Ketahui 7 Perkara Ini Sebelum Memiliki Aset Hartanah

1. Lokasi

Perkara ini perlu dititikberatkan. Lokasi yang sesuai akan membuatkan harga nilai hartanah naik dengan cepat ataupun banyak permintaan untuk dibuat sewa. Antara lokasi yang bagus selalunya mempunyai;

i. Kemudahan asas: berdekatan dengan sekolah, hospital, taman rekreasi, bank dan sebagainya.
ii. Kemudahan pengangkutan awam
iii. Keselamatan yang terjamin
.

2. Jenis Hartanah

i. Rumah bertanah: Harga lebih tinggi, nilai pasaran rumah cepat meningkat.
ii. Rumah bertingkat (kondominium/apartmen): Harga mampu dimiliki. Lebih kepada aliran tunai dengan bayaran hasil sewaan.
.

3. Jenis Ikatan Hak Milik

i. Hak milik individu – Rumah bertanah
ii. Hak milik Strata – Rumah kondominium / apartmen

Perlu tahu jenis hak milik hartanah. Jika hak milik Master melebihi 10 tahun, ia menyukarkan proses pemindahan hak milik ataupun penjualan hartanah. Banyak bank sudah tidak proses pinjaman perumahan jika hartanah berstatus Master lebih 10 tahun.
.

4. Jenis Pegangan Hak Milik

i. Pegangan bebas (Freehold) – Hak milik kekal. Kita mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selamanya.
ii. Pegangan pajak (Leasehold) – Hak milik sementara biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut perlu dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Jika hampir tamat tempoh pajakan, nilai hartanah biasanya akan menurun.
.

5. Pemaju

Jika berminat rumah dalam pembinaan, perlu lihat akan pemaju. Dengan ekonomi yang tidak menentu, pemaju mungkin akan menghadapi masalah yang sama iaitu kelembapan ekonomi. Kau perlu mengkaji rekod pemaju dan prestasi mereka. Selidik sama ada projek terdahulu disiapkan mengikut jadual ataupun tidak.
.

6. Bajet

Kaji dulu kemampuan ekonomi kau. Bayaran deposit perlu disediakan bagi rumah pertama antara 10%-20% daripada harga rumah. Kau perlu sediakan 5%-10% untuk kos yuran guaman, duti setem dan kos sampingan. 9 cara nak kumpul deposit rumah boleh baca di sini ;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1706557852892394&id=100006145873646
.

7. Nisbah Hutang Kepada Pendapatan @
DSR (Debt Service Ratio)

Perkara asas ini kau perlu tahu. Bank akan tengok DSR kau untuk meluluskan permohonan pembiayaan perumahan kau.

Kebanyakan yang bergaji di bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan oleh institusi kewangan hanya 60%.

***

Kalau gaji kau kecil, jangan bersedih. Tambah pendapatan ataupun minimumkan komitmen.

Masa muda ni jangan lah suka sangat berhutang. Ini nak kahwin pun berhutang. Kredit scoring kau tak cun kalau banyak buat pinjaman peribadi ni. Kah!

#AmirSyahir
#NotaHartanahASY

Sumber: fb Amir Syahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *