[TIPS DIET] SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMENT!

Dipetik dr fb Harith Faisal :

SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN

Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 16,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.

Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.

Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!

SARAPAN NASI LEMAK PARU

Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.

Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.

Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.

BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum

Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.

Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.

PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA

Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.

Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!

Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.

Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.

Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.

BOSAN SARAPAN YANG SAMA

Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.

Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.

Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.

Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!

JADUAL MAKAN SEHARI

9.00 am: Oat smoothies + air kosong

11.00 am: Teh hijau + air kosong

1.00 pm: Buah + teh hijau

3.00 pm: Air kosong

6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong

9.00 pm: Teh hijau

Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.

ENJOY MY DIET

Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.

Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.

Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.

Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.

Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.

PENAFIAN

Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.

Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.

Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan korang yang konon tengah diet.

[TIPS] 9 Cara “Posing” Untuk Gadis-Gadis Chubby Agar Nampak Kurus Dalam Foto!

Sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, kita sering kali cerewet tentang penampilan diri lebih-lebih lagi wanita kerana kita sentiasa mahu kelihatan sempurna di mata orang.

Seiring dengan perkembangan dunia moden, hampir setiap perkara yang dilakukan saban hari mahu dikongsikan bersama teman dan para pengikut media sosial. Itu adalah norma masyarakat hari ini betul tak?

Nah, sejak dari itu masalah lain pula yang timbul apabila rata-rata daripada kita tidak berkeyakinan untuk bergaya di hadapan kamera. Maklumlah, badan gempal dan tak pernah belajar pun cara-cara untuk ligat seperti supermodel.

Tak apa, mari penulis ajarkan teknik posing terbaik macam mana korang boleh bergaya sakan di hadapan kamera biarpun berbadan curvy!

#1 Jangan Kepit Peha

Jika mengambil gambar penuh, pastikan kaki dikangkang sedikit bagi mewujudkan ilusi jarak antara satu peha dengan peha yang satu lagi. Dalam masa yang sama, tonggekkan punggung supaya lemak pinggul bahagian tepi boleh dikawal dan nampak sedikit tirus.

#2 Tinggikan Kedudukan Dagu 


Chin up and smile guys! Kalau dah tahu ada dagu berlapis tu, bila mahu bergambar… sila tegakkan kedudukan kepala supaya lapisan dagu yang “comel” tu tak kelihatan jelas okay? Bagi sesiapa yang bertudung tu mungkin selamatlah sikit.

#3 Duduk Dalam Posisi Tegak

Untuk mengelak perut kelihatan berlapis, sila duduk dengan tegak. Nasihat ini khas buat pengantin yang gambarnya sering dirakam kala duduk di pelamin!

#4 Silangkan Kaki

Sumber: brightside.me

Untuk menampakkan kaki lebih runcing dan panjang, boleh berpaling sedikit menampakkan sisi badan sambil menyilangkan kaki. Jangan lupa, tonggekkan bahagian pinggul ke tepi agar garisan pinggang lebih jelas.

#5 Bengkokan Tangan 

Penting untuk anda bergambar sambil tangan berada pada posisi ini supaya lengan tidak kelihatan gemuk.

#6 Silang Kaki Arah Sisi

Nak kelihatan lebih langsing? Bergambarlah dari sisi supaya kamera boleh fokus pada garisan badan yang lebih tinggi apabila anda berpaling sebegitu rupa. Dalam masa yang sama jengkek sedikit kaki bahagian luar agar pinggul kelihatan sambil tangan dibengkokan memegang sisi pinggul.

#7 Posing Membelakang

Apabila bahagian hadapan membuatkan anda kelihatan boroi, boleh cuba bergambar dalam posisi membelakangkan kamera. Cara ini boleh menyerlahkan lagi sisi “punggung” seksi yang ada pada anda! #SexyBack

#8 Duduk Mengiring

Duduk saja buat gambar kelihatan bosan, mungkin anda boleh cuba mengiringkan badan sikit dan pastikan pinggul ditolak ke belakang untuk duduk dengan tegak. Posisi ini juga mampu mengurangkan buku lemak yang kelihatan pada bahagian perut.

#9 Kenal Pasti Sisi Paling Sempurna, Kiri Atau Kanan?

Setiap orang ada sisi wajah yang sempurna. Cuba lihat di cermin, sisi kiri atau kanan yang nampak lebih elok. Jika bergambar, manfaatkan sisi sempurna anda… senyum dan sengetkan sedikit kepala untuk menghasilkan foto yang lebih menarik.

Selamat beramal!

Petua Eksklusif Untuk Wanita Selepas Period. Tolong Amalkan!

Hal penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita secara tradisionalnya memang pelbagai dan lazim didengar dan diamalkan di kalangan kita hingga hari ini. Selain petua ini mudah untuk dipraktikkan, tidak dinafikan kos penyediaan bahannya juga cukup murah dan berbaloi dengan kesan atau manfaat yang dirasai oleh si pengamal tersebut.

Sebagaimana maklum, penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Bertepatan dengan khasiat yang luar biasa daripada makanan-makanan tersebut memberikan tindak balas positif pada tubuh sama ada bab kesihatan mahu pun kecantikan.

Diakui dengan mengamalkan petua-petua  ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu  dengan minum air herba buatannya sendiri.

jamu selepas period, petua cuci dalaman wanita, petua bersihkan dalaman wanita, petua cantikan dalaman wanita, jamu buat sendiri, home made jamu, minuman jamu

Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.

“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.

“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Kunyit
  • Halba
  • Asam keping
  • Madu

Cara buat :

  1. Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
  2. Sedia untuk diminum setelah suam.
  3. Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.

jamu selepas period, petua cuci dalaman wanita, petua bersihkan dalaman wanita, petua cantikan dalaman wanita, jamu buat sendiri, home made jamu, minuman jamu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Sumber: Petua Ibu

Tip Elakkan Bagasi Dari Rosak Semasa Naik Kapal Terbang

Sudah pasti ramai yang membawa beg, atau bagasi yang besar jika pergi melancong ke mana-mana, ada juga yang sanggup membawa beg lebih, untuk dijadikan ruang menyimpan barang-barang yang dibeli di negara yang dilawati.

Untuk dibawa ke dalam kabin, ia pasti melebihi had berat yang ditetapkan, jadi bagasi tersebut akan disimpan di bahagian ‘luggage’ pesawat.

Oleh sebab itu, mungkin kita akan risau, takut-takut bagasi akan rosak, disebabkan terhempap, atau diletakkan dengan cara yang tidak betul, yang mana akan berlaku perkara tidak diingi.

bagasi rosak, bagasi kapal terbang, kerosakan bagasi, kerosakan beg, kerosakan stroller, kerosakan baby carrier, kerosakan barang

Tapi, nak atau tidak, kita terpaksa juga meletakkan bagasi pada ruang ‘luggage’. Mungkinkah ada cara yang boleh dilakukan, untuk mengelakkan bagasi kita rosak?

Ya, semestinya, jom kita baca apa yang perlu dilakukan.

Cara Mudah Bagaimana Untuk Pastaikan Bagasi Tidak Rosak

Seorang pemuda yang bekerja sebagai salah seorang krew yang menguruskan bahagian bagasi, di syarikat penerbangan Amerika Syarikat telah kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memastikan bagasi anda selamat di sepanjang perjalanan.

1. Mempunyai pemegang di bahagian bawah

Ia lebih mudah untuk dialihkan, dan dipindahkan, sama ada ke dalam pesawat, atau ke atas lori pengangkut. Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan pemegang pada bahagian atas bagasi.

2. Pastikan beg penuh

Bagasi yang padat dan penuh lebih baik, kerana ia akan termampat, sekiranya diletakkan dengan bertindih. Pastikan anda tidak meletakkan sebarang cecair, atau membiarkan zip tidak tertutup rapat. Ini akan menyebabkan, ada barang yang akan terkeluar, juga mungkin cecair tersebut akan pecah, dan meleleh keluar.

3. Bagasi yang ‘teguh’

Sememangnya banyak bagasi di luar sana yang dikatakan sungguh ringan, dan ia menjadi pilihan ramai. Tetapi, jika bagasi ringan, sudah pasti tidak mempunyai banyak kerangka, dan ia menjadi salah satu faktor bagasi akan cepat rosak, khususnya bila dihempap antara satu sama lain. Jadi, tidak salah cari bagasi yang mahal sedikit, dan kuat, dari terpaksa menukarnya berulang kali.

4. Mempunyai 4 roda

Ia lebih mudah, dan mempercepatkan proses pemunggahan, kerana bagasi boleh ditolak begitu sahaja, kepada rakan sekerja yang lain. Berbanding dengan yang hanya mempunyai 2 roda, yang mana, mungkin akan diseret begitu sahaja, oleh sebab ingin cepat.

5. Tag bagasi

Kalau tag yang besar, dan keras, ia pasti akan memudahkan untuk pengecaman. Tapi, disebabkan ia keras, sudah pasti mudah rosak, dan pecah, sememangnya membuatkan banyak serpihan berterabur. Jadi, jika ingin menggunakan tag, sebaiknya kecil, dan lembut, seperti pemegang kad yang lut sinar, adalah pilihan lebih baik.

bagasi rosak, bagasi kapal terbang, kerosakan bagasi, kerosakan beg, kerosakan stroller, kerosakan baby carrier, kerosakan barang

6. Balut ‘stroller’ atau ‘car seats’

Jika melancong bersama anak kecil, sudah pasti akan membawa ‘stroller’ atau ‘car seats’, dan diletakkan di ruangan bagasi. Sebaiknya, balut dengan plastik, atau diletakkan dalam beg khas. Ini kerana, tali yang dibiarkan daripada ‘stroller’ dan ‘car seats’ akan menyukarkan kerja pemindahan, disebabkan tersangkut pada benda lain. Pastikan anda memudahkan urusan pemindahan.

7. Biarkan sahaja jika kotor

Sama ada Louis Vuitton, atau apa sahaja bagasi berjenama mahal, tidak semestinya akan diberikan layanan yang istimewa. Sekiranya beg mahal anda kotor, tidak usah untuk di ‘complain’, kerana beg bertujuan untuk melindungi barang di dalamnya, bukan diri mereka.

Jadi, pastikan anda cuba yang terbaik dari segi pemilihan bagasi, juga apabila diserahkan untuk diletakkan pada bahagian penyimpanan. Tidak salah untuk kita berusaha lebih, dalam memudahkan kerja mereka yang lain, yang mana akhirnya bagasi kita selamat tiba ke destinasi.

Sumber: Petua Ibu

BACA JUGA…..

Jangan Buang ‘Boarding Pass’ Anda Begitu Sahaja

esetengah orang gemar mengambil gambar boarding pass dan menyiarkannya di media sosial. Ada yang membuangnya ke dalam tong sampah atau meninggalkannya di atas tempat duduk penumpang.

Boarding pass hanya sekeping kad yang mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas. Selepas mendarat kebanyakan orang hanya membuangnya begitu sahaja.

Tetapi tahukah anda bahawa boarding pass perlu dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas penerbangan? Kenapa? Ini sebabnya.

Menurut pakar forensik bernama Winston Krone, boarding pass mempunyai kod bar (bar code) yang mengandungi maklumat peribadi penumpang seperti nama, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon. Oleh itu, jika kod bar ini diperolehi oleh orang lain, dengan mudah untuk hacker memperolehi maklumat peribadi dan kewangan anda.

Anda mungkin masih tertanya-tanya bagaimana maklumat peribadi anda boleh dilihat pada boarding pass. Begini caranya. Apabila kod bar pada boarding pass diletakkan pada ‘bar code reader’, kesemua maklumat yang terkandung dalam kod bar itu akan dapat dilihat. Maklumat peribadi yang penting ini boleh digunakan oleh hacker atau pencuri.

Oleh itu, pastikan anda menyimpan boarding pass anda dengan selamat sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Selepas itu anda boleh melupuskannya dengan cara mengoyak sehingga hancur atau membakarnya supaya maklumat peribadi anda pada kod bar tersebut tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Selain itu, elakkan mengambil gambar boarding pass anda dan menyiarkannya di media sosial. Menerusi teknologi yang terkini pada hari ini, hanya beberapa klik di hujung jari sahaja kesemua maklumat peribadi anda boleh diperolehi.

Kredit: Bahaya Pamer Boarding Pass

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi 11 Khasiat Garam, Masih Ramai Belum Tahu. Sila Baca!

Saat menyediakan masakan di dapur ada satu bahan ini pasti digunakan. Tidak kira jenis apa masakan yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden, hidangan tradisional, kuih muih dan sebagainya pasti akan menggunakan bahan nan satu ini.

Lain tidak bukan adalah garam. Tanpa garam, tidak berasalah hidangan yang disediakan. Hal ini, menjadikan garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu.

Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di dalam fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

  1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.

4. Merawat cirit-birit: Minum air yang di campur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam di campur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang di campur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang di campur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ

9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yg di rukyah (doa).اَللهُ اكبر..!

Semoga bermanafaat.
ْ إنْ شَآءَالله ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Sumber : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

[Tips]Lihat Bagaimana Wanita Ini Lipat & Susun Baju Dengan Kemas Di Rumah. Sangat Efektif!

Bila masuk hujung minggu, baru ingat nak rehatkan badan bersenang-lenang di rumah. Tapi, bila tengok baju-baju yang nak kena lipat, aduh!. Perasaan malas tu kita saja yang tahu. Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti. Malah cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas baju dengan mudah, malah rumah dan bilik pun akan jadi kemas dengan serta merta! Nak tahu caranya? Jom kita panduan ini langkah demi langkah .

LANGKAH PERTAMA

www.facebook.com/zuera.burn

Keluarkan semua pakaian dan kumpulkan di satu tempat yang paling lapang dalam rumah. Lepas tu asingkan ikut tuan baju atau kegunaan termasuk pakaian dalam,stokin,tudung,tuala dan cadar even langsir pun serta kain untuk lap habuk,meja dan sebagainya.

LANGKAH KEDUA

www.facebook.com/zuera.burn

Wujudkan bakul untuk setiap ahli rumah sebenarnya lebih senang. Selepas proses pertama fokus kepada 1 ahli rumah dan buat penilaian kepada baju sama ada masih perlu atau tidak. Jika pakai hanya setahun sekali anda fikirkan tempat yang sesuai mana nak letak baju tu asingkan pakaian malam,siang,sekolah,sukan dan lain-lain ikut keperluan so nanti bila dah siap kita nampak banyak mana baju yang kita ada untuk sesuatu keperluan. Contohnya tudung selepas kita dah asingkan nanti anda akan nampak banyaknya bilangan tudung itu untuk satu-satu warna. So nampak tak anda cenderung kepada warna apa. Sampaikan ada satu warna sampai 20 helai so nanti shopping jangan beli dah warna tu okay. Selepas ni boleh fokus kepada almari masing2 pula ye..

LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/zuera.burn

Belajar cara lipat baju yang betul bulan gulung-gulung sumbat jer ye sebab saya pernah tengok ibu anak 5 dah dia lipat baju gulung dan sumbat je memang takde kebas dan gosok2 pun pada baju. Kesian pula tengok. Ok ade pelbagai cara lipat baju.. tengok almari lebar mana untuk satu2 bahagian..ok sila belajar ye nak guna alat ni pun boleh. Dulu saya wujudkan alat ini utk setiap anak tapi since dah pandai lipat tanpa alat ni saya let go dah semua so hasil dari ini juga boleh bagi anak kemahiran lipat kain tau.

LANGKAH KEEMPAT

ovelifeandmyjourney.blogspot.my

Untuk ruang yang besar biasanya laci la cadangan saya buat macam ni blh DIY guna kotak jer atau bakul ikut kreativiti anda la.

www.facebook.com/zuera.burn

Idea tambahan : Yang ni almari guna kaedah macam laci juga cuma tegakkan bakul ke bahagian belakang almari ikut kreativiti masing-masing ya.

LANGKAH KELIMA

www.facebook.com/zuera.burn

Ok selesai kemas baju dalam almari tadi ada la baju yang tak muat, koyak,rosak,nak buang,nak sedekah boleh la packing macam ni, siap label lagi senang.

* Untuk tudung awning ini cara yang paling sesuai kalau kita gulung nanti agak2 anda pakai tak kalau gulung so better kena show laaa sbb kita nampak depan mata

www.facebook.com/zuera.burn

* Ini pulak shawl atau bawal susun macam ni guna penyangkut kecik tu..ada jual kat kedai2 yg jual alat utk peniaga sila cari murah jerr xsampai 50 sen satu beli borong lagi murah

www.facebook.com/zuera.burn

* Guna bakul macam ni pun ok jugak tau tapi pastikan anda nampak tudung tu sbb sexara psikologinya bila kita nampak kita pakai kalu tak nampak mmg tak pakai lah.

www.facebook.com/zuera.burn

TIPS-TIPS TAMBAHAN

1. Ok ada lagi 2 kaedah dalam gambar ni sama ada nak kepit dengan hanger yg ade penyepit tu atau guna loop tu yang bulat-bulat tu tapi honestly saya tak suka pakai yang lubang-lubang tu sebab awning rosak jugak dan tudung berkedut.

www.facebook.com/zuera.burn

2. Lipat ikut jenis dan susun ikut keperluan memang memudahkan anak2 utk mencari baju yang diorg nak pakai nanti..kalau anak perempuan utk gaun dan skirt or blause terus jer sangkut nanti nak pakai tak perlu gosok lagi.

www.facebook.com/zuera.burn

3. Baju anak2 dari baby sampai umur 6 tahun memang saya letak sepasang-sepasang macam ni even yang 13 tahun tu pun saya letak sepasang-sepasang sebab apa? Yang tu saya guna kaedah lain nanti sya share utk next tips ye, cara nak rumah sentiasa kemas.

www.facebook.com/zuera.burn

4. Ini pula kaedah bakul yang kos tinggi sikit sbb bakul ni agak mahal dalam rm20 ke atas so kalau ade budget boleh laa teruskan.

www.facebook.com/zuera.burn

5. Yang ni pula kaedah letak bawah almari atau katil guna organiser yang ade jual dah siap banyak dijual sekarang lepas tu susun guna kaedah bakul jugak atau buat partition guna kotak kemudian sorong jer bawah katil.

www.facebook.com/zuera.burn

6. Ok ni tips semasa menggosok..sila buat pengkhususan setiap kali buat apa2 tugas contohnya bila gosok kain gosok semua kainnnn jer dan bila gosok seluar gosok seluar jerrrr baru lebih cepat dan sistematik laaa kerja buat kita.

www.facebook.com/zuera.burn

ANTARA GAMBAR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN

www.facebook.com/zuera.burn

www.facebook.com/zuera.burn

www.facebook.com/zuera.burn

www.facebook.com/zuera.burn

www.facebook.com/zuera.burn

www.facebook.com/zuera.burn

Selamat mencuba! Harap lepas ni makin kemas la almari di rumah ya!

Sumber: Zuera Burn 

Tips Jimatkan Masa Menggosok Pakaian


Menggosok pakaian menjadi perkara yang remeh sebab ia memakan masa yang lama untuk kita pastikan kedut pada pakaian akan lenyap. Tetapi dengan teknik di bawah berikut, bukan sahaja ia membantu anda menjimatkan masa menggosok pakaian, malah menjimatkan tenaga elektrik!

Bahan yang perlu disediakan:

Papan seterika
Seterika
Kepingan aluminium (foil)

Bagaimana melakukannya:

1. Terlebih dahulu, tanggalkan alas atau sarung papan seterika.

2. Hamparkan kepingan aluminium di atas papan seterika anda. Pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas.

3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa.

4. Panaskan seterika dan ambil pakaian yang mahu digosok. Gosok seperti biasa.

5. Ketika proses menggosok pakaian ini akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, secara tidak langsung ia membantu anda menggosok kedua-dua bahagian pakaian dalam masa serentak. Jadi anda tidak perlu lagi menggosok kedua-dua belah! Senangkan…

Selamat mencuba!

Sumber: Gempak 

Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak!

Selama menyimpan telur dalam peti sejuk, anda tahukah telur yang disimpan itu masih selamat dimakan atau sebaliknya.Bagaimana mahu tahu telur dah luput tarikh atau sebaliknya.

Telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.

Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebaiknya, terus letak pada rak peti ais (barangkali ini alasan rak ini direka di bahagian atas).

Jika anda sudah terbasuh telur yang baru dibeli, ada baiknya anda masak saja.

Kenapa?

Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.

Nak Tentukan Telur Luput Tarikh

Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.

Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.

6 Tip Simpan Telur

1.    Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.

2.    Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.

3.     Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.

4.     Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain.

Nota: Andai terpaksa boleh letak makanan berbau dalam bekas kedap udara.

5.     Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.

6.     Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.

Tentukan Kesegaran Telur

Cara biasa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.

1.    Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2.    Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3.     Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

4.     Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.

Cara Lain Yang Boleh Dicuba

1.     Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2.    Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3.     Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4.     Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5.     Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Sumber: Blog Aminah Hafizah via Mingguan Wanita