10 Hero Kegilaan Malaya Zaman 80an & 90an. Dulu VS Sekarang

Dulu, semasa era 80-an dan 90-an, aktor-aktor inilah yang menjadi kegilaan para wanita. Masa tu Fattah Amin pun belum lahir kot. 

Kini kebanyakan selebriti ini sudah menjangkau usia 50 tahun tapi ada yang masih segak bergaya dan masih aktif jadi hero filem/drama. Ada juga yang sudah meninggalkan dunia lakonan. Siapakah mereka? Jom kita lihat.

#1 Azhar Sulaiman

azhar sulaiman ketika remaja

Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1989, Azhar Sulaiman terkenal kerana wajah ‘babyface’nya serta senyuman yang menawan. Azhar juga dikenali kerana kebolehannya bertutur bahasa Inggeris dengan lancar, mempunyai pendidikan tinggi dalam bidang senibina dan merupakan seorang arkitek bertauliah.

Namanya sering meniti bibir peminat sejak beraksi di layar perak dalam filem Mira Edora pada tahun 1990. Pada tahun 1993, Azhar menjadi watak utama dalam filem Abang 92 yang meletup di pawagam dan beliau terus semakin laris memenuhi permintaan pengarah drama dan filem tanah air ketika itu.

azhar sulaiman terkini

Azhar masih aktif dalam lakonan dan pengacaraan sehingga ke hari ini.

#2 Datuk Yusof Haslam

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia. Sebut sahaja Datuk Yusof Haslam, semua orang kenal dan tahu nama filem yang beliau pernah hasilkan.

yusof haslam beraksi dalam bukit kepong

Sebelum menjadi pengarah, beliau merupakan salah seorang hero kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Lakonan mantapnya bersama Datuk Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepongberjaya menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.

yusof haslam terkini 702

Kini Datuk Yusof Haslam lebih banyak bekerja di belakang tabir dan memperkembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang.

#3 Dato’ Awie

awie lagenda rock bersama amy search

Dato’ Awie memulakan kerjayanya sebagai seorang vokalis bagi kumpulan rock terkemuka tanah air, Wings. Beliau kemudian melebarkan sayap ke bidang lakonan melalui filem Pemburu Bayang pada tahun 1993. Filem yang menggandingkannya dengan ratu rock Malaysia, Ella berjaya memecahkan panggung dan dari situ Awie terus mengorak langkah dalam perfileman.

awie terkini semasa majlis perkahwinan bersama isteri yang ke 3

Walaupun sering dilanda kontroversi dan gosip, namun Dato’ Awie tidak patah semangat dan masih aktif berlakon drama, filem dan teater sehingga ke hari ini. Filem terakhirnya adalah Upin Ipin Jeng Jeng Jengpada tahun lepas.

#4 Eman Manan

eman manan menang anugerah pelakon lelaki terbaik filem bintang malam

Eman Manan telah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong mula berjinak-jinak dalam lakonan pada tahun 1980-an. Namanya mula diangkat setelah memegang watak utama menerusi filem Matinya Seorang Patriotsemasa bergandingan dengan Noor Kumalasari.

eman manan terkini

Sehingga ke hari ini, Eman Manan masih lagi bergiat aktif dengan membintangi drama serta telefilem tempatan.

#5 Azmil Mustapha

Siapa tak tahu filem Ali Setan tahun 1985? Sampai sekarang boleh gelak mengekek kalau tengok cerita tu. Watak hero dalam filem itu, Azmil Mustapha merupakan seorang graduan dalam bidang perfileman dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat pada tahun 1979. Maka tak hairanlah beliau mampu menjiwai watak-watak yang diberikan dengan baik.

azmil mustapha ali setan

Pada tahun 2005, Azmil telah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan meneruskan kerjaya sebagai penceramah bebas lantaran penghijrahan dirinya. Kini beliau lebih selesa dengan penampilan ringkas berserban dan memakai jubah putih.

azmil mustapha terkini

#6 Faizal Hussein

Pelakon kacak dan tinggi lampai yang dilahirkan pada 31 Mei 1967 ini merupakan anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hasan dan Mahyon Ismail.

faizal hussein dalam gila gila remaja

Filem yang melonjakkan namanya adalah Gila-Gila Remaja pada tahun 1985 yang merupakan hasil arahan ayahnya sendiri dan dalam filem itu Faizal bergandingan bahu bersama sepupunya, Rosyam Nor. Kejayaan filem itu telah meletakkan Faizal Hussein sebaris dengan pelakon-pelakon hebat yang lain. Filem lakonon Faizal seperti Bayangan Maut, XX Ray, Leftenan Adnan semuanya pecah panggung.

faizal hussein terkini

Sehingga ke hari ini, walaupun sudah berusia 50 tahun, Faizal masih lagi menerima watak-watak hero untuk filem, telemovie dan drama justeru membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus kekal dalam industri.

#7 Sidi Oraza

Pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini dikatakan agak selektif dalam memilih karya lakonan beliau. Syed Osman bin Syed Rastan, atau lebih dikenali sebagai Sidi Oraza walau bagaimanapun berjaya menempa nama dalam dunia anak seni apabila beliau dinobatkan dua kali sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Sayang Salmah dan Layar Lara.

sidi oraza dahulu rupanya takut dengan perempuan

Pada awal tahun 2000, Sidi Oraza telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon atas faktor kesihatan. Beliau kemudian memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dibangunkan bersama abangnya yang berkonsepkan pertanian dan perladangan.

sidi oraza terkini

Kini, Datuk Syed Osman merupakan seorang usahawan berjaya yang banyak membantu peniaga dan petani kecil sehingga berjaya menerima Anugerah Keusahawanan-Bio Terbaik pada 2015.

#8 Edika Yusof

Edika Yusof dikatakan aktor yang paling kacak pada zaman 90-an dahulu. Model tinggi lampai dan berdarah kacukan Pakistan ini mencipta nama melalui filem Pelumba Malam dan Maria Mariana.

edika yusof dahulu
Edika Yusof meninggalkan dunia seni kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga isterinya yang lumpuh sejak 13 tahun lalu. Beliau kini tampil dengan imej berambut botak kerana menunaikan nazar untuk tidak berambut selagi isterinya belum pulih.

edika yusof terkini

Setelah hampir 20 tahun tidak beraksi di hadapan kamera, Edika akhirnya telah menerima tawaran daripada Datuk Shah Rezza untuk membintangi sebuah filem yang ditayangkan di saluran Astro First berjudul Permata Hati.

#9 Rosyam Nor

rosyam nor semasa muda 898

Rosyam Nor mula dikenali setelah debut filem pertamanya, Gila-gila Remaja pada tahun 1985 di mana beliau berlakon bersama-sama sepupunya, Faizal Hussein. Namun, kejayaan box office Rosyam hanya datang hampir 10 tahun kemudian dengan filem Suami, Isteri dan …

Rosyam terkenal dengan kebolehan lakonannya yang versatil dan telah merangkul banyak anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni.

rosyam nor terkini

Kini, Rosyam lebih banyak mengarah dan menerbitkan filem. Beliau juga yang tidak lokek ilmu telah banyak membantu pelakon-pelakon baru menempa nama dalam industri sehingga terkenal.

#10 Badrul Muhayat

badrul muhayat hero remaja

Badrul mula berlakon dengan filem Riang Tirana pada tahun 1990. Namun, cerita yang membuatkan namanya melonjak naik adalah filem Harry Boy di mana dia bergandingan dengan Sofea Jane, seorang aktres wanita terkenal ketika itu.

Badrul masih aktif berlakon sehingga ke hari ini.

Sumber: ILUMINASI

Perubahan Pengiran Anak Sara Isteri Putera Mahkota Brunei Setelah 13 Tahun Berlalu

Masihkah anda ingat dengan gerangan wanita anggun dan manis ini? Sudah tentu ramai yang mengenali personaliti DiRaja dari Negara Brunei Darussalam ini.

Baginda merupakan antara kerabat DiRaja yang terkenal diserata dunia dek kerana kecantikan dan kemanisan wajah baginda. Baginda sering menjadi perhatian media di Majlis-majlis DiRaja di seluruh dunia.

Baginda kerap kali tidak pernah gagal untuk mempamerkan pesona baginda kepada dunia.

Baginda yang dimaksudkan ialah Isteri kepada Putera Mahkota Brunei Darussalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman,D.K.(Brunei), Grand Cordon Special Class of the Supreme Order of the Renaissance (Jordan).

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Baginda merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan YM Pengiran Salleh Abdul Rahman Pengiran Damit dan YBhg Rinawati Binti Abdullah.

Ayahanda baginda merupakan kerabat jauh kepada Sultan Brunei manakala bonda baginda adalah wanita kelahiran Switzerland yang pernah bekerja sebagai Jururawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Nama asal bonda baginda ialah Suzanne Aeby.

Dan ini Gambar Terbaru baginda selepas 13 Tahun berlalu.

Kehadiran Pengiran Anak Sarah dalam keluarga DiRaja Brunei amat dialu-alukan dan diterima oleh seluruh rakyat Brunei.

Gaya baginda yang sentiasa kelihatan anggun dan tingkah laku yang sopan menjadikan baginda ikon wanita muda bagi negara Brunei.

Usia yang muda tidak menghalang baginda untuk bergiat aktif di dalam bidang kebajikan di Brunei.

Baginda sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas baginda selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.

Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau diperingkat antarabangsa seringkali menarik perhatian setiap mata memandang.

Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan baginda sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.

Pengiran Anak Sarah telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dari Universiti Brunei Darussalam pada Oktober 2010.

Baginda juga merupakan kadet tentera di Univerisiti dan merupakan penjaring terbanyak dalam sukan bola jaring di universiti tersebut.

Kini di usia menjangkau 30 tahun dan walaupun mempunyai dua orang cahaya mata, baginda masih lagi kelihatan seperti seorang anak gadis.

Semoga Allah sentiasa merahmati Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan seluruh kerabat DiRaja Brunei Darussalam.

Sumber : AmazingNara

“Kau Ni Agama Apa Ye? Dah Jadi Kafir Ke” – Netizen Kecam Eina Azman Sambut Deepavali

Bagi mereka yang berpeluang untuk berkahwin dengan bangsa lain mungkin dapat merayakan pelbagai sambutan seperti Raya Cina ataupun Deepavali. Dan baru-baru ini, sambutan Deepavali memang meriah dengan dentuman bunyi bunga api dan cahaya yang berwarna-warni.

Bila jenguk ke laman Instagram artis macam Eina Azman, lagilah seronok bila tengok dia bersama suami dan anak-anak kembarnya turut meraikannya.

Bagi mereka yang tak tahu, pelakon ini telah berkahwin dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang berketurunan Sikh. Jadi tidak hairanlah jika mereka menyambut Deepavali sekali dengan keluarga belah suami.

Tapi biasalah bila sampai sahaja ke pengetahuan netizen, habis semuanya dikutuk! Paling sedih bila mereka mempersoalkan pegangan agama dan akidah Eina. Ada yang beranggapan tindakan Eina meraikannya adalah tidak patut sama sekali.

“Kau ni agama apa ya, kenapa nak sambut Deepavali pulak?”

Tak cukup dengan itu, siap mengata pasangan ini langsung tidak secocok, malah Eina Azman dianggap sebagai seorang yang materialistik.

“Kalau laki tu tak berduit meniaga kedai runcit kau ingat eina pandang kew.”

Image result for Eina Azman deepavali

Image result for Eina Azman deepavali

Image result for Eina Azman deepavali

Image result for Eina Azman deepavali

Banyak betul masa netizen mencari kesalahan orang lain ya. Apa salahnya jika meraikan perayaan bersama-sama. Adakah ianya berdosa?

‘Sepatutnya Saya Jawab A, Bukan B’ – Shazana Clever Girl

PETALING JAYA – Finalis program Clever Girl, Shazana Kamaruzaman menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Jelasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

Malah kata wakil negeri Selangor ini, sebagai peserta program itu dia menafikan dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.
Menurut Shazana melalui kontroversi ini juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu program realiti ini kembali menjadi tumpuan apabila Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia. Sebelum ini seorang bekas peserta program ini Syakirah Mohd. Azam atau Kiera mendakwa program tersebut mengamalkan sikap pilih kasih dan memberikan jawapan awal kepada peserta pilihan.

Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.

Sumber: UTUSAN ONLINE

10 Selebriti Terkaya di Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu.

1. Michelle Yeoh
Michelle Yeoh
Michelle Yeoh adalah aktris terkaya Malaysia dan masuk dalam daftar pertama dalam 10 selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 245 juta. Dia terkenal dengan berbagai pertunjukan aktingnya di banyak film laga di Hong Kong. Dia telah diakui untuk peran akting dan dinamisnya dalam “Tomorrow Never Dies” yang merupakan film seri James Bond dan juga di film-film seperti “Hidden Dragon and Crouching Tiger”. Dia juga telah dinyatakan sebagai “35 All times Screen Beauties” oleh People Magazine.

2. Ling Tan
Ling Tan
Ling Tan adalah supermodel paling terkenal di Malaysia dan dia telah menjadi pemain besar dari pemodelan internasional dan dia adalah model Asia Tenggara pertama yang berpartisipasi dalam ratusan peragaan busana dan telah terkenal oleh fotografer fashion terbaik di dunia. Dia memulai karir pemodelannya di kompetisi sekolah lokal di mana dia menjadi yang pertama dan kemudian dia beralih ke kontes Asian Model di mana dia menjadi runner-up dalam kontes. Ling Tan diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 60 juta dan dia berada di peringkat ke-2 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia.

3. Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza adalah penyanyi terkenal Malaysia, presenter televisi dan juga pebisnis wanita dan berada di  peringkat ke 3 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 17 juta. Dia telah memenangkan berbagai kompetisi menyanyi internasional sejak debutnya dan pada tahun 2002 dia dinobatkan sebagai Voice of Asia setelah memenangkan kejuaraan Grand dengan judul Suara Asia di Kazakhstan. Dia juga memenangkan penghargaan Emas dalam kompetisi penyanyi Asia baru di festival musik yang diadakan di Shanghai.

4. Maya Karin
Maya Karin
Maya Karin adalah aktris paling mapan dan terkemuka di industri perfilman Malaysia dan juga penyanyi dan selebritis wanita pembawa acara televisi. Dia memulai dengan TV3 Malaysia sebagai pembawa acara hiburan yang menjadi pekerjaan utama dan eksposur karir aktingnya dan menerima tawaran dari banyak sutradara dan produsen. Maya Karin diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 14 juta dan dia berada di peringkat ke-4 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia. Dia juga seorang musisi dan merilis album pertamanya “Love” pada tahun 2002.

5. Bront Palarae
Bront Palarae
Bront Palarae adalah aktor terkenal Malaysia, penulis layar dan juga produser. Ia melakukan debut aktingnya di tahun 2000 dengan televisi dan pertama kali menjadi terkenal dengan dua karakter yang menggambarkan dalam Cinta Tsunami yang merupakan serial televisi terkenal. Peran akting pertamanya di film “Samseng Jalanan” yang mencapai puncak dan meraup MYR 4.1 juta di box office. Dia juga pernah membintangi film-film seperti “Man Laska”, “Anak Hala: dan di” Bilut “. Kekayaan Palarae yang diperkirakan bernilai bersih adalah US $ 8 juta dan dia berada di peringkat ke 5 besar dalam daftar 10 selebriti terkaya di Malaysia.

6. Adi Putra
Adi Putra
Adi Putra adalah penyanyi dan aktor Malaysia dan juga selebriti Malaysia terkaya dan berada di peringkat ke 6 teratas dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih diperkirakan adalah US $ 5,6 juta. Dia memulai karirnya sebagai model dan aktor di Singapura dan melanjutkan karir TV dan filmnya di Malaysia dan dikenal sebagai “Pangeran Hadi” di Malaysia. Ia menerima penghargaan aktor paling populer di Screen Awards 2011.

7. Amber Chia
Amber Chia
Amber Chia adalah aktris, model, pembawa acara TV dan duta merek Malaysia dan juga selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih senilai US $ 5 juta dan menduduki peringkat ke 7 besar dalam daftar 10 selebriti terkaya di Malaysia. Dia memulai karir pemodelannya pada usia tujuh belas tahun dan mendapatkan pengakuan dunia saat dia memenangkan Lomba Kecantikan Guess Watch pada tahun 2004. Dia juga dinobatkan sebagai model tahun ini oleh penghargaan mode internasional Malaysia. Dia juga merupakan duta merek Sony dan L’Oreal

8. Jimmy Choo
Jimmy Choo
Jimmy Choo adalah perancang busana terkenal Malaysia dan juga selebriti terkaya di Malaysia dan berada di peringkat ke 8 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih diperkirakan US $ 4,5 juta. Dia terkenal dengan Jimmy Choo Limited yang paling dikenal dengan sepatu buatan wanita. Dia memegang gelar sarjana dalam mode dari perguruan tinggi London Fashion dan juga menerima banyak penghargaan atas kontribusinya dan perkembangan di industri fesyen.

9. Carmen Soo
Carmen Soo
Carmen Soo adalah aktris dan model China asal Malaysia dan dia mulai berprestasi pada usia 17 tahun dan sebagian besar muncul di iklan TV. Dia juga membintangi perpindahan “Gorgeous” dengan Jackie Chan pada tahun 1999 yang sukses di box office dan juga tampil di musik spesial Aaron Kwok’s. Dia juga menerima penghargaan aktris paling menjanjikan di Festival Film Malaysia 2006. Carmen Soo diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 4 juta dan dia berada di peringkat nomer 9 dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia.

10. Nicholas Teo
Nicholas Teo
Nicholas Teo adalah penyanyi Cina Malaysia dan dia menghasilkan uang besarnya di Taiwan dan masuk di bawah band Play Music yang berbasis di Taiwan. Dia merilis album debutnya pada tahun 2004 dan menerima penghargaan Hito Newcomer terbaik di Taiwan. Nicholas Teo diperkirakan kekayaan bersihnya adalah US $ 3 juta dan dia berada di peringkat terakhir dalam daftar 10 besar selebriti terkaya di Malaysia. Dia ditunjuk sebagai “Duta Hijau” oleh pemerintah Malaysia untuk menyebarkan kesadaran akan pencemaran lingkungan.

sumber: Ranking 10