5 Fakta Menyedihkan Mengenai Haiwan Yang Digunakan Dalam Pertunjukan Sarkas

persembahan circus

Kebanyakan daripada kita mungkin pernah pergi menonton persembahan sarkas dengan keluarga pada waktu kecil. Kita sangat teruja dengan persembahan akrobatik yang dipertontonkan dan juga ‘kepandaian’ haiwan-haiwan membuat pelbagai persembahan.

Kita mungkin kagum melihat bagaimana haiwan-haiwan yang besar dan ganas seperti singa dan gajah amat mudah mendengar arahan ketika membuat persembahan di sarkas. Tapi, apa yang berlaku sebenarnya amat menyedihkan terutama bagaimana haiwan-haiwan ini dilayan dan dilatih oleh pemiliknya.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta menyedihkan mengenai sisi gelap haiwan-haiwan yang digunakan dalam pertunjukan sarkas. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kita sedikit kesedaran agar tidak lagi menyokong sebarang pertunjukan sarkas.

1. Menghabiskan 96% daripada hidup dalam sangkar

haiwan dalam sangkar

Mengikut kajian, haiwan-haiwan yang digunakan dan persembahan sarkas akan menghabiskan 96% hidupnya dalam sangkar besi. Haiwan-haiwan ini akan ditempatkan dalam sangkar yang kecil dimana pergerakannya sangat terhad.

Hal ini boleh menyebabkan kesan psikologi dan masalah kesihatan pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam setahun, biasanya haiwan-haiwan ini akan menghabiskan masa 11 bulan travel ke pelbagai negara untuk membuat persembahan.

2. Anak-anak diasingkan daripada ibunya dalam usia yang muda

anak gajah

Bagi memudahkan haiwan-haiwan ini dilatih, mereka biasanya akan diasingkan daripada ibunya semenjak daripada kecil. Haiwan seperti singa, harimau dan monyet adalah haiwan yang hidup berkumpulan secara semulajadinya.

Dengan mengasingkan haiwan yang masih kecil daripada ibunya, ianya akan menghalang haiwan-haiwan ini sifat semulajadinya. Keadaan ini boleh menyebabkannya tertekan dan kemurungan.

3. Penderaan fizikal

seksaan fizikal haiwan circus

Sekiranya anda beranggapan bahawa haiwan-haiwan ini dapat membuat persembahan dengan baik dalam persembahan sarkas kerana mereka telah dilatih dan seronok melakukannya, anda sebenarnya silap. Penderaan secara fizikal yang menyakitkan biasanya digunakan bagi membuatkan haiwan-haiwan ini menurut arahan pemiliknya.

Haiwan-haiwan ini biasanya dipukul dengan kayu, tali cambuk malah sesetengah laporan mendakwa kejutan elektrik juga digunakan. Penderaan fizikal ini digunakan bagi menanam rasa takut haiwan-haiwan ini kepada pemiliknya.

4. Dibiarkan kelaparan dan dihidrasi

haiwan dibiarkan lapar

Selain penderaan fizikal, haiwan-haiwan ini biasanya akan dibiarkan kelaparan dan dihidrasi sebagai hukuman sekiranya mereka tidak melakukan persembahan dengan baik atau tidak dapat melakukan trik yang diajar.

Kombinasi penderaan fizikal dan membiarkan haiwan kelaparan ini merupakan cara yang dikatakan berkesan untuk menyebabkan ketakutan dalam diri haiwan-haiwan ini dan lebih mudah mengikut arahan tuannya. Maka, tidak hairanlah haiwan yang buas seperti singa dan harimau juga tidak berani melawan.

5. Hilang sifat semulajadi sebagai haiwan liar

Apabila seseekor haiwan itu sudah tua atau berpenyakit dan tidak lagi sesuai digunakan untuk membuat persembahan, biasanya ia akan dibiarkan mati terseksa atau dibunuh.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan terutamanya oleh jabatan haiwan dan badan bukan kerajaan berkaitan perlindungan haiwan yang akan membeli atau mengambil haiwan-haiwan ini sebelum dilepaskan ke kawasan liar. Malangnya, kebanyakan haiwan ini menjadi tertekan dan mati kerana tidak mampu hidup berdikari. Haiwan seperti singan dan harimau misalnya tidak mampu berburu binatan liar lain kerana mereka tidak pernah melakukannya semenjak daripada lahir.

haramkan circus

Sebagai orang awam apakah yang mampu kita lakukan?

Jangan pergi ke persembahan sarkas. Sebarkan artikel ini agar lebih ramai tahu akan sisi gelap persembahan sarkas ini, Malah, sekiranya anda mempunyai bukti konkrit terdapatnya penganiayaan dan kezaliman terhadap binatang, sila laporkan kepada pihak yang berkenaan.

Lagi menarik…

5 Spesis Haiwan Yang Sedang Berhadapan Ancaman Kepupusan Kritikal

platypus pupus
Platypus

Tidak diketahui secara tepat berapa juta jenis spesis haiwan yang terdapat di dalam dunia ini kerana ia merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk ditentukan. Tiada manusia yang boleh memberi jawapan yang tepat mengenai perkara ini. Namun, para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 1.9 juta spesis haiwan dan masih berjuta-juta belum dinamakan.

dodo

Burung dodo

Ya, setiap hari akan ada penemuan spesis haiwan yang baru, dan ia akan berterusan. Namun, apa yang menyedihkan adalah setiap hari juga terdapat spesis haiwan yang berhadapan dengan ancaman kepupusan.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 spesis haiwan yang sedang berhadapan dengan ancaman kepupusan di tahap kritikal.

5. Pangolin

pangolin 249

Haiwan daripada keluarga tenggiling ini adalah antara haiwan yang sedang diancam kepupusan. Pangolin adalah satu-satunya mamalia yang badannya diselaputi dengan sisik. Haiwan ini adalah insektivor dan makanan ruji baginya adalah semut dan anai-anai. Mempunyai kuku yang melengkung dan sangat tajam, mudah bagi mereka untuk menggali tanah untuk mencari makan.

Pangolin aktif pada waktu malam dan suka bersendirian. Ia akan bertemu dengan spesisnya hanya untuk mengawan dan hanya menghasilkan 1 hingga 3 zuriat sahaja yang dijaga sehingga berumur 2 tahun.

pangolin 2

Dagingnya yang sangat istimewa dan sisiknya bernilai tinggi menyebabkan haiwan ini menjadi mamalia yang paling banyak diseludup di dunia. Ancaman kepupusan adalah kerana menjadi mangsa pemburuan haram di Asia dan Afrika dan juga penebangan hutan.

Pada tahun 2011, dianggarkan lebih dari 100 pangolin menjadi mangsa pemburuan haram.

4. Vaquita

vaquita 797

Ya, penulis tahu anda tak pernah lihat ikan ini dan penulis pun sama. Vaquita adalah merupakan mamalia laut yang paling jarang ditemui di dunia. Perkataan vaquita dalam bahasa Sepanyol bermaksud “lembu kecil”, yang mana mempunyai badan berwarna kelabu, putih di bahagian perutnya dan bertompok gelap. Vaquita menggantikan ikan Baiji telah dikatakan pupus pada tahun 2006 sebagai cetacean (mamalia laut) yang paling diancam kepupusan.

Vaquita boleh dijumpai di sebuah kawasan kecil di utara Teluk California. Ancaman terbesar kepada haiwan ini adalah kematian disebabkan kemalangan apabila mereka terperangkap di dalam jala “gillnet” yang bertujuan untuk menangkap haiwan laut lain. Haiwan ini berkemungkinan akan pupus lebih cepat, mungkin pada tahun 2018 jika penggunaan jala gillnet ini tidak diharamkan.

vaquita 2

Walaupun beratus-ratus juta ringgit dilaburkan oleh kerajaan Mexico dalam usaha menghapuskan penangkapan vaquita yang tak disengajakan, namun jumlah ikan ini tetap semakin berkurangan.

Pada tahun 1997, jumlah vaquita dianggarkan sebanyak 600, dan kemudiannya berkurangan secara mendadak kepada 60 ekor pada 2015. Pada 30 November 2016, WWF menganggarkan hanya 30 ekor sahaja yang masih wujud yang mengkategorikannya sebagai sangat terancam.

3. Saola

saola 660

Haiwan yang hanya boleh ditemui di Annamite Range antara Vietnam dan Laos ini baru sahaja ditemui pada tahun 1992. Walaupun Saola baru sahaja ditemui pada tahun namun ia sudah berada di penghujung hayat spesis mereka apabila menjadi antara haiwan diancaman kepupusan.

Saola merupakan keluarga bovidae (termasuk kambing) dan ia disahkan ketika penemuan bangkai haiwan ini di Vũ Quang Nature Reserve. Sejak itu, saola diletakkan di dalam kurungan, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Dikatakan hanya terdapat kurang daripada 50 ekor yang masih hidup sekarang.

saola 2

Ancaman terhadap saola adalah kerana kehilangan habitat kerana penebangan hutan untuk membina infrastruktur dan agrikultur. Selain itu, pemburuan oleh orang di sekitar habitat saola untuk mendapatkan daging serta tanduknya juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Tanduk saola biasanya dijadikan trofi. Haiwan yang menyerupai kijang ini mempunyai 2 tanduk hitam yang panjang dan melengkung sedikit ke belakang.

2. Harima China Selatan

south china tiger

Harimau Selatan China atau Harimau Xiamen merupakan haiwan adalah spesis dari keluarga kucing yang paling terancam ketika ini. Ia berada dalam senarai IUCN Red List sebagai haiwan terancam sejak tahun 1996 lagi. Ia juga dikenali sebagai Amoy yang digunakan dalam sektor perdagangan bulu haiwan.

Dianggarkan sebanyak 30 hingga 50 ekor sahaja lagi yang masih hidup. Peratusan keterusan hidup oleh spesis harimau ini dikatakan sangat tipis disebabkan oleh kepadatan mangsa yang sangat rendah, pemecahan dan kehilanga tempat tinggal dan juga tekanan daripada manusia.

1. Hawksbill Turtle

hawksbill turtle

Penyu yang sangat terancam ini adalah daripada keluarga Cheloniidae dan merupakan satu-satunya spesis yang masih hidup bagi jenis Eretmochelys. Spesis penyu ini boleh dijumpai di Atlantic (subspesis E. i. imbricata) dan juga Indo-Pasifik (E. i. bissa).

Spesis E. imbricata sangat mudah dibezakan daripada penyu lain dengan melihat kepada paruhnya yang melengkung dan tajam dan luaran cangkerangnya yang seperi gergaji. Warna cangkerangnya juga boleh berubah mengikut suhu air. Walaupun haiwan ini tinggal di dalam laut namun ia lebih banyak menghabiskan di lagun yang cetek dan di sekitar terumbu karang.

hawksbill turtle 2

Ancaman kepada haiwan ini datang penangkapan tidak disengajakan kerana terperangkap di dalam jala, dan juga eksploitasi manusia kerana dagingnya dan juga cangkerang yang sangat cantik dijadikan hiasan. Paruhnya yang berbeza daripada penyu lain membuatkan nilainya menjadi tinggi di pasaran. Telur penyu ini juga dianggap sebagai makanan istimewa.

Selain itu, kerosakan pada terumbu karang menjadi habitat kepada haiwan disebabkan oleh aktiviti manusia yang juga membuatkan ia berada dalam bahaya kepupusan.

Sumber: Iluminasi

Anak Pandai Gubah Lagu, Tomok Tak Galak Jadi Penyanyi

anak pandai gubah lagu tomok tak galak jadi penyanyi 1

Kredit foto: Instagram Tomok

Anak kepada penyanyi Tomok, Arrianshah Akid sudah pandai menggubah dan menyanyikan lagunya sendiri!

Malah lagu yang dicipta anak kecil itu telahpun digunakan sebagai lagu tema bagi rancangan realiti Rockstar Junior: Arrian & Andra.

“Tak sangka pula, bila saya beritahu Arrian yang saya mahu gubah sebuah lagu untuk program ini, tiba-tiba dia keluar dengan satu melodi.

“Dengan melodi yang Arrian cipta itu saya terus cari melodi tambahan di piano dan terhasil sebuah lagu gabungan kami berdua.

“Apabila lagu penuh serta lirik dah siap saya bawanya ke studio rakaman.

“Tak sangka proses rakaman lagu bersama Arrian dilakukan dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama,” kata Tomok yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Rockstar Junior memaparkan rutin kehidupan Tomok dan isteri, Rahayu Abas dalam membesarkan dua anak mereka, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rindu Terhenti itu berkata, dia tidak mendorong anaknya untuk bergiat dalam industri seni apabila dewasa kelak.

Ini kerana beliau enggan pengalaman pahitnya yang lalu sebagai anak seni berulang kepada anak terunanya itu.

anak pandai gubah lagu tomok tak galak jadi penyanyi 2

Kredit foto: Instagram Tomok

“Saya tak nafikan Arrian memang sukakan muzik, malah dia suka menyanyi.

“Namun saya tidak galakkan Arrian untuk menjadi penyanyi kerana saya tak mahu dia melalui kesukaran sebagai anak seni seperti apa yang saya sudah lalui.

“Saya lebih banyak tekankan akademi dan pelajaran agama kepadanya.

“Namun saya tidak berani untuk berkata apa lagi kerana dia masih kecil dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan,” luahnya.

Rockstar Junior yang ke udara menerusi slot eBu, disiarkan setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

Maya Matahari Tiada Dalam Gegar Vaganza 4 Bukan Kerana Tak Terpilih Tetapi..

maya matahari tiada dalam gegar vaganza 4 bukan kerana tak terpilih tetapi 1

Kredit foto: Instagram Maya Matahari

Penyanyi Maya Matahari memberitahu dia langsung tidak hadir ke sesi ujibakat pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ini.

Menurut Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee, dia kini dapat menerima hakikat rezekinya tiada dalam pertandingan tersebut.

Malah penyanyi itu menafikan dakwaan peminat yang mengatakan namanya disenarai hitam pihak Astro gara-gara kontroversi tahun lalu.

“Saya nak jelaskan tidak timbul soal saya disenarai hitam atau apa saja yang mungkin difikirkan peminat.

“Tiga kali saya pergi ke sesi uji bakat GV dari musim pertama lagi. Ternyata ia bukan rezeki saya,” katanya memetik laporan portal Berita Harian Online.

Dalam pada itu, Maya meminta peminat bertenang susulan kekecohan yang timbul di media sosial tentang ketiadaannya dalam senarai peserta.

maya matahari tiada dalam gegar vaganza 4 bukan kerana tak terpilih tetapi 2

Kredit foto: Instagram Maya Matahari

Malah penyanyi lagu Diari Biru itu sudah bersedia mengatur langkah baru dalam kerjayanya dengan penghasilan album baru.

“Jangan pening kepala, saya tak pergi pun sesi uji bakat GV4. Namun, saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini.

“Album keempat saya dalam proses pembikinan di mana satu persatu single akan dirakamkan. Ini semua perancangan Allah,” luahnya akur.

Penyanyi itu sebelum ini pernah muncul dengan tiga album penuh berjudul MatahariDiari Biru 2 dan Mata.

Sementara itu, album keempatnya yang bakal menyusul ditunjangi komposer terkemuka, Tam Spider.

“Saya akan masuk studio tidak lama lagi untuk merakamkan single. Sekarang saya menunggu Tam untuk menyiapkan susunan lagu yang belum diberi judul.

“Malah, saya bersyukur kerana sering mendapat nasihat daripada pihak pengurusan Indigital Music mengenai karier saya,” katanya.

Terdahulu, sidang media Gegar Vaganza mendedahkan 12 peserta yang bakal berentap dalam persaingan musim keempat ini.

Mereka adalah Aqasha, Elyana, Hazami, Liza Hanim, Ferhad, Aishah, Tia Jinbara, Syura, Lan Kristal, Haida, Firman dan Raja Azura.

Konsert Gegar Vaganza bakal ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini.

Sumber berita: BH Online

Lagi yang menarik…

Ibu Paling Teruja Aqasha Masuk Gegar Vaganza 4

ibu paling teruja aqasha masuk gegar vaganza 4 1

Kredit foto: Instagram Aqasha

Penyanyi Aqasha memberitahu dia terlebih dahulu mendapat keizinan daripada keluarga termasuk isteri untuk mengambil bahagian dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 4.

Malah, Aqasha atau nama penuhnya Firdee Akassya Rosli akui ibunya adalah individu paling teruja dengan keputusan yang diambil itu.

“Ibu bapa saya tahu kecintaan saya dalam dunia nyanyian dan ibu saya menjadi orang yang paling gembira dan teruja apabila dimaklumkan saya dapat menyertai GV4.

“Saya boleh bayangkan setiap minggu dia akan terpacak depan televisyen untuk menonton persembahan anak dia dan isteri saya pun sangat menyokong. Sudah tentu dia pun mengharapkan saya menang,” katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Sementara itu, Aqasha mahu penyertaaannya dalam program tersebut membuktikan bahawa dirinya masih lagi hebat beraksi di pentas.

Niat beliau untuk bergelar peserta sudah ditanam sejak tahun lalu, namun jadual kerjaya yang padat membantutkan hasratnya.

ibu paling teruja aqasha masuk gegar vaganza 4 2

Kredit foto: Instagram Aqasha

“Penyertaan saya dalam GV4 adalah usaha untuk membuktikan diri saya dan peminat bahawa saya masih mampu beraksi di pentas.

“Jika tahun lepas saya tidak dapat menyertai GV kerana ada komitmen dengan lakonan dan jadual bertindih.

“Namun, tahun ini peluang itu terbuka dan syukur saya dapat bertanding bersama penyanyi-penyanyi hebat dan tersohor tanah air,” katanya lagi.

Untuk info, Aqasha pernah popular dalam bidang nyanyian suatu masa dahulu meskipun kini lebih dikenali sebagai pelakon.

Tiga buah album yang diterbitkan sepanjang kerjaya nyanyiannya ialah Cahaya Hati(2000), Impian (2002) dan Qashanova (2011).

Menerusi Gegar Vaganza 4, penyanyi berusia 35 tahun itu bakal bersaing dengan 11 lagi peserta lain iaitu penyanyi Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Hazami, Firman Siagian, dan Ferhad.

Program realiti berkenaan mula bersiaran 29 Oktober ini, jam 9 malam, setiap Ahad di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

Ibu Paling Teruja Aqasha Masuk Gegar Vaganza 4

ibu paling teruja aqasha masuk gegar vaganza 4 1

Kredit foto: Instagram Aqasha

Penyanyi Aqasha memberitahu dia terlebih dahulu mendapat keizinan daripada keluarga termasuk isteri untuk mengambil bahagian dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 4.

Malah, Aqasha atau nama penuhnya Firdee Akassya Rosli akui ibunya adalah individu paling teruja dengan keputusan yang diambil itu.

“Ibu bapa saya tahu kecintaan saya dalam dunia nyanyian dan ibu saya menjadi orang yang paling gembira dan teruja apabila dimaklumkan saya dapat menyertai GV4.

“Saya boleh bayangkan setiap minggu dia akan terpacak depan televisyen untuk menonton persembahan anak dia dan isteri saya pun sangat menyokong. Sudah tentu dia pun mengharapkan saya menang,” katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Sementara itu, Aqasha mahu penyertaaannya dalam program tersebut membuktikan bahawa dirinya masih lagi hebat beraksi di pentas.

Niat beliau untuk bergelar peserta sudah ditanam sejak tahun lalu, namun jadual kerjaya yang padat membantutkan hasratnya.

ibu paling teruja aqasha masuk gegar vaganza 4 2

Kredit foto: Instagram Aqasha

“Penyertaan saya dalam GV4 adalah usaha untuk membuktikan diri saya dan peminat bahawa saya masih mampu beraksi di pentas.

“Jika tahun lepas saya tidak dapat menyertai GV kerana ada komitmen dengan lakonan dan jadual bertindih.

“Namun, tahun ini peluang itu terbuka dan syukur saya dapat bertanding bersama penyanyi-penyanyi hebat dan tersohor tanah air,” katanya lagi.

Untuk info, Aqasha pernah popular dalam bidang nyanyian suatu masa dahulu meskipun kini lebih dikenali sebagai pelakon.

Tiga buah album yang diterbitkan sepanjang kerjaya nyanyiannya ialah Cahaya Hati(2000), Impian (2002) dan Qashanova (2011).

Menerusi Gegar Vaganza 4, penyanyi berusia 35 tahun itu bakal bersaing dengan 11 lagi peserta lain iaitu penyanyi Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Hazami, Firman Siagian, dan Ferhad.

Program realiti berkenaan mula bersiaran 29 Oktober ini, jam 9 malam, setiap Ahad di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

Berkaitan…

Maya Matahari Tiada Dalam Gegar Vaganza 4 Bukan Kerana Tak Terpilih Tetapi..

maya matahari tiada dalam gegar vaganza 4 bukan kerana tak terpilih tetapi 1

Kredit foto: Instagram Maya Matahari

Penyanyi Maya Matahari memberitahu dia langsung tidak hadir ke sesi ujibakat pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ini.

Menurut Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee, dia kini dapat menerima hakikat rezekinya tiada dalam pertandingan tersebut.

Malah penyanyi itu menafikan dakwaan peminat yang mengatakan namanya disenarai hitam pihak Astro gara-gara kontroversi tahun lalu.

“Saya nak jelaskan tidak timbul soal saya disenarai hitam atau apa saja yang mungkin difikirkan peminat.

“Tiga kali saya pergi ke sesi uji bakat GV dari musim pertama lagi. Ternyata ia bukan rezeki saya,” katanya memetik laporan portal Berita Harian Online.

Dalam pada itu, Maya meminta peminat bertenang susulan kekecohan yang timbul di media sosial tentang ketiadaannya dalam senarai peserta.

maya matahari tiada dalam gegar vaganza 4 bukan kerana tak terpilih tetapi 2

Kredit foto: Instagram Maya Matahari

Malah penyanyi lagu Diari Biru itu sudah bersedia mengatur langkah baru dalam kerjayanya dengan penghasilan album baru.

“Jangan pening kepala, saya tak pergi pun sesi uji bakat GV4. Namun, saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini.

“Album keempat saya dalam proses pembikinan di mana satu persatu single akan dirakamkan. Ini semua perancangan Allah,” luahnya akur.

Penyanyi itu sebelum ini pernah muncul dengan tiga album penuh berjudul MatahariDiari Biru 2 dan Mata.

Sementara itu, album keempatnya yang bakal menyusul ditunjangi komposer terkemuka, Tam Spider.

“Saya akan masuk studio tidak lama lagi untuk merakamkan single. Sekarang saya menunggu Tam untuk menyiapkan susunan lagu yang belum diberi judul.

“Malah, saya bersyukur kerana sering mendapat nasihat daripada pihak pengurusan Indigital Music mengenai karier saya,” katanya.

Terdahulu, sidang media Gegar Vaganza mendedahkan 12 peserta yang bakal berentap dalam persaingan musim keempat ini.

Mereka adalah Aqasha, Elyana, Hazami, Liza Hanim, Ferhad, Aishah, Tia Jinbara, Syura, Lan Kristal, Haida, Firman dan Raja Azura.

Konsert Gegar Vaganza bakal ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini.

Sumber berita: BH Online

8 Model Motorsikal Paling Panas dan Kerap Dicuri di Malaysia.

iluminasi motor panas curi

Setiap tahun, statistik kecurian motorsikal jauh meninggalkan jumlah kecurian kenderaan lain. Berita baiknya, semenjak tahun 2011 sehinggalah 2016, jumlah kecurian motorsikal menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding kenderaan lain. Jika dibandingkan statistik pada tahun 2011 yang merekodkan lebih 21 ribu kes kecurian motorsikal, angka itu turun separuh kepada hanya 10,054 kes pada tahun 2016.

Persoalannya, apa model panas dalam kecurian motorsikal ini? Tidak ada banyak data yang mampu menjelaskan perkara ini kerana statistik kes kecurian motorsikal tidak selengkap statistik untuk kereta, namun kita bernasib baik kerana ada sedikit data dari PIAM berkenaan model-model motorsikal panas yang kerap dicuri.

Berikut adalah 8 motorsikal panas yang kerap dicuri dan dilaporkan pada sukur pertama tahun 2015 di negara kita. Harap ini boleh menjadi indikator kepada anda atas kekurangan maklumat yang ada tentang kecurian motorsikal.

1. Honda (Others)

iluminasi motorsikal curi malaysia2

Tidak ada maklumat jelas tentang model apa yang dimaksudkan dan sebanyak 745 unit telah dicuri dalam tempoh suku pertama tahun 2015. Banyak tu.

2. Honda C100

iluminasi motorsikal curi malaysia 260

Siapa sangka model klasik ini yang lebih dikenali dengan nama EX5 menjadi perhatian pencuri dengan jumlah 615 kes kecurian dilaporkan berlaku. Susah hati juga jadi peminat motorsikal klasik ini yang terbukti mampu menarik perhatian pencuri.

3. Yamaha LC135

iluminasi motorsikal curi malaysia3

Pasti ramai dah agak model ini tentu masuk carta. Model paling popular dari Yamaha ini menduduki termpat ketiga dengan 320 kes kecurian berlaku.

4. Yamaha Royal Star

iluminasi motorsikal curi malaysia4

Motorsikal berkuasa 1300cc ini menduduki tempat keempat dalam carta. Sebanyak 316 unit telah dilaporkan kecurian dan ini agak mengejutkan kerana model ini agak rare untuk dilihat.

5. Yamaha (Others)

iluminasi motorsikal curi malaysia5

Kami tak ada maklumat tambahan tentang model apakah sebenarnya yang dimaksudkan, tetapi kami merasakan ini adalah model-model campuran motorsikal Yamaha SS Two dan sudah pastilah model paling lejen antara semua model Yamaha iaitu Yamaha RXZ. Sebanyak 137 kes dilaporkan dalam tempoh itu.

6. Yamaha Y125

iluminasi motorsikal curi malaysia6

Walaupun mempunyai kod nama yang sama dengan sebuah motorsikal konsep lain, Y125 sebenarnya merujuk kepada model popular Yamaha 125Z yang masih lagi kekal evergreen hingga ke hari ini. Sebanyak 128 kecurian berlaku dalam suku tahun tersebut.

7. Honda ANF100

iluminasi motorsikal curi malaysia7

Honda ANF100 adalah kod nama bagi Honda Wave. Sebanyak 94 kes kecurian telah berlaku melibatkan model tersebut.

8. Yamaha Lagenda

iluminasi motorsikal curi malaysia2

Tidak sah kalau tidak ada model ini kerana model ini cukup popular di kalangan anak muda. Sebanyak 91 kes kecurian telah berlaku melibatkan model ini yang cukup popular di kalangan pelajar universiti yang mahukan motorsikal 4 lejang yang boleh kata mampu memecut pantas.

Dua lagi tempat dipegang oleh motorsikal Modenas Kriss dengan 76 kes kecurian dan model klasik Kawasaki iaitu Vulcan 800cc dengan 71 kes. Jadi, apa kesimpulannya yang boleh kita dapat di sini hasil dari statistik-statistik yang dibentangkan?

Golongan pencuri masih lagi menumpukan perhatian kepada motorsikal jenama Honda dan Yamaha, sementara beberapa jenama lain seperti Suzuki dan SYM kurang ‘mendapat sambutan.’

Memang diakui, melihat video-video rakaman kecurian motosikal mampu membuatkan kita takut melihat bagaimana cepatnya pencuri bekerja, jadi ambillah langkah keselamatan yang anda rasa perlu bagi mencegah kehilangan motorsikal anda.

Rujukan

Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad

10 Tragedi Kapal Terbang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia

Pada tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan 2 insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia menjadi bualan seluruh dunia.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik mencatatkan bahawa kadar untuk anda terselamat adalah 24% berdasarkan sumber yang penulis perolehi. Bencana terburuk ini disusun berdasarkan jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191

Tarikh: 25 Mei 1979

Jumlah Kematian: 273 orang

american airline flight 191

Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O’Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta krew terbunuh manakala dua orang di atas yang berada darat juga meninggal dunia akibat penghempasan pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76

iranian air force ilyushun ii 76

Tarikh: 19 Februari 2003

Jumlah Kematian: 275 orang

Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli “Revolutionary Guards” yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat ke bumi secara tidak sengaja.

8. Iran Air Flight 655

iran air flight 1988

Tarikh: 3 Julai 1988

Jumlah kematian: 290 orang

Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya peperangan Gulf melibatkan tentera Amerika Syarikat, Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera USA menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan USA menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat.

iran air flight 655

Pada tahun 1996, kerajaan USA dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.

Kerajaan USA hanya mengungkapan “rasa sedih kerana kehilangan nyawa” tetapi tidak mengeluarkan pernyataan mohon maaf secara formal.

7. Malaysia Airlines Flight MH17

mh17

Tarikh: 17 Julai 2014

Jumlah Kematian: 298 orang

Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Russia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui kawasan penerbangan Ukrain.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukrain sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukrain kerana dikhuatiri perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.

6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163

saudi arabian airlines flight 163

Tarikh: 19 Ogos 1980

Jumlah kematian: 301 orang

Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dashyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan penghempasan atau perpecahan kapal terbang semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

10 tahun terburuk sejarah penerbangan:

statistik kemalangan kapal terbang

Sumber: Aviation Safe Network

Nota: casualties = mangsa

5. Air India Flight 182

air india flight 182

Tarikh: 23 Jun 1985

Jumlah Kematian: 329 orang

Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada. Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis Sikh iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini  ialah “M Singh” yang mengdaftar masuk penerbangan bersama satu bagasi mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981

turkish airlines flight 981

Tarikh: 3 Mac 1974

Jumlah Kematian: 346 orang

Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 krew terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907

pelanggaran kapal terbang dahsyat

Tarikh: 12 November 1996

Jumlah Kematian: 349

Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 – Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Pelanggaran ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan. Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123

Tarikh: 12 Ogos 1985

Jumlah Kematian: 520 orang

japan airlines flight 123 36750

Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, 4 orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung (gambar A) sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.

japan airlines flight 123

Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.

Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke museum tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.

rabung gung

Gambar A : contoh rabung gunung

1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife

Tarikh: 27 Mac 1977

Jumlah Kematian: 583 orang

tenerife airport crash

Berlainan dengan insiden no 3, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747,  satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.

tenerife airport

sumber gambar: telegraph.co.uk

Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.

Al-Fatihah

mh370 36762

Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014

Jumlah Kehilangan: 239

Sumber: Iluminasi

5 Tragedi Runtuhan Bangunan Paling Dahsyat di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dengan pembinaan bangunan pencakar langit, pusat beli-belah dan jalan raya yang semakin giat dijalankan. Namun, terdapat beberapa peristiwa runtuhan bangunan yang sukar dilupakan dalam lipatan sejarah negara kita. Ayuh, kami senaraikan 6 tragedi runtuhan bangunan yang bukan sahaja merugikan wang ringgit, tetapi apa yang lebih penting meragut nyawa insan yang tak berdosa.

5. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Jun 2009 & Februari 2013)

stadium sultan mizan zainal abidin

Sumber foto: nydailynews.com

Pada 2 Jun 2009, sebahagian bumbung utama stadium ini runtuh. Akibatnya, hampir 50% daripada strukturnya musnah dan terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan serta baik pulih.

Antara punca keruntuhan ini ialah penggunaan bahan binaan dan kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi semasa pembinaannya. Siasatan lain membongkarkan reka bentuk bumbung yang tidak memadai serta kawalan kualiti juga tidak dilaksanakan di tapak projek.

Pada 20 Februari 2013, bumbung Stadium Sultan Mizan yang masih dalam proses pembaikan runtuh buat kali kedua. Kejadian itu mencederakan 5 orang pekerja tempatan. Runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur besi bumbung tersebut yang dianggarkan sepanjang 137 meter.

Kos pembinaan stadium ini adalah sebanyak RM292.9 juta dan siap dibina pada Mei 2008. Proses pembaikpulihan stadium itu dilaporkan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM15 juta.

4. Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jun 2013)

jambatan kedua pulau pinang runtuh

Sumber foto: Bernama

Tanggal 6 Jun 2013, sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam binaan telah runtuh. Bahagian sepanjang 30 meter itu runtuh dan menghempap sebuah kereta.

Kejadian itu meragut nyawa 4 orang yang dipercayai berada dalam kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur itu.

Majlis pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

3. Jaya Supermarket (Mei 2009)

jaya supermarket runtuh roboh 2009

Sumber foto: rlans.wordpress.com

Bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14/20, Petaling Jaya di negeri Selangor tiba-tiba runtuh pada 28 Mei 2009, sekitar pukul 5.00 petang sebelum sempat dirobohkan secara sempurna.

Ketika itu, terdapat 5 jentera berat di bangunan setinggi 6 tingkat berkenaan. Para pekerja yang terlibat telah memulakan kerja meruntuhkan bangunan itu sejak 20 hari sebelum kejadian malang tersebut berlaku.

Struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.

Pasukan penyelamat telah menemui 7 mayat. Antaranya terperangkap di tingkat bawah tempat letak kereta dan tertimbus di bawah jengkaut yang dipandunya. Seramai 2 orang pekerja cedera manakala 4 lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan.

Namun, pusat beli-belah itu memasuki episod baru apabila ia kini kembali dibuka dengan nama baru iaitu “Jaya Shopping Centre” sejak April 2014. Malah, ia menyaksikan kepulangan 30% penyewa lama ketika era kemasyhuran Jaya Supermarket sekitar tahun 1980-an.‬

2. Jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim (1988)

jambatan terminal feri sultan abdul halim roboh 1988

Sumber foto: Facebook.com/rojakpenangrojak

Pada 31 Julai 1988, Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Tragedi yang berlaku sekitar pukul 4.40 petang itu membunuh seramai 32 orang, sementara 1,674 orang lagi cedera.

Tragedi ini berpunca daripada kesesakan teruk di pangkalan ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown yang diadakan 60 tahun sekali dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam.

Berlaku pada waktu hujung minggu, Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam. Perkara sama juga dengan Pangkalan Sultan Abdul Halim yang tidak mampu menampung ‘serbuan’ ribuan penumpang.

Pelantar feri tiba-tiba patah dan lantai papan turut roboh sebaik penumpang melaluinya. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.

1. Highland Towers (Disember 1993)

tragedi runtuhan highland towers 1993

Sumber foto: bedaduz2.blogspot.com

Siapa boleh melupakan sejarah hitam terburuk negara iaitu Highland Towers, bangunan yang dahulunya tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang? Pada 11 Disember 1993, Blok 1 kondominium setinggi 12 tingkat itu tumbang menyembah bumi sekelip mata selepas 15 tahun ianya siap dibina, sekaligus meragut 48 nyawa.

Seramai 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikerahkan bagi membantu mencari mangsa. Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam.

Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni sebulan sebelum runtuhan tersebut berlaku. Malah, pelukis pelan Highland Towers dikatakan tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat.

Biarpun sudah hampir 24 tahun tragedi ngeri ini berlaku, sehingga kini ia tertulis sebagai sejarah terburuk dalam pembinaan negara.

Sumber: Iluminasi

Filem Haunted Hotel: Intip 5 Lokasi Paling Seram di Amber Court

Setiap tahun kita disajikan dengan berpuluh-puluh filem tempatan, namun bukan semua menjadi pilihan kita untuk ditonton di pawagam dan menjadi lumrah apabila ada filem yang berjaya dan ada juga yang gagal. Tapi filem ini antara jadi pilihan Hangat.com dan kami akui filem ini benar-benar seram.

Menelan kos RM4.8 juta

Filem seram ‘Haunted Hotel’ terus menghangatkan panggung wayang dengan kejayaan kutipan RM600 ribu di Malaysia dan RM11 Juta di China dalam tempoh 4 hari tayangan sejak 19 Oktober lalu. Filem terbitan syarikat produksi, Lomo Pictures dengan kerjasama He Media dari China membabitkan kos RM4.8 juta.

Penggambaran dilakukan selama sebulan pada Mei tahun lalu. Malah, babak di Amber Court saja mengambil masa 20 hari.

Filem seram gabungan 3 negara, Malaysia, Thailand dan China ini membariskan pelakon–pelakon terkenal seperti Sushar Manaying (Thailand), Leon Li Chuan (China), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah yang berjaya menghidupkan perasaan suspen dalam filem ini.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis dari China yang bernama Ling datang ke Malaysia bersama teman lelakinya atas urusan kerja. Dalam masa yang sama, mereka terpaksa menginap di sebuah hotel yang berhantu. Hangat.com tidak mahu menceritakan cerita sepenuhnya, biar anda tonton sendiri baru suspen.

Amber Court: Hotel Usang Dipenuhi Warga Asing

Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

Hangat.com Dijemput ke Lokasi Pergambaran

Baru-baru ini Hangat.com telah dijemput oleh Lomo Pictures bersama beberapa orang  bloggers dan media ke Amber Court, Genting Highland untuk Pertandingan “Siapa Paling Berani”. Pihak produksi telah menyewa bilik hotel di Amber court, dimana filem ‘Haunted Hotel’ pernah mengadakan shooting disitu.

7 lokasi di #ambercourt #gentinghighland dan merupakan lokasi yang sama lokasi pergambaran filem Haunted Hotel. Kini berada di pawagam seluruh Malaysia. #hauntelhotelmovie #lomopictures

A post shared by Hangat.com (@hangatmalaysia) on 

Selain dapat bermalam di Hotel yang sungguh misteri ini, pihak produksi membawa kami ke sekitar Hotel untuk melihat sendiri beberapa lokasi seram yang menjadi lokasi pergambaran. 5 lokasi tersebut seperti di bawah.

1.Bilik Hotel

Filem Haunted Hotel ini telah diangkat dari cerita yang sebenar. Malah bilik yang dikatakan milik seorang penghuni yang membunuh diri tidak lama dahulu, turut diselitkan dalam penggambaran filem ini.

2.Tangga Menuju Ke Tempat Letak Kereta

Dalam filem ini, terdapat satu babak di mana pelakon berlari untuk menyelamatkan diri menuju ke tempat letak kereta. Bilik tangga yang agak kotor dan berbau boleh menuju ke bawah bangunan di mana tempat letak kereta yang telah dikosongkan. Lorong tangga ini semakin menggelap dan mulalah rasa takut menyelubungi diri.

3.Tapak Bunuh Diri

Lokasi bunuh diri dengan terjun dari balkoni. Babak ini antara yang mencetuskan rasa takut dikalangan penonton kerana tiba-tiba sahaja salah seorang watak lari menuju ke balkoni dan terjun ke bawah. Kami menyaksikan sendiri lokasi tersebut di mana ia terletak disebelahlobi bangunan. Seram kan?

4.Tandas Awam

Tandas ini tidak digunakan lagi namun ia agak menyeramkan. Tandas ini mempunya 4 bilik air kecil dan salah satunya ada hantu yang berdiri. Bukan ketika kami berada disana tetapi ia merupakan salah satu babak dalam filem ini.

5. Ruang Tempat Letak Kereta

Pihak produksi telah mengaturkan laluan di dalam Amber Court untuk anda dilalui semasa pertandingan ini dan dianggap in sebagai cabaran buat semua peserta. Mereka memilih lokasi tempat letak kereta dan menuju sebuah lorong di mana letaknya beberapa bilik kecil yang ditinggalkan. Difahamkan kawasan ini sangat popular kerana munculnya entiti yang menyeramkan sehinggakan seluruh aras tempat letak kereta itu terpaksa ditutup.

Bilik Kosong di Basement 

Cabaran dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak produksi. Mereka telah meletakkan barang iaitu botol minyak wangi di dalam salah satu bilik kosong dan seorang demi seorang harus masuk ke dalam lorong gelap itu mencari mendapatkan botol itu dalam masa seminit.

Dengan hanya bantuan lampu telefon bimbit, ketakutan yang melampau menyebabkan ramai yang gagal menjumpainya. Pengalaman misteri kamera peserta yang gagal berfungsi ketika berada dalam cabaran antara menjadi topik misteri.

Malam tadi hangat.com berpeluang melihat sendiri lokasi shooting filem #hauntedhotel . Memang seram!

A post shared by Hangat.com (@hangatmalaysia) on 

Tanpa diduga kami dapat mengatasi rasa ketakutan walaupun dalam fikiran asyik terbayang hantu datang menyergah. Syukur sebab keluar juga dengan selamat dan kami di Hangat.com mengucapkan terima kasih kepada Lomo Pictures kerana beri peluang kepada kami merasakan pengalaman unik ini.

Tak lupa juga pada VC Malaysia kerana  menaja hadiah telefon pintar VC Violet III buat media dan blogger yang memenangi pertandingan cabaran “Siapa Berani’.

Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang penggambaran di Amber Court, krew produksi filem ini juga telah diganggu oleh makhluk halus. Buat anda yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted Hotel yang akan berada di pawagam berhampiran sekarang. Rugi tak tonton!

Sumber: Hangat.com

Siti Nurhaliza Dapat Gelaran Dato’ Sri Dari Sultan Pahang. Rezeki Anak. Alhamdulillah..

Ada desas-desus mengatakan hari ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah darjah oleh Sultan Pahang, yang membawa gelaran Datuk Seri kepadanya.

Walaupun berita ini tidak dimaklumkan oleh Siti sendiri, namun di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas penganugerahan ini.

Gambar yang dimuatnaik oleh Siti itu terlihat dia bergambar bersama Menteri Besar Pahang, Yab. Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob. Dalam gambar itu Siti menulis;

“Sebelum acara bermula, sempat bergambar dengan ayahnda Dato Sri Di Raja YAB Menteri Besar Pahang”

Susah untuk Hangat.com mahu sahkan sama ada berita ini betul atau tak, kerana Siti tidak menyatakan apa-apa dan tidak memberi respon terhadap ucapan tahniah yang diberikan oleh peminatnya di ruangan komen. Jika benar, kami di hangat.com mengucapkan tahniah di atas pencapaian beliau yang sering mengharumkan nama negara.

Pada tahun 2006, Siti dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk kepadanyadan ini dianggap sebagai satu penghormatan besar buat beliau.

Sumber:hangat.com

Tuah Siti hamil…kini Datuk Seri

Datuk Siti Nurhaliza menerima gelaran Datuk Seri diberikan ) Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, hari ini.PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, pagi tadi.

Beliau antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Selain beliau Datuk Eizlan Yusof, 45 dan Datuk Maria Menado turut menerima gelaran sama.

“Saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya selama ini,” kata Eizlan.

Pada majlis itu, Eizlan diiringi kakak sulungnya, Nora dan sahabat, Fairul Azman.

Selebriti lain yang turut menerima anugerah adalah pelakon asal Singapura, Adi Putra yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen, Jovian Mandangie yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka antara 50 penerima yang dipilih untuk menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, hari ini.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Sumber: Harian Metro Online

Dua pegawai PPIM serah diri. Lebih 50 ahli PPIM dan orang ramai hadir di IPD Kajang bagi memberikan sokongan kepada Yusuf dan Ali.

KAJANG: Dua pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan kes pencerobohan premis sebuah syarikat pajak kereta, Julai lalu.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khasnya, Ali Salimin, tiba kira-kira jam 8 pagi di IPD Kajang, ditemani peguam dan beberapa lagi aktivis PPIM.

Salah seorang wakil PPIM yang enggan dikenali, berkata Yusuf dan Ali menerima panggilan diarah menyerahkan diri, pada petang semalam.

“Mereka disiasat berkaitan kes pencerobohan premis sebuah syarikat pajak kereta Julai lalu,” katanya ditemui di IPD Kajang, di sini, hari ini.

Difahamkan, Yusuf dan Ali akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Sementara itu, lebih 50 ahli PPIM dan orang ramai hadir di IPD Kajang bagi memberikan sokongan kepada Yusuf dan Ali.

Mereka berkumpul di kawasan parkir kereta berhampiran IPD Kajang seawal jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum ini, PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Lagi Berita…

Biar polis siasat – Ab Rashid


AB Rashid Ab Wahab

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada mereka menjalankan siasatan berhubung kejadian pencerobohan di sebuah syarikat pajak kereta di Lot 1926, Sungai Sikamat, Batu 13, Kajang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi BH, berkata adalah tidak wajar orang ramai bertindak menyalahkan pihak polis sedangkan siasatan berhubung kes itu belum selesai.

Katanya, polis daerah Kajang melakukan tindakan yang betul dengan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut membabitkan semua pihak dalam kejadian itu.

“Sementara siasatan dijalankan, kita minta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak, beri kita masa untuk selesaikan siasatan,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu status yang dimuat naik oleh Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi di laman Facebook miliknya, awal pagi tadi, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis daerah Kajang yang dikatakan tidak bersikap adil ketika menangani kejadian itu.

Yusuf turut memuat naik satu salinan paparan bersama status itu berkaitan satu kenyataan seorang individu yang mendakwa syarikat pemajak kereta terbabit menceroboh tanah miliknya di Lot 1926 terbabit.

Menurut Ab Rashid, pihaknya belum dapat mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita terima banyak laporan berhubung perkara ini daripada pelbagai pihak, kita masih meneliti kesahihan dakwaan individu terbabit,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang.

Kelmarin, kekecohan tercetus apabila sekumpulan pemilik kereta menuntut semula kenderaan masing-masing yang dipajak kepada syarikat terbabit selepas berasa tertipu kerana tidak mendapat pulangan sewajarnya seperti dijanjikan.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM dikatakan memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit membuat satu laporan polis pada hari sama.

Polis daerah Serdang dan Kajang turut menjalankan siasatan ke atas syarikat terbabit susulan 45 laporan yang diterima daripada pemilik kereta yang mendakwa ditipu sebelum ini

Sumber: Berita Harian