Gabungkan 4 Jenis Buah Ini Dalam Satu Air Detox Boleh Turunkan Berat Anda Dengan Cepat!

Air detox merupakan salah satu amalan yang popular bagi mereka yang nak kuruskan badan. Katanya, dengan mengamalkan air detox, perut dan badan pun rasa ringan sahaja. Hal ini kerana, air detox dikatakan mampu untuk mengeluarkan segala toksin dalam badan kerana khasiat air dan buah-buahan dalam kandungan air detox ini. Kalau anda nak gabungan buah yang betul-betul dapat menurunkan berat badan. Jom cuba resipi air detox ini.

RESEPI AIR DETOX

Untuk buang toksin dan paling best boleh kurangkan berat badan

Lemon+Orange+Apple Hijau & Merah

Hiris semua buah-buahan dan campurkan sekali masukkan ke dalam botol & juga air. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum diminum.

www.facebook.com/aniey.juhaini

Air detox ini dapat membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

www.facebook.com/aniey.juhaini

MANFAAT AIR DETOX

1.  Lemon dapat membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yg sama boleh mengeluarkan toksin yang terkumpul.

2. Oren membantu meningkatkan sistem Imun tubuh badan dan membantu penghasilan kolegen sebagai stuktur penting untuk kulit, tulang dan sendi.

3. Boleh mengurangkan risiko diabetis, memberi kesihatan jantung yang baik, meningkatkan fungsi Otak serta kekebalan tubuh.

4. Boleh membantu menurunkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam badan dan dapat mengatasi masalah sembelit.

www.facebook.com/aniey.juhaini

*Simpan dalam peti sejuk lepas tu baru minum. Barulah sedap!

Sumber: Aniey Juhaini

Cara 2-in-1 Buat Bubur Bayi & Nasi Sekaligus. Senang, Jimat Masa!

“Leceh juga nak buat bubur bayi ni. Nak tunggu nasi masak pun dah satu hal. Nanti nak tunggu lembut pun makan masa juga. Tak ada cara lain ke yang mudah sikit ya?”

Ibu-ibu mesti faham betapa lecehnya nak buat bubur bayi kerana prosesnya mengambil masa yang agak lama. Nak-nak pula kalau bayi dah merengek kelaparan.

Tak cukup dengan itu, nak masak nasi untuk keluarga lagi, nak masak lauk, urus anak dan sebagainya. Maka, anda pasti teruja kalau kami kongsikan salah satu tips jimatkan masa untuk memasak kedua-dua nasi dan bubur ini sekaligus.

Tips ini merupakan perkongsian asal Puan Musyahadah Oo yang telah mendapat hampir 20k perkongsian. Menurutnya, memang jimat masa kalau buat begini. Menariknya, kita juga boleh adjust sama ada nak bubur yang lembek atau keras, bergantung pada umur bayi.

Jom kita ikuti dengan lebih lanjut.

INI CARA NAK JIMAT MASA BUAT BUBUR BAYI, 2-IN-1 SEKALI MASAK NASI!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk bubur. (Bahan nak masak nasi tu, macam biasalah ya.)

BAHAN-BAHAN

  • Ikan bilis / ayam
  • Sayuran ikut kegemaran
  • 1 sudu minyak sayuran

CARA-CARA

Ini pula cara-cara memasak bubur sekali dengan nasi dalam rice cooker.

1. SEDIAKAN ALATAN

Pertama sekali, sediakan peralatan yang akan digunakan iaitu rice cooker dan cawan / mangkuk kecil.

Biasa cawan stainless steel tu saya buang tangannya. Saya tak suka guna yang plastik sebab bahaya. Jadi, macam inilah yang saya buat.

cara buat bubur bayi

2. SUKAT BERAS

Beras dalam cawan dibahagikan kepada 3 bahagian. 1 beras, 2 air.

Kalau nak lembek, kurangkan beras. Agak-agak macam buat bubur. Nasi yang dalamrice cooker kita masak macam sukatan biasalah ya.

3. ISI AIR

Seterusnya, isikan air secukupnya dan letak di tengah-tengah rice cooker.

4. TAMBAH BAHAN-BAHAN PERASA

Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan perasa untuk bubur. Ikut sukalah nak bubuh ikan bilis, ayam, sayuran, atau apa-apa bahan lain.

Kemudian saya tambahkan sedikit minyak sayuran. Fungsinya untuk melembutkan lagi bubur. Kalau tak ada minyak sayuran gunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari, atau apa-apa minyaklah. Minyak masak biasa pun boleh.

5. MASAK MACAM BIASA

Bila dah bubuh semua bahan, bolehlah masak macam biasa.

6. GAULKAN

Akhir sekali bila dah masak, gaulkan sedikit bubur supaya bubur akan melembut.

Boleh nampak dalam gambar di bawah perbezaan tekstur bubur dan nasi yang dimasak.

SIAP!

Sambil masak nasi, dapat masak bubur sekali. Memang mudah dan menjimatkan masa, kan? Hasilnya bolehlah dapat dalam 2 mangkuk kecil bubur, cukup untuk 2 kali makan.

Wah, lepas ini tak perlu nak masak asing-asing lagi. Nasi dapat, bubur pun siap sekali. Hari-hari dapat bagi bayi makan bubur yang fresh. Tak perlu jaga api, bubur pun takkan hangus. Senang kan? Tak payah pening kepala!

SEMOGA BERMANFAAT

Terima kasih Puan Musyahadah untuk idea yang kreatif dan bernas. Semoga tips ini dapat memudahkan ibu-ibu yang sibuk dengan kerja di pejabat mahupun tugas harian di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber  Puan Musyahadah Oo  via Siraplimau

[Khusus untuk Penghidap Kanser] Resipi Nasi Labu. Tolong Share

National Cancer Society of Malaysia (NCSM) adalah organisasi yang menyediakan servis pembelajaran, penjagaan dan sokongan kepada penghidap kanser. NCSM telah mengeluarkan buku masakan yang merangkumi aneka hidangan ringkas dan menyelerakan khusus untuk membantu pesakit kanser dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Buku bertajuk Around The Table: Recipes for Cancer Patients & Caregivers ini juga boleh dijadikan panduan kepada orang ramai untuk menyediakan menu berkhasiat setiap hari untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Nasi Labu

Bahan-bahan:

200g beras, dicuci
360ml stok ayam atau sayuran
3 filet ayam, dipotong kecil
2 cendawan oyster, dipotong nipis
1 potong labu, dipotong kiub kecil
1cm halia, dicencang
2 ulas bawang putih, dicencang
1 ½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam

Perapan untuk filet ayam
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil minyak bijan
¼ sudu kecil lada hitam

Cara Membuatnya:

  1. Perap ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia dengan api kecil hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng hingga hampir masak. Keluarkan ayam daripada kuali dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali sama, masukkan cendawan dan labu. Masak selama satu minit.
  4. Masukkan beras bersama cendawan dan labu yang dimasak tadi di dalam periuk atau periuk nasi.
  5. Kacau dan perasakan dengan garam.
  6. Kemudian masukkan stok dan kacau rata. Tutup periuk dan masak dengan api kecil hingga mendidih.
  7. Masukkan ayam dan tutup semula periuk.
  8. Turunkan lagi api dan masak lagi selama 10 minit tanpa membuka penutup periuk. Biarkan hingga masak. Padamkan api.
  9. Biarkan selama 10 minit lagi dan sedia untuk dihidang.

Nota Pakar Diet
Menu ini tidak hanya tinggi dengan protein dan kalori, malah ia juga memberikan sumber fiber daripada labu. Pastikan stok yang diguna dibuat sendiri di rumah supaya kandungan sodium dapat dikurangkan.

Resipi Tauhu Begedil & Kuah Hitam Manis Mesti Cuba!

Resipi Tauhu Begedil & Kuah Hitam Manis Mesti Cuba!

Sejak akhir-akhir ni, penulis selalu pula dengar orang asyik sebut pasal Tauhu Begedil. Sedap ke? Tahu yang digoreng bersalur telur memang lah sedap, ditambah pula dengan inti kentanng empuk. Mmm… siapa je yang tak tertambat kan?

Umumnya resepi ni tak ubah macam resepi tauhu sumbat, cuma apa yang bezanya adalah inti sayur itu telah diganti dengan inti kentang lenyek yang digabung bersama isi ayam atau daging (sama seperti begedil).

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Seperti tauhu sumbat, tauhunya dimakan begitu sahaja bersama dengan sos cili cuka sebaik disumbat dengan hirisan sayuran segar rangup seperti timun, taugeh dan lobak. Namun untuk tauhu bergedil ini, cara memasaknya adalah dengan mengoreng garing.

Jom belajar cara mudah membuatnya!

Bahan Tauhu Begedil:

  • Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
  • 4 – 5 biji kentang Holland (tekstur kentang Holland lebih halus dan mudah dilenyek)
  • 1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam (boleh campur kedua-duanya sekali)
  • 2 – 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 biji telur
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begegil:

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan dibersihkan. Potong kecil agar memudahkan proses melenyek kemudian.

2. Tumis bawang putih bersama bawang mereah dan masukan isi ayam yang telag siap direbus dan dicarik atau boleh juga guna daging cincang jika mahu. (Jika suka sayur boleh masukan hirisan lobak). Siap dan letak ditepi.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dna secubit garam.

4. Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi bersama hingga serasi.

5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga lubangkan bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut ianya terkeluar membuak sewaktu menggoreng.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

6. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada untuk perasa.

7. Celup dansalutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti, gorengnya dengan minyak penuh sehingga garing.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Untuk resepi sos, penulis beri dua resepi untuk dipilih, jika tekak anda tekak orang Melayu, mungkin anda gemarkan sedikit rasa belacan dan pedas cili. Jika tidak, boleh guna respei sos hitam manis biasa.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Bahan Sos Hitam Manis Pedas:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

Cara Buat Sos Hitam Manis (Pedas)

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Bahan Sos Hitam Manis Biasa:

Foto -lovethatfood.com
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air

Cara Buat Sos Hitam Manis:

1. Campurkan semua bahan dan dikisar bersama.

2. Pastikan dikisar halus dan masakkan atas api sehingga mendidih.

Nikmati tauhu begedil bersama taburan hirisan daun bawang, cili merah serta bawang goreng. Jangan lupa sira sos diatasnya. Makan panas-panas tau?!

Kredit: Wanista.com