dia, aku usap kepala dia dan buka bicara.

“Abang, sayang ada benda nak cakap kat abang ni, abang duduk sekejap boleh?”

Dia bangun dan duduk, tapi sekali pun dia tak pandang aku. Masa tu rasa sebak sangat. Aku sambung..

“Apa sayang nak cerita kat abang ni, abang dengar elok- elok. Kawal perasaan dan jangan melenting okay.”

Dia angguk.Aku ceritakan semuanya. Muka dia macam blurr, aku cerita sampai habis dan untuk pertama kalinya, dia pandang dan peluk aku.

Masa tu, Allah je yang tahu apa yang aku rasa, aku rasa bahagia berada dalam dakapan suami. Sepanjang malam tu kami berborak, kami menangis dan aku lega, suami akhirnya sedar juga.

Rawatan Kami Suami Isteri

Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman sekiranya kalau terjadi apa- apa.

Ustaz mulakan bacaan Ruqyah pada suami aku. Sesekali suami aku merengus, mengeluh dan menggeliat. Ustaz pesan pada dia supaya jangan berhenti beristighfar walau macam mana susah atau sakit sekalipun.

Pada satu tahap, suami aku pengsan sekejap, dia terbaring tiba- tiba. Cuak aku masa tu, tapi ustaz tu kata normal. Tak sampai lima minit, suami aku bangun, ustaz tu suruh dia baring luruskan kaki. Dia ambil lada hitam, dia tekan pada ibu jari kaki suami aku, dia menjerit bukan kepalang. “Sakit.. sakit.. SAKIT!”

Ayah aku pegang tangan dia. Ustaz kata, ada 3-4 ekor jin dalam badan suami, yang mengawal suami dan ada antara jin tu yang keluar masuk dalam badan aku, jadi bila kami bergaduh, jin- jin tu akan melagakan kami.

Bukan tak pernah aku cuba tikam dia. Tapi dengan keizinan Allah, pisau tu terlepas dari genggaman aku dan aku pun berlalu pergi dari dia. Hampir bercerai pun pernah. Dua tiga kali turun naik mahkamah (kaunseling), sampai ustazah tu pun pening. Yang selebihnya sepanjang berubat tu, biarlah kami saja yang tahu.

Yang korang perlu tahu, sekarang aku dan suami beransur pulih. Hubungan kami perlahan- lahan kembali seperti dulu.

Ustaz juga sudah ‘pagar’ badan kami, juga dia beri ayat- ayat pendinding untuk kami amalkan hari- hari. Alhamdulillah aku ucapkan. Allah penyembuh segala penyakit, kita hanya mampu usaha.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kalau ada antara pembaca yang mengamal ilmu- ilmu hitam, minyak pengasih dan sebagainya, tolong berhenti.

Ketahuilah bahawa kuasa Allah meliputi segala apa yang ada dibumi dan dilangit. Dan pada yang cuba pisahkan kami suami isteri, pada yang mendengki atau berdendam pada kami, kami maafkan korang dan harap korang maafkan juga kami dan berhentilah ‘menghantar’ pada kami.

Andai ada salah silap sepanjang perkenalan, andai kami ada terambil yang bukan hak kami, terlukakan hati dalam pergurauan dan semualah, maafkan kami.Terima kasih admin, dan terima kasih readers. Yang baik datangnya dari Allah Ta’ala, yang jahat tu datangnya dari diri aku sendiri.Akhir kata, ittakullah, takutlah pada Allah!

Sumber : IIUM via Laicikang

Awas! Jangan Kongsi 7 Benda Ini Dengan Orang Lain.

Sifat peramah dan murah hati rakyat Malaysia tiada tandingan lagi. Kita langsung tidak kisah untuk meminjamkan apa sahaja kepada kawan, keluarga, jiran, rakan sepejabat atau kepada sesiapa pun. Susah untuk menolak kalau ada yang mahu meminjam, tapi jadi susah kalau yang dipinjam tak reti pulang. Ooppss!

Pinjam, pinjam juga. Murah hati pun, murah hati juga tapi jangan menjejaskan kesihatan dan kebersihan diri.

Angkat tangan kalau anda pernah berkongsi tuala mandi dengan rakan karib anda? angkat tangan

Foto – Google

Ada barang yang kita tidak boleh pinjam atau guna bersama terutamanya barangan peribadi khususnya yang menjaga aspek kebersihan. Boleh, kalau tuala tadi ialah tuala bersih dan tidak digunakan lagi kalau guna sekali hmmm..tak tau lah nak cakap apa.

Selain tuala, ini lagi 7 barang yang anda tak boleh kongsi atau beri pinjam…

#1 Deodoran

Foto – fitforfun.de

Deodoran jenis semburan tiada masalah untuk dikongsi tapi yang roll-on jangan sesekali! Deodoran roll-on tidak boleh digunakan bersama kerana ia disapu terus kepada ketiak. Bakteria yang terkumpul boleh menyebabkan jangkitan.

#2 Berus Gigi

Foto – The Sweethome

Ada yang cuba menjadi romantis dengan berkongsi berus gigi dengan pasangan mereka. Tapi tahukah anda terdapat lebih dari jutaan bakteria yang tinggal dicelahan berus gigi anda. Kalau tak mahu ada jangkitan oral, henti berkongsi!

#3 Pencukur

Foto – India.com

Ia bukan sahaja mencukur bulu juga turut membuang sel kulit mati. Mata pencukur tidak boleh dikongsi kerana bakteria dan kulat yang terkumpul boleh beri jangkitan kulit secara terus. Anda boleh berkongsi badan pencukur bukan mata pencukur. Tukar sebelum guna.

#4 Span Mandian

Foto – InStyle

Digunakan sebagai menyingkirkan kulit mati dan terapi mandi tapi jangan lupa, sel kulit mati juga boleh terkumpul dalam span mandian. Bakteria dan kulat mudah membiak dengan benda yang lembab, jadi fikir dua kali sebelum menggunakan span mandi orang lain.

#5 Subang 

Foto – Keystone

Sebaran jangkitan penyakit berdarah boleh berlaku jika berkongsi aksesori subang atau anting-anting. Lebih lagi memakai yang tidak dibersihkan. Pastikan subang yang ingin dikongsi bersih atau disterilkan.

#6 Berus dan Produk Mekap

Foto – ghanawebonline.com

Semua produk mekap termasuklah berus-berus mekap yang telah digunakan tidak boleh dikongsi. Barang-barang tersebut telah bersentuh dengan kulit dan meningkatkan risiko jangkitan kulat, masalah kulit berjerawat dan alahan.

#7 Kasut

Foto – commons.wikimedia.org

Tanpa kita sedar, perkongsian kasut juga boleh membawa jangkitan kulit dan kuku. Bakteria dan kulat senang membiak didalam kasut kerana ia mempunyai pengudaraan yang lemah. Malah, kerap guna kasut yang sama juga boleh menyebabkan jangkitan.

Penulis faham, kadangkala kita tersepit dalam keadaan yang terdesak memaksa untuk kita buat pilihan yang kotor untuk berkongsi barang peribadi. Tapi harap lepas ini anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa peka tentang kebersihan. Dari penjagaan kebersihan yang terbaik menghasilkan kesihatan yang mantap.

Sumber: Wanista

MENYAMAR JADI PEMETIK BUAH DI AUSTRALIA, WARTAWAN MALAYSIA BONGKAR KEHIDUPAN SEBENAR.

Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.

 

Namun apabila tiba di sana, mereka  menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan..

 

“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited.”

 

Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan..

 

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

 

Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.

 

“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup,” ujar Saiful.

 

Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.

 

Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.

 

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

 

Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.

 

“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.

 

Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.

 

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

 

Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.

Antara yang berlaku apabila wartawan Malaysia membuat penyamaran..

 

1. Diberi upah 2.00$ ke 2.30$ untuk setiap pokok yang dipetik. Difahamkan juga, perdapatan itu adalah di bawah gaji undang undang.

2. Saiful cuma berjaya memetik sekitar 5 pokok sehari dan jika didarabkan dengan gaji. Cuma cukup untuk membayar rumah sewa 70$ setiap minggu. Rumah sewa yang uzur tanpa pemanas dan disewakan beramai.

3. Jika ada siasatan mengenai polisi atau eksploitasi pekerja asing, kebiasaanya pekerja asing terpaksa membayar wang mereka atau mereka terpaksa dihantar pulang.

4. Susah untuk mendapatkan pekerjaan terus dari ladang itu sendiri memandangkan mereka bekerja secara kontrak yang tidak dikeluarkan Visa untuk mereka

Sumber: Utusan Online

TAHUKAH ANDA 10 KERETAPI TERPANTAS DI DUNIA?

1Siapa yang tidak pernah merasai pengalaman menaiki kereta api? Dunia yang semakin sibuk hari ini telah menjadikan keretaapi sebagai pengangkutan awam terpenting bagi semua peringkat usia. Ini kerana kemampuannya untuk membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat yang jauh dalam masa yang singkat berbanding pengangkutan awam yang lain.
Malah terdapat beberapa negara berlumba-lumba untuk mencipta keretaapi paling pantas di dunia. Selaras dengan perkembangan teknologi, manusia kini sudah mampu mencipta Keretapi Bekelajuan Tinggi sehingga ada yang mencapai kapasiti kelajuan 500km/h.

Berikut adalah 10 keretaapi terpantas di dunia setakat hari ini:

10. THSR 700T, Taiwan
2Kelajuan operasi: 300 km / h
Kapasiti: 315 km / h

Taiwan High Speed Rail (THSR) 700T merupakan kereta api berkelajuan tinggi yang beroperasi di Taiwan. Ia berasal daripada Shinkansen Jepun yang dibina oleh Kawasaki, Hitachi dan Nippon Sharyo. Memulakan operasinya pada tahun 2007 THSR boleh membawa hampir 1,000 penumpang antara ibu negara, Taipei, dan bandar Kaohsiung.
Kelajuan kereta api ini pada dasarnya boleh mencapai kapasiti kelajuan 315 kmph tetapi Ia biasanya dioperasikan pada kelajuan 300 kmph mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar ini daripada empat jam kepada hanya 90 minit.
Sistem elektrik yang digunakan ialah 25 kV / 60 Hz AC katenari. Ia mempunyai sistem multi enjin dan 9 daripada 12 enjin didalamnya memberikan tenaga untuk kereta api bergerak. THSR menjanjikan kelajuan dan ruang pada penumpangnya.

9. ETR 500 Frecciarossa Train, Italy
3Kelajuan operasi: 300 km / h
Kapasiti: 360 km / h

Elettro Treno Rapido 500 (ETR 500) Frecciarossa adalah kereta api berkelajuan tinggi Itali yang diperkenalkan pada tahun 1993, dikendalikan oleh syarikat Trenitalia. Kereta api ini direka untuk kelajuan maksimum 360kmph tetapi beroperasi pada kelajuan 300kmph
Perkhidmatan kereta api ini beroperasi di antara laluan Milan-Rome-Naples dan menawarkan 72 sambungan setiap hari. Hari ini, terdapat 28 Frecciarossa tanpa henti Frecciarossa antara Milan dan Rom. Pada kelajuan tertinggi 300 kmsj yang Frecciarossa akan mencapai Rom dari Milan dalam masa 2 jam dan 40 minit.
Ia dibina oleh konsortium syarikat pembuatan AnsaldoBreda, Bombardier dan Alsto . Sebuah kereta api Frecciarossa mempunyai empat kabin utama iaitu kelas standard, kelas premium, kelas perniagaan dan kelas eksekutif. Kereta api Frecciarossa adalah kalis bunyi dan menawarkan Wi-Fi percuma kepada penumpang.

8. SNCF TGV Duplex, Perancis
4Kelajuan operasi: 320 km / h
Kapasiti: 380 km / h

TGV duplex adalah perkhidmatan kereta api terpantas di Perancis, boleh bergerak pada kelajuan 320 kmph. Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi ini dikendalikan oleh syarikat kereta api SNCF. Ia memulakan perkhidmatan pada bulan Disember 2011 dan juga merupakan kereta api kelajuan tinggi dua tingkat yang menghubungkan semua bandar-bandar utama di Perancis. Dengan kapasiti penduduk sebanyak 512 penumpang ia dianggap sebagai kereta api Eropah yang paling selesa.
TGV duplex dibina oleh syarikat pembuatan Alstom. Mereka menggunakan aluminium untuk pembinaan TGV duplekx bagi mengurangkan berat. TGV duplekx mempunyai reka bentuk yang mesra alam dan kadar kitar semula sebanyak 90%.
Kereta api TGV duplex menawarkan tiga kelas utama untuk penumpang – kelas standard, kelas pertama dan TGV Pro. Kelas standard mempunyai tempat duduk yang selesa, mesin snek layan diri dan bufet bar. Dalam kelas pertama anda akan mendapat tempat duduk yang lebih selesa, lampu meja persendirian dan soket untuk alat elektrik anda. TGV kelas Pro pula menawarkan tempat yang lebih selesa dan luas dengan kerusi tambahan, minuman selamat datang, Wi-Fi percuma, surat khabar dan majalah.

7. Alstom Euroduplex, Perancis
5Kelajuan operasi: 320 km / h
Kapasiti: 380 km / h

Kereta api Euroduplex adalah siri ketiga TGV dupleks kereta api berkelajuan tinggi. Perkhidmatan kereta api Euroduplex dikendalikan oleh syarikat kereta api SNCF Perancis. Perkhidmatan ini menghubungkan Perancis, Switzerland, Jerman dan Luxembourg dalam rangkaian kereta api. Kereta api multi-sistem dua tingkat ini boleh bergerak dengan kelajuan maksimum 320 kmph.
Euroduplex pada mulanya diperkenalkan di Rhine-Rhone LGV landasan kereta api berkelajuan tinggi yang memulakan perkhidmatannya pada Disember 2011. Ia mampu membawa 1,020 penumpang (multi unit), berbanding TGV Duplex yang hanya mempunyai kapasiti kira-kira 512 penumpang.
Kereta api Euroduplex direka oleh syarikat kereta api Alstom. Tidak seperti dua generasi sebelumnya kereta api Euroduplex lebih ringan dan aerodinamik yang telah ditingkatkan. Ia memastikan penggunaan tenaga yang rendah. Kereta api Euroduplex juga mempunyai masa sebenar skrin maklumat perjalanan di muka pintu dan di dalam set kereta.

6. E5 Series Shinkansen Hayabusa, Jepun
6Kelajuan operasi: 320 km / h
Kapasiti: 400 km / h

Diberi nama jolokan ‘itik platipus’ kerana bahagian hadapannya yang muncung, kereta api peluru Shinkansen E5 memulakan operasi komersialnya pada tahun 2011. Dikendalikan oleh syarikat kereta api East Japan, ia menyediakan perkhidmatan membawa penumpang dari Tokyo ke kota Aomory. Pada kelajuan tertinggi 320 kmph E5 siri Shinkansen tiba di stesen Shin-Aomory dari Tokyo hanya mengambil masa 2 jam 56 minit. Buat masa ini, Shinkansen E5 merupakan keretaapi terpantas di Jepun dengan mencapai kira-kira 400kmph semasa ujian kelajuan.
Bahagian hadapan kereta api ini mempunyai muncung yang panjangnya 15 meter. Ia mempunyai reka bentuk seperti ini supaya dapat mengurangkan bunyi dan getaran apabila kereta api melalui terowong. Reka bentuk Hayabusa kereta api berdasarkan kereta api berkelajuan tinggi Fastech 360-an yang dibangunkan oleh syarikat East Japan Railway. Shinkansen E5 mempunyai 10 gerabak dengan kapasiti tempat duduk seramai 731 penumpang.
Setiap siri Shinkansen E5 mempunyai tiga kelas utama iaitu kelas standard, hijau dan gran. Kelas standard menawarkan 658 tempat duduk, kelas hijau menawarkan 55 kerusi dan kelas gran menawarkan 18 kerusi. Kelas gran menjadi tarikan utama Hayabusa kereta api. Kelas premium ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan mewah untuk anda.
Dalam kelas gran pula anda boleh mendapati 18 kerusinya berbalut kulit yang sangat selesa. Selain itu, semua penumpang akan mendapat kemudahan seperti topeng mata, selipar dan kain kapas. Minuman ringan dan makanan juga akan dihidangkan untuk anda.

5. Talgo 350, Sepanyol
7Kelajuan operasi: 350 km / h
Kapasiti: 402 km / h

Talgo 350 kereta api berkelajuan tinggi, Sepanyol dikendalikan oleh syarikat perkhidmatan keretapi dengan kelajuan maksimum 350 kmph. Ia bergerak mengambil penumpang antara Madrid dan Barcelona. Ia juga dikenali sebagai ‘Pato’ di Sepanyol, yang dinamakan sempena paruh itik kerana bahagian hadapan keretaapi yang muncung. Reka bentuk tersendiri Talgo 350 ini dioptimumkan untuk mengawal tekanan gelombang.
Kemudahan tempat duduk di Talgo 350 kereta api dibahagikan kepada empat kelas – kelas Kelab, kelas Pertama, kelas Bistro dan kelas Coach. Semua kelas Talgo 350 mempunyai tempat duduk berbaring yang selesa dengan tempat letak kaki. Penumpang juga mempunyai akses untuk video, peranti audio di setiap tempat duduk. Terdapat juga panel maklumat masa yang sebenar di dalam dan di luar set kereta api.

4. Siemens Velaro E/AVS 103, Sepanyol
8Kelajuan operasi: 350 km / h
Kapasiti: 403.7 km / h

Velaro E adalah versi Sepanyol Velaro E kereta api berkelajuan tinggi yang dibangunkan oleh syarikat kejuruteraan Jerman Siemens. Di Sepanyol kereta api Velaro dinamakan sebagai AVS 103. Velaro E beroperasi di antara Barcelona dan Madrid. Kereta api ini bergerak pada kelajuan maksimum 350 kmph. Ia boleh membawa penumpang dari Barcelona ke Madrid hanya dalam masa 2 jam dan 30 minit sahaja. Semasa percubaan Velaro E mencapai kelajuan tertinggi 403,7 kmph.
Keretapi Kebangsaan Sepanyol menempah keretap api kelajuan tinggi Velaro E pada tahun 2001. Mereka memulakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi ini pada bulan Jun 2007. Velaro E mempunyai 8 gerabak penumpang dengan kapasiti tempat duduk seramai 404 orang.

3. AGV Italo, Italy
9Kelajuan operasi: 360 km / h
Kapasiti: 574.8 km / h

AVG Italo adalah kereta api yang beroperasi paling pantas di Eropah. AVG Italo boleh bergerak dengan kelajuan operasi maksimum 360 kmph. Tetapi semasa ujian awal kereta api AVG menetapkan rekod kelajuan 574 kmph pada tahun 2007. Ia dibina oleh syarikat pembuatan Perancis Alstom. Pada tahun 2008 syarikat Itali Nuovo Trasporto Viaggiatori (NTV) menempah 25 kereta api AVG dari Alstom untuk € 650 juta.
AVG Italo memulakan perkhidmatannya pada bulan April 2007 dan beroperasi antara Rom dan Naples. Penumpang kereta api AVG Italo boleh melengkapkan perjalanan antara bandar-bandar dalam hanya satu jam. AVG Italo mempunyai struktur mesra alam yang hebat, 98% daripada bahagian-bahagiannya boleh dikitar semula. AVG Italo mempunyai 11 set gerabak dan tempat duduk dibahagikan kepada tiga kelas – Club, Prima dan Smart. Ketiga-tiga kelas ini menawarkan kerusi kulit boleh laras, televisyen secara langsung dan Wi-Fi percuma.

2. Harmony CRH 380A, China
10Kelajuan operasi: 380 km / h
Kapasiti: 416.6 km / h

Harmony CRH 380A, dengan kelajuan operasi maksimum 380kmph, buat masa ini merupakan kereta api yang beroperasi kedua terpantas di dunia. Namun begitu semasa ujian awal dilakukan, ia menetapkan rekod kelajuan 416.6 kmph. Perkhidmatan keretapi di China meletakkan Harmony CRH 380a dalam perkhidmatan tetap antara laluan-Shangai Nanjing pada bulan Oktober 2010.
Harmony CRH 380A dihasilkan oleh CSR Qingdao Sifang Lokomotif dan syarikat Rolling Stock. Ia terdiri daripada aloi Aluminium yang ringan dan mempunyai bentuk kepala ikan seperti bahagian depan kereta. Reka bentuk yang luar biasa ini mampu mengurangkan tekanan aerodinamik. Bogi CRH 380A- adalah sepenuhnya bebas getaran.
Kereta api CRH 380A mempunyai kapasiti untuk membawa 494 penumpang pada satu masa. Setiap penumpang akan mendapat kemudahan seperti lampu membaca, suis dan paparan elektronik. Terdapat juga seksyen pemandangan untuk VIP berhampiran kabin pemandu. Ia memaparkan pemandangan untuk melihat kereta api bergerak. Seluruh unit gerabak CRH 380A berdedikasi untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang.

1. Shanghai Maglev, China
11Kelajuan operasi: 431 km / h
Kapasiti: 501 km / h

Shanghai Maglev merupakan kereta terpantas di dunia dengan kelajuan operasi maksimum 431 kmph. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pembangunan Pengangkutan Shanghai Maglev Co Shanghai Maglev yang bergerak di lintasan magnet berkelajuan tinggi Shanghai. Tidak seperti lintasan kereta api yang biasa, Shanghai Maglev tidak mempunyai roda dan ia terapung di atas medan magnet wujud di antara kereta api dan landasan. Tarikan ektromagnet yang terjadi daripada medan magnet yang kuat membenarkan kereta api untuk terbang di atas trek kerana tiada sentuhan antara kereta api dan landasan.
Shanghai Maglev akan mencapai kelajuan maksimum iaitu 431 kmph dari 0 kmph dalam masa 4 minit shaja. Landasan kereta api Maglev 30.5km panjang,Shanghai merupakan satu-satunya Maglev yang dikendalikan secara komersial di dunia. Shanghai Maglev dibina oleh syarikat Siemens dan Thyssen Krupp . Perkhidmatan awam Shanghai Maglev bermula pada 1 Januari 2004.
Ia beroperasi di antara jalan Long Yang dan lapangan terbang antarabangsa Pudong. Shanghai Maglev hanya mengambil masa 7 minit dan 20 saat untuk melengkapkan keseluruhan perjalanan. Jumlah kapasiti penumpang daripada kereta api Shanghai Maglev adalah seramain 574 penumpang dan beroperasi di antara setiap 15 minit. Ia menelan belanja AS $ 8 untuk satu tiket dan AS $ 16 untuk tiket VIP untuk menaiki Shanghai Maglev.

Pernah Dengar Tentang “Botak Chin” ? Bapa segala gangster yang ada kat negara kita pada masa dulu. Nak tahu cerita?

Image result for botak chin

Wartawan Dedah Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Nota Editor: 2 catatan tentang Botak Chin (antara penjenayah yang paling diburu dan dikehendaki oleh polis Malaysia satu ketika dulu) adalah hasil perkongsian Syahril A. Kadir. Beliau pernah bekerja sebagai Senior Crime Reporter di Utusan Malaysia.

SIAPA yang tidak kenal dengan penjenayah terkenal, Botak Chin? Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin menjadi sebutan pada era 70-an selepas terlibat dalam kes rompakan berskala besar di negara kita selain mempunyai sikap tegar dan zalim kerana dia tidak akan ragu-ragu membunuh kawannya sendiri kalau dia dapati mereka cuba belot dengannya.

Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Ikuti perkongsian menarik beliau yang mungkin tak pernah anda ketahui sebelum ini.

botak-chin-1

Catatan 1

BOTAK CHIN MAHU KONGSI HASIL ROMPAKAN DENGAN TIMBALAN MENTERI, CABAR PENJARA GUNA WAYAR GANTUNG DIRINYA!

HARI ni aku nak berkongsi kisah penjenayah tersohor di Malaysia, Wong Swee Chin@ Botak Chin. Sebenarnya dia bukan berkepala botak, tetapi ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), Kerja (Tak) Chin (China) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.

Dia ni famous sebab kononnya dia macam Robin Hood moden, rompak tetapi bagi duit kat orang miskin. Tapi ramai yang tak tahu, dia buat macam tu sebab nak ‘cover line‘ je, bila bagi duit kat orang, ramai yang selalu ‘cover‘ dia dari ditangkap polis.

Botak Chin ni terkenal era 70-an sebab selalu terlibat dalam rompakan besar dan tak ragu-ragu untuk membunuh kawannya sendiri kalau mereka belot.

Zaman tu aku pun tak lahir lagi tetapi aku dapat banyak maklumat mengenai Botal Chin daripada pegawai polis yang paling dibencinya, Tuan Kulasingam dari CID.

botak-chin-5

Botak Chin pernah mengarahkan kuncu-kuncu menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah. Aku pernah sehari suntuk duduk dengan Tuan Kulasingam masa dia pencen polis dulu untuk mendapatkan cerita pasal Botak Chin. Tak lama lepas tu Tuan Kulasingam meninggal dunia.

Baik, berbalik pada Botal Chin ni, masa dia kena tangkap dan dimasukkan ke Penjara Pudu dulu, dia pernah nak rancang untuk BOM penjara berkenaan.

Untuk itu sedikit demi sedikit dia sediakan bahan-bahan letupan seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Bila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara tu setengah mati!

Seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin kat Penjara Pudu untuk selesaikan masalah ‘keras kepala’ dia ni, tahu apa Botak Chin buat?

Dia boleh offer pulak Timbalan Menteri ni duit rompakan yang dia simpan janji dia dibebaskan dari penjara. Dia pulak nak ‘psiko’ Timbalan Menteri ni.

Dan bila Timbalan Menteri tadi enggan layan rancangannya itu, dia maki hamun Timbalan Menteri tu sebab kononnya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan ke atasnya.

“Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang. Apa tunggu lagi? Takut kah?,” jerit Botak Chin pada Timbalan Menteri tu.

Bila diterangkan pada Botak Chin yang tali gantung masa tu kehabisan stok untuk menggantung lehernya, sekali lagi Timbalan Menteri itu dimarahi Botak Chin.

Timbalan Menteri itu memberitahunya, tali gantung (ketika itu) terpaksa ditempah di England dan ia mesti disalut dengan baldu bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung pesalah.

Ternyata penerangan itu membuatkan Botak Chin lagi panas hati. Botak Chin terus tanya;

“Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah? Yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’

Untuk itu Botak Chin mencadangkan WAYAR untuk menggantung dirinya sebagai langkah alternatif. Ganas tak?

Tapi yelah, ganas macam manapun Botak Chin tak dapat lari daripada takdir. Akhirnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin menemui ajalnya setelah digantung sampai mati di Penjara Pudu.

Berakhirlah riwayat salah seorang penjenayah paling kejam dan licik di Malaysia.

NOTA:  Timbalan Menteri yang saya maksudkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi pernah menulis pengalamannya dengan Botak Chin itu dalam blog peribadinya.

Baca: Suspek Rompakan Menangis Apabila Bertemu Semula Rakan Sekelas Di Mahkamah Dalam Keadaan Janggal

botak-chin-4

Catatan 2

DR. MAHADEVAN: BOTAK CHIN BERDIRI TEGAK TANPA DISURUH SETIAP KALI LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG!

Kelmarin aku ada menulis mengenai penjenayah terkenal, Wong Swee Chin@ Botak Chin, seorang lelaki yang cukup terkenal dengan kegiatan jenayahnya sekitar tahun 70-an hingga digeruni oleh masyarakat dan menjadi orang yang paling diburu PDRM ketika itu.

Tapi tak ramai tahu yang ada seorang lelaki yang telah diberi tanggungjawab untuk ‘menganalisa’ penjenayah paling berbahaya ini ketika suspek berjaya diberkas pihak polis dalam satu operasi khas. Orangnya tidak lagi dan tidak bukan, Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan (ketika itu), Tan Sri Dr. Mahadevan.

Dr. Mahadevan adalah satu nama besar dalam bidang psikatri di negara kita. Malah untuk pengetahuan korang, beliaulah yang memberi nama Hospital Bahagia kepada pusat perubatan mental tertua di negara kita itu.

Berbalik pada kisah Botak Chin, antara cabaran awal Dr. Mahadevan adalah memastikan keselamatan petugas perubatan hospital itu. Ini kerana Botak Chin mempunyai ramai pengikut yang setia dan sanggup berbuat apa saja bagi memastikan penjenayah tersebut dapat lari sama ada dari penjara ataupun hospital.

Untuk itu, Dr. Mahadevan telah melantik tiga pegawai paling dipercayainya untuk bersedia berhadapan dgn sebarang kemungkinan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini selama Botak Chin dirawat di hospital tersebut.

Bagi memantau tingkah laku Botak Chin dalam wad mental itu, Dr. Mahadevan telah memasang kamera tertutup di wad berkenaan. Tindakan ini langsung tidak disedari oleh Botak Chin.

Selama pemerhatiannya menerusi sebuah monitor khas yang disambung wayarnya dengan kamera tersebut, beliau mendapati Botak Chin seorang yang cukup disiplin, jauh dari tanggapan orang sebelum ini. Menurut Dr. Mahadevan, setiap pagi lelaki itu akan membuat latihan senaman tai chi di biliknya.

Botak Chin juga hanya meminta sebuah televisyen di biliknya dan setelah permintaannya itu ditunaikan, dia habiskan masanya dengan menonton TV hingga tamat siaran.

Yang paling beliau tidak lupa, setiap kali TV memainkan lagu Negaraku ketika tamat siaran, setiap kali itu jugalah Botak Chin akan bangun berdiri sebagai tanda hormat!

Menurut Mahadevan, Botak Chin juga digilai ramai wanita hingga menyebabkan Hospital Bahagia itu sentiasa dihujani panggilan mereka yang bertanyakan keadaan terkini penjenayah berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Dr. Mahadevan, Botak Chin menafikan yang beliau gemar membunuh, sebaliknya penjenayah itu mendakwa tidak pernah melepaskan tembakan (kecuali terpaksa) dan akan memastikan premis yang dirompaknya BEBAS dari kehadiran pelajar sekolah.

Malah Botak Chin memberitahu ada ketikanya dia hanya merompak menggunakan pistol yang tidak berisi peluru bagi mengelakkan kecederaan atau kematian mana-mana pihak.

Kata Dr. Mahadevan, Botak Chin juga pernah merayu kepada mahkamah agar organ badannya seperti mata dan buah pinggangnya didermakan kepada mereka yang memerlukan selepas dia digantung di penjara namun ia ditolak oleh hakim kerana penjenayah itu tidak pernah mengisi borang untuk berbuat demikian!

botak-chin-2

AKU DAN DR MAHADEVAN

 

Namun menurut Dr. Mahadevan, selepas 19 hari dirawat di Hospital Bahagia, beliau terpaksa ‘melepaskan’ Botak Chin untuk ditahan di penjara kerana pihak polis menemui sebutir peluru di hospital itu – yang dipercayai satu ugutan dan percubaan untuk melarikannya dari wad gila berkenaan!

Begitulah serba sedikit pengalaman seorang tokoh perubatan yang makin dilupakan jasa dan sumbangannya pada negara. Kini Dr. Mahadevan semakin tua dimamah usia. Beberapa tahun lepas beliau nyaris maut apabila diculik sekumpulan penjenayah dan dipukul hingga mengalami kecederaan parah.

Kali terakhir aku bertemu Dr. Mahadevan adalah kira-kira lima tahun lepas di Carcosa Seri Negara. Entah di manalah beliau sekarang.

sumber thevocket.com