10 Petanda Bahawa Si Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat istikharah dan tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: ILuvIslam

10 Perubahan Ini Bakal Anda Lalui Saat Bertemu Jodoh Yang Sejati

Setiap orang ada impian untuk bertemu jodoh, bercinta dan berakhir dengan sebuah perkahwinan bahagia. Saat bersama dengannya, pasti tidak pernah merasakan kekurangan. Kesamaan anda dan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan membahagiakan walaupun ada ketikanya dilontarkan masalah serta ujian. Tanpa anda sedar jodoh akan mengubah perilaku anda menjadi orang yang berbeza. Berikut merupakan perubahan-perubahan yang bakal anda lalui apabila bertemu jodoh yang tepat.

1. Mula melihat kehidupan dalam perspektif berbeza

Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.

 

2. Orang lain tidak lagi menjadi perhatian anda

Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.

 

3. Rasa semakin yakin dan tidak ragu-ragu dengan hubungan ini

Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.

 

4. Lakukan perkara baharu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini

Benarlah cinta mengubah segalanya. Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan perkara baharu yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.

 

5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri

Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan. Jika sebelum ini kuku pun jarang potong dan dibiarkan kotor namun kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.

 

6. Ada hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling

Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda sudah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling anda.

 

7. Menjadi penyelesai masalah yang baik

Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.

 

8. Berkongsi rahsia diri kepada pasangan

Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda nanti.

 

9. Membayangkan masa depan bersamanya

Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.

 

10. Hasrat kenalkan pasangan dengan orang tua

Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.

Sumber : BaitulJannah

Belajarlah Menerima Dan Memberi Cinta Kerana Allah

Assalamualaikum

Banyak pekara yang ingin di ceritakan kepada semuanya tetapi masa berlalu dengan pantas mencemburuinya untuk di paparkan kepada semua.

Sahabat : Acik , dia tuturkan sayang dan cinta kerana Allah..Tapi bila bercakap soal kawin,dia menghindar dan kata masih banyak pekara yang perlu di selesaikan selain soal rumahtangga.

Aku sayang dia , sumpah demi Allah.Sungguh-sungguh cinta. Tak mungkin rasa cinta ini hadir begitu saja kalau bukan dari Allah.”

Acik : aku tak mampu selesaikan masalah kau, tapi aku hanya mampu beri nasihat kau.

Sahabat : “Dan kini, dia mula menghindar. Dia sudah berubah. Dulu, hampir setiap malam dia menelefon, aku boleh kata hampir setiap jam. Hanya mahu mendengar suara, menyatakan rindu dan sayang.”

Aku tak sangka acik, dia seolah dah berubah, katanya nak exam, exam itu lebih penting dari aku ?

“Dia janji, Acik. Mahu bersama-sama dengan aku dalam hubungan ini. Dia minta aku tunggu. Aku tunggu. Tetapi bagaimana aku harus tunggu jika dia sendiri sudah menjauh? Tuhan saja tahu perasaan aku.”
Acik : Aku faham perasaan kau, aku tahu apa rasanya mencinta kemudian diabaikan. Aku pernah berada di situasi ini. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan rasa cinta ini kepada kita.Allahul musta’aan.Cuma sayangnya kita tidak pernah belajar memberi dan menerima cinta kerana Allah.
Maksud kau acik ?
Acik : Cinta itu sebuah perasaan yang sangat indah. Indahnya rasa cinta ni buat kita jadi macam orang gila, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Kita rindukan dia setiap hari, tidak boleh tak mendengar suaranya walau sekejap, kita tatap gambarnya di laman sosial, mahu berjumpa selalu, malah apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, akan kita suka. Yang kita selalu lupa, perasaan itu dari Allah.
AKU TAHU SEMUA ITU ACIK,AKU SEMEMANGNYA AKU CINTA DIA KERANA ALLAH..
Acik : Cinta kerana Allah tidak menyakitkan begini.Cinta memang dari Allah, tetapi jika cinta itu tidak dijaga dan dipelihara demi Allah yang Maha Suci dan Maha Kasih, akan hilang manisnya. Cinta kerana Allah akan meletakkan Allah di tempat pertama. Akan meletakkan Allah sebagai pembimbing, sebagai jalan. Di mana cinta Allah ketika kita sasaukan kekasih kita? Di mana cinta Allah ketika kita mabukkan dia?” Di mana cintanya ketika kita bertelefon 24 jam dengannya?
Bila kita kata kita sayang dan rindukan seseorang kerana Allah, apakah cara kita menunjukkan sayang dan rindu itu juga kerana Allah? Dalam cinta, bukan lafaznya yang utama, tetapi perbuatan membuktikan juga perlu sama dengan apa yang dikata. Sama dalam hal cinta kerana Allah ini. Mengatakan cinta itu kerana Allah tidak memadai jika jalan yang kita ambil bukan jalan Allah.
Inilah ujian !!

Sahabat : Habis apa yang perlu aku buat ? Dia baik acik dengan aku !!

Acik : muhasabah diri , Tetapi boleh jadi bukan dia yang terbaik untuk kau. Dia baik, tetapi Allah mahu beri yang lebih baik daripada dia. Siapa tahu? Allah lebih tahu.Yang baik adalah yang mencintai kerana Allah. Dan cintanya itu membawa kita semakin kenal dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Cintanya dibawa melalui jalan yang Allah redha. Rindunya diraikan dengan apa yang Allah suka, menghindar apa yang Allah larang. Lelaki yang baik adalah yang mahu memimpin kita ke syurga.

Macam mana keadaan aku ?

Acik :Mohonlah dari Allah. Kalau benar dia yang terbaik untuk kau, maka mintalah dipermudahkan. Kalau bukan, redhalah. Sentiasalah bersedia menghadapi apa saja ketentuan Allah. Jangan terlalu cinta, jangan juga terlalu benci, usahakanlah jalan tengah supaya kita tak kecewa.

Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal a buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Jodoh Kadangkala Macam Kita Cari Parking….

Assalamualaikum

Hidup kita ini tak lari dari sepi melihat kebahgiaan orang lain. Bila jumpa kawan-kawan sekolah semua dah ada anak. Soalan biasa , bila aku nak makan nasi minyak kau ?

Memang kita akan “stress” dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Tapi kita kena kuatkan hati, berdoa dan berusaha. Bila tiba masa dan keadaan yang tepat inshaAllah kita temui jodoh kita.

Jodoh kadangkala macam kita cari parking. Pusing-pusing merata tempat. Tak jumpa, ada itu jauh sangat tak sesuai. Ada itu di kawasan yang berlopak sukarnya untuk lalui. Ada itu kita dah jumpa confident kita dapat rupanya kita di tipu bila dah dekat rupanya ada kereta kancil .Tertipu kita, tapi dengan kesabaran kita tetap teguhkan hati mencari rupanya ada parking kosong depan mata.

Hidup kita adalah satu perjalanan yang panjang. Ada juga perjalanan yang pendek. Ianya mengikut takdir kita.Seperti pemandu kereta tadi, kita jugalah menjadi pemandu untuk kehidupan kita. Untuk lebih baik atau untuk jalan berliku ?

Kitalah pembimbing diri kita untuk berjumpa dengan jodoh kita dalam keadaan yang bagaimana. Jika ingin jodoh yang baik, berusahalah untuk jadi baik. Kita berusaha ,selebihnya biar Allah yang uruskan.

Kadang kita bertemu dengan seseorang yang buat kita tersakiti ianya adalah ujian mendewasakan kita. Bila kita jumpa seseorang yang jaga agama dan akhlaknya maka jangan lepaskan dia.

Jodoh juga adalah cerminan diri kita, ianya juga adalah refleksi diri kita untuk kita saling melengkapi. Sebagaimana pencarian parking tadi, kita kena kuatkan hati kita, tepuklah dada, pujuklah dia. Bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.

Jodohkan rahsia yang ekslusif Allah untuk kita. Bila kita dah bersedia ,Dia pasti temuikan kita dengan seseorang selayaknya untuk kita.Jika tidak di dunia, inshaAllah di sana nanti.

Kita pula jangan terlalu nak memilih si cantik dan si kacak sahaja tetapi ianya juga ujian untuk kita. Bilamana seseorang itu bila kita melihat dia sejuk hati kita dan tenang jiwa kita itu pun sudah memadai.

Kepada rakan dan keluarga bantulah dengan doa.Jangan jadikan dia bahan untuk di bicarakan tetapi untuk di permudahkan jodohnya.

Hai jodoh, Awak kat mana ?

Wanita, Jangan Lupa Hafal 13 RAHSIA Ini Kalau Nak Selamat Daripada Bercinta Hak Milik Orang!

Gambar sekadar hiasan. – Google

Nak hidup zaman sekarang, macam-macam orang sanggup buat sampai bercinta hak milik orang pun jadi perkara biasa! Lagi parah kalau wujud orang yang jenis tak cukup satu.

Suka curi peluang mengurat awek demi puaskan hobi luar biasanya! Dah ada anak bini pun, ada yang mengaku masih bujang. Itu yang jadi sakit hati! Sudahnya si perempuan dituduh perampas.

Ok, jangan susah hati sebab kali ini Hakak nak kongsi cara nak jadi detektif untuk selamatkan diri dari bercinta dengan suami orang, jom selongkar tip ini…

1. Jenis cakap tak pandang mata

Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Mata asyik ‘merayau’

Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia takut/risau terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tengok awek lain.

3. Jenis makan tempat PRIVATE

Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dari tempat tinggalnya.

4. Payah nak contact

Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur atau silent.

5. Tak pernah bawa jumpa orang tua

Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Ada barang budak

Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Pengalaman luar biasa

Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Miang sangat!

Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.

9. Sedikit boroi

Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Suka bawa diri kalau jawab call

Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya atau koleksi awek-awek yang lain.

11. Kereta kemas semacam

Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12. Cuba check pelekat kereta!

Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13. Media sosial yang kurang kawan

Ini paling mudah, godek media sosial miliknya. Kalau jenis tak up gambar seseorang dalam media sosial pun pelik juga. Sila bertukar jadi detektif, stalk samapi dapat kesan sesuatu!

Haaa… apa susah sangat nak selesaikan masalah ini… semuanya di hujung jari. Nak kena rajin dan bijak sikit saja. Semoga kita terlepas dari status PERAMPAS hak orang! Semoga bermanfaat!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mingguan Wanita

10 Sikap ‘Terlalu’ Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan

Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri kita.


10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.

Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjungi

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.

Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

Sulit Untuk Memilih Hingga Tak Dipilih. Kenapa Bukan Aku Yang Kau Pilih?

Hari ini , entah apa yang aku rasa, seperti tak ada cinta, setelah ku sadari semua telah pergi, Pergi untuk memilih , melilih cinta yang lain .
sepi

Aku hanya bisa diam saat aku memahami itu . tak dapat berbuat apa apa , tak berhak menuntut apa apa . Apa aku akan tetap seperti ini ? tak mengerti apa yang kutunggu , tak pahami apa yang ku mau . Sulit untuk memilih hingga akhirnya aku tak dipilih . kisah ini cukup memilukan ..

membiarkannya pergi

Kesalahan bodoh yang terus menerus terulang , aku membiarkan orang yang  kusayangi itu menunggu , hingga dia bosan dalam penantiannya dan menyerah lalu memilih cinta yg lain. cinta yang lebih baik , yang tidak membiarkan mereka menunggu lama .

belajar ikhlas

Dan disaat seperti itu aku hanya bisa mengikhlaskan semuanya , aku tak berhak menuntut apapun , bicara soal ikhlas itu terlihat mudah tapi kadang sulit untuk di realisasikan .

menyesal

Ketika orang yang pernah menyangikita pergi dan memilih orang lain , kita baru sadar betapa berharganya ia dalam hidup kita , dan timbul rasa penyesalan .Tapi semua ini tak perlu disesalkan , tohh dia juga mungkin udah bahagia dengan orang lain.

rindu

Hmm tapi  terkadang aku rindu dengan sosok itu , dia yang kadang menyempatkan untuk mengirim pesan singkat  di saat-saat kesibukannya, dia yang pernah membuat aku tersenyum saat aku mengingatnya, dan aku mulai sadar ini hanya rindu yang sepihak, aku tak punya alasan untuk merindukan mu lebih dari ini .

mungkin kah akan kembali

Aku tak berharap kau kembali , Tapi aku akan menyimpan semua kenangan yang tersisa , senyuman terakhir yang kau beri untuk ku , aku akan selalu mengingatnya,
Semoga kau bahagia dengan apa yang kau miliki saat ini , maaf  telah membuat kau menunggu begitu lama .

suatu saat nanti

Aku hanya bisa berharap dan berdoa , agar suatu saat nanti entah itu kapan akan ada seseorang yang mampu membuat ku tersenyum saat aku tak dapat memberikan senyum itu, seseorang yang mampu mebuat aku tertawa saat aku hanya bisa tersenyum, seseorang yang mampu mendekatkan ku pada Allah SWT ,
mendekatkan diri pada allah

seseorang yang mampu mengajarkanku tentang apa yang belum aku ketahui , seseorang yang dapat memahami aku tanpa aku harus beri dia pemahaman .

Aku yakin rencana Allah itu pasti lebih baik ,  dan aku percaya tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu_Nya.Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah ALLAH aturkan untuk kita.

Sayangku… Aku Menanti Dalam Sepi…

Sayangku…
Dalam ruang kamarku yang sepi ini aku duduk menyendiri melayan perasaan dan mengulit kembali cebisan-cebisan memori silam yang tak mungkin berulang kembali dalam hidupku kerana ia terlalu pahit untuk dikenang dan terlalu manis untuk dijadikan koleksi di dalam lipatan diari hidupku, kerana aku begitu takut ianya akan aku lupakan dan akan kulemparkan jauh dari kotak ingatan ini. Lantas aku mengambil keputusan untuk membuka kembali helaian-helaian diariku di saat-saat aku sedang bersendiri begini supaya segala memori semalam sentiasa segar dalam ingatan ini.Namun akhirnya memori itu membuat aku semakin terluka kerana semakin aku mengembalikan cebisan memori itu semakin itu jugalah hati yang sepi ini merindui belaian mesra darimu walaupun aku sedari ia tak mungkin aku miliki lagi…

Sayang…
Bagaimanakah jalan yang paling baik untuk aku melupakan memori-memori manis antara kau dan aku sedangkan ia sentiasa memburu langkah kakiku dan hadir didalam setiap mimpiku, dan tidak kurang jua ia menjadi teman setia di kala aku kesepian. Tapi terkadang kala mahu saja aku membenamkan ke dalam lautan agar ia tidak lagi mengganggu tidur ini, tapi ia masih mampu merenangi tepian hatiku, mahu saja aku membakarnya dalam lautan api agar ia terbakar hangus dan sisa-sisanya bisa diterbangkan angin pergi jauh dari hidupku tapi..sayangku..masih ada setitis embun simpati yang mampu memadamkan api itu lantas akhirnya aku yang kecewa dan terpaksa menerima walau telah jutaan kali aku mencuba..dan..jadilah aku seorang perindu yang mengharapkan sinaran kasih dari hatimu tapi bisakah aku mengecapinya semula sedangkan hati ini telah terguris luka.

Kekasihku…
Andai masih ada masa buatku meneruskan perjalanan hidup ini, akan ku cari tasik yang tenang untuk aku merehatkan langkah kakiku dan akan kubina sebuah danau yang indah walau tak seindah Taj Mahal untuk ku tinggalkan pada insan yang bakal singgah di tempat itu supaya mereka juga dapat merasakan ketenangan sebagaimana yang aku rasakan di tempat itu walau sedetik cuma. Akan kuikuti hujung pelangi agar dapat aku mengecapi keindahan yang sebenarnya dan akan aku tuliskan tafsiran keindahannya di dalam helaian diariku, supaya pabila aku sudah tiada lagi di dunia ini keindahan pelangi itu tidak menjadi satu misteri sebagaimana perjalanan hidupku ini yang tidak bisa ditafsirkan oleh sesiapa walaupun dirimu yang pernah membelai hatiku dan merungkaikan seribu kekusutan yang berlaku dalam jiwaku.

Ketahuilah olehmu kekasih…
Diri ini bukanlah mengharapkan belas simpati orang untuk meneruskan perjalanan hidup hingga ke destinasinya..tetapi hanya sekadar kepastian bahawa hatiku dan rasa cintaku pernah dimiliki oleh seseorang dan mampu membuatkan insan itu tertawa gembira tapi andainya belaian rasa cinta dari hati ini membuat insan yang lain kecewa maka maafkan aku kekasih kerana aku hanya mampu menerima sekeping rasa cinta dari seorang lelaki sahaja di dalam satu masa. Pintu hatiku hanya terbuka untuk seorang insan yang bisa membuatkan aku mengenal rasa kasih dan sayang dan bukannya kebencian kerana aku tidak mahu membenci dan dibenci.

Oh kasih…
Andainya kau merasakan kesepian di saat ini sebagaimana yang aku rasakan adakah kau ulit kembali memori indah ketika kita pernah bersama atau kau pergi mencari tasik yang tenang dan danau yang indah di mana di sana aku pernah singgah untuk mencari sedetik kedamaian. Andai kau temui tempat itu kasih.. jangan lupa untuk mengukir namamu di salah satu pepohon untuk membuktikan bahawa kau pernah berada di situ. Andai di satu masa nanti aku kembali ke tempat itu ketahuilah olehku bahawa hati bisa bersatu kembali. Semoga kau juga akan dapat menikmati keindahan hujung pelangi dan membaca tafsiran keindahannya yang kutinggalkan di dalam helaian diariku…
Nukilan 1985….

Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

Kemudian, apa perlu buat jika putus cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Surah At-Talaq ayat 2-3.

Cinta Pertama… Kenapa Ia Sangat Sukar Untuk Dilupakan?

Cinta Pertama… Kenapa Ia Sangat Sukar Untuk Dilupakan?

Masihkah anda ingat siapa yang berjaya menambat hati anda? Orang yang pertama buat anda tersenyum sendiri…

Cinta pertama tidak sama seperti cinta monyet. Cinta monyet itu cinta yang main-main yang tidak punya masa depan, berbeza dengan cinta pertama yang anda ada cita-cita untuk bersama si dia hingga ke akhir hayat. Namun tidak semua cinta pertama dapat dilafazkan dan bersama. Kadang ia hanya terkubur bersama impian yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Foto – marieclaire.com.my

Sehingga kini ramai yang masih merungut, kenapa diantara mereka susah untuk melupakan yang pertama walaupun sudah yang terakhir?

#1 Usia

Kebanyakan dari kita mula timbul perasaan ‘suka’ dan ‘jatuh cinta’ sekitar umur 13 hingga 25 tahun. Sewaktu itu otak lebih banyak bekerja dan perasaan lebih dramatis.

Foto – Cosmopolitan

#2 Naluri

Cinta pertama ialah individu pertama mengerakkan hati dan naluri sebenar mengenai perasaan suka, sedih, kehilangan, kemahuan dan banyak kali. Jadi setiap kali wujud rasa ‘cinta’, setiap itulah dia sentiasa berada dalam fikiran. Ada sesetengah dari kita, percaya si dia yang mula ajar apa itu cinta.

Foto – Us Weekly

#3 Ianya suci

Boleh dikategorikan sebagai cinta pertama ialah cinta yang polos suci. Dimana semakin kita dewasa, cinta yang jujur mula pudar. Sewaktu cinta pertama sikap yang ditonjolkan lebih jujur, ikhlas dan benar-benar terbuka terhadap perasaan.

Foto – Celebuzz

#4 Terkenang memori indah

Yang pertama buat anda rasa begitu gembira, siapa boleh lupa tentang memori ceria bersama si dia. Setiap kali anda mengenangkan perkara yang mengembirakan pasti terselit saat, memori dan pengalaman indah ketika bersama si dia.

Foto – Getty Images

#5 Kerana ianya sentiasa yang pertama

Bukan anda tidak mahu melupakannya tapi yang pertama telah menakluknya dahulu. Anda akan sentiasa ingat yang pertama sebelum seterusnya. Namun jaga-jaga tidak semua cinta pertama harus dimilikinya kerana ia hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai seorang insan mencari cinta. Jangan terjerat!

Foto – Bored Panda

Sesungguhya cinta pertama itu suatu yang teruja, magis dan paling sukar dipadamkan dalam ingatan.