[VIDEO] Detik VIRAL Penunjuk Perasaan Palestin DITEMBAK Askar Israel.

Dalam satu penunjuk perasaan, mereka hanya angkat sepanduk dan berjalan secara aman sebelum tiba-tiba mereka semua ditembak oleh tentera Israel. Allahu. Ada video. Jom tengok dan kongsikan. Cepat tengok sebelum kena delete.

PENDUDUK BERARAK

Pertempuran antara penduduk Palestin dengan askar rejim Zionis berterusan di beberapa wilayah yang diduduki secara haram oleh rejim Tel Aviv.

Penunjuk perasaan berarak di sekitar jalan raya di sini sebagai membantah keputusan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Di wilayah Hebron, kekacauan meletus apabila askar Israel bergerak masuk ke beberapa batang jalan raya dan pemuda-pemuda Palestin menghujani mereka dengan batu.

Askar Zionis membalas dengan bom pemedih mata, selain menembak menggunakan peluru getah mencederakan beberapa penunjuk perasaan.

VIDEO RAKYAT PALESTIN DITEMBAK

Antara yang menjadi sasaran askar rejim Zionis itu ialah wartawan.

Sekurang-kurangnya empat pemuda Palestin cedera terkena tembakan peluru getah di Halhul, tatkala askar rejim mula menutup semua laluan.

Pada masa sama seorang remaja Palestin cedera parah ditembak askar rejim selepas didakwa cuba menikam seorang askar.

Hamed al-Masri, 15 tahun, ditembak ketika menyertai tunjuk perasaan di wilayah Salfit dan dirawat oleh pasukan perubatan Israel di tempat kejadian, sebelum dibawa ke hospital di mana keadaannya dilaporkan kritikal. – Agensi

Apakah Anda Semua Tahu Berapa CC Yang Di Pertarungkan Di MotoGP, Moto2 Dan Moto3 ?

Pasti Ramai Yang Tertanya2 Apakah Beza MotoGP, Moto2 Dan Moto3 ?

MotoGP – 1000CC, DOHC 4 Silinder Prototype

Moto2 – 600CC, DOHC V4, Spek Massal

Moto3 – 250CC, DOHC V2, Spek Massal

Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu


MOTOGP ialah Kejohanan Dunia Grand Prix (GP) perlumbaan motosikal perdana yang terdiri daripada 18 siri perlumbaan dan berlangsung dalam litar khas di lebih 12 negara pelbagai benua serta mendapat liputan media seluruh dunia. Perlumbaan motosikal paling berprestij ini disertai barisan pelumba paling berkemahiran dunia daripada pelbagai kewarganegaraan yang menunggang jentera buatan nama-nama besar dalam arena permotoran antarabangsa seperti Aprilia, Ducati, Honda, Suzuki dan Yamaha.

MotoGP ditubuhkan sebagai Kejohanan Dunia oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) pada 1949 dan juga merupakan kejohanan permotoran tertua di dunia membabitkan tiga kelas perlumbaan yang berentap dalam litar khas pada hujung minggu. Kejohanan terdahulu digelarkan sebagai 500cc sebelum diubah kepada peraturan teknikal baharu pada 2002 dengan menampilkan jentera 4-lejang dan kapasiti enjin ditingkatkan kepada 990cc, dan akhirnya dikenali sebagai MotoGP.

PINDAAN PERATURAN

Bermula 2007, peraturan perlumbaan dipinda lagi dengan mengehadkan kapasiti enjin kepada 800cc, dan sekali lagi pada 2012 apabila sesaran enjin maksimum ditetapkan kepada 1,000cc. MotoGP ditadbir oleh pemilik hak komersil, Dorna Sports di bawah pemantauan FIM sejak 1992.

Sepanjang berlangsung sejak 1949, MotoGP sememangnya menyimpan pelbagai sejarah dengan Itali, Britain, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Australia menjadi antara negara paling banyak melahirkan bakat pelumba dunia yang mencatatkan kejayaan perlumbaan dan gelaran juara tertinggi.

Selain kelas perdana yang disebut sebagai MotoGP, ada dua kategori enjin berkapasiti kecil yang dipertandingkan dalam MotoGP , iaitu Kejohanan Dunia Moto3 (terdahulu dikenali 125cc) dan Moto2 (250cc) yang juga ada perlumbaan sendiri pada setiap GP. Ini bermakna, ada tiga juara daripada tiga kategori berbeza akan dinobatkan bagi setiap musim.

HUJUNG MINGGU PERLUMBAAN

motogp-germany-2016
Pada hujung minggu GP, ketiga-tiga kategori MotoGP dipertandingkan bersama:

1. Moto3

Kelas 4-lejang, 250cc, silinder-tunggal menggantikan kategori GP 125cc pada 2012. Umur maksimum pelumba ialah 28 tahun (25 tahun bagi pelumba wild-card atau pertama kali bertanding), manakala usia minimum 16 tahun, kecuali jika pelumba itu juara Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Repsol Moto3.

2. Moto2

Kelas Moto2 menggantikan kategori 250cc sejak 2010. Honda ialah satu-satunya pembekal enjin, manakala Dunlop menyediakan tayar. Motosikal yang dipertandingkan dikuasakan enjin 600cc, 4-lejang dan berkuasa kira-kira 140hp. Namun, rekabentuk dan pembinaan casis ialah bebas mengikut sekatan peraturan teknikal FIM GP.

Kerangka utama, lengan ayun (swingarm), tangki minyak, tempat duduk, dan fairing/kerja badan daripada motosikal non-prototaip (contohnya, siri pengeluaran berasaskan standard atas jalan raya umum) mungkin tidak digunakan. Umur minimum pelumba, 16 tahun.

3. MotoGP

Ujian muktamad atau perlumbaan paling tinggi bagi barisan pelumba motosikal paling berbakat dunia dengan kapasiti enjin maksimum, 1,000cc, 4-lejang dan umur minimum pelumba, 18 tahun. Dalam acara tertentu, beberapa imbuhan tambahan diberikan seperti Piala Rookies MotoGP Red Bull dan Piala Bakat Asia Shell Advance Asia, iaitu inisiatif khas yang bertujuan mencari bintang MotoGP masa depan dari seluruh dunia.

Acara MotoGP mengambil masa tiga hari dengan dua hari pertama membabitkan sesi latihan dan kelayakan bagi setiap kelas, manakala hari ketiga ialah hari perlumbaan.

KELAYAKAN MOTOGP

grid-motogp
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ada tiga sesi Latihan Bebas selama 45 minit, di mana perlumbaan kebiasaannya berlangsung pagi dan tengah hari Jumaat, serta pagi Sabtu. Catatan masa dalam sesi tersebut (Latihan Bebas) akan dikira untuk pusingan Kelayakan dengan gabungan keputusan akan menentukan sama ada seseorang pelumba itu layak menyertai Q1 atau Q2.

Q1 terdiri daripada pelumba dengan catatan masa terbaik ke-11 dan ke bawah yang akan mengharungi sesi perlumbaan 15 minit. Sepanjang tempoh itu, pelumba akan mendapat insentif untuk layak ke pusingan Q2, di mana dua pelumba terpantas Q1 layak bertanding.

Sesi 15 minit pusingan Q2 inilah yang akan menentukan posisi grid 12 pelumba pada hari perlumbaan final nanti. Pelumba selain dua terpantas Q1 akan mengambil posisi grid 13 dan ke bawah berdasarkan kedudukan dalam Q1.

PERUBAHAN TIDAK DIJANGKA

Sebagai memenuhi sebarang perubahan tidak dijangka atau pelarasan diperlukan, Latihan Bebas 4 (FP4) berlangsung dalam masa 30 minit yang diadakan sebelum dua sesi Kelayakan (Q1 dan Q2). Bagaimanapun, catatan masa FP4 tidak akan dikira sebagai masa Kelayakan. Ini bermakna:

  • Tiga sesi Latihan Bebas sedia ada tidak akan berubah, tetapi gabungan masa daripada sesi itu akan menentukan penyertaan pelumba dalam final latihan kelayakan.
  • 10 pelumba terpantas akan dipilih berlumba dalam Kelayakan 2 (Q2).
  • Semua pelumba lain akan mengambil bahagian dalam Kelayakan 1 (Q1).
  • 2 pelumba terpantas Q1 akan berlumba dalam Q2, menjadikan total pelumba ialah 12 orang yang mewakili 12 grid pertama.
  • Pelumba selain 2 terpantas Q1 akan mengambil posisi grid ke-13 dan ke bawahberdasarkan catatan masa masing-masing dalam Q1.

Selepas sesi pemanasan setiap kategori pada hari perlumbaan, secara tradisi kategori paling kecil, iaitu Moto3 terlebih dahulu memulakan perlumbaan sebelum disusuli kelas Moto2 dan MotoGP. Bagaimanapun, ia masih menjadi subjek yang boleh diubah.

Panjang litar berbeza mengikut negara penganjur antara 95-130km, di mana perlumbaan biasanya berakhir antara 40-45 minit. Tidak seperti Formula Satu (F1), hentian-pit (pit-stop) dalam MotoGP sangat jarang digunakan walaupun dibenarkan. Fungsi hentian-pit hanya betul-betul berguna jika cuaca berubah, di mana pelumba masuk ke laluan pit untuk menukar jentera yang dipadankan dengan spesifikasi tayar tertentu (khas MotoGP sahaja).

SUMBER: MotoGP.com

Inti Pati Ekonomi Bajet 2018 Untuk Yang Tak Mengikuti Bajet 2018 Semalam

Inti pati ekonomi Bajet 2018

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).

Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017.

Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018.

Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 bilion pada 2017.

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

*Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.

*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

* Peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.

*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.

*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.

*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya sebelum Aidilfitri.

*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. – BERNAMA

Perubahan Pengiran Anak Sara Isteri Putera Mahkota Brunei Setelah 13 Tahun Berlalu

Masihkah anda ingat dengan gerangan wanita anggun dan manis ini? Sudah tentu ramai yang mengenali personaliti DiRaja dari Negara Brunei Darussalam ini.

Baginda merupakan antara kerabat DiRaja yang terkenal diserata dunia dek kerana kecantikan dan kemanisan wajah baginda. Baginda sering menjadi perhatian media di Majlis-majlis DiRaja di seluruh dunia.

Baginda kerap kali tidak pernah gagal untuk mempamerkan pesona baginda kepada dunia.

Baginda yang dimaksudkan ialah Isteri kepada Putera Mahkota Brunei Darussalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman,D.K.(Brunei), Grand Cordon Special Class of the Supreme Order of the Renaissance (Jordan).

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Baginda merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan YM Pengiran Salleh Abdul Rahman Pengiran Damit dan YBhg Rinawati Binti Abdullah.

Ayahanda baginda merupakan kerabat jauh kepada Sultan Brunei manakala bonda baginda adalah wanita kelahiran Switzerland yang pernah bekerja sebagai Jururawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Nama asal bonda baginda ialah Suzanne Aeby.

Dan ini Gambar Terbaru baginda selepas 13 Tahun berlalu.

Kehadiran Pengiran Anak Sarah dalam keluarga DiRaja Brunei amat dialu-alukan dan diterima oleh seluruh rakyat Brunei.

Gaya baginda yang sentiasa kelihatan anggun dan tingkah laku yang sopan menjadikan baginda ikon wanita muda bagi negara Brunei.

Usia yang muda tidak menghalang baginda untuk bergiat aktif di dalam bidang kebajikan di Brunei.

Baginda sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas baginda selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.

Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau diperingkat antarabangsa seringkali menarik perhatian setiap mata memandang.

Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan baginda sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.

Pengiran Anak Sarah telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dari Universiti Brunei Darussalam pada Oktober 2010.

Baginda juga merupakan kadet tentera di Univerisiti dan merupakan penjaring terbanyak dalam sukan bola jaring di universiti tersebut.

Kini di usia menjangkau 30 tahun dan walaupun mempunyai dua orang cahaya mata, baginda masih lagi kelihatan seperti seorang anak gadis.

Semoga Allah sentiasa merahmati Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan seluruh kerabat DiRaja Brunei Darussalam.

Sumber : AmazingNara