[Khusus untuk Penghidap Kanser] Resipi Nasi Labu. Tolong Share

National Cancer Society of Malaysia (NCSM) adalah organisasi yang menyediakan servis pembelajaran, penjagaan dan sokongan kepada penghidap kanser. NCSM telah mengeluarkan buku masakan yang merangkumi aneka hidangan ringkas dan menyelerakan khusus untuk membantu pesakit kanser dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Buku bertajuk Around The Table: Recipes for Cancer Patients & Caregivers ini juga boleh dijadikan panduan kepada orang ramai untuk menyediakan menu berkhasiat setiap hari untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Nasi Labu

Bahan-bahan:

200g beras, dicuci
360ml stok ayam atau sayuran
3 filet ayam, dipotong kecil
2 cendawan oyster, dipotong nipis
1 potong labu, dipotong kiub kecil
1cm halia, dicencang
2 ulas bawang putih, dicencang
1 ½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam

Perapan untuk filet ayam
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil minyak bijan
¼ sudu kecil lada hitam

Cara Membuatnya:

  1. Perap ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia dengan api kecil hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng hingga hampir masak. Keluarkan ayam daripada kuali dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali sama, masukkan cendawan dan labu. Masak selama satu minit.
  4. Masukkan beras bersama cendawan dan labu yang dimasak tadi di dalam periuk atau periuk nasi.
  5. Kacau dan perasakan dengan garam.
  6. Kemudian masukkan stok dan kacau rata. Tutup periuk dan masak dengan api kecil hingga mendidih.
  7. Masukkan ayam dan tutup semula periuk.
  8. Turunkan lagi api dan masak lagi selama 10 minit tanpa membuka penutup periuk. Biarkan hingga masak. Padamkan api.
  9. Biarkan selama 10 minit lagi dan sedia untuk dihidang.

Nota Pakar Diet
Menu ini tidak hanya tinggi dengan protein dan kalori, malah ia juga memberikan sumber fiber daripada labu. Pastikan stok yang diguna dibuat sendiri di rumah supaya kandungan sodium dapat dikurangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *