Thailand Sekat Hajat Malaysia Buru ‘Ibu’ Pingat Emas di Shah Alam


Pemain Malaysia, Muhammad Adib Zainudin (kanan) menenangkan Haziq yang kecewa selepas menjaringkan gol sendiri pada final bola sepak KL2017 di Shah Alam malam tadi. Foto oleh Abdul Razak Latif

SHAH ALAM – Cerita Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 seakan berulang apabila skuad negara tewas tipis 0-1 pada final bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dalam aksi itu, skuad negara turun mempamerkan persembahan agresif dengan melancarkan menerusi percubaan tepat pertama menerusi Muhammad Jefri Muhammad Firdaus Chew seawal minit ke-12.

Thailand bagaimanapun mendahului perlawanan hasil gol sendiri penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli yang tertumbuk bola ke gawang sendiri hasil hantaran pemain pertahanan pasukan lawan, Sasalak Haiprakhon pada ke-28.

Bersambung di separuh masa kedua perlawanan, Thailand dilihat tampak selesa memberikan tekanan kepada kubu pertahanan pasukan negara selepas memiliki kelebihan jaringan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan di Shah Alam sekali gus menyaksikan Thailand berjaya mempertahankan pingat emas tiga kali berturut-turut bermula edisi 2013 lalu.

Sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *