Kasut Sekolah Yang Berlumpur Pun Akan Bersih Kalau Basuh Guna Teknik Ini!

Minggu persekolahan sudah bermula. Keterujaan anak-anak bertemu  kembali kawan-kawan di sekolah menyebabkan mereka melompat ke sana ke mari. Dan kasut yang putih mula bertukar warna. Selain kotor ditambah dengan cuaca yang tidak menentu, adakalanya hujan menyebabkan keadaan padang menjadi lecak dan berlumpur.

Pastinya ‘sakit mata’ melihat betapa kotornya kasut sekolah anak-anak yang diselaputi lumpur. Biasanya walaupun direndam, digosok serta disental dengan menggunakan sabun, kekotorannya masih jelas kelihatan.

Tapi melalui perkongsian Facebook Rushima Yunus, beliau mengutarakan tip yang boleh membantu para ibu berdepan dengan masalah ini. Ujarnya dia seperti ibu lain yang mempunyai anak bersekolah habis cara untuk membersihkan kasut anak yang kotor.

Walau pun sudah melalui proses merendam, menyental dengan sepenuh hati, hasilnya agak menghampakan kerana ia memerlukan daya tenaga sentalan yang agak ekstrem.

Guna pencuci pinggan!

Puas mencuba pelbagai jenama sabun yang ada di pasaran, dia tergerak hati cuba membasuh kasut sekolah dengan bahan pencuci pinggan pula.

Oleh kerana yakin dengan kuasa pencuci pinggan mangkuk yang selama ini banyak membantunya mencuci lebih pantas di dapur, lalu cecair tersebut turut digunakan untuk membasuh kasut sekolah anaknya.

Keputusannya? Ternyata berkesan! Kasut sekolah lebih mudah untuk dicuci dan kembali putih seperti yang diingini. Selain itu, apa yang lebih mengembirakan, ia tidak memerlukan kuasa sentalan yang ekstrem.

Hanya dalam masa lima minit memberus secara konsisten, kotoran mula hilang! Menarik kan?

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan kesan yang maksima, kasut sekolah hendaklah direndam di dalam air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Semoga panduan ini dapat menyelesaikan masalah untuk memastikan kasut sekolah anak-anak bersih dan nampak cantik tatkala digayakan ke sekolah.

Jenis fabrik kasut turut memainkan peranan untuk mengembalikan keputihan kasut tetapi tidak salah jika berkongsi panduan yang boleh mendatangkan manfaat bersama, bukan!

Sumber: Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *