Masih Belum Ada Rezeki Anak, Ustaz Hanafiah Kongsi Amalan Susu Kambing Dan Kurma

masih belum ada rezeki anak, ustaz hanafiah kongsi amalan susu kambing dan kurma

Setiap yang berumah tangga pasti memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri bukan, untuk membesarkan lagi keluarga kecil mereka.

Tapi ada juga keluarga yang masih belum ada rezeki untuk mempunyai anak sendiri walaupun sudah lama berkahwin.

Untuk yang melalui masalah ini, jangan patah semangat dan berhenti berusaha. Ini perkongsian dari Ustaz Hanafiah tentang kisah nabi Zakaria yang juga diuji dengan ketiadaan anak. InshaAllah boleh membuka mata anda dan semoga ianya bermanfaat.

“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata.”

Ustaz Hanafiah telah berkongsi satu petua untuk mendapatkan anak di televisyen. Petua ini perlu diamalkan suami isteri yang inginkan anak, sama-sama konsisten dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan adalah setahun.

Alhamdulillah, ramai yang menghubunginya dengan memberi maklumbalas positif.

Menurut beliau, Ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Setelah bermacam-macam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan Izin Allah dapat anak.”

Petua Dapat Anak Daripada Ustaz Hanafiah

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)
1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdal)

Caranya
Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukan kurma-kurma tadi dalam blender.
Taungkan  liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari.

Hari Kedua Dan Hari-Hari Seterusnya
Pasangan suami isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.
Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Setiap Kali Cuba Petua Amalkan Bersama
Surah Maryam ayat 1 hingga 12

Petua ini hendaklah diamalkan dalam masa SETAHUN. “Selalunya 3/4 bulan dah okay,” kata Ustaz Hanafiah dalam video ceramhnya.

“Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak,” tambahnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.

InsyaAllah, berdoalah pada Allah.

Sumber: Sinar FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *