Jangan Panik Bila Anda Tertinggal Kapal Terbang, Ikut 10 Langkah Ini

Anda terlepas flight? Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Dah tenang? Ok, mari ikut 10 langkah saya ni tapi diingatkan langkah-langkah yang dinyatakan ini adalah untuk penerbangan AirAsia di KLIA2. Saya ulang. AirAsia di KLIA2.

1. Sila berjalan patah semula ke belakang menuju entrance (pintu masuk perlepasan). Sila buat muka selamba kodok bila awak jalan berlawan arah berbanding orang lain. Mesti awak rasa disaster hidup kan? Chill lah. Toksah kalut.

2. INI PENTING. Mohon beramah dengan petugas di setiap pintu atau check point.Maksud saya, beritahu petugas awak dah terlepas flight. Dan ikut arah yang ditunjuk setiap petugas (polis bantuan/kastam/imigresen).

Jangan main redah je keluar. Kalau dah ter-redah, sudah tentu awak kena sounddengan petugas jadi sila ringankan mulut minta maaf kat abang, kakak yang cun dan kacak tu ok. Awak jangan buat muka kerek bila kena sound dengan petugas di setiap pintu, kaunter pemeriksaan. Apa pun, ingat kata kunci ni – ‘terlepas penerbangan’ (missed flight).

tertinggal-kapal-terbang-2

3. Mengah berlari tadi tak habis, ni kena sambung berjalan kaki. Ala tak jauh mana, anggaran 1 ke 2 kilometer je. Jangan banyak bunyi. Jalan je sampai ke pintu perlepasan. (Jika anda tidak check in baggage, abaikan langkah 4,5,6,7 dan teruslah maju ke langkah 8).

4. Bila dah keluar dari pintu perlepasan (depature) sila ke bahagian ketibaan (arrival) di tingkat bawah. Gunakan eskelator di belakang kedai The Loaf untuk lebih mudah. Awak akan betul-betul sampai di depan pintu balai ketibaan.

tertinggal-kapal-terbang-3

5. Bila dah masuk bahagian ketibaan, jalan terus ke depan melepasi kawasan pemeriksaan beg oleh Kastam dan kemudian ke kanan menghala tempat tuntutan bagasi No.10.

6. Kebiasaannya selepas 30 minit pesawat terbang, beg awak sudah boleh diambil di bahagian bagasi lebih saiz. Kebiasaannya. Kebiasaannya 30 minit.

tertinggal-kapal-terbang-4

tertinggal-kapal-terbang-5

7. Kalau tak ada juga beg awak? Ha ini namanya luar biasa. Tapi jangan panik, sila jumpa petugas di pejabat berhampiran. Ala. Tak ke mana pun beg awak tu. Dia cuma masih dalam perjalanan lagi tu. So, act cool and relax saja ok.

8. Bila dah dapat semula beg, sila ke kaunter perkhidmatan (service counter) untuk dapatkan penerbangan baharu. Kaunter ni sederet dengan kaunter pendaftaran masuk (check in) A hingga Z di balai perlepasan.

Sila beratur dan bersabarlah menunggu giliran. Kalau jiwa masih sedih dan tak tenteram, banyakkan la selawat, zikir atau bacalah ayat-ayat hafazan tu. Elakkan meroyan tak tentu arah.

tertinggal-kapal-terbang-6

tertinggal-kapal-terbang-7

9. Oh ye. Tiket baharu ni bukan percuma tau. Sila bayar amaun dipersetujui awak secara tunai atau kad debit atau kad kredit. Kad Tesco, Jusco, Bonuslink, Mesra Petronas dan seangkatan dengannya sama sekali tidak boleh.

10. Bila dah selesai bayaran, awak pun dah dapat itinerari penerbangan, silalah daftar masuk semula beg-beg awak dan tunggulah boarding time. Kali ni jangan buat loklaqlagi. Melainkan memang hobi awak tertinggal flight dan awak sejenis tak kesah habis duit beli tiket penerbangan baharu. Kalau tak check in baggage, buatlah perkara berfaedah sementara menunggu masa perlepasan.

tertinggal-kapal-terbang-8

Demikianlah 10 langkah perlu dilakukan selepas awak terlepas flight atau gagal berada dalam pesawat atas pelbagai faktor. Asasnya, beg awak takkan naik kapal kalau tuannya tak masuk kapal.

Pokok kelat di tepi rumah Nik,
Dah tertinggal flight jangan panik.

Yang pertama kali tertinggal penerbangan,
AmyAmirah
Sebelum 1 Muharam 1439
21 September 2017

sumber: The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *