Menurut Psikologi, Tanda-Tanda Pasangan Bahagia Boleh Dilihat Menerusi 12 Bahasa Tubuh Ni…

Dengan hanya melihat gerak-geri tubuh, kita sebenarnya boleh menilik dan menilai kualiti hubungan sesebuah pasangan itu. Pakar psikologi juga bersetuju bahawa bahasa tubuh mampu menyampaikan sifat dan perasaan ikhlas seseorang terhadap sang kekasihnya secara tidak langsung. Tak perlu teragak-agak, jom Wanista rungkaikan satu-persatu bahasa tubuh bagaimanakah mampu mempamerkan atau menggambarkan sifat penyayang serta keghairahan yang tulen.

#1 Lelaki Gah

Lelaki yang menyilang kaki kala sedang duduk intim bersama kekasihnya boleh dianggap sebagai lelaki yang macho dan sedikit ego. Mereka adalah insan yang bijak membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung harap pada pendapat orang lain, termasuklah daripada kekasih sendiri.

Sumber: Brightside
Lihat wanita itu, hanya bahagian pinggang ke atas yang rapat dengan sisi lelaki manakala, tangan dan kakinya juga disilang menujukkan bahawa, dirinya sedang tertekan. Wanita itu tidak selesa berada bersama lelaki berkenaan.

#2 Pelindung

Bahasa tubuh klasik yang memperlihatkan posisi wanita memegang lengan lelaki seperti di dalam gambar menunjukkan bahawa wanita berkenaan amat bergantung harap pada lelaki berkenaan. Dia juga berasa selamat berada di samping wiranya.

Sumber: Brightside

Manakala lelaki yang berdiri pada kedudukan sedikit hadapan daripada wanita itu menyatakan betapa dia menguasi hubungan itu. Dia menunjukkan karakter seorang lelaki yang boleh dipercayai dan mampu bertanggungjawab dari segala segi.

#3 Mata ke Mata, Hati ke Hati

Di dunia ini ibarat mereka yang punya malah menganggap orang lain tidak wujud setiap kali mereka bersama. Dengan meletakkan kedudukan tangan seperti di dalam gambar terhadap wanita pujaannya adalah melambangkan sifat betapa dia sangat menjaga dan sanggup menjadi pelindung yang setia buat sang kekasih.

Sumber: Brightside
Dengan posisi ini juga, kedua-duanya akan berjalan seiringan membuatkan mereka dapat fokus terhadap satu sama lain. Ini adalah bahasa tubuh yang sering dipamerkan pasangan yang ideal. Mereka stabil dalam perhubungan.

#4 ‘Belangkas’

Bagi yang bukan beragama Islam, rata-rata lelakinya akan mendakap wanita dengan cara meletakkan tangan pada kedudukan pinggul, melebihi paras pinggang wanita.


Sumber: Brightside
Ianya mungkin dianggap sebagai subteks seksual walhal kata pakar, jika lelaki sanggup mempamerkan bahasa tubuh sebegitu lebih-lebih lagi di hadapan orang ramai, itu bermaksud dia mahu orang tahu bahawa wanita itu adalah miliknya seorang. Selagi boleh, dia mahu pasangan terus rapat dengannya.

#5 Saling Berpautan

Wanita akan memaut tangan pada bahu lelaki manakala lelaki pula akan merangkul pinggang wanita kesayangannya. Dalam keadaan lain, wanita juga suka merangkul pinggang lelaki.

Sumber: Brightside

Bahasa tubuh sebegini menandakan bahawasanya kedua-dua pasangan ini asyik dilamun cinta. Mereka saling memahami, stabil dan adil bersama!

Tiada sesiapa pun yang melebihi antara satu sama lain… jika salah seorangnya sedih, yang seorang lagi turut sama rasa sedih.

#6 Gaya Artis!

Pasangan-pasangan popular yang sering menjadi perhatian umum selalunya akan menggunakan bahasa tubuh ini.

Sumber: Brightside

Mereka suka diperhatikan orang dan gemar menunjuk-nunjuk kasih sayang di hadapan umum betapa megahnya kisah cinta mereka. Dalam keadaan lain, mereka sangat berkeyakinan.

Meskipun ramai beranggapan pasangan yang berpelukan sebegini suka ‘menunjuk-nunjuk’ akan tetapi, mereka sebenarnya selesa  dan masih sempurna bersama.

#7 The Lady Boss!

Bahasa tubuh memasukkan tangan ke dalam poket lazimnya bermaksud seseorang itu sedang malu atau cemas. Oleh itu, mana-mana lelaki yang berada di samping wanita sambil menyorokkan tangan di dalam saku, ia menandakan bahawa lelaki itu bukanlah ketua dalam sesebuah perhubungan berkenaan.


Sumber: Brightside

Cuba lihat wanita di dalam gambar, dia begitu yakin… berdiri pada kedudukan di hadapan sedikit daripada lelaki menunjukkan dirinya lebih berkuasa sebagai ketua.

#8 Sama-Sama

Sumber: Brightside
Posisi di mana wanita akan duduk di atas pangku kekasih.. adakalanya sambil melaga kepala. Ternyata, mereka yang secara spontan suka mempamerkan bahasa tubuh sebegini mungkin mempunyai… kehidupan seks yang baik.

Ia juga mempamerkan sifat wanita berkenaan yang sentiasa ingin dimanja dan dibelai.

#9 Hak!

Apabila lelaki merangkul wanita dengan rapat seperti di dalam gambar, dia sebenarnya cuba mempamerkan kenyataan bahawa wanita berkenaan adalah hak miliknya.

Sumber: Brightside
Namun, wanita yang memalingkan pinggulnya ke tepi sebegitu menandakan bahawa dia tidak selesa dan tidak suka dengan sifat lelaki yang gemar mengongkongnya!

#10 Ikatan Yang Utuh

Pasangan yang mempamerkan bahasa tubuh memegang tangan erat dapat menggambarkan bahawa mereka adalah pasangan yang sudah lama bersama.

Sumber: Brightside
Mereka faham dan serasi dengan perangai masing-masing. Sesungguhnya… pasangan seperti ini telah membuktikan bahawa mereka adalah merpati dua sejoli yang memiliki ikatan yang utuh.

#11 Saling Mengambil Berat

Apabila perempuan memalingkan kedudukan tubuhnya untuk menghadap ke lelaki, itu bermaksud dia inginkan perhatiannya serta mahu sentiasa dekat dengan pasangannya.

Sumber: Brightside
Lelaki yang membalas dengan merangkul kembali wanita kesayangan menandakan dia mampu memberi perhatian sepenuhnya buat kekasih hatinya itu.

#12 ‘Kau Milikku’

Apabila wanita meletakkan telapak tangan di bahagian dada lelaki, itu bermaksud dia mahu memberitahu orang secara halus yang lelaki tersebut adalah miliknya. Bahasa tubuh ini juga menyatakan bahawa wanita itu adalah jenis yang penyayang dan adakalanya romantik.

Sumber: Brightside
Korang dengan pasangan selalu bersentuhan macam mana bila dihadapan orang ramai?

Sumber: Wanista.com

LIKE PAGE >> Himpunan Tips dan Petua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *