11 Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut Dengan Rawatan Tradisional Dan Moden


Ulser mulut ataupun juga dikenali sebagai mata ikan boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahupun tekak. Ulser mulut ini, walaupun sangat tidak menyenangkan, ia biasa akan sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.

Namun, disebabkan ianya sangat memedihkan dan menyukarkan kita untuk menikmati makanan/minuman kegemaran. Oleh itu, kita lebih cenderung untuk mencari cara merawat ulser mulut ini secepat yang mungkin.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara merawat ulser mulut dengan berkesan. Secara ringkas, ini adalah beberapa segmen artikel ini:

  • Rawatan Tradiosional
  • Rawatan Moden
  • Cara Mencegah
  • Tips Tambahan

Merawat Ulser Mulut Dengan Rawatan Tradisional

Ulser mulut ialah sejenis penyakit yang klasik, oleh itu sudah banyak kaedah rawatan tradisional yang berkesan. Berikut adalah beberapa cadangan remedi yang anda boleh amalkan.

1. MADU

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. Berkumur Air Garam

Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut.

Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak.

Cara menggunakannya adalah:

  1. Sediakan 1 sudu teh serbuk garam dan segelas air
  2. Masukkan garam tersebut dan kacau sehingga sebati
  3. Berkumur air tersebut, 3 kali sehari

Alternatif kepada garam adalah baking soda.

Penting! Jangan minum air garam tersebut.

3. GEL ALOE VERA

Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

4. Gunakan Mouthwash

Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan mouthwash seperti Listerine atau Colgate Plax untuk menghilangkan ulser mulut. Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan mouthwash, seperti biasa, berkumur kemudian ludah.

Berkumur sebanyak 2-3 kali sehari, dan yang paling penting adalah jangan telan air mouthwash itu.

Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu gaggle mouthwash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.

5. MINYAK VITAMIN E

Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

6. Gunakan Lemon Atau Limau

Perah sedikit jus lemon/oren/limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas.

Ulangi cara ini sebelum dan selepas anda makan makanan berat.

Merawat Ulser Mulut Dengan Ubat-Ubatan

Jika petua di atas tidak memberikan kesan yang anda mahukan, sebaiknya anda mula menggunakan ubat-ubatan komersil dan dari farmasi.

1. Dapatkan Mouthwash Secara Preskripsi

Selain daripada mouthwash yang biasa seperti Listerine, terdapat juga beberapa jenis mouthwash secara preskripsi doktor. Dengan nasihat doktor, anda boleh mendapatkan sama ada Dexamethasone atau Tetracycline.

2. Gunakan Gel Sapuan

Dalam pasaran Malaysia, produk gel sapuan untuk melegakan ulser mulut adalah keluaran Bonjela.

Gel Bonjela mengandungi satu bahan antiseptik yang dikenali sebagai Cetalkonium Chloride, yang mana boleh melawan sebarang jangkitan kuman di dalam mulut. Ia juga mengandungi Choline Salicylate, iaitu bahan yang memainkan peranan untuk melegakan kesakitan dan keradangan ulser mulut.

Cara menggunakan Bonjela adalah dengan menyapu gel tersebut pada tempat ulser 3 kali sehari. Semasa menyapu, anda akan merasa pedih, tetapi kesakitan tersebut akan berkurangan mengikut masa. Kemudian, anda akan rasa kebas.

Anda boleh mendapatkan Bonjela ini di mana-mana farmasi berdekatan. Selain Bonjela, HalalGel turut ada mengeluarkan produk yang sama, jika anda berminat.

Mencegah Ulser Mulut Daripada Berlaku

Setelah mengetahui bagaimana untuk merawat ulser mulut, kemudian adalah terbaik bagi anda untuk mengetahui bagaimana untuk mencegahnya daripada berulang lagi. Berikut adalah beberapa cadangan.

1. Menjauhi Faktor Penyebab Ulser Mulut

cara-rawat-ulser-mulut

Berus gigi dengan lebih berhemah, tidak terlalu kasar. Anda dinasihatkan untuk menggunakan berus gigi yang lebih lembut, untuk mengelakkan daripada berlaku pendarahan pada gusi. Kemudian, floss setiap hari.

Bertukar ubat gigi. Sesetengah ubat gigi atau mouthwashes mengandungi sodium lauryl sulfate boleh menyebabkan ulser mulut. Jika anda mendapati ubat gigi anda menjadi penyebab kepada masalah ini, sila bertukar ubat gigi yang lain.

Relaks, jangan stress. Kebanyakan orang mengalami masalah ulser mulut semasa mereka tertekan (dari segi emosi). Ketika berada dalam keadaan tertekan,sistem immuniti kita akan jatuh dan senang terkena jangkitan kuman.

2. Awasi Diet Dan Pemakanan

Diet dan pemakanan memainkan peranan yang penting kepada kesihatan anda. Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengelak daripada berlakunya bibir pecah ini:

Elak makanan pedas dan berasid. Hal ini kerana ia boleh memudaratkan keadaan. Cili dan air bersoda juga perlu dielakkan. Malah, sayur dan buah seperti lemon, oren dan nanas juga perlu dikurangkan.

Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan B12, zink, zat besi dan asid folik semasa anda mengalami ulser mulut. Anda boleh mengambil supplimen vitamin untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrient tersebut.

3. Rawat Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Ulser Mulut

Ulser mulut yang normal, biasanya akan berlaku sebanyak 3-4 kali setahun, akan berterussan selama seminggu dua, dan tidak berkait dengan apa-apa jenis penyakit yang lain.

Namun, kalau anda mengalami masalah ulser ini sangat kerap, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang lain. Dalam kes ini, adakah anda mengalami sistem immune yang lemah? Adakah anda mengalami penyakit dalam saluran pencernaan?

Hal ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan ulser mulut. Oleh itu, adalah terbaik anda sembuhkan pernyakit berkenaan terlebih dahulu.

Tips Tambahan

  1. Rendam berus gigi di dalam air suam selepas menggunakannya, untuk membunuh sebarang baktria padanya.
  2. Banyakkan minum air, ia boleh membantu mempercepatkan proses untuk sembuh.
  3. Elakkan daripada makan coklat atau makanan bergula (manis) semasa mengalami ulser, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

Kesimpulan

Ulser mulut atau pecah bibir ini bukanlah satu masalah yang boleh meragut nyawa. Malah perkara ini biasa dialami oleh setiap orang, setiap tahun. Oleh itu, janganlah bimbang kalau anda mendapatnya, setiap masalah mesti ada cara penyelesaiannya.

Harap artikel ini membantu anda dalam merawat ulser mulut dengan berkesan. Sekiranya anda ingin berkongsikan pengalaman, atau mencadangkan cara yang lain, bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di bawah.

8 Petua Hilangkan Bintik Hitam Di Hidung. JOM CUBA!

TIDAK kira di mana anda pada peringkat umur, setiap orang pasti mengalami masalah bintik hitam, yang paling kerap berlaku pada tahun-tahun awal remaja dan remaja dewasa.

Bintik hitam biasanya berlaku di muka, khususnya hidung. Bintik hitam juga boleh muncul pada telinga atau di tempat lain pada badan. Dua punca utama masalah ini adalah perubahan hormon dalam badan dan penggunaan produk kosmetik secara berlebihan.

Baking Soda

Baking soda merupakan satu rawatan yang berkesan untuk bintik hitam dan juga jerawat. Membantu membersihkan kulit dari kotoran seperti serpihan dan kotoran.

  1. Campurkan dua sudu teh baking soda dengan air mineral untuk membuat ramuan.
  2. Letakkan ramuan bahan pada bahagian kulit yang terjejas dan urut secara perlahan. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
  3. Ulangi rawatan ini sekali atau dua kali seminggu.

Serbuk Kayu Manis

Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan dan mencegah bintik hitam.

  1. Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu untuk membuat ramuan.
  2. Tampal pada kawasan yang terjejas sebelum tidur dan biarkan semalam.
  3. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air biasa. Untuk hasil yang terbaik, ulangi setiap hari selama 10 hari.
  4. Anda juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis (satu sudu teh) dengan jus limau kasturi dan secubit serbuk kunyit (pilihan). Gunakan ini sebagai pembersih wajah.

Oat

Campuran oat dan yogurt sangat bagus untuk menjaga kulit anda supaya bebas daripada bintik hitam.

  1. Campurkan madu (satu sudu teh) dengan 4 buah jus tomato ke dalam oat untuk membuat ramuan.
  2. Gosok pada kulit anda.
  3. Cuci selepas 10 minit.
  4. Ulangi secara teratur untuk kulit yang cantik

Jus Lemon

Jus lemon juga boleh digunakan untuk mencegah jerawat, turut boleh menghilangkan bintik hitam. Nutrisi dan vitamin yang terdapat di dalam jus lemon adalah baik untuk semua jenis kulit.

  1. Buat pencuci wajah dengan mencampurkan jus lemon, garam, yogurt dan madu. Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas.
  2. Anda juga boleh mencampurkan jus lemon segar dengan susu untuk membuat pencuci muka. Gunakan setiap hari selama 10 hingga 12 hari.

Teh Hijau

Teh hijau juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam. Membersihkan kulit berminyak dan membantu mengecilkan liang-liang pori.

  1. Campurkan satu sudu teh daun teh hijau kering dengan sedikit air.
  2. Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas selama dua-tiga minit.
  3. Bilas dengan air suam.

Madu

Bahan semulajadi yang terkandung pada madu baik untuk kulit berminyak dan bintik hitam. Madu mampu menghidratkan serta mengetatkan liang-liang pori kulit, memberikan anda kulit wajah yang cantik.

  1. Sapukan sedikit madu pada muka anda. Biarkan selama 10 minit.
  2. Bilas muka dengan air suam.

Serbuk Kunyit

Kunyit, juga berfungsi untuk merawat luka ringan akibat terbakar, juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam.

  1. Campurkan beberapa serbuk kunyit dengan dua sudu jus pudina. Letakkan pada kawasan yang terjejas. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam.
  2. Anda juga boleh membuat ramuan dengan mencampurkan serbuk kayu cendana merah, serbuk kunyit dan susu bersama-sama. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan selepas 10 minit mencuci kulit dengan air.

Tepung Jagung

Tepung jagung bertindak sebagai bahan abrasif (mengikis) untuk membersihkan kotoran yang menyekat pori-pori di kulit wajah anda.

  1. Campurkan satu sudu besar tepung jagung serbuk dengan produk pencuci muka biasa anda.
  2. Sebelum meletakkan campuran, gunakan wap air pada wajah untuk membantu membuka liang pori-pori. Kemudian letakkan campuran dan urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat. Tumpu kepada kawasan-kawasan yang paling terjejas.
  3. Selepas beberapa minit, bilas wajah anda dengan air sejuk. Ini akan menutup liang pori-pori.

Petua Hilangkan Kutil/Ketuat Tanpa Menggunakan Ubat Yang Sangat Berkesan

PETUA HILANGKAN KUTIL/KETUAT

Silalah cuba mana-mana petua berikut…

1. Daun kesum dan garam halus :
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

2. Kapur sirih, serbuk belerang dan air limau nipis :
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim.

Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya.

3. Daun mempelam :
Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk. Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.

4. Getah pelepah betik :
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.

5. Pasir sungai/pantai :
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

6. Minyak tanah :
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut.

Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

7. Abu ubat nyamuk :
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

8. Kapur sirih :
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri.

Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

9. Serbuk Inai :
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu.

10. Lidi satay dan minyak panas :
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.

11. Benang jahit pembedahan :
Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

12. Aspirin :
Kalau ada kes ketuat yang tak berapa kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali.
M.O.nya hancurkan enam biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat.

Sapukan cecair tu pada tempat yang kena ketuat.
Kemudian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu.
Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.

Lepas tu baru dibuka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal.

Akhir sekali barulah dicuci kaki tu dengan air bersih. Kalau tak menjadi juga cara nie.. hmm.. nampaknya kena gi jumpa doktor pakar kulit ler…Selamat mencuba.

Sumber: Kiambangmerah.com

Perkongsian Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Seminggu Gadis Ini Jadi Viral!


Bila ada jerawat tumbuh, mula lah rasa tak yakin dengan wajah sendiri kan? Nak – nak lagi bila ada bekas yang susah nak hilang.

Ini kami kongsikan tips dari seorang gadis yang bernama  Muyassarah Samad yang digunakan untuk hilangkan parut jerawat selama seminggu je.

Selamat Mencuba!

Step 1

Sediakan bahan-bahan

1.Asam jawa
2.Bedak sejuk
3.Air kosong

Step 2

Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat dan gaul.

Step 3

Ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah air sikit. Bila dah siap gaul, sapu pada bahagian muka yang ada jerawat tadi.

Kredit  FB Muyassarah Samad

Sumber : Sinar FM

Air Kurus Viral, Tak Sampai 5 Minit Minum Angin ‘Berzumba’ Keluar!

Perempuan yang nak sangat buang lemak, eloklah cuba minum air kurus viral ini, sebab bahan yang diguna cukup mudah nak dapat dan lagi best kesannya mujarab!

Petua kurus ini dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai, yang mana dia sendiri mengamalkan minuman tradisional ini untuk jaga badan.

Dalam bebanyak resepi air kurus, Aisyah paling ketagih minum resepi ni. Camano la tak ketagih, makan banyak pun berat tak naik. Maintain jer.
Tapi yang paling best, tak sampai 5 minit minum, angin berzumba keluar. Tak tahu la dah berapa lama angin ni duk betapa dalam badan. Senggugut pun hilang.

AIR KURUS VIRAL

1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara :


Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min.
Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

KMC

– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Serai

– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia

– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon

– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Cengkih

– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan

Madu

– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi

Sumber : Mingguan Wanita

Petua Lama Dari Bahan Dapur Legakan Sakit Tekak, Salah Satunya Guna Kayu Manis Ceylon

Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.

Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.

Bahan Dapur

1 ulas bawang putih diketuk
2 Halia sebesar ibu jari diketuk
1 sudu besar halba
1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
7 helai daun pudina
Madu
Secubit Garam bukit
1 hirisan lemon
Air 450ml

Cara Membuat

1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih

2. Tutup api

3. Tapis masukkan dalam cawan

4. Perah 1 hirisan lemon

5. Masukkan 1 sudu besar madu

6. Masukkan secubit garam bukit

7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan
Amalkan

Minum sehari 2 kali.

In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.

“Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”

Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Sumber: Mingguan Wanita