SIHAT 8 Petua Merawat Bisul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala!

petua merawat bisul

“Patutlah perit, nak berjalan pun susah, terasa sakit menyengat. Ada bisul rupanya! Kalau ada nanah, bolehkah pecahkan guna jarum peniti? Apa langkah rawatan bisul yang sebenar ya?”

Eh jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh.

Manakala nanah yang mengalir dari bisul pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan.

Habis tu takkan nak biarkan saja? Kadang-kadang bisul ini pula timbul di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Atas kepala, celah punggung, ketiak, dalam telinga, hidung, dan sebagainya. Mana selesa kalau dibiar lama-lama!

petua merawat bisul
Foto Kredit: totkaz.com

BAGAIMANA LANGKAH RAWATAN BISUL YANG SEBENAR?

1. TUAM DENGAN TUALA PANAS

Petua merawat bisul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada bisul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari.

Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

petua merawat bisul
Foto Kredit: wisegeek.org

2. JANGAN SESEKALI PECAHKAN BISUL

Memang geram tengok nanah yang berkumpul dalam bisul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang nanah.

Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan bisul kering semula.

petua merawat bisul
Foto Kredit: ohtuleth.ee

3. CUCI DENGAN SABUN ANTIBAKTERIA

Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah.

Kemudian kesat hingga kering.

petua merawat bisul

4. SAPU KRIM ANTIBAKTERIA

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

petua merawat bisul

5. JAGA KEBERSIHAN DIRI

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

petua merawat bisul

7. RAWAT LUKA DENGAN SEGERA

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

petua merawat bisul
Foto Kredit: bonnelogia.com

8. ELAK DUDUK TERLALU LAMA

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

petua merawat bisul

BISUL AKAN CEPAT MENGECUT DENGAN RAWATAN YANG BETUL

Lakukan petua merawat bisul yang mudah ini setiap hari hingga bisul kering sepenuhnya.

Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut.

Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.

BACA JUGA…

Cepat Berpeluh? Atasinya dengan 7 Cara Ini

Anda cepat berpeluh?

Lebih-lebih lagi bila anda ‘stress’ ataupun panik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluh dengan banyak hingga timbul rasa malu untuk bertemu dengan orang.

BAU BADAN PUN TERJEJAS!

Sudahlah berpeluh, badan juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain badan, kaki turut akan terkesan hingga timbul rasa tidak selesa dan bau busuk.

Jadi, adakah cara untuk atasi masalah kuat berpeluh?

Kawan baik perempuan
Foto Kredit: huffingtonpost.com

7 CARA ATASI MASALAH CEPAT BERPELUH

1. TUKAR KEPADA DEODORAN ‘HIGHER-STRENGTH’ ATAUPUN ‘ANTI-PERSPIRANTS’

Cari deodoran yang berlabel ‘higher-strength’ atau ‘anti-perspirants’.

Ia menghalang proses perpeluhan berlaku di kawasan yang mudah mengeluarkan bau busuk dan kurang menyenangkan.

2. GUNA DEODORAN PADA WAKTU MALAM

Jika anda biasa guna deodoran pada waktu siang, amalkan juga menggunanya pada waktu malam.

Menurut seorang Profesor Dermatology dari Universiti St. Louis, apabila mengguna deodoran pada waktu malam, kandungan aktif dalam deodoran akan meresap dengan lebih cepat pada kawasan yang cepat berpeluh dan menghalang perpeluhan berlaku dengan banyak.

Kini terdapat pelbagai kemajuan dalam produk deodoran. Cuba dapatkan yang paling serasi dengan anda.

3. PILIH BAJU JENIS KAPAS

Persediaan perempuan
Foto Kredit: hijablook.com

Seeloknya pakai baju daripada bahan kapas (‘cotton’) setiap kali keluar.

Ini kerana ia bersifat ‘breathable’, iaitu boleh menyerap peluh dan tidak panas.

Amat sesuai untuk cuaca di Malaysia, terutamanya bagi kulit yang sering berpeluh.

Bagi yang bertudung, janganlah memilih material yang panas untuk nampak cantik. Ringkaskan gaya dan kurangkan juga bilangan lilitannya kerana ia boleh menyebabkan bau yang tidak enak di bahagian kepala.

4. KERAP TUKAR STOKIN

Berpantang rumah mertua
Foto Kredit: oshesakura.blogspot.my

Jika anda kuat berpeluh, digalakkan kerap menukar stokin agar kaki sentiasa dalam keadaan kering.

Anginkan kasut atau jemurkannya sebentar setiap kali selepas digunakan. Jika perlu, beli 2 pasang kasut supaya anda dapat lebih kerap memberi pengudaraan dan menggantinya.

5. ELAK MAKANAN PEDAS

Tempat menarik di Johor
Foto Kredit: microscopasia.com

Apabila anda makan makanan pedas, ia menggalakkan lagi anda berpeluh. Jika anda kerap mengambil makanan yang kuat rasanya seperti bawang dan petai, ia juga boleh mempengaruhi bau badan anda.

Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut, lebih-lebih lagi semasa makan di luar atau di tempat yang panas.

Kalau teringin, nikmati sajian sedemikian di rumah supaya anda lebih selesa.

6. LATIH UNTUK TANGANI ‘STRESS’

‘Stress’ boleh menyebabkan anda kuat berpeluh. Semakin anda ‘stress’, semakin banyak anda berpeluh.

Oleh itu, belajar tenangkan diri dengan menarik nafas panjang dan membuat persediaan awal dalam setiap urusan harian.

7. GUNA SABUN MANDI ANTIBAKTERIA

Amalkan guna sabun mandi antibakteria kerana ia boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Lebih elok kalau anda dapat mandi dengan kerap supaya badan lebih segar dan selesa.

Seminggu sekali, gunakan ‘scrub‘ untuk membersihkan semua daki dan kotoran yang terlekat pada badan.

Badan cepat berpeluh
Foto Kredit: cnnturk.com

TAMPIL LEBIH YAKIN

Kalau peluh tiada lagi, anda akan semakin yakin dengan penampilan diri masing-masing. Imej anda amat penting, lebih-lebih lagi apabila anda selalu berhadapan dengan orang ramai dalam tugasan harian.

Ambil langkah pencegahan sebelum masalah menjadi lebih serius. Ia mampu membawa kepada masalah kesihatan mental dan juga fizikal. Oleh itu, jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang tindakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *